Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Rabu, Disember 08, 2010

PANAS:Senibina Putrajaya-Illuminati dan Freemanson????????

Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.

Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..





Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross


Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Putrajaya



Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar.. 



Di Alamanda, Putrajaya.





Presint 5, Putrajaya.



Yang ini jelas "mata"nya



Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?




Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.

FBI keluar amaran untuk patung Barbie berkamera video

BARBIE VIDEO GIRL: Kamera video kecil yang diselindungi dalam satu loket di dadanya dikatakan boleh disalah guna untuk menghasilkan pornografi kanak-kanak, menyebabkan FBI mengeluarkan 'amaran jenayah siber' untuknya. -- Foto REUTERS
LOS ANGELES (Amerika Syarikat): Biro Siasatan Federal (FBI) mengeluarkan 'amaran jenayah siber' untuk patung baru Barbie yang dilengkapi kamera video kecil tersembunyi di bahagian dadanya.

FBI berkata mainan itu boleh disalah guna untuk menghasilkan pornografi kanak- kanak.

Laporan yang dikeluarkan pejabat FBI Sacramento pada 30 November lalu itu memberi amaran bahawa kamera patung mainan tersebut boleh merakam video sehingga 30 minit yang boleh dimuat turun.


Amaran itu mendapat liputan media selepas dihantar kepada beberapa organisasi berita secara tidak sengaja.

Seorang jurucakap wanita FBI cuba mengawal keadaan dengan menyatakan laporan itu adalah untuk kegunaan penguat kuasa undang- undang.

'Tiada laporan mengenai insiden patung mainan ini digunakan untuk perkara lain selain tujuan asalnya.

'Sebagai penjelasan, tujuan amaran itu adalah untuk memastikan agensi penguat kuasa sedar bahawa patung mainan itu, sama seperti peralatan dengan keupayaan merakam video, boleh mengandungi bukti dan tidak seharusnya diabaikan ketika sesuatu pemeriksaan,' kata jurucakap wanita itu, yang berpangkalan di Washington, dalam satu kenyataan.

Patung Barbie Video Girl buatan Mattel Inc yang mula dipasarkan pada Julai lalu pada harga AS$49.99 ($65.23) itu dilengkapi kamera video di dadanya yang diselindungi dalam satu loket.

Rakaman kamera video itu boleh ditonton pada layar LCD pada bahagian belakang patung tersebut atau dimuat turun ke komputer.

Amaran FBI itu menyatakan tiada tanda-tanda rakaman video tersebut boleh disalurkan terus ke Internet. -- Reuters.

Seluar Dalam Ratu Elizabeth 2 Dilelong

Kepada peminat barangan antik atau pengemar seluar dalam, ini peluang terbaik anda untuk memiliki seluar dalam Queen Elizabeth II. Kabarnya Queen Elizabeth telah tertinggal seluar dalam ini dalam pesawat khas semasa lawatannya ke Chile pada tahun 1968.

Seluar dalam berkenaan sekarang dibuka untuk lelongan pada harga sekitar 9 ribu dollar AmerikaUntuk dilelong. Minat? Klik di sini"