Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Mac 11, 2012

Pengaruh Khalifah dalam alam melayu


"Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdirinya Khilafah (Daulah Islamiyah). Kejayaan umat Islam mengalahkan Kerajaan Parsi (Iran) dan menduduki sebahagian besar wilayah Rom Timur, seperti Mesir, Syria, dan Palestin, di bawah kepemimpinan Umar bin al-Khattab telah menempatkan Daulah Islamiyah sebagai kuasa besar dunia sejak abad ke-7 M.

Ketika Khilafah diperintah Bani Umayyah (660-749 M), pemerintah di Nusantara -yang masih beragama Hindu sekalipun – mengakui kebesaran Khilafah.

Pengakuan terhadap kebesaran khalifah dibuktikan dengan adanya 2 pucuk surat yang dikirim oleh Maharaja Srivijaya kepada Khalifah di zaman Bani Umayyah. Surat pertama dikirim kepada Muawiyyah, dan surat kedua dikirim kepada Umar bin Abdul Aziz. Surat pertama ditemui dalam sebuah diwan (arkib) Bani Umayyah oleh Abdul Malik bin Umayr yang disampaikan melalui Abu Ya’yub Ats-Tsaqofi, yang kemudian disampaikan melalui Al-Haytsam bin Adi. Al-Jahizh yang mendengar surat itu dari Al-Haytsam menceritakan pendahuluan surat itu sebagai berikut:

“Dari Raja Al-Hind yang kandang binatangnya berisikan seribu gajah, (dan) yang istananya dibuat dari emas dan perak, yang dilayani putri raja-raja, dan yang memiliki dua sungai besar yang mengairi pohon gaharu, kepada Muawiyah………”

Surat kedua didokumentasikan oleh Abd Rabbih (246-329 H/860-940 M) dalam karyanya Al-Iqd Al-Farid. Petikan surat tersebut adalah seperti berikut:

“Dari Raja di Raja…; yang adalah keturunan seribu raja … kepada Raja Arab (Umar bin Abdul Aziz) yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekadar tanda persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya.”

Selain itu, Farooqi menemui sebuah arkib Utsmani yang mengandungi sebuah petisi dari Sultan Ala Al-Din Riayat Syah kepada Sultan Sulayman Al-Qanuni yang dibawa oleh Huseyn Effendi. Dalam surat ini, Aceh mengakui pemimpin Utsmani sebagai Khalifah Islam. Selain itu, surat ini juga mengandungi laporan tentang kegiatan askar Portugis yang menimbulkan masalah besar terhadap pedagang muslim dan jamaah haji dalam perjalanan ke Mekah. Oleh itu, bantuan Utsmani amat diperlukan untuk menyelamatkan kaum Muslim yang terus di serang oleh Farangi (Portugis) kafir.


Sulayman Al-Qanuni wafat pada tahun 974 H/1566 M tetapi permintaan Aceh mendapat sokongan Sultan Selim II (974-982 H/1566-1574 M), dengan mengeluarkan perintah kesultanan untuk menghantar sepasukan besar tentera ke Aceh. Sekitar September 975 H/1567 M, Laksamana Turki di Suez, Kurtoglu Hizir Reis, diperintahkan berlayar menuju Aceh dengan sejumlah pakar senjata, tentera dan meriam. Pasukan ini diperintahkan berada di Aceh selama mana yang diperlukan oleh Sultan. Namun dalam perjalanan, hanya sebahagian armada besar ini yang sampai ke Aceh kerana dialihkan untuk memadamkan pemberontakan di Yaman yang berakhir tahun 979 H/1571 M. Menurut catatan sejarah, pasukan Turki yang tiba di Aceh pada tahun 1566-1577 M sebanyak 500 orang, termasuk pakar senjata, penembak, dan pakar teknikal. Dengan bantuan ini, Aceh menyerang Portugis di Melaka pada tahun 1568 M.



Negara Aceh Darul Islam

Kehadiran armada tentera Kurtoglu Hizir Reis disambut dengan sukacita oleh umat Islam Aceh. Mereka disambut dengan upacara besar. Kurtoglu Hizir Reis kemudian digelar sebagai gabenor (wali) Aceh yang merupakan utusan rasmi khalifah yang ditempatkan di daerah tersebut. Ini menunjukkan bahawa hubungan Nusantara dengan Khilafah Utsmaniyah bukanlah hanya hubungan persaudaraan melainkan hubungan politik kenegaraan. Adanya wali Turki di Aceh lebih mengisyaratkan bahawa Aceh merupakan sebahagian dari Khilafah Islamiyah.

Banyak institusi politik melayu di Nusantara mendapatkan gelaran sultan dari pemerintah tertentu di Timur Tengah. Pada tahun 1048H/1638 M, pemimpin Banten, Abd al-Qodir (berkuasa 1037-1063H/1626-1651) dianugerahkan gelaran sultan oleh Syarif Mekah sebagai hasil dari misi khusus yang dikirim olehnya untuk tujuan itu ke Tanah Suci. Sementara itu, kesultanan Aceh terkenal mempunyai hubungan erat dengan pemerintah Turki Ustmani dan Haramain. Begitu juga Palembang (Sumatera) dan Makasar yang turut menjalin hubungan khusus dengan penguasa Mekah. Pada ketika itu, para penguasa Mekah merupakan sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah yang berpusat di Turki.

Dari penggunaan istilah, kesultanan Islam di Nusantara sering mengaitkan dirinya dan tidak terpisah dari kekhalifahan. Beberapa kitab Jawi klasik mencatatkan perkara ini. Hikayat Raja-raja Pasai (hal. 58, 61-62, 64), misalnya, memanggil nama rasmi kesultanan Samudra Pasai sebagai “Samudera Dar al-Islam”. Istilah Dar al-Islam juga digunakan di dalam kitab Undang-undang Pahang untuk memanggil kesultanan Pahang. Nur al-Din al-Raniri, dalam Bustan al-Salatin (misalnya, pada hlm. 31, 32, 47), menyebut kesultanan Aceh sebagai Dar al-Salam. Istilah ini juga digunakan di Pattani ketika pemimpin setempat, Paya Tu Naqpa, masuk Islam dan mengambil nama Sultan Ismail Shah Zill Allah fi-Alam yang bertakhta di negeri Pattani Dar al-Salam (Hikayat Patani, 1970:75).

Dalam ilmu politik Islam klasik, dunia ini terbahagi dua, yaitu Dar al-Islam dan Dar al-Harb. Dar al-Islam merupakan daerah yang diterapkan hukum Islam dan keamanannya ada pada tangan kaum Muslim. Sedangkan Dar al-Harb adalah lawan dari kata Dar al-Islam. Penggunaan istilah “Dar al-Islam” atau “Dar al-Salam” menunjukkan bahawa para pemerintah Melayu menerima konsep geopolitik Islam tentang pembahagian dua wilayah dunia itu. Konsep geopolitik ini semakin jelas ketika bangsa-bangsa Eropah —dimulai oleh “bangsa Peringgi” (Portugis) yang kemudian disusul bangsa-bangsa Eropah lainnya, khususnya Belanda dan Inggeris— mulai bermaharajalela di kawasan Lautan India dan Selat Melaka (Sulalat al-Salatin, 1979:244-246). Mereka melakukan penjajahan fizikal dan menyebarkan agama Kristian.

Khilafah Turki Uthmaniyah, seperti disebutkan oleh orientalis, Hurgronje (1994, halaman 1631), bersifat pro-aktif dalam memberikan perhatian kepada penderitaan kaum Muslim di Indonesia dengan cara membuka perwakilan pemerintahannya (konsulat) di Batavia pada akhir abad ke-19. Para kedutaan Turki berjanji kepada umat Islam yang ada di Batavia untuk memperjuangkan pembebasan hak-hak orang-orang Arab sederajat dengan orang-orang Eropah. Selain itu, Turki juga akan berusaha supaya seluruh kaum Muslim di Hindia Belanda bebas dari penindasan Belanda.

Lebih dari semua itu, Aceh banyak didatangi para ulama dari berbagai belahan dunia Islam lainnya. Syarif Mekah mengirim utusannya ke Aceh seorang ulama bernama Syekh Abdullah Kan’an sebagai guru dan muballigh. Sekitar tahun 1582, datang 2 orang ulama besar dari negeri Arab, yakni Syekh Abdul Khayr dan Syekh Muhammad Yamani. Di samping itu, di Aceh sendiri lahir sejumlah ulama besar, seperti Syamsuddin Al-Sumatrani dan Abdul Rauf al-Singkeli.

Abdul Rauf Singkel mendapat tawaran dari Sultan Aceh, Safiyat al-Din Shah menjadi Kadi dengan gelaran Qadi al-Malik al-Adil yang kosong kerana Nur al-Din Al-Raniri kembali ke Ranir (Gujarat). Setelah melakukan berbagai pertimbangan, Abdul Rauf menerima tawaran tersebut. Beliau menjadi qadi dengan sebutan Qadi al-Malik al-Adil. Abdul Rauf telah diminta oleh Sultan untuk menulis sebuah kitab sebagai rujukan (qaanun) penerapan syariat Islam. Buku tersebut kemudian diberi judul Mir’at al-Tullab.

