Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Disember 25, 2010

Wow, Tranungkite ada 20-30 ribu mat rempit 1 Malaysia

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,
Beberapa hari lepas stadium tertutup Gong Badak mengumpulkan antara 20 hingga 30 ribu mat rempit dari seluruh Tranungkite yang dikumpulkan oleh UMNO mat said.Setiap seorang  diberi bekal sehelai jaket 1Malaysia,satu topi keledar 1Malaysia, wang saku sebanyak RM90 serta minyak dan makan ditanggung sepenuhnya oleh rakyat.Saksi menyatakan bagaimana hebatnya mat mat rempit ini berada di jalanraya pada hari itu dengan lambang 1Malaysia bergelumbang macam gelombang air laut.Ada yang meniarap, ada yang mengangkat motor dan ada yang berseluar pendek sahaja.

Hebat Tranungite dengan jumlah mat rempit yang berjaya dikumpul oleh mat said.Tetapi yang lebih hebat ialah gelagat mat rempit selepas itu dengan topi keledar dan jaket 1Malaysia.
Penulis sempat menyaksikan dua aksi hebat mat rempit setakat ini.Satu aksi pancung dengan jaket 1Malaysia dan satu aksi angkat motor juga dengan jaket 1Malaysia.Bayangkan di seluruh Terengganu ada antara 20 hingga 30 ribu mat rempit dengan jemana 1Malaysia.Tidak keterlaluan untuk menjangka banyak lagi aksi rempit di jalan jalan Tranungkite dengan jeket dan topi keledar 1Malaysia.
Mungkin juga akan berlaku musibah dengan jaket dan topi keledar 1Malaysia yang dengan mudah boleh diketahui dibekalkan dengan menggunakan dana rakyat.Senario yang bakal merosakkan mata dengan gagasan 1Malaysia di mana akan timbul persoalan nanti bahawa apakah yang hendak dicapai oleh 1Malaysia seandainya mat rempit diberi tempat yang begitu istimewa sedangkan selama ini, di mana mana mat rempit sudah diakui sebagai salah satu masalah utama negara.
Lihatlah Tranungkite, lihatlah mat mat rempit menguasai jalanraya dengan lambang 1Malaysia.Terima kasih UMNO, terima kasih mat said, terima kasih najib,terima kasih 1Malaysia dari rakyat Tranungkite......