"Setakat ini telah 3 aduan mengenai Kolej Negeri di Seremban tersiar dalam laman web Aduan Rakyat Online. Dan setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh Kolej Negeri mengenai kesahihan aduan berkenaan. Adakah Kolej Negeri ini milik kerajaan Negeri Sembilan? Jika ya, kerajaan negeri juga harus mengeluarkan kenyataan mengenai aduan yang tersiar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
Laman web Kolej Negeri di www.kolejnegeri.edu.my
KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 PENIPU!
Aduan Rakyat Online
May 23rd, 2011
Saya pelajar Kolej Negeri Seremban 2 nak adukan rasa tak puas hati. Selama 3 tahun kami ditipu. Ada kursus yang ditawarkan tidak diiktiraf MQA. Ada kawan kami yang terus berjumpa dengan pihak MQA untuk mendapatkan kepastian tetapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan kami.
Kursus kami tidak pernah sekalipun membuat permohonan MQA. Apabila kami kemukakan hal ini ke pihak pengurusan kolej, mereka terus menafikan. Kami juga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan akhir atas alasan tidak membayar yuran pengajian.
Yang hairannya, tindakan sebegini baru diambil berat pada semester lepas dan semester ini. Ramai yang diantara kami langsung tidak mengambil ujian 2.
Kami taknak ia berlaku pada peperiksaan akhir. Untuk pengetahuan encik kami mengambil kursus diploma dibawah kerjasama UTM. Kami diugut oleh ketua program kolej kami untuk menipu pada pihak UTM bahawa kami belajar disini dengan penuh sempurna, tidak ada sebarang masalah.
Tetapi hakikatnya kami belajar di sebuah bangunan lama yang tiada kemudahan langsung yang diperlukan oleh semua student seperti perpustakaan, studio, kantin, unit kaunseling dan sebagainya. Kami tinggal di asrama (rumah kedai) berasak-asak, kerana berpuluh orang tinggal di asrama yang sama.
Selama ini kami bersabar kerana telah menghabiskan banyak wang disini tetapi apabila mengetahui ketiadaan MQA, kesabaran kami ibarat tercabar dan terasa tertipu.
Pensyarah yang mengajar selalu tiada, selalu bertukar-tukar, perkara yang diajar kadang-kadang tiada dalam silibus, ini telah membuatkan ramai pelajar merosot, pointer jatuh, pelajar ramai berhenti. Seorang pensyarah terpaksa mengajar sehingga 3-4 subjek.Pihak kewangan juga enggan memberi kembali deposit asrama.
Mereka hanya mengerah kami membayar tetapi kami tidak diperdulikan.Deposit kami langsung tidak diperdulikan. Kami bukan sedikit..kami ramai. kami sangat-sangat ditindas. Harap pihak encik dapat berikan kerjasama..janganlah hanya melihat warga MALAYSIA dijajah oleh warga MALAYSIA sendiri..bantulah merdekakan kami..
By: siti amiera http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-negeri-seremban-2-penipu
PELAJAR KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 DITINDAS
Aduan Rakyat Online
July 19th, 2011
Assalamualaikum.. Saya antara salah seorang pelajar Kolej Negeri Seremban 2. Saya mahu membuat aduan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kolej melalui aduan rakyat kerana sebelum ini kami sebagai pelajar telah banyak kali meminta penjelasan daripada pihak kolej negeri tetapi mereka nampaknya seperti memekakkan telinga mereka.
Pihak aduan rakyat mungkin dah terima banyak aduan tentang kolej negeri ni kan. Kami mintak sangat tolonglah kami. Kami tak nak keluar2 dari tempat belajar dengan masalah.. Salah satu masalah yang saya mahu adukan berkenaan di kolej ini.
Sya yang belajar di sini sangat kesian kepada rakan2 yang datang dari sabah telah di tindas apabila dahulu pihak mara telah bersetuju bahawa sesiapa pelajar dari sabah yg datang belajar di semenanjung akan diberi rm2000 untuk tiket penerbanagan tetapi pihak kolej akan membayar pada pelajar dengan harga tiket yang paling tinggi dan cuma sekali sahaja. mana yang selebihnya??? masalah lain ketiadaan MQA, pembayaran yg bukan2, dan macam2…. tolonglah siasat aduan rakyat..kami bermohon!!
By: manusiaditindas http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-kolej-negeri-seremban-2-ditindas
KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2
Aduan Rakyat Online
April 13th, 2011
assalamualaikum, saya disini…tidak ada niat hendak memburuk kn kolej ini..tapi..kolej ini sangat x bertanggungjawab..kalau pihak tuan pergi ke kolej tersebut.tuan akan faham,bgaimana kebajikan pelajar2 di jaga..
saya paham jikalau punca yuran yg tidak terlalu mahal,menyebabkn facility kolej ini,kurang memuaskn..utk makluman ,malah pernah berlaku pencerobohan di dalam dom wanita..yg dipanjat oleh orang luar..sewaktu mereka tidur..malah ada saksi yg terlihat kelibat lelaki di dalam dom wanita dengan bayaran yg x seberapa..
saya memahami keadaan tersebut tapi kalau layanan dan sikap kurang profesional dari staff2 di kolej tersebut amat tidak boleh d terima pelbagai masalah timbul dari segi management.saya sgt berharap pihak tuan menegak kn kebenaran untuk pelajar2 di sana, sekurang nya..membagi amaran…betapa penting nye kebajikan pelajar di kolej tersebut… saya sangat berharap kolej ini memahami,bukan mudah bagi2 keluarga yg kurang senag..sanggup mengeluar kn EPF,asalkn ank mereka boleh mendapat segulung ijazah dan diploma..
saya sagt berharap kolej ini sedar tanggungjawab mereka…membantu bukn membazirkn duit ibu bapa yg mempercayai kolej negeri seremban 2 ini..
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan