Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Selasa, Disember 21, 2010

Rakyat ns bil elektrik RM200 sebab tiada kemudahan

Demi keselamatan penduduk di Kampung Paya , Port Dickson terpaksa memasang sendiri tiang lampu jalan dan membayar bil elektrik hingga RM200 sebulan demi untuk menjaga keselamatan kerana tiada kemudahan lampu jalan di kampung tersebut. Kampung ni mungkin kawasan selamat Umno agaknya?

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.)

BIL ELEKTRIK CECAH RM200
Sinar Harian 21 Dis 2010
 
Kampung Paya , Port Dickson – Seorang penduduk terpaksa membelanjakan lebih RM200 setiap bulan bagi melunaskan bil lampu jalan yang dipasangnya sendiri sejak dua tahun lalu berikutan permohonan mendapatkan kemudahan itu tidak dihiraukan.
 
Syarifah Syarif, 58, berkata, perbelanjaan besar perlu dikeluarkan sendiri bagi membiayai bil lampu jalan di hadapan rumahnya itu.
 
Menurutnya, sehingga kini sudah banyak wang yang dikeluarkan bagi membiayai bil berkenaan disebabkan permohonan untuk membina lampu jalan di hadapan rