Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Julai 16, 2011

Khazanah Petroleum Kelantan


Joint Development Area (JDA) terletak dalam kawsan seluas lebih kurang 7,250 kilometer persegi dan ianya terbahagi kepada 3 blok dan ke 3-3 blok berkenaan berada didalam kawasan perairan bertindih yang melibatkan tuntutan diantara Malaysia - Thailand.

Jarak kawasan (JDA) dari daratan ialah 260 kilometer dari Songkhla, 280 kilometer dari Pattani, 310 kilometer dari Kerteh dan hanya 150 kilometer sahaja dari Kota Bharu. jauh lebih hampir dari Songkhla, Pattani atau Kerteh.

Pengeluaran semasa gas di kawasan ini dianggarkan berjumlah 790 juta kaki padu sehari atau 248 trillion kaki padu setahun dengan nilai lebih dari RM4 billion setahun manakala pengeluaran minyak pula ialah sebanyak 23,000 tong sehari.
Tuntutan Royalti Gas dan Petroleum melibatkan eksplorasi yang berada didalam perairan Negeri Kelantan.
2 daripada kawasan ini sudah pun memulakan pengeluaran Petroleum dan Gas asli bermula dari tahun 2003 dan tahun 2005 tetapi berada didalam kawasan pertindihan. 1 kawasan lagi berada di tepi pantai Kelantan tetapi dijangka hanya akan memulakan pengeluaran pada tahun 2011 dan tahun 2012.
Selain daripada itu, terdapat juga lokasi yang berada dalam kawasan persempadanan perairan Negeri Kelantan dan Terengganu, telah memulakan pengeluaran dan Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Kawasan-Kawsan Yang Dimaksudkan:
(i) - Kawasan Joint Development Area (JDA) Malaysia - Thailand:
(a) - Blok A18 (9 zon) iaitu Pelantar Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudera, Wira dan Samudera North.
(b) - Blok A17 (9 zon) iaitu Pelantar Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
(c) - B17-01 (3 zon) iaitu Pelantar Tanjung, Jinda dan Andalas.
(ii) - Blok PM3 Atau Commercial Arrengement Area.
Kerja-kerja pengeluaran telah bermula pada tahun 1997 bagi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan telah mencapai kemuncaknya pada tahun 2004. ini melibatkan kerja-kerja di Pelantar Bunga Kekwa West, Bunga Kekwa - Cai Nuoc East, Bunga Raya East, Bunga Raya West, Bunga Raya North West dan Bunga Seroja.
Kapasiti pengeluaran ialah sebanyak 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd gas. gas yang diperolehi oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip (pipeline) 24 inci sejauh 170 kilometer ke Pelantar Resak yang terletak di perairan Terengganu.
Petronas dan Kerajaan Pusat telah cuba untuk menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan dengan menimbulkan isu bahawa kawsan PM3 berada dilokasi bertindih antara Malaysia dan Vietnam dan juga PM3 berada di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (Malaysian Exclusive Economy Zone).
Sebagaimana dengan isu di zon JDA, aspek Perundangan dan Perlembagaan Persekutuan adalah jelas dan menyebelahi Tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan. jarak kawasan pengeluaran atau carigali tidak menjadi penentu atau syarat pembayaran Royalti kerana sebelum ini, Kerajaan Negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak juga terus menikmati pembayaran Royalti dari Petronas meskipun jarak pengeluaran atau carigali Minyak dan Gas 3 negeri tersebut lebih jauh dari kawasan tuntutan Kerajaan Kelantan.
NOTA: Pembayaran Royalti sebanyak 5% hasil pengeluaran dan carigali di perairan Terengganu kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah dihentikan serta-merta sebaik sahaja Parti PAS mengambil-alih Kerajaan Negeri Terengganu pada Pilihanraya Umum tahun 1999 dan telah digantikan dengan pembayaran "Wang Ehsan" dan terus menjadi isu sehingga sekarang.
(iii) - Blok PM301 dan PM302.
Blok PM301 adalah bersempadanan dengan pantai Kelantan dan Blok PM302 pula bersempadanan dengan Blok PM301. menurut Petronas, pengeluaran gas di kawasan-kawasan PM301 dan PM302 akan bermula pada tahun 2011 atau 2012.
Operasi di ke 2-2 Blok ini (PM301 dan PM302) telah diserahkan kepada CS Mutiara Petroleum Sdn.Bhd. ini adalah sebuah Syarikat Usahasama (50-50) antara Petronas Carigali dengan Shell Exploration and Production Malaysia BV.
Setakat ini, terdapat sejumlah 8 kawasan yang telah disahkan mempunyai stok gas asli.
Pada 3hb. April, 2006, CS Mutiara telah mengumumkan bahawa kerja-kerja penggerudian (explorasi) lautan sedalam 67 meter telahpun bermula pada 18hb. Februari, 2006 dan sejumlah telaga telah ditemui.
Penemuan gas di Blok PM301 adalah di zon Bunga Kamelia, Bunga Zetung, Bunga Anggerik, Bunga Kesumba, Bumi South dan Bunga Melati sementara penemuan gas di Blok PM302 pula ialah di zon Bunga Dahlia dan Bunga teratai.
(iv) - Kawasan Ular, Gajah dan Bergading di PM302 serta Lawit dan Jerneh dalam Blok PM303.
Kawasan Ular dan Gajah Bergading terletak bersempadan diantara JDA Blok A18 dengan Blok PM301.
Sumber Petronas memanggil kawasan ini sebagai Blok PM302. bagaimanapun, masih tidak jelas samada ianya diusahakan oleh operator dari kawasan JDA atau oleh CS Mutiara kerana didalam data, tercatat bahawa Ular, Gajah Bergading tercatat Malaysia - Thailand Joint Authority.
Tetapi jika dilihat pada peta Seismis, ianya menunjukkan bahawa kawasan Gajah Bergading dan Ular terletak dalam perairan JDA dan ianya juga tidak berada dalam perairan tuntutan bertindih (perairan Kelantan).
Sementara itu, kawasan Jerneh dan Lawit yang dipercayai berada dalam perairan Negeri Kelantan juga cuba dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan menimbulkan isu bahawa PM303 berada didalam kawasan bertindih antara Malaysia - Vietnam (Contagious Zone sehingga 44 kilometer dari daratan) sementara PM302 pula berada dalam Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia (sehingga 370 kilometer dari daratan).
Terbitan - Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan

Anak Bangsa Han

Bangsa Han (Cina Ringkas汉族/汉人Cina Tradisional漢族/漢人pinyin: hànzú atau hànrén) ialah kelompok etnik yang berasal dariChina. Sebagai kelompok etnik yang merupakan kaum Cina yang terbesar, ia juga merupakan kelompok etnik yang terbesar di dunia, dengan bilangan melebihi 1.3 bilion orang. Bangsa Han merupakan lebih kurang 92% daripada jumlah penduduk tanah besar China dan sekitar 19% daripada jumlah penduduk dunia. Terdapat perbezaan genetiklinguistikkebudayaan, dan sosial yang amat besar antaraberbagai-bagai subkumpulannya, khususnya disebabkan oleh beribu-ribu tahun asimilasi pelbagai kelompok etnik serta puak-puak di China. Bangsa Han secara tradisi dilambangkan dengan warna merah.



Istilah

Peta kelompok etnolinguistik di China (Kawasan-kawasan bangsa Han berwarna hijau).
Nama Han berasal daripada nama Dinasti Han yang mewarisi Dinasti Qin. Dinasti Qin menyatukan China tetapi tidak kekal lama. Adalah semasa Dinasti Qin dan Dinasti Han bahawa berbagai-bagai puak di China mula berasa bahawa mereka tergolong dalam kelompok etnik yang sama, berbanding dengan kelompok-kelompok etnik yang lain di sekeliling mereka. Tambahan pula, Dinasti Han yang dapat memperluas kuasa dan pengaruhnya ke Asia Tengah dan Asia Timur Laut dianggap sebagai kemuncak tamadun Cina.
Dalam bahasa Inggeris, Bangsa Han juga dirujuk secara mudah sebagai "bangsa Cina". [1] Istilah "bangsa Cina" pada dirinya tidak merujuk khusus kepada bangsa Han dan boleh merujuk kepada orang-orang yang berwarganegara China.
Antara sesetengah orang Han Selatan, istilah Tángrén (唐人; secara harfiah bermaksud "bangsa Tang") dipergunakan oleh sebilangan loghat seperti bahasa KantonisHakka, dan Hokkien. Istilah ini berasal daripada lagi sebuah dinasti Cina, iaitu Dinasti Tang, yang dianggap sebagai lagi satu kemuncak tamadun Cina. Istilah Tángrén telah dipergunakan untuk salah satu nama Pekan Cina, iaitu Tángrénjiē yang secara harfiah bermaksud "Jalan Bangsa Tang".
Lagi sepatah istilah yang biasa digunakan oleh orang-orang Cina perantauan ialah istilah Huarenyang berasal daripada perkataan Zhonghuanama harfiah untuk China. Terjemahan yang biasa ialah "etnik Cina" yang merujuk kepada "orang-orang Cina" sebagai sebuah gabungan kebudayaan dan etnik, dan yang merangkumi semua orang Cina, baik di negeri China mahupun di luar negeri.

Sejarah

Rencana utama: Sejarah China

[sunting]Prasejarah dan kaum Huaxia

Sejarah bangsa Han amat terikat dengan sejarah China. Bangsa Han dapat menyusur-galur keturunannya kepada kaum Huaxia yang tinggal di sepanjang Sungai Kuning di China utara. Catatan Ahli Sejarah Agung yang ditulis oleh Sima Qian, ahli sejarah Cina yang termasyhur, menetapkan tarikh pemerintahan Maharaja Kuning, leluhur legenda bangsa Han, sebagai antara tahun 2698 SM hingga 2599 SM. Walaupun kajian-kajian terhadap zaman ini dirumitkan oleh kekurangan rekod sejarah, penemuan tapak-tapak arkeologi telah menentukan sebuah urutan kebudayaan Neolitik di sepanjang Sungai Kuning seperti yang berikut:


Sejarah awal

Dinasti pertama yang dihuraikan dalam rekod-rekod sejarah Cina ialah Dinasti Xia, zaman legenda yang tidak mempunyai banyak buktiarkeologi. Dinasti ini digulingkan oleh orang-orang dari timur yang kemudian mengasaskan Dinasti Shang (1600 – 1046 SM). Sebilangan contoh tulisan Cina yang terawal wujud sejak dari zaman ini, dan merupakan askara-askara yang ditulis untuk peramalan tulang. Dinasti Shang akhirnya digulingkan oleh orang-orang Zhou yang muncul sebagai sebuah negeri di sepanjang Sungai Kuning pada sekitar milenium ke-2 SM.
Dinasti Zhou merupakan pewaris Dinasti Shang. Mereka yang berkongsi bahasa dan kebudayaan yang sama dengan orang-orang Shang memperluas kawasan mereka sehingga merangkumi kebanyakan kawasan di utara Sungai Yangtze. Melalui penaklukan dan penjajahan, kebanyakan kawasan ini mengalami proses pencinaan, dan kebudayaan proto-Han berkembang ke selatan.

Kebudayaan


Kebudayaan Cina yang merupakan salah sebahagian tamadun dunia yang tertua dan yang paling rumit telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Orang-orang Han mempercayai bahawa mereka berketurunan daripada leluhur-leluhur yang sama dengan Maharaja Kuning dan Maharaja Yan beberapa ribu tahun dahulu. Oleh itu, sesetengah orang Han merujuk kepada diri mereka sebagai "keturunan Maharaja Yan dan/atau Maharaja Kuning ". Dalam iklim politik yang memecahbelahkan, seperti antara tanah besar China dengan Taiwan, frasa ini telah menjadi sebut-sebutan dalam dunia politik.
Pada sepanjang sejarah China, kebudayaan Cina telah amat dipengaruhi oleh Konfusianisme. Dihargai untuk membentuk pemikiran Cina, Konfusianisme merupakan falsafah rasmi pada kebanyakan sejarah Empayar China, dengan penguasaan teks Konfusianisme merupakan kriteria utama untuk pemasukan ke dalam birokrasi empayar.

Bahasa


Orang-orang Han bertutur dalam berbagai-bagai bentuk bahasa Cina. Salah satu nama kumpulan bahasanya ialah Hanyu yang secara harfiah membawa pengertian "bahasa Han". Serupa juga, aksara Cina yang digunakan untuk menulis bahasa Cina dipanggil Hanzi atau "aksara Han."



Nama


Nama-nama Cina biasanya terdiri daripada dua atau tiga suku kata, dengan nama keluarga diikuti oleh nama yang diberikan kepadanya. Nama keluarga biasanya mempunyai satu suku kata (walaupun terdapat juga sebilangan nama keluarga yang amat kecil yang mempunyai dua atau lebih suku kata), manakala nama-nama yang diberikan adalah satu atau dua suku kata panjangnya.
Terdapat 4,000 hingga 6,000 nama keluarga di China, tetapi hanya sekitar 1,000 nama keluarga digunakan secara umum. Menurut sebuah kajian yang dibuat oleh Li Dongming, ahli sejarah Cina, sebagaimana yang diterbitkan sebagai makalah "Nama Keluarga" di dalam Majalah Dongfong (1977), nama-nama keluarga Han yang biasa adalah seperti yang berikut:
  • Nama keluarga ke-11 hingga ke-20 yang bersama-sama merangkumi melebihi 10% daripada orang-orang Cina di seluruh dunia:
  • Nama keluarga ke-21 hingga ke-30 yang bersama-sama merangkumi sekitar 10% daripada orang-orang Cina di seluruh dunia:

Pakaian

Pada hari ini, orang-orang Han biasanya memakai pakaian-pakaian gaya Barat. Tidak banyak orang memakai pakaian bangsa Han secara tetap. Bagaimanapun, pakaian bangsa Han masih dikekalkan untuk upacara agama dan istiadat. Umpamanya, sami-sami Taoisme memakai pakaian yang biasa dipakai oleh para cendekiawan pada zaman Dinasti Han. Pakaian istiadat seperti yang dipakai oleh sami-sami Shinto pada umumnya berdasarkan pakaian istiadat di Chinapada masa dinasti Tang.
Pakaian Cina tradisional yang dipakai oleh banyak wanita Cina semasa menghadiri upacara-upacara penting seperti jamuan perkahwinan dan Hari Raya Tahun Baru Cina dipanggil qipao. Yang ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi merupakan ubah suaian pakaian Manchu, kelompok etnik yang memerintah China antara abad ke-17 (1644) sehingga awal abad ke-20. Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu. Baju tradiosional Jepun dan Korea juga adalh ubah suaian pakaian Hanfu.

Kesusasteraan

Bangsa Han mempunyai sejarah kesusasteraan klasik yang kaya yang wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Antara karya-karya yang penting termasuk teks klasik seperti Koleksi Ujaran ConfuciusI Ching, dan Seni Perang. Sebilanganpemuisi Han yang terpenting dalam zaman pra-moden termasuk Li BoDu Fu, dan Su Dongpo. Novel-novel yang paling penting dalam kesusasteraan Cina ialah Empat Novel Klasik Agung, iaitu Mimpi Kamar MerahPinggir AirKisah Tiga Kemaharajaan, serta Perjalanan ke Barat.

Sumbangan kepada kemanusiaan


Bangsa Han telah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan bidang senisainsfalsafah, dan matematik pada sepanjang sejarah. Pencapaian-pencapaian saintifik di China pada zaman purba termasuk pengesan seismologimanciskertasdok keringangkup gelongsorpam omboh tindakan gandabesi tuanganbajak besigerudi biji berbilang tiub, kereta sorongjambatan gantungpayung terjungas asli sebagai bahan apikompas magnetpeta reliefkipas (propeller), busur silangserbuk letupan, dan pencetakan. Pencetakan, kertas, kompas, dan serbuk letupan telah disanjung dalam kebudayaan Cina sebagai Empat Rekaan Agung China kuno. Selain itu, ahli-ahli astronomi Cina merupakan antara tokoh-tokoh pertama yang mencatat pencerapan-pencerapan supernova.
Seni Cinamasakan Cinafalsafah Cina, dan kesusasteraan Cina kesemuanya mempunyai beribu-ribu tahun perkembangan, manakala banyak tapak Cina, seperti Tembok Besar Chinadan Angkatan Tentera Terracotta merupakan tapak-tapak Warisan Dunia. Sejak permulaan program tersebut pada tahun 2001, aspek-aspek kebudayaan Cina telah disenaraikan olehUNESCO sebagai Mahakarya Warisan Lisan dan Tak Ketara Kemanusiaan.
Pada kebanyakan sejarahnya, dinasti-dinasti Cina yang berturut-turut telah mempengaruhi jiran-jirannya dalam bidang senimuzikagamamakananpakaianfalsafahbahasa, sistemkerajaan, dan kebudayaan. Pada zaman moden, bangsa Han merupakan kelompok etnik yang terbesar di China, manakala penempatan orang-orang Cina perantauan yang berjumlah pada tahap berpuluh-puluh juta telah memberikan sumbangan kepada negara-negara yang ditetap mereka di seluruh dunia.
Pada zaman moden, orang-orang Han terus memberikan sumbangan kepada bidang matematik dan sains. Antara mereka ialah:
Tsien Hsue-shen merupakan seorang ahli sains yang terkenal di Makmal Perejanan Jet NASA, manakala Chien-Shiung Wu memberikan sumbangan kepada Projek Manhattan.

Bahasa sebagai faktor perpaduan

Walaupun terdapat banyak loghat bahasa tuturan Cina, salah satu faktor dalam perpaduan bangsa Han ialah bahasa tulisan Cina. Perpaduan ini diberikan penghargaan kepada dinasti Qin yang menyatukan berbagai-bagai bentuk tulisan yang wujud di China pada masa itu. Selama beribu-ribu tahun, bahasa Cina kesusasteraan telah dipergunakan sebagai format penulisan piawai yang menggunakan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang amat berbeza dengan pelbagai bentuk bahasa tuturan Cina.
Sejak dari abad ke-20tulisan Cina biasanya merupakan tulisan bahasa vernakular Cina yang berdasarkan sebahagian besarnya pada loghat bahasa Mandarin, dan bukannya loghat tempatan penulis (kecuali penggunaan tak rasmi bahasa tulisan Kantonis). Oleh itu, walaupun penduduk-penduduk dari kawasan-kawasan yang berbeza tidak semestinya memahami pertuturan antara satu sama lain, mereka memahami tulisan masing-masing.

"Han" sebagai konsep longgar

Takrif tentang identiti Han telah berubah-ubah pada sepanjang sejarah. Sebelum abad ke-10, sebilangan kelompok etnik bertuturan bahasa Cina seperti Hakka dan Tanka tidak dianggap secara sejagat sebagai bangsa Han, manakala sebilangan kelompok etnik yang tidak bertuturan bahasa Cina, seperti Zhuang, dianggap sedemikian. [2] Pada hari ini, kaum Cina Huidianggap sebagai sebuah kelompok etnik yang tersendiri walaupun selain daripada pengamalan Islam mereka, tidak terdapat banyak perbezaan antara mereka dengan orang Han; dua orang Han daripada kawasan yang berbeza mungkin lebih berbeza dari segi bahasa, adat resam, dan budaya, berbanding dengan seorang Han dan seorang Hui yang berjiran.
Semasa Dinasti Qing, orang-orang Han yang menyertai sistem tentera Lapan Panji-panji dianggap sebagai orang Manchu, manakala nasionalis Cina yang mencuba menggulingkanpemerintahan beraja menekankan identiti bangsa Han untuk membezakan mereka daripada identiti raja-raja Manchu. Republik Cina pada pengasasannya mengakui lima kelompok etnik utama: kaum-kaum Han, Hui, MongolManchu, dan Tibet, manakala Republik Rakyat China kini mengiktirafkan 58 buah kelompok etnik.

Kepelbagaian bangsa Han

Selain daripada kepelbagaian bahasa tuturan, terdapat juga perbezaan kebudayaan dari tempat ke tempat di kalangan kaum Han. Umpamanya, masakan Cina berbeza-beza dari makanan berempah Sichuan yang termasyhur ke Dim Sim dan makanan laut Guangdong. Bagaimanapun, perpaduan etnik masih wujud antara kedua-dua kelompok ini kerana mereka mengamalkan kebudayaan, tingkah laku, bahasa, dan agama yang sama.
Menurut kajian-kajian saintifik yang baru-baru ini, [3] terdapat sedikit perbezaan genetik di seluruh China. Disebabkan oleh banyak gelombang penghijrahan dari China Utara ke China Selatan dalam sejarah China, adanya banyak persamaan genetik dalam kromosom Y antara lelaki-lelaki Cina Selatan dan Utara. Bagaimanapun, kepelbagaian DNA mitokondria bangsa Han bertambah ketika kita beralih dari China Utara ke China Selatan. Ini membayangkan bahawa banyak penghijrah lelaki dari China Utara berkahwin dengan wanita-wanita tempatan, seperti kaum Yue, selepas tiba di GuangdongFujian, dan kawasan-kawasan lain di China Selatan. Dengan penerusan proses pencampuran ini dengan lebih banyak orang Han berhijrah ke selatan, orang-orang di China Selatan dipercinakan dan mengakui diri sebagai orang Han.
Dokumen-dokumen sejarah menunjukkan bahawa bangsa Han berketurunan daripada puak-puak Huaxia kuno yang tinggal di China utara. Pada sepanjang dua milenium yang lalu, kebudayaan Han (iaitu bahasa dan kebudayaannya yang berkait) tersebar masuk ke China selatan, kawasan yang pada asalnya dihuni oleh orang-orang asli selatan, umpamanya mereka yang menuturkan bahasa-bahasa DaiAustro-Asia dan Hmong-Mien. Ketika kebudayaan Huaxia tersebar dari kawasan tengahnya di lembangan Sungai Kuning, ia menyerap banyak kelompok etnik yang berbeza. Kelompok-kelompok etnik itu kemudian mengakui diri sebagai bangsa Han apabila mereka mengamalkan bahasa (atau kelainan-kelainannya) dan adat resamnya.
Umpamanya, semasa Dinasti Shang, penduduk-penduduk di kawasan Wu di Delta Sungai Yangtze dianggap sebagai puak "gasar". Mereka yang menuturkan bahasa yang berbeza hampir pasti bukannya orang Cina, dan diperihalkan sebagai berpakaian terlalu sedikit serta bertatu. Bagaimanapun, menjelang Dinasti Tang, kawasan ini telah menjadi sebahagian kawasan tengah bangsa Han. Pada hari ini, kawasan ini yang merangkumi Shanghai, bandar raya China yang terbesar, merupakan kawasan yang paling padat penduduknya dan mempunyai ekonomi yang terbaik di China. Penduduk-penduduk di kawasan Wu pada hari ini menuturkan loghat-loghat Wu yang walaupun merupakan sebahagian keluarga bahasa Cina, tidak saling dapat difahami oleh bahasa-bahasa dan loghat-loghat Cina yang lain. Walaupun demikian, mereka tidak melihat diri sebagai suatu kelompok etnik yang berasingan. Kawasan Wu merupakan salah satu contoh yang terlibat dalam penyerapan banyak kelompok kebudayaan yang berbeza dalam penyumbangan kepada kepelbagaian kebudayaan dan bahasa bagi seluruh bangsa Han.