Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, April 13, 2013

Gendang Perang Pru 13 Dipalu: Kelantan KEKAL atau TUKAR?

Alhamdulilah pada 3 April hari itu, Perdana Menteri kita telah membubarkan parlinen secara rasminya. Maka  ia isyarat gendang Perang dipalu diserata Malaysia termasuklah Kelantan Darul Naim. Kelantan yang ditadbir oleh Pas semenjak 23 Oktober 1990 juga bakal menyaksikan persaingan sengit di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Mampukah Pas meneruskan mandatnya untuk mentadbir Kelantan? Ambo tok ser terlebih yakin bahawa Pas akan meneruskan legasinya di kelantan dan Malaysia. Walaupun ambo kelih Pas mampu mengekalkan kepemimpinan di Kelantan. Maghi kita belajar dari sejarah politik orang Klate dan caranya yang sukar diramal dalam membuat keputusan kerana bila-bila masa sahaja kami boleh menumbangkan sesuatu kerajaan.

Dalam pilihan raya pramerdeka pada 27 Julai 1955, Perikatan diberi mandat penuh, tetapi dalam PRU pertama selepas merdeka Ogos 1959, Pas pula diberi mandat menerajui Kelantan apabila menang besar dengan 28 kerusi daripada 30 kerusi dipertandingkan. Pada Pru 1978 pula, Barisan nasional berjaya mendapat mandat kali kedua menerajui kerajaan negeri dengan Pas hanya bertahan di dua kerusi, Sering dan Manek Urai. Bagaimanapun, pada Pru  21 oktober 1990, sekali lagi orang Klate mengambil sikap mengubah kepemimpinan kerajaan negeri dari BN kepada Angkatan Perpaduan Ummah(Apu) yang terdiri daripada Pas dan Semangat 46. Pada PRU 2004, persainagn sengit terus berlaku apabila Pas hanya menang tipis sebelum PRU 2008, Pas kembali menang majoriti. BN ketika itu hanya menang di kawasan Stoppa(jeli) dan Ku LI(gua musang). Ambo berharap Pas meneruskan mandatnya di Kelantan pada Pru13 ini.

Ambo bukel;ah anti-demokrasi sehingga dikatakan tidak memberi peluang kepada BN menang di Kelantan. Namun ambo belajar dari sejarah ketika pemerintahan BN di Kelantan dulu.BN pernah berkata melalui NAjib RAzak Altantuya bahawa akan memajukan Kelantan menjadi negeri maju sekiranya diberi mandat kepad BN .Malah ia disertakan lagi dengan tujuh janji 'gula-gula politik'. Persolaanya, pada pemerintahan Be End tahun1978-1990, mengapa BN tidak berusaha membangunkan Kelantan malah tidak mengambil kesah hal ehwal islam di Kelantan? Mengapa tidak memajukan Kota Bharu menjadi bandar besar di Pantai Timur? mana janji menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra  menjadi lapangan terbang antarabangsa? mana janji membina lebuhraya Central Spine Road(Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang-Bentong-Jempol-Seremban)? Mana janjimu menjadikan Pengkalan Chepa sebagai kawasan perindusrtian terbesar di Pantai Timur? Mana janjimu royalti minyak dan gas asli serta pendaratan di Bachok? Apakah janji tinggal janji, janji dicapati. Malah lebih teruk lagi BN merompak hak rakyat Kelantan dari 1975 hingga sekarang apabila minyak ditemui di perairan kelantan. Itulah menyebabkan rakyat Kelantan teramat marah kepada BN. Mana tanggungjawabmu kerajaan pusat???

Implikasi Pru tahun 2004 hok ambo nok kongsikan ialah keluarlah satu gelombang secara tiba-tiba dan dikenali sebagai 'gelombang merah'. Kononnya, mereka mahu menyedarkan rakyat Kelantan supaya menolak Pas Kelantan pada Pru13 atas alasan gagal memajukan Kelantan walaupun diberi mandat 22 tahun. tetapi ambo raso ambo tahu punca kegagalan pas memajukan Kelantan. Ia berpunca dari sekatan ekonomi daripada kerajaan pusat menyalurkan dana. Dalam erti kata lain rakyat kelantan membayar cukai kepada kerajaan Pusat tetapi tidak dapat menikmati hasil cukai itu. malah kerajaan pusat juga menyekat pelabur asing untuk melabur di Kelantan. Ini diakui sendiri oleh Stoppa Mamat didalam sidang dun kelantan suatu keka dahulu. malah Pas dipaksa membayar hutang lapuk zaman BN. Serangan psikologi juga dikenakan. Ambo ingat lagi kata-kat Che Dat "keraajan pas hanya mampu tadbir tiga bulan', namun kata-kata ini meleset apabila Pas mentadbir kelantan 22 tahun tanpa sebarang rasuah. Ini diakui oleh Sprm sendiri.

Ambo pernah dengar dua kata-kata saing ambo yang menarik perhatian ambo. Pertama, saing ambo tu(bukan nama sebenar Naim) ada berkata orang Kelantan nie tak terfikir nak kasi sepenggal BN perintah, BN majukan Kelantan lepas tu kasi Pas perintah balik' Persoalaannya, apakah Pas tak pentingkan pembangunnan? Kalu tak pentingkan pembangunan kenapa pada zaman Asri Muda (presiden Pas dan MB kelantan ketika itu) berjaya membina stadium Muhamad ke-iv dan Jambatan Sultan Yahya Petra. Malah Pas dibawah Nik Aziz berjaya membangunakan fizikal dan rohani. Mungkin mereka menilai kelantan kerana menilai Gua Musang ddan Jeli. Terlalu luas jajahan gua musang dengan bentuk muka bumi berbukit bukau yang kurang sesuai untuk pembangunan melainkan Bandar Guya Musang dan Bandar Jeli.Rakyat kelantan kini menunggu sebuah janji Bn menaiktaraf Jambatan Sultan Yahya Petra darei 2004 hingga sekarang tak siap lagi, walhal hanya kurang 1 km sahaja. kedua, saing ambo tu (Luqman bukan nama sebenar ada berkata Pas dan Umno ni kenapa taknak bergabung'. Barangkali dia tidak belajar sejarah, pada zaman asri muda, dia telahbersetuju Pas masuk BN buat waktu itu. namun BN tikam Pas dari belakang serta mempergunakan Pas menyebabkan Ketua Pemuda Pas ketika itu(nik aziz) dan pengikutnya mengisytiharkan pas keluar dari BN. Pas juga pernah mengadakan kerjasama politik dengan BN, Apu( Pas dan S46), Barisan Alternatif(BA) (Pas Dap, pkr dan parti rakyat malaysia serta kini PR(pas, pkr , dap) Pru13 kali ini jentera pas kelantan tanpa Slahudin Ayub(ke Parlimen Pulai, Johor) Husam Musam(ke Parlimen Putrajaya) dan Nasharuddin isa. Adakah bulan mampu menyinar semakin terang di Malaysia dan kelantan? Itulah ambo Berharap.


Langsir biru tukar hijau,
Bertambah seri musola kita,
Bendera biru tukar hijau,
Bertambah seri Malaysia kita.

Marilah undi bulan,
Undi bulan rakyat sejahtera,
Marilah undi bulan,
Undi bulan rakyat bahagia.

55 tahun merdeka janji ditepati,
janji jangan mencapati kami,
37 tahun kami setia menanti,
Mana royalti minyak kami.