Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Januari 14, 2012

Ekspidisi Khatam Quran


Peserta-khatam-30-juzuk
KOTA BHARU - Biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, namun 23 peserta dari Maahad Tahfiz Daril Naim, Melor, di sini tetap berjaya menawannya dengan khatam 30 juzuk al-Quran.

Pengarah ekspedisi, Muhammad Izzat Che Husin semasa menceritakan pengalaman berkenaan berkata, usaha yang dijalankan itu sebagai menghargai maahad (pondok) tersebut yang sudah 10 tahun dibina.

“Semasa perjalanan mendaki gunung, ada di kalangan peserta yang mengalami kekejangan otot, pening dan loya akibat suhu di kawasan pergunungan yang sejuk.

“Cuaca serendah empat darjah celcius pada hari kedua juga menguji tahap mental dan fizikal peserta terutama ketika mendaki cerun gunung yang berbatu dan licin menggunakan tali,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, tekanan udara yang rendah menyebabkan pernafasan peserta terganggu, namun acara khatam al-Quran sebanyak 30 juzuk berjaya dilaksanakan pada jarak 200 meter dari puncak gunung.

Menurutnya, usaha berkenaan melahirkan semangat juang dalam diri peserta bagi menyempurnakan misi khatam al-Quran di puncak Gunung Kinabalu.

“Ia sebagai bukti dan kemampuan peserta kepada peserta lain supaya tidak gentar menghadapi apa jua cabaran bagi meraih kejayaan,” katanya.

Katanya, dengan adanya cabaran pendakian untuk perjuangkan misi maahad di mata dunia, ia diharap menjadi contoh kepada institusi pendidikan lain untuk menyahut cabaran.