Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Oktober 22, 2011

Sultan Muhamad V terima DK Perlis


KOTA BAHARU– Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan menerima darjah kebesaran kerabat Raja Perlis (DK) sempena hari keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang ke-68 di Istana Negeri Kubang Kerian, di sini.
Istiadat penganugerahan itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai mewakili Raja Perlis.
Turut berangkat ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, mufti kedua-dua kerajaan negeri itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Dr Juanda Jaya, Tengku Laksamana Kelantan, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Azizan Hamid.

Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dalam kenyataan akhbar ringkasnya merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih kepada rombongan diraja Perlis yang telah berangkat ke Kelantan hari ini.
Katanya, ini bukti hubungan erat keluarga diraja Kelantan dan keluarga diraja Perlis.
“Moga-moga rakyat jelata akan terus menikmati kebahagian di bawah naungan Sultan Muhammad V dan rakyat negeri Perlis di bawah naungan Rajanya,” kata beliau.
Beliau berkata, darjah kebesaran berkenaan yang dizahirkan pada 21 September 1995 mengandungi kalung, bintang, selempang dan lencana.
Katanya, ia biasanya dikurniakan kepada raja-raja, kerabat-kerabat kanan diraja Perlis serta pihak tertentu atas perkenan Raja Perlis.
“Pengurniaan ini adalah sempena Hari Keputeraan Baginda Raja Perlis pada tahun 2011 baru-baru ini,” katanya.