Berbagai kenyataan sejarah tadi menegaskan adanya pengakuan dan hubungan erat antara Alam Melayu dengan Khilafah Uthmaniyah. Bahkan, bukan hanya hubungan persaudaraan atau persahabatan tetapi adalah hubungan ‘kesatuan’ sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah (Dar al-Islam).

Hukum Menyambut Hari Lahir & meniup Lilin


Salam ceria semua…
Mesti ramai yg sambut hari jadi kan…tp uols ada letak lilin tak atas kek tu? Sya dan family mmg tak pernah sambut hari jadi pun…cuma skrg ni bila ada anak…bila tiba hari lahir tu sya biasa bagi makan special sket dari hari biasa, tk buat majlis pun….
Bagi yg suka buat sambutan hari jadi tu…jom baca artikal di bawah…
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

Sumber: Al-Azhar Ad Din

Uitm Rembau oh Uitm Rembau



Masih ingat lagi Pilihanraya Umum 2008? Macam-macam janji manis ditaburkan pemimpin Umno di Negeri Sembilan. Antaranya ialah pembinaan Hospital Rembau, pembinaan Landasan Terbang Rembau, pembinaan UiTM Rembau. Sekarang dah tahun 2011, nak masuk 2012. Bayang pun tak nampak lagi. Tak apa , Melayu mudah lupa. Bagi komputer riba 1Malaysia, dah lupa semua janji sebelum ini.

Projek kereta laju KL - Gemas bermula
Kosmo 31 Jan 2008

SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.

Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang di- lanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Landasan Terbang Rembau pada tahun 2008 di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Hospital Rembau pada tahun 2008 di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Persamaan Dua Bendera


INI ADALAH BENDERA MALAYSIA!


INI ADALAH BENDERA AMERIKA!

Logika - adakah nampak persamaan di antara keduanya? hanya bulan saja yg membezakannya?
warnanya pun 100% adalah sama. macam ni pun gerombolan kata langsung tak sama di antara bendera malaysia dan amerika? kah kah kah.. 

amerika buat dulu bendera dia, malaysia kemudian tiru balik ke?.. kah kah kah..


INI BENDERA TANAH MELAYU YG ASAL!
DI GUNAKAN BERPULUH TAHUN..
KEMUNGKINAN BERIBU TAHUN..
SEBAB NAMANYA PUN SANG SAKA..
SAKA MAKNANYA SANGAT LAMA!
GENERASI KINI SUDAH TIDAK MENGETAHUI..
BENDERA ASAL USUL NENEK MOYANG MEREKA..
INI LAMBANG NUSANTARA TANAH MELAYU!
LAMBANG HARIMAU MALAYA,
ANAK ANAK MUDA WAJIB TAHU BENDERA SANG SAKA NEGARA INI..
ADALAH BENDERA BAGI ORANG ORANG MELAYU..
INI ADALAH IDENTITI ORG ORG MELAYU..
BENDERA YG MENUNJUKKAN ADANYA KERAJAAN MELAYU..
DENGAN TULISAN JAWI SEBAGAI PENULISAN
DAN BACAAN BAGI LAMBANG KETUANAN MELAYU..
BUKAN TULISAN RUMI SEPERTI YG UMNO APCO AJARKAN!
ITU ADALAH LAMBANG KETUANAN BRITISH..
ITU ADALAH LAMBANG ANJING PENJAJAH..
KAH KAH KAH


INI ADALAH BENDERA KETUANAN BRITISH..
UNION JACK..
YG UMNO APCO SUJUD PADANYA..
YG DI KATAKAN TANAH MELAYU TIDAK PERNAH DI JAJAH..
CUMA TOLONG PERINTAH SAJA..
YG SANGAT DI SANJUNG OLEH GEROMBOLAN..
GEROMBOLAN LEMBUMNO SELAMA INI..
YG MERACUNI PEMIKIRAN ANAK ANAK MUDA SELAMA INI..
YG MENJADI PENCACAI ANGKAT NAJIS PADA RAJA BENDERA INI..
YG DI ANGGAP SEBAGAI PAHLAWAN DAN PEJUANG..
OLEH ORG ORG MELAYU YG TAK TAHU SEJARAH SELAMA INI..
YG TELAH DI PERBODOHKAN SELAMA INI..
DGN PENIPUAN SEJARAH YG TELAH DI UBAH..
UTK MENJADIKAN UMNO APCO NAMPAK CANTIK DI MATA..
ORG ORG MELAYU..
KAH KAH KAH


INI BENDERA BARU..
TAPI GUA TAK SETUJU..
SEBAB...
SINGAPORE + INDONESIA..
JADI TANAH MELAYU..
TAPI BOLEH TAHAN LAH CUTENYA..
KAH KAH KAH
di faktakan oleh Abbs©