Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Februari 05, 2012

Tengkolok Raja2 Melayu

"Sekali bernama Destar
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya."

Siti Zainon, Pakaian Cara Melayu,UKM 2006)

Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.
Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang.Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.

Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.Sejarah pemakaian tanjak di Perak pula dikatakan berasal dari sejarah lagenda kedatangan Sultan Muzaffar untuk ditabalkan di negeri Perak.Mahkota raja yang dipakainya dibuang ke laut kerana perjanjian dengan penjaga laut untuk terus mudik ke negeri Perak. Pakaian kepala kemudiannya direka untuk mengantikan mahkota raja dan dipanggil tengkolok raja.
 
 Pada zaman kini,pemaikaian tengkolok masih lagi digunakan oleh Raja-Raja Melayu.Setiap Sultan memakai tengkolok yang berlainan mengikut identiti negeri.Tengkolok atau destar merupakan pakaian hulu rasmi bagi Raja-Raja Melayu.


Pakaian Hulu Yang Dipertuan Agong : Tengkolok  Dendam Tak Sudah.


Tengkolok ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Hari Pertabalan dan hari-hari kebesaran negara yang lain.Tengkolok ini berwarna hitam bersulamkan benang emas.Soleknya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal dari negeri Sembilan.Di bahagian hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat dari emas putih. Di tengah-tengah bintang terletak lambang kerajaan Malaysia.

Pakaian Hulu Raja Perlis Indera Kayangan : Tengkolok Dendam Tak Sudah.


Tengkolok Dendam Tak Sudah ini merupakan pakaian rasmi KDYMM Raja Perlis.Warna natarnya kuning muda,manakala lipatannya sebanyak lima takuk bernama lipatan daun palas.Di tengah-tengahnya dipasang lambang rasmi negeri Perlis.

Pakaian Hulu Sultan Kedah Darul Aman : Tengkolok Dendam Tak Sudah.


Tengkolok KDYMM Sultan Kedah ini merupakan ikatan baru yang berasaskan ikatan Dendam Tak Sudah.Ikatan ini dicipta setelah terjalin perkahwinan diraja antara Kedah dan Negeri Sembilan.Tengkolok dari songket berwarna hitam ini merupakan pakaian rasmi baginda.Daun lambaian kasihnya menghala ke kanan manakala pucuk destar yang melambangkan kuasa raja terletak di sebelah kiri,yang menunjukkan pemaikainya adalah raja pemerintah.


Pakaian Hulu Sultan Perak Darul Ridzuan : Tengkolok Ayam Patah Kepak.


Tengkolok DYMM Paduka Seri Sultan Perak dibuat daripada songket putih bersulamkan benang perak yang diberi nama Ayam Patah Kepak.Tengkolok ini adalah pakaian hulu khusus bagi DYMM Sultan Perak.Di negeri Perak,pewaris takhtanya mempunyai warna destar yang berlainan mengikut pangkat.Warna putih khas untuk Sultan Perak,warna kuning untuk DYTM Raja Muda dan warna hitam untuk DYAM Raja Di Hilir.


Pakaian Hulu Sultan Selangor Darul Ehsan : Tengkolok Setanjak Balung Raja.


Tengkolok DYMM Sultan Selangor yang diperbuat daripada kain songket berwarna kuning ini adalah pakaian hulu rasmi Sultan Selangor.Ia dinamakan Destar Setanjak Balung Raja.Ia dipakai oleh Tuanku Sultan dalam majlis rasmi negeri seperti Hari Pertabalan dan juga hari keputeraan.Reka bentuk tengkolok ini diambil daripada Tengkolok Balung Ayam dari negeri Perak setelah terjalin perkahwinan diraja antara negeri Selangor dan Perak.


Pakaian Hulu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan : Tengkolok Dendam Tak Sudah.


Tengkolok DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Di Negeri Sembilan istilah destar disebut sebagai deta sahaja. Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakaian hulu rasmi D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang dipanggil “tunas kasih” harus diletak tepat di atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula dihalakan ke arah kanan. Cara ini menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah negeri.

Pakaian Hulu Sultan Pahang : Tengkolok Sekelungsung 
Bunga. 
 
Tengkolok KDYMM Sultan Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis destar yang pernah dipakai oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Tengkolok ’Sekelunsung Bunga’ yang diperbuat daripada kain songket yang warna natarnya biru kundang bersulam kencana ini adalah pakaian hulu rasmi yang dipakai D.Y.M.M Sultan Pahang pada masa sekarang. Walaupun bentuk destar ini agak ringkas dengan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah kelungsung bunga, seperti terdapat perbezaan di antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan destar yang dipakai oleh orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil ’sula’. 


  
Pakaian Hulu Sultan Kelantan : Tengkolok Ketam Budu.






 
Tengkolok KDYMM Sultan Negeri Kelantan Darul Naim Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh D.Y.M.M Sultan dan pembesar di Negeri Kelantan, perbezaannya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk di bahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Ikat kepala ini dapat dikenali dengan mudah kerana ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pemakai, tidak seperti jenis-jenis destar lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia. 

 
Pakaian Hulu Sultan Terengganu : Tengkolok Belalai Gajah.







Tengkolok KDYMM Sultan Negeri Terengganu Darul Iman Destar Belalai Gajah adalah pakaian rasmi bagi D.Y.M.M. Sultan Terengganu. Destar ini diperbuat daripada kain songket bunga penuh warna kuning.
Daun pada bahagian atas depan destar ini dibentuk secara menggulung ke atas, seakan-akan seekor gajah sedang melambung belalainya. Bahagian bawahnya pula terdapat tiga takuk lipatan dan pucuk destar yang disebut sula diletakkan pada sebelah kanan, melambangkan pemakainya adalah seorang raja.


1 ulasan: