بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
السلام عليكم
Pengujung Istimewa
Selasa, Disember 21, 2010
Rakyat ns bil elektrik RM200 sebab tiada kemudahan
Demi keselamatan penduduk di Kampung Paya , Port Dickson terpaksa memasang sendiri tiang lampu jalan dan membayar bil elektrik hingga RM200 sebulan demi untuk menjaga keselamatan kerana tiada kemudahan lampu jalan di kampung tersebut. Kampung ni mungkin kawasan selamat Umno agaknya?
(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.)
(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.)
BIL ELEKTRIK CECAH RM200
Sinar Harian 21 Dis 2010
Kampung Paya , Port Dickson – Seorang penduduk terpaksa membelanjakan lebih RM200 setiap bulan bagi melunaskan bil lampu jalan yang dipasangnya sendiri sejak dua tahun lalu berikutan permohonan mendapatkan kemudahan itu tidak dihiraukan.
Syarifah Syarif, 58, berkata, perbelanjaan besar perlu dikeluarkan sendiri bagi membiayai bil lampu jalan di hadapan rumahnya itu.
Menurutnya, sehingga kini sudah banyak wang yang dikeluarkan bagi membiayai bil berkenaan disebabkan permohonan untuk membina lampu jalan di hadapan rumahnya tidak mendapat respons positif daripada semua pihak yang dirujuknya.
"Dua tahun lalu, saya bersama suami mengambil inisiatif untuk memasang sendiri lampu jalan ini dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
"Kos keseluruhan termasuk kerja pemasangan lampu jalan sahaja mencecah RM1,000," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.
Syarifah berkata, permohonan bagi kerja pemasangan lampu itu dibuat berikutan lorong kediaman rumahnya bersama lima lagi jiran yang lain tiada kemudahan lampu jalan.
"Kawasan kediaman kami pada waktu malam sangat gelap, ditambah dengan kawasan berhampiran yang dipenuhi belukar. "Apatah lagi rumah saya terletak di hujung jalan dan paling hampir dengan kawasan belukar," katanya.
Menurutnya, kejadian kecurian dan rompakan juga telah beberapa kali berlaku di sini berikutan kawasan yang gelap serta kawasan belukar memudahkan perompak melarikan diri. "Ada juga rakan tidak menjumpai lorong kediaman kami disebabkan kawasan yang gelap. "Walaupun lampu pagar rumah dinyalakan tetapi cahayanya tidak begitu terang," katanya. Syarifah berkata, lampu jalan yang dipasangnya itu tidak dinyalakan dengan kerap kerana khuatir dengan bil yang tinggi perlu dibayar setiap bulan.
"Saya memohon agar pihak berkenaan dapat membantu penduduk di Lorong Bahagian 2, Kampung Paya bagi menyelesaikan masalah lampu jalan ini," katanya.
"
Dr Nuh, Mufti Jordan kembali ke Rahmattullah
"Selepas 11 tahun meninggalkan bumi Jordan, saya teringin benar kalau dapat bertemu kembali dengan sheikh dan murabbi saya, Dr Nuh Ali Salman al-Qudha. (Pengalaman saya lebih 6 tahun bersamanya diabadikan dalam Kembara Ilmu 7 dan beberapa siri selepasnya) Dalam fikiran, dicongak-congak kalau dapat menunaikan umrah, singgah di Jordan, bertemu dan menjemputnya ke Malaysia.
Di Malaysia nanti, boleh disusun pelbagai aktiviti ceramah dan lawatan untuk Sheikh Nuh. Itulah impian saya. Lagipun, tak ramai yang mengenali beliau kecuali para pelajar Malaysia yang pernah belajar di Jordan (yang cakna ilmu) atau mereka yang mengikuti perkembangan ulama Islam. Namun Allah Yang Maha Mengasihi lebih mengasihi Sheikh Nuh. Beliau kembali ke rahmatullah pada pagi Ahad 19 Dis 2010 (13 Muharram 1432) dalam usia 71 tahun (74 tahun Hijrah) selepas menjalani pembedahan dan rawatan di Austria selama 3 bulan dan kembali ke Jordan tetapi masih dirawat di hospital di Amman. Sabtu malam Ahad saya bermimpi sedang bermain satu permainan, tiba-tiba air besar seperti Tsunami mengatasi bukit muncul. Saya bersyahadah dan azan. Air itu menerpa ke bawah saya tetapi tidak mengenai saya. Saya terjaga. Apa tafsir mimpi itu? Permainan tidur, syaitan atau apa? Ada kaitan dengan kematian itu? Wallahua’lam.
Jenazahnya dikebumikan di kampung asalnya di Ajloun, utara Amman. Puluhan ribu mengiringi jenazahnya. Mungkin tidak seperti ulama-ulama kontemporari lain yang lebih dikenali di luarnegara, namun penduduk Jordan dan beberapa negara Arab sekitar mengenali beliau.
Sumbangan beliau kepada perkembangan Islam di negara Jordan yang kecil itu tidaklah boleh diperkecilkan. Angkatan Tentera Jordan diIslamkan dengan mewujudkan institusi agama tersendiri sehingga mempunyai mufti, para imamnya sendiri, termasuk silibus pengajian. Jauh lebih baik dari KAGAT.
Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan pelbagai aliran Islam di Jordan. Beliau bersahabat baik dengan para pemimpin Ikhwan Jordan, dihormati pemimpin sufi dan Tarikat, disegani oleh pegawai kerajaan dan disayangi oleh rakyat Jordan.
Alhamdulillah, 6 tahun bersamanya dimanfaatkan untuk sentiasa ‘menadah kitab’ dengannya walaupun berjalan kaki keseorangan ke rumahnya di Eidoun, 2 km dari Duwwar Naseem, Irbid, Jordan. Asal ada masa sahaja selain kuliah rasmi di Universiti Yarmouk dan aktiviti jemaah, maka ke masjid berhampiran rumahnyalah destinasinya.
Ilmunya dikutip sungguh-sungguh. Kelebihannya ialah kerana beliau pernah belajar di madrasah di Syria ketika mudanya. Di zamannya, institusi ilmu di Syria hebat, seperti juga di Mesir walaupun pemerintah Syria sangat kuat menekan ulama dan Islam. Madrasah tempat pengajiannya di Syria itu melahirkan ulama-ulama terkenal. Kalau hanya mengharap pengajian rasmi BA-MA-PhD, tidaklah tamakkun sangat.
Sheikh Nuh adalah guru yang ke 8 telah meninggal dunia setakat ini: Datuk sendiri, Hj Abdullah (bapa Hj Zawawi, Mudir Taman Islam, Kemaman), TG Hj Hashim (pernah mengajar kitab di Kajang), TG Hj Ali b Musa (Pondok Siliau, NS), TG Hj Abdul Latif (Pak Teh Keroh/Pengkalan Hulu), TG Hj Najmudin (Pondok Paku Kerandang, Besut), Dr Walid al-Aani (pakar hadis, Univ Yarmouk-asal Iraq).
Moga Allah merahmati semua para ulama al-aamilin yang mendahului kita. ‘Allah tidak mencabut ilmu dengan tiba-tiba, tetapi Allah mencabut ilmu dengan meninggalnya para ulama.’ Bergurulah dengan ulama yang beramal dengan ilmunya, dan berjuanglah menegakkan Islam dengan ilmu itu. Jangan biarkan diri anda jahil dan jangan biarkan diri anda dipandu oleh pemimpin yang sesat dan menyesatkan.
“Mata menitiskan airmata, hati begitu sedih, tetapi tetap redha dengan ketentuan Ilahi”
artikel dalam assabeel (bahasa Arab) (0)"
Apa sudah jadik RM19 juta kawasan industri ns
Apa sudah jadi dengan projek Kawasan Perindustrian Chembong di Rembau , Negeri Sembilan yang kosnya sebanyak RM19 juta yang bermula sejak tahun 2002? Setakat Disember 2010 kawasan tersebut telah dipenuhi semak samun dan pokok liar. Apakah pelabur sudah hilang minat melabur di Negeri Sembilan, khususnya di Rembau?
Gambar terkini Kawasan Perindustrian Chembong pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/12/apa-sudah-jadi-rm19-juta-kawasan.html
Gambar terkini Kawasan Perindustrian Chembong pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/12/apa-sudah-jadi-rm19-juta-kawasan.html
Laman wen PKNNS Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan yang meguruskan projek Kawasan Perindustrian Chembong ini pun tidak dikemaskini sejak tahun 2008, dengan berita terakhir ialah ucapan Ramadhan. ( http://www.ns.gov.my/pknns 01.09.2008 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam)
EXISTING INDUSTRIAL AREAS
Chembong Industrial Park http://www.nsic.com.my/industrial.html
SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial Area being developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this year, said Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad.
He said the industrial estate, covering a land area of 27.2 hectares and being developed by the State Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19 million. Sales of the industrial lots to interested buyers have already begun, he told reporters after chairing a meeting with the Board of Directors of PKNNS here today.
"
Masjid Ns banyak daif,atap bocor,karpet basah
"Inilah nasib masjid-masjid di Negeri Sembilan ini. Ada yang mungkin nak kena roboh, ada yang diserang kelawar, ada yang pakai kanvas sebab atap bocor teruk, ada yang tak siap-siap projek pembinaan masjid setakat pecah tanah je. Yang ini pula karpetnya basah, bukannya di ceruk pedalaman tapi di tengah kota Kuala Pilah.
(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat. Adakah kampung-kampung dan kawasan Felda di Negeri Sembilan ini kawasan selamat?)
TIDAK SELESA KARPET BASAH
Sinar Harian 21 Dis 2010
Kuala Pilah – Kebanyakan jemaah yang mahu menunaikan solat di masjid, di Pekan Kuala Pilah melahirkan rasa kecewa kerana sebahagian karpet masjid berkenaan basah sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan.
Keadaan itu berpunca daripada keadaan bumbung bocor dan setiap kali hujan, karpet bahagian jemaah perempuan dan lelaki sebelah kiri akan basah, sekali gus mengganggu jemaah bersolat.
Zainal Ahmad, 55, ketika ditemui berkata, masalah itu sudah berlarutan sehingga enam tahun dan masih tidak dibaiki sehingga kini.
“Saya prihatin dengan keselesaan kemudahan di masjid ini. Bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi ini untuk kebaikan dan keselesaan jemaah yang lain juga.
“Ini kerana, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai disebabkan kedudukannya berhampiran jalan raya utama. Kadangkala ada juga jemaah yang datang dari Kuantan dan Kelantan bersolat, di sini,” katanya.
Menurutnya, jika masalah itu dibiarkan, sudah pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan imej masjid berkenaan, sekali gus nama Daerah Kuala Pilah.
“Baru-baru ini ada seorang jemaah berketurunan Arab menunaikan solat di sini. Dia memanggil saya dan menunjukkan punca bau busuk pada karpet bahagian perempuan yang basah.
“Malu pun ada juga tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah ini dapat diatasi segera,” katanya. Zainal berkata, bukan tidak pernah mengadu kepada pihak berkenaan tetapi ia seolah-olah dipandang sepi.
“Aktiviti sentiasa diadakan di masjid ini dan boleh dikatakan setiap hari. Jemaah yang hadir juga amat menggalakkan terutama jika ada ceramah selepas Maghrib. “Sambutan daripada jemaah wanita tidak pernah mengecewakan.
Saya bimbang, jika masalah ini tidak diatasi segera, ia akan menyebabkan jemaah wanita akan berkurangan,” katanya.
Dalam pada itu menurutnya, setiap kali solat Jumaat dan waktu hujan, kawasan karpet terbabit akan diletakkan tanda amaran supaya tidak bersolat di situ. “Bukan sahaja dalam masjid tetapi di luar juga terkena tempias hujan sehingga lantai basah walaupun mempunyai bumbung.
“Lantai yang licin boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, bimbang mereka terjatuh atau tergelincir,” katanya
Beberapa artikel nasib masjid-masjid di Negeri Sembilan di bawah ini :
MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP
ADAKAH MASJID BONGEK NAK DIROBOH BUAT JALAN ?http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html
MASJID CHEMBONG GUNA KANVAS, ATAP BOCOR
MASJID DI FELDA N.SEMBILAN DISERANG KELAWARhttp://waghih.blogspot.com/2010/12/masjid-nsembilan-diserang-kelawar.html
APA DAH JADI MASJID KARIAH SIRUSA, PORT DICKSONhttp://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-dah-jadi-masjid-kariah-sirusa-bagan.html
" Ketua Bahagian UMNO anjur Maksiat???
SAYA sangat berharap maklumat yang sampai kepada saya ini tidak betul. Biarlah ianya akan dinafikan oleh pihak berkenaan selepas ini. Ataupun kalau ianya betul pihak berwajib di Kelantan hendaklah ambil tindakan.
Kita dan sesiapa saja tidak akan bersetuju dan merelakan apa yang dilaporkan ini berlaku. Ia bukan saja tidak manis, tetapi akan menyebabkan semua orang terpalit dengan dosa dan noda.
Ceritanya begini...
Sebuah rumah (mungkin rumah rihat) seorang ketua bahagian Umno telah dijadikan sarang maksiat. Katanya dalam rumah itu menjadi tempat perjudian, karoake dan lebih mendukacitakan ia menjadi tempat persinggahan perempuan di waktu malam.
Kalau setakat berjudi, main teruk atau pakau dan berkaroake berduet antara jantan dan perempuan tidak masalah. Tetapi ada kegiatan yang lebih dahsyat dari itu .. pelacuran!
Pihak penguasa tempat mengetahui hal berkenaan. Tetapi tidak berjaya untuk membenteraskannya. Katanya ketua Umno bahagian berkenaan cukup kebal melindungi rumah rihat berkenaan.
Baru-baru ini rumah rihat berkenaan sudah pun diserbu oleh pihak berkuasa. Semasa serbuan itu dibuat ditemui seorang lelaki sedang berasmara dana dengan seorang perempuan.
Rumah berkenaan katanya dikhaskan kepada ahli-ahli dan Vip saja dan orang biasa tidak dibenarkan masuk.
Sekiranya maklumat ini benar sangatlah diharap pihak berkuasa polis, penguatkuasa agama atau pun Pasukan Anti Dadah (AADK) perlu bertindak tegas. Bukan saja setakat membuat serbuan tetapi rumah berkenaan perlu dipantau sepanjang masa.
Ingatlah kalau Tuhan menurunkan bala ke atas sesebuah kampung dan negeri itu ia bukan saja tertimpa atas batu jemala mereka yang melakukannya, tetapi turut terpalit kepada seluruh penduduk kampung dan negeri berkenaan. Weiiiiii..... jangan lari! [ttdi.kl.12:00 t/hari 21/12/10]
Berita Tengah Hari
Kita dan sesiapa saja tidak akan bersetuju dan merelakan apa yang dilaporkan ini berlaku. Ia bukan saja tidak manis, tetapi akan menyebabkan semua orang terpalit dengan dosa dan noda.
Ceritanya begini...
Sebuah rumah (mungkin rumah rihat) seorang ketua bahagian Umno telah dijadikan sarang maksiat. Katanya dalam rumah itu menjadi tempat perjudian, karoake dan lebih mendukacitakan ia menjadi tempat persinggahan perempuan di waktu malam.
Kalau setakat berjudi, main teruk atau pakau dan berkaroake berduet antara jantan dan perempuan tidak masalah. Tetapi ada kegiatan yang lebih dahsyat dari itu .. pelacuran!
Pihak penguasa tempat mengetahui hal berkenaan. Tetapi tidak berjaya untuk membenteraskannya. Katanya ketua Umno bahagian berkenaan cukup kebal melindungi rumah rihat berkenaan.
Baru-baru ini rumah rihat berkenaan sudah pun diserbu oleh pihak berkuasa. Semasa serbuan itu dibuat ditemui seorang lelaki sedang berasmara dana dengan seorang perempuan.
Rumah berkenaan katanya dikhaskan kepada ahli-ahli dan Vip saja dan orang biasa tidak dibenarkan masuk.
Sekiranya maklumat ini benar sangatlah diharap pihak berkuasa polis, penguatkuasa agama atau pun Pasukan Anti Dadah (AADK) perlu bertindak tegas. Bukan saja setakat membuat serbuan tetapi rumah berkenaan perlu dipantau sepanjang masa.
Ingatlah kalau Tuhan menurunkan bala ke atas sesebuah kampung dan negeri itu ia bukan saja tertimpa atas batu jemala mereka yang melakukannya, tetapi turut terpalit kepada seluruh penduduk kampung dan negeri berkenaan. Weiiiiii..... jangan lari! [ttdi.kl.12:00 t/hari 21/12/10]
Tun Mahathir ketiga dalam carta Top Ten Anti-Semetic
Simon Wiesenthal Centre meletakkan Helen Thomas di tempat pertama, Oliver Stone, Tun Mahathir Mohammad, dan Rick Sanchez dan lain-lain dalam senarai sepuluh teratas (Klik pada imej di atas dan sambungannya di akhir posting untuk lebih jelas)
Sebuah kumpulan Yahudi berpengkalan di LA, Simon Wiesenthal Centre, telah mengeluarkan satu senarai “sepuluh teratas kenyataan anti-semitik 2010.
Jumaat lalu, Simon Wiesenthal Center mengeluarkan satu senarai kenyataan atau petikan berbaur anti-Semitik yang dibuat sepanjang tahun ini oleh tokoh-tokoh berprofail tinggi.
Berada di kedudukan teratas adalah Helen Thomas, jurnalis berusia 90 tahun yang bersara awal tahun ini selepas berkata kepada seorang rabbi bahawa “Yahudi harus keluar dari Palestin.”
“Mereka patut kembali ke Poland, Jerman, Amerika dan tempat lain,” katanya kepada rabbi itu.
Pengarah Oliver Stone berada di tempat kedua dengan kenyataan yang dibuatnya tentang gambaran salah yang diberikan kepada peranan Hitler dalam sejarah.
“Hitler telah dijadikan kambing hitam dalam sejarah sepanjang zaman dan ianya dipergunakan secara begitu murah,” kata pengarah berkenaan Januari lalu. “Beliau adalah produk yang terhasil dari beberapa siri tindakan. Ianya adalah sebab dan akibat.”
Personaliti lain yang dinamakan oleh Simon Wiesenthal Center dalam senarainya termasuklah bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohammad; Al-Mutawakil Taha, Timbalan Menteri Penerangan Palestin, dan Rick Sanchez, bekas koresponden CNN.
Menurut Simon Wiesenthal Center, senarai tersebut menunjukkan peningkatan retorik anti-semitik yang semakin menular.
“Tidak pernah sebelum ini, Simon Wiesenthal Center melihat begitu banyak wujudnya anti-semitisme dalam arus perdana.,” kata Rabbi Marvin Hier, pengasas dan pengarah SWC, sambil menambah bahawa “Senarai sepuluh teratas ini membabitkan personaliti terkenal dalam pelbagai bidang termasuklah journalis, pegawai kerajaan, selebriti, pengarah filem terkenal, dan ahli akademik.”
Sesetengah mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Semitik sepanjang tahun 2010 ini tidak terlepas begitu sahaja tanpa menanggung kesannya. Thomas bersara selepas membuat kecaman seperti itu, Sanchez kehilangan kerja dan Stone terpaksa memohon maaf kepada Anti-Defamation League sebanyak dua kali. Tun Dr. Mahathir???
Sebuah kumpulan Yahudi berpengkalan di LA, Simon Wiesenthal Centre, telah mengeluarkan satu senarai “sepuluh teratas kenyataan anti-semitik 2010.
Jumaat lalu, Simon Wiesenthal Center mengeluarkan satu senarai kenyataan atau petikan berbaur anti-Semitik yang dibuat sepanjang tahun ini oleh tokoh-tokoh berprofail tinggi.
Berada di kedudukan teratas adalah Helen Thomas, jurnalis berusia 90 tahun yang bersara awal tahun ini selepas berkata kepada seorang rabbi bahawa “Yahudi harus keluar dari Palestin.”
“Mereka patut kembali ke Poland, Jerman, Amerika dan tempat lain,” katanya kepada rabbi itu.
Pengarah Oliver Stone berada di tempat kedua dengan kenyataan yang dibuatnya tentang gambaran salah yang diberikan kepada peranan Hitler dalam sejarah.
“Hitler telah dijadikan kambing hitam dalam sejarah sepanjang zaman dan ianya dipergunakan secara begitu murah,” kata pengarah berkenaan Januari lalu. “Beliau adalah produk yang terhasil dari beberapa siri tindakan. Ianya adalah sebab dan akibat.”
Personaliti lain yang dinamakan oleh Simon Wiesenthal Center dalam senarainya termasuklah bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohammad; Al-Mutawakil Taha, Timbalan Menteri Penerangan Palestin, dan Rick Sanchez, bekas koresponden CNN.
Menurut Simon Wiesenthal Center, senarai tersebut menunjukkan peningkatan retorik anti-semitik yang semakin menular.
“Tidak pernah sebelum ini, Simon Wiesenthal Center melihat begitu banyak wujudnya anti-semitisme dalam arus perdana.,” kata Rabbi Marvin Hier, pengasas dan pengarah SWC, sambil menambah bahawa “Senarai sepuluh teratas ini membabitkan personaliti terkenal dalam pelbagai bidang termasuklah journalis, pegawai kerajaan, selebriti, pengarah filem terkenal, dan ahli akademik.”
Sesetengah mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Semitik sepanjang tahun 2010 ini tidak terlepas begitu sahaja tanpa menanggung kesannya. Thomas bersara selepas membuat kecaman seperti itu, Sanchez kehilangan kerja dan Stone terpaksa memohon maaf kepada Anti-Defamation League sebanyak dua kali. Tun Dr. Mahathir???
Negara Islam: Hari Ini Karpal Singh Terbuka Hati
KEPALA BATAS, 19 Dis 10: Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.
Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.
“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.
Di akhir ucapan itu, Karpal, 70, yang menggunakan kerusi roda diberikan tepukan gemuruh berdiri oleh para perwakilan konvensyen. Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.
“Apa yang saya katakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.
“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.
“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi.
Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam. Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.
Karpal berkali-kli menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.
“Ia (Malaysia) sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini Jun lalu.
Karpal sebelum ini pernah menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.
“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.
“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.
Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik beliau sebagai berkata biar PAS membina “negara Islam dengan melangkah mayat saya.”
“Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.
“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal Jun lalu.
Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk Pakatan Rakyat. Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.
Dalam ucapannya, Karpal juga berkata, Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.
“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya (membentuk kerajaan persekutuan) tanpa Anwar,” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Karpal merupakan peguam utama kes liwat dihadapi Anwar, yang menurutnya merupakan satu fitnah. Sehubungan itu, Karpal juga mahu parti-parti komponen Pakatan Rakyat memilih calon yang terbaik dan integriti, dan tidak mahu kesilapan pilihan raya umum 2008 berulang.
Malah Karpal juga menyindir Anwar tidak mendengar nasihatnya agar tidak menerima masuk Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru sebagai ahlinya tahun lalu.
“Saya ada beri Anwar amaran, bukan nasihat tetapi dia tak dengar,” kata beliau yang turut mengungkit personaliti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin, masing-masing ahli Parlimen Bayan Baru dan Kulim-Bandar Bahru yang keluar PKR awal tahun ini. Oleh itu kata Karpal, Pakatan Rakyat memerlukan pemilihan calon terbaik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. (The Malaysian Insider)
Orang Cina Tolong Melayu
(Gambar: Pulau Ketam)
TERTARIK saya dengan kenyataan Mohd Ridhuan Tee Abdullah, sahabat lama saya yang sudah puluhan tahun tidak pernah bertemu, walaupun saya ada juga mengikuti perkembangannya di tv dan media-media masa lainnya. Entah beliau ingat saya lagi atau tidak, tak tahulah.
Kenyataannya dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, membangkitkan soal isu masjid Cina yang menurutnya ‘sengaja tidak mahu difahami dengan jelas’. Saya pun rasa begitu… Menurutnya lagi, mengapa hanya tidak sampai 1% dari orang-orang Cina di Malaysia yang memeluk agama Islam? Sebab cara kita ‘menjual’ Islam itu terlalu bersifat perkauman, kemelayuan atau kearaban. Sehingga Islam tidak dianggap sebagai agama universal yang bersifat sejagat, tetapi hanya berlegar sekitar soal bangsa dan bahasa. Itu kata beliau dari seorang yang berbangsa Cina..
Pada saya, kerana sifat kebangsaan dan asabiah yang tebal itu, orang Melayu seolah-olah lupa di mana banyak jasa-jasa orang Cina dalam menolong dan menyelamatkan orang Melayu tidak diketengahkan dalam catatan sejarah negara ini. Itu pandangan saya dari seorang yang kebetulan berbangsa Melayu, dan tidak pernah pun meminta dilahirkan sebagai bangsa Melayu..
Saya cuba-cuba ingatkan kembali perbualan saya sewaktu mengikuti rombongan kajian mengenai orang Cina Muslim di Pulau Ketam, dekat pelabuhan Kelang puluhan tahun yang lalu…
Bot yang kami tumpangi itu membawa sarat penumpang dalam perjalanan beberapa jam merentasi teluk dan selat. Sesampainya di pelabuhan Pulau Ketam itu, kami turun. Kami lihat seakan-akan tiada orang Melayu seorang pun tinggal di sana , walaupun sebenarnya ada, cuma pekerja-pekerja kerajaan atau agensi-agensi tertentu sahaja.
“As-salamu ‘alaikum?” Suara orang memberi salam.
Sepatutnya kami memberinya salam terlebih dahulu, tapi kami tak sangka beliau yang berpakaian seperti orang Cina biasa belum Islam, rupanya seorang yang telah menganut Islam. Lepas jawab salam, beliau dan isterinya menyambut kami, membawa kami ke surau, yang beliau sendiri sebagai tok siaknya… Dan petang hingga malamnya, beliau juga yang berniaga makanan berhampiran depansurau itu. Pelanggannya tidak ramai yang Muslim.
“Sebenarnya kita tidak perlu terkejut…” Kata seorang ustaz yang ikutserta dalam rombongan kami itu. “Jumlah orang Cina Islam di negeri China lebih ramai dari seluruh penduduk Malaysia termasuk Melayu, Cina , India dan lain-lain dalam negara ini. Keturunan mereka menganut Islam lebih dulu dari kita. Mungkin waktu itu, bangsa kita masih menyembah kayu dan batu lagi (berfaham anamisme atau Hindu). Bangsa mereka lebih dulu memilih cara hidup Islam, atau cara hidup ‘tundukpatuh’, atau cara hidup ‘selamat’ dari bangsa kita yang jauh ketinggalan atau mundur waktu itu ...”
Kami saling berkenalan dan bersalaman. Tidak macam orang Arab berkenalan dan berpelukan. Nama Islam beliau adalah Adam bin Abdullah.
“Nabi Adam AS adalah manusia pertama yang tunduk patuh kepada Allah SWT turun menyambung zuriatnya di muka bumi… Apakah anda juga orang Cina pertama menganut agama tunduk patuh yang juga ingin menyambung zuriat di Pulau Ketam ini??” Saya mengacah.
“Oo. Tidak. Saya bukan orang Cina pertama yang menganut Islam di sini, ramai lagi.” Katanya merendah diri. “Tapi saya yakin, saya menganut cara hidup yang selamat. Kerana Islam itu adalah sejahtera atau selamat, begitu juga ada yang mengertikan tunduk patuh atau menyerah bulat-bulat pada Allah. Saya berazam nak selamatkan bangsa saya, keluarga saya dan generasi saya dari durjana dunia dan neraka Jahannam di akhirat.”
“Sebenarnya datuk nenek anda, telah banyak menyelamatkan bangsa kami, bangsa Melayu, dengan mengislamkan kami …”
Beliau macam terkejut. Kerana waktu itu, selalunya orang Melayu kalau sebut fasal masuk Islam, memang dikaitkan dengan ‘masuk Melayu’. Seolah-olah bangsa Melayu lebih hebat dari bangsa Cina dalam menerima agama Islam. Bila masuk Islam disuruh ‘bin atau binti’kan dengan Abdullah.. Bererti hilanglah kesinambungan keturunan mereka yang sangat-sangat mereka pelihara. Terasa mereka terpaksa meninggal budaya asal mereka. Lebih-lebih lagi bila berkahwin dengan gadis-gadis Melayu dan mendapat taraf ‘bumiputera’.
Kalau mereka masuk Islam, mereka terpaksa meninggalkan tamaddun mereka yang begitu lama, agung dan tinggi, dengan menganut tamaddun Melayu yang amat baru berbanding dengan ketuaan tamaddun asal mereka. Tidak semua mereka yang sanggup begitu. Ramai sudah yang masuk Islam telah hilang nama, keturunan dan budaya mereka ditelan oleh budaya Melayu.
Pada hal Islam tak suruh begitu. Tidak semua budaya mereka tidak baik seperti juga budaya Melayu, tidak semuanya baik. Cuba anda bayangkan, kalau ada orang Melayu hendak masuk Islam (seperti Parameswara raja Melaka dulu), tiba-tiba disuruh peluk sekali dengan budaya Cina yang belum tentu sesuai dengan Islam. Mahukah anda? Ini satu pengkhianatan besar dalam berdakwah.
“Mengapa encik sebut datuk nenek kami berbangsa Cina tolong selamatkan datuk nenek encik orang Melayu??” Adam macam hairan, bolehjadi belum pernah dengar kata-kata macam itu.
“Kalau nak dakwahpun, jangan sampai jatuhkan bangsa sendiri…?” Seorang anggota rombongan yang hadir bersama-sama kami, menyindir perlahan kata-kata saya itu, seolah-olah tidak mahu didengari oleh Adam.
“Islam itu adalah jalan hidup yang selamat. Pembawa atau penyampai agama tersebut kepada kita boleh disebut penyelamat, atau penolong yang beritahu kita supaya selamat. Bangsa apakah yang baik hati pembawa Islam di rantau ini, yang telah menyelamatkan bangsa Melayu dari sesat di dunia dan di akhirat??”
“Ada tiga!” Jawab ustaz itu, sekadar merancakkan perbincangan. “Iaitu bangsa Arab dan Parsi, bangsa India serta yang ketiganya bangsa Cina.”
“Ya, kajian-kajian sejarah melalui batu bersurat dan sebagainya, telah banyak membuktikan di mana orang-orang Cina turut berperanan menyelamatkan bangsa Melayu dari penjajahan aqidah yang kacau berserabut kepada aqidah Islam yang Esa dan Tunggal.” Saya terus menjelaskan. Dan seterusnya…
Bukan itu saja, menurut buku ‘The Muslim in China ’, tulisan seorang tokoh dakwah Islam dari Negeri China , Haji Ibrahim Tien Ying Ma telah mencatatkan lapan kali pelayaran Laksamana Muhammad Cheng Ho dari benua China .
Contohnya pelayaran pertama (Jun 1405 hingga September 1407) selama 2 tahun. Dengan sebuah armada besar Muhammad Cheng Ho menyusuri pantai menuju Champa, sebuah pesisir penduduk Islam di Pantai Vietnam . Beliau terus belayar arah timur, menyusuri pesisiran selatan Kalimantan dan pesisiran Jawa (semasa akhir Kerajaan Majapahit). Terus menyusuri pesisiran barat dan timur Sumatera menuju Melaka.
Di Melaka, beliau menempatkan pasukannya di suatu kawasan berbukit, yang akhirnya disebut Bukit Cina atau Chinese Hill. Beliau dan pengikutnya terus menziarahi Raja Melaka, iaitu Parameswara yang masih beragama Hindu. Disampaikan hadiah terdiri dari emas, wang Tiongkok, sutera porsolen dan beberapa payung kuning. (Tradisi payung kuning bagi raja-raja Melayu pun bermula dari sejak itu..)
Melaka waktu itu di bawah takluk Siam dan terpaksa membayar ufti tahunan berupa 40 unit pohon emas. Menurut catatan Ma Huan seorang jurutulis yang ikutserta dalam pelayaran tersebut mengatakan, di mana ‘Parameswara sebelumnya cuma bertaraf kepala suku atau ketua kaum sahaja’. Oleh itu membayar ufti sebegitu banyak adalah suatu penindasan dari sebuah kuasa penjajah (kerajaan Siam ) waktu itu.
Berdasarkan ikataan persahabatan dengan pemikiran-pemikiran Islam agama anutannya, Muhammad Cheng Ho telah mengutus surat kepada kerajaan Siam supaya ufti dihentikan. Tandanya Laksamana Muhammad Cheng Ho dengan kekuatan kerajaannya, telah berjaya membebaskan dan menyelamatkan kerajaan Melayu Melaka dari penjajahan kerajaan Siam , dengan tanpa tumpah darah setitik pun.
Bukan itu sahaja, bahkan kunjungan muhibbah Muhammad Cheng Ho itu berjaya membangunkan hubungan politik, diplomatik dan sosial secara damai dengan pemerintah berbagai negeri di Laut Selatan. (Parameswara setelah memeluk Islam dikahwinkan dengan Puteri Hang Li Po dari negeri China .) Ini amat sesuai dengan kehendak Islam yang membawa perdamaian dan keselamatan.
Hal ini mungkin menjadi salah satu sebab mendorongkan ahli-ahli bisnes Cina mengalir secara besar-besaran ke negeri-negeri Asia Tenggara waktu itu. Sehingga dikatakan ramai penduduk-penduduk tertentu di Thailand, Melaka, Indonesia dan Filipina, kerana terlampau sayangkan beliau menyebabkan mereka membangunkan kuil atau shrine bagi menghormati ‘San Pao Kung’ atau ‘Sam Po Bo’ iaitu gelaran kehormat kepada Muhammad Cheng Ho.
Berbeza dengan pengembara-pengembara barat lain seperti Christopher Columbus dan Vasco Da Gama, mereka merompak dan membakar rumah penduduk tempatan yang dikunjunginya. Bagitu juga lanun-lanun barat lain yang menangkap penduduk-penduduk tempatan Afrika untuk dijual sebagai hamba abdi.
“Di situlah hebatnya misi dakwah dan penyelamat yang dibawa oleh peribadi Islam seorang Laksamana dari sebuah kerajaan super power bahagian timur waktu itu.” Kata saya.
“Bukan macam Amerika sekarang..” Ustaz itu menambah dengan geram. “Konon untuk mengawal keamanan dunia sanggup menyerang dan memusnahkan negara-negara kecil seperti Irak , Afghanistan , Somalia dan beberapa lagi…membunuh jutaan penduduk negara-negara tersebut. Cuba menyekat negara lain membuat pengkayaan uranium untuk pembangunan, sedangkan Amerika dan Israel boleh! Sehingga ada pula negara jiran kita yang bersekongkol dengan tindakan tersebut.”
Menurut Prof Dr Hamka dalam bukunya ‘Sejarah Umat Islam’, di mana Muhammad Shah (nama Islam kepada Parameswara) sendiri pergi mengadap Maharaja Cina bersama anak isterinya berserta 450 orang pengiring. Beliau disambut dengan penuh kebesaran, dihadiahkan dengan emas (100 tahil), wang kertas (40,000), wang perak (2,600), kain cita sutera (200), sutera (1,000 kayu), kain sutera dilekat dengan emas (2 kayu) dan beberapa orang ahli pertukangan beragama Islam.
Tukang-tukang inilah yang turut membantu pembangunan masjid-masjid di negeri Melaka, sehingga boleh dilihat unsur-unsur kecinaan senibina di masjid-masjid tertuanya.
“Ya. Lihat Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera dan lain-lain, itu sudah Masjid Cina.. Cuma pihak-pihak tertentu perlu me‘makmur’kan masjid tersebut supaya menepati konsep Masjid Cina seperti yang dikehendaki. Itu sekurang-kurangnya, kalau nak buat Masjid Cina… Tapi, jika nak buat Masjid Cina yang baru di KL ke,Ipoh ke, itu lagi baik!!”
“Pelik.. Sepatutnya untuk mengenang jasa-jasa orang Cina menyelamatkan bangsa Melayu, maka hendaklah dibina Masjid Cina.. antara salah satu dari caranya.” Ustaz itu menyampuk. “Ini tidak.. Mereka bangunkan kembali perkampungan dan budaya bekas penjajah Portugis, yang melahirkan bangsa yang tak tentu identiti. Anak-anak kacukan yang dilahirkan oleh ibu-ibu Melayu, tetapi merasakan diri macam Portugis, walaupun kulitnya agak gelap. Tidak suka pula berbahasa dan berbudaya Melayu walaupun tinggal di negara ini. Beragama bukan macam agama orang Melayu masakini. Mereka pilih Kristian. Kita pun tidak tahu bagaimana pernikahan ibu-ibu mereka dengan orang bukan Islam, adakah mereka anak luar nikah? Ataupun mereka adalah anak mangsa-mangsa rogol puak penjajah??….”
Tiba-tiba bahu ustaz itu ditepuk-tepuk oleh sahabat saya yang satu lagi. “Sabar ustaz! Jangan emosi sangat!!” Katanya.
“Tidak, saya tidak emosi. Cuma saya merasa sedih kerana ketelusan melihat sejarah telah dikaburi oleh asap-asap sampah perkauaman. (Mungkin ini maksud ‘sengaja tidak mahu difahami dengan jelas’ oleh Mohd Ridhuan Tee).” Kata ustaz itu. “Pernah pada awal tahun 90an ada usaha-usaha membongkar kesahihan Melayunya bangsa Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu, tapi dihalang oleh pihak-pihak tertentu. Kerana ada hipotesis menyebutkan Hang Tuah dan rakan-rakannya adalah berbangsa Cina.”
“Ya, sayapun ada dengar juga.” Saya menjelaskan. “Mereka adalah pendekar-pendekar Cina yang dihantar oleh kerajaan Cina untuk mengawal puteri Hang Li Po yang dihadiahkan melalui perkahwinan dengan Sultan Melaka… ”
Ya. Sila lihat kertas kerja Mohd Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM bertajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kamasyarakatan.’ Juga ada dikaitkan dengan tokoh-tokoh sejarah seperti Prof Khoo Kay Kim, Dr Tan Ooi Chin dan pengkaji-pengkaji di Hong Kong mengenai sejarah Kerajaan Melaka berdasarkan sumber-sumber Cina. Terakhir saya lihat tulisan dalam ‘Shahabudeenjalil. Blogspot.com’’.
“….Tapi bagi golongan-golongan yang fanatik asabiah, mereka rasa berita seperti itu patut dihentikan segera dan tak boleh dilanjutkan perbincangan. Kononnya kepahlawanan Hang Tuah sudah sebati dengan orang-orang Melayu, bahkan melibatkan maruah bangsa dan negara. Hang Tuah sebagai lambang orang Melayu yang tidak pernah derhaka pada rajanya.” Ustaz itu menambah. “Bahkan ada sebuah parti Melayu terbesar di negara ini yang memaparkan gambar besar dan kata-kata ‘Tak Melayu Hilang Di dunia’ sebagai slogan perjuangannya.”
“Oo.. Terima kasih semuanya, jom kita minum sikit!” Adam terus mengajak kami minum ringan, setelah kami puas berbincang.
Lepas itu beliau ajak kami berjalan-jalan tinjau sekitar kawasan tersebut. Akhirnya kami pun pulang dengan penuh kenangan dan pengajaran.
Beberapa tahun kemudian ustaz itu pergi lagi ziarah ke tempatnya, tapi Adam kawan kami itu sudah tiada. Rupanya beliau sudah pindah ke kawasan Melayu, bercampur dengan Melayu di Selangor.
Maka tinggallah Pulau Ketam yang kegiatan dakwahnya pun macam perjalanan seekor ketam, di kalangan bangsa yang suka makan ketam.
Pembongkaran Kecinaan Hang Tuah
‘MANUSIA Mati Meninggalkan Nama’, ‘Nama Menunjukkan Bangsa’ dan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Pepatah petitih Melayu menunjukkan, di mana bangsa itu, jiwanya ialah bahasa dan pertanda kepada sesuatu bangsa ialah nama. Nama atau jasa, itulah yang menjadi sebutan dan bahan sejarah. Mari kita lihat asal-usul Hang Tuah.
(gambar: Masjid tertua di Beijing, China)
Mula-mula kita lihat namanya…
Satu kajian dibuat dalam perbendaharaan Melayu, terutamanya dalam Kesultanan Melayu Melaka, tidak ada nama yang di awalnya sebutan ‘Hang’ pada nama-nama Melayu, seperti Hang Tuah dan 4 sahabatnya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Tetapi ‘Hang’ pada nama-nama bangsa Cina, memang ada. Contohnya, yang bermula dari Hang, Tan dan Lee. Itupun bergantung kepada suku kaum asal mereka dari wilayah-wilayah tertentu dari negeri China . Kalau nak dikatakan, ianya adalah gelaran anugerah dari Raja-raja Melayu, itupun tidak benar juga. (Nama Hang Samrin sekarang ada, tapi bukan di Malaysia ).
Kenapa?
Menurut Mohd Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM (dalam kertaskerja bertajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan), gelaran-gelaran yang diberi hanyalah Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Syahbandar dan Mandulika. Tiadapun gelaran ‘Hang’!
Menurut buku ‘Sejarah Melayu’ (edisi W.G.Shellabear MPH Ltd S’pore), pemergian Tun Perpatih Putih utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China, telah membawa balik Puteri Hang Li Po bersama 500 dayang-dayang. Sultan Mansur Shah telah berkahwin dengan puteri tersebut (kahwin campur) dapat putera, diberi nama Paduka Mamat. Tidak pula diberi nama Paduka ‘Hang’ Mamat.
Biasanya nama-nama dalam loghat Cina mempunyai 3 sukukata. Hang Tuah dikaitkan dengan Hang Too Ah. Hang Jebat dari Hang Jee Fatt. Hang Lekir dari Hang Lee Ker dan Hang Lekiu dari Hang Lee Kiew. Bagaimana pula dengan Hang Kasturi yang mempunyai 4 sukukata?
Terdapat 2 andaian. Pertama, Hang Kasturi memang berbangsa Melayu, tetapi bergaul rapat dengan anakcucu dari rombongan Puteri Hang Li Po. Kedua, memang nama sebenarnya Kasturi, tetapi ditambah ‘Hang’ oleh 4 rakankaribnya yang Cina itu, hingga menjadi sebutan kekal.
Ada lagi pendapat yang menarik, di mana dalam kertaskerja Ong Hak Ching dari Jabatan Sejarah UKM menyebutkan, Sultan Mansur Shah telah memberi tempat kediaman di Bukit Cina kepada Puteri Hang Li Po dan 500 dayang-dayangnya. Termasuk mereka yang belum Islam atau sudah Islam. Anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ yang bermakna ‘golongan yang dilindungi’.
Pada saya, mungkin dari sinilah lahirnya golongan ‘baba & nyonya Melaka’ yakni golongan Cina yang masih belum beragama Islam tetapi sudah berbudaya (berpakaian, bercakap, makan atau lain-lainnya) seperti orang Melayu, terdapat hingga ke hari ini di Melaka. Kerajaan waktu itu tidak memaksa mereka menganut agama pemerintah, menekan atau menghalau keluar dari negaranya sendiri seperti yang berlaku dalam kebanyakan negara-negara minoriti orang Islam hari ini.
Golongan seperti ini (yang belum Islam) dalam Negara Islam disebut ‘zimmi’, bermakna ‘yang dijamin’ (yakni dijamin keselamatannya oleh kerajaan Islam). Bagi golongan yang telah menganut agama Islam dan berbudaya Melayu waktu itu, mereka sudah tiada beza dengan orang Melayu dan larut dalam bangsa Melayu. Bukan itu sahaja, bahkan dalam budaya Melayu pun sudah diresapi pengaruh Cina. Umpamanya istiadat payung kuning di kalangan raja Melayu, gelaran ‘biduanda Cina’, hang, silat kuntau, ukiran pagoda di masjid-masjid Melaka dan sebagainya.
Di situlah perlunya Masjid Cina atau Pusat Kebudayaan Cina, untuk kembalikan balik budaya Cina di kalangan orang Cina yang beragama Islam, atau kepada orang Cina yang baru hendak masuk Islam. Mengikut Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mempertahankan pembinaan Masjid Cina,
“… senibina pun adalah anugerah Allah hasil kreativiti manusia ciptaan-Nya. Justeru, ia perlu saling diraikan antara satu sama lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat. Inilah keindahan Islam. Lagipun, ia adalah alat dakwah yang membawa makna yang cukup besar.”
Begitupun, Masjid Cina bukan untuk orang Cina sahaja, seperti juga Masjid Melayu di Pulau Pinang dan Masjid India yang ada hampir di seluruh negara bukan digunakan oleh sesuatu bangsa sahaja. Jadi, ciri-ciri Masjid Cina perlu diluaskan perbincangannya. Konsep pembinaan dan peranaannya perlu diperjelaskan.
Seperti firman Allah SWT; ‘Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal-mengenal.’ (Hujurat: 13)
Tidak timbul soal perkauman seperti yang dicanang oleh golongan yang tidak mahu pembinaan Masjid Cina. Contohnya, di bandaraya Pulau Pinang sendiri pun sudah ada Masjid Melayu, Masjid Capitan Keling, Masjid Benggali dan MasjidPakistan , takde gaduh-gaduh pun?!
Berbalik kepada kertaskerja Ong Hak Ching lagi, terdapat 3 andaian hipotesis mengenai hal yang disebutkan tadi. Pertama, tidak semua dari rombongan Puteri Hang Li Po itu memeluk agama Islam. Kedua, Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew adalah keturunan Puteri Hang Li Po. (Semua nama-nama itu bermula dengan ‘Hang’.) Ketiga, keempat-empat sahabat karib ini kemudiannya memeluk agama Islam, tetapi mengekalkan nama Cina mereka mengikut loghat Melayu.
Jadilah nama mereka seperti yang disebut dalam buku-buku sejarah Melayu sekarang, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. (Kalau perkataan tuah, jebat dan kasturi ada maknanya dalam bahasa Melayu, bagaimana dengan makna lekir dan lekiu? Tandanya nama-nama ini bukan asal dari Melayu..)
Mengenai Hang Kasturi menurutnya terdapat percanggahan pendapat sejak dulu lagi. Siapa pula sebenarnya yang derhaka kepada Sultan Melaka? Pengarang ‘Sejarah Melayu’ mengatakan Hang Kasturi, sedangkan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ menyebutkan Hang Jebat. Terdapat 3 andaian mengenainya. Pertama, terdapat sesuatu yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh ini, sehingga tiada kata sepakat dari kedua-dua pengarang tersebut atau pakar sejarah lampau.
Kedua, pengarang ‘Sejarah Melayu’ menggunakan bahan dalam penulisannya, hanya secara mengambil pendapat lisan, dan tiada suatu penulisan terperinci, yang luas dan menyeluruh. Ketiga, pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ nampaknya lebih formal, kerana menggunakan semacam bentuk kajian hingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara detail.
Kesimpulannya, Hang Tuah adalah lagenda pahlawan Melayu. Ianya dijadikan simbol dan kemegahan Bangsa Melayu, walaupun sebenarnya beliau adalah orang Cina yang di ‘Melayu’kan. Begini asal usulnya menurut hipotesis itu…
Hang Tuah, adalah anakcucu kepada keturunan rombongan Puteri Hang Li Po berbangsa Cina, yang datang dari negeri China ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Pendapat ini tidak sama dengan apa yang saya pernah sebutkan dalam tulisan pertama (Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu. iaitu “…Mereka adalah pendekar-pendekar Cina yang dihantar oleh kerajaan Cina untuk mengawal puteri Hang Li Po”).
Nama asalnya ialah Hang Too Ah. Tetapi setelah memeluk Islam dan berkhidmat dengan Sultan Melaka, sebutan namanya ini telah bertukar menjadi Hang Tuah. Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi rakan karibnya yang 3 lagi, iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew, yang juga akhirnya masuk Islam. Mereka pula bergaul rapat dengan Kasturi, rakan sebaya yang berbangsa Melayu. Sebagai tanda persahabatan yang abadi, Kasturi pun diberi gelaran ‘Hang’, menjadi Hang Kasturi.
Mereka berlima mulai terkenal di kalangan istana apabila mereka berjaya menyelamatkan Bendahara Negeri Melaka dari serangan orang mengamuk. Mereka terkenal dengan nama-nama Melayu, walaupun mereka berempat berasal dari anakcucu Hang Li Po berbangsa Cina. Disebabkan tiada bantahan apa-apa jika dilihat dalam sejarah, maka orang Melayu waktu itu dikatakan boleh menerima orang Cina seperti saudara sebangsa mereka.
Pernah Saudara Kamal Koh, seorang pemimpin PAS Wilayah Persekutuan berbangsa Cina bercerita kepada saya, di mana beliau dan kawan-kawannya (semuanya berbangsa Cina yang sertai PAS) pernah berjumpa seorang tokoh pembangkang Cina yang terkenal di Malaysia . Mereka bertanya pendapat mengenai kemasukan mereka dalam PAS. Jawab pemimpin Cina tersebut…
“Maaf saudara! Saya sudah terlambat. Kalau saya masih berumur seperti saudara-saudara, saya juga akan memeluk agama Islam seperti saudara. Saya berseru kepada genarasi muda Cina supaya memeluk agama Islam. Berusahalah saudara-saudara menarik mereka kepada Islam. Kerana amat sukar bagi orang Cina untuk menjadi pemimpin negara yang majoritinya orang Melayu, kecuali kalau ia beragama Islam.”
Seorang Cina Muslim akan mendapat sokongan bukan sahaja dari kalangan orang Cina, bahkan juga dari kalangan orang Melayu. Buktinya, tokoh-tokoh Cina dalam PAS yang masih muda juga boleh diterima sebagai pemimpin di kalangan orang Melayu dalam PAS. Begitu juga dalam parti yang perjuangkan kebangsaan Melayu seperti UMNO, mereka juga boleh menerima orang yang bukan Melayu tulen menjadi pemimpin utama mereka, kerana ia beragama Islam, masakan bagi orang Cina Muslim tidak boleh? Nak tukar agama memang boleh, tetapi nak tukar bangsa mana boleh?!
Pernah akhbar ‘Tras Pembangunan’ bil 1 Nov 1991 (mungkin sekarang dah takde) menyebutkan, dua tokoh sejarah dan pendidik keturunan Cina, Prof Dato’ Khoo Kay Kim dan Dr Tan Ooi Chin sepakat menyatakan di mana perkara ini adalah terlalu unik dan perlu kajian yang mendalam. Menurut mereka, kita sepatutnya menunggu hasil kajian pengkaji-pengkaji di Hong Kong mengenai sejarah kerajaan Melaka berdasarkan sumber-sumber Cina.
Saya nak tanya, nak tunggu sampai bila? Dah 16 tahun dari tarikh kenyataan tu? Apakah ada golongan yang cuba menghalang?
Kini ada pula pandangan dan kajian terbaru menyebutkan nama sebenar Hang Tuah adalah Tun Saaban, iaitu Sultan Iskandar Muda Thani, Sultan Acheh. Gelarannya di Siam (Ayuthia) disebut Narai. Lihat blog, ‘sejarahnagarakedah.blogspot.com.’
Apakah langkah-langkah yang patut diambil untuk mewujudkan sebuah Masjid Cina di Malaysia?
Kalau mereka adalah orang dalam kerajaan, mereka mesti main peranan dari dalam. Pertubuhan-pertubuhan bebas, NGO-NGO, atau pertubuhan-pertubuhan Cina Muslim, pertubuhan-pertubuhan Islam hatta pertubuhan politik pun perlu turut campur. PAS juga patut memain peranan seperti dalam tulisan saya, ‘Pilihanraya Kecil Ijok: Mampukah PAS Perintaah Malaysia ? (TranungKite Online April 2007)”
Jadi, tidak semestinya Masjid Cina itu dibina dan diusahakan oleh orang Cina (seperti pertanyaan dalam tulisan ‘Masjid Cina: Hang Too Ah & Misteri Masjid Tak Siap’ yang lepas)… Kalau betul Hang Tuah orang Cina itu boleh di ‘Melayukan’, takkanlah masjid-masjid unsur kecinaan di Melaka itu tidak boleh di ‘Masjid Cina’kan???
Langgan:
Catatan (Atom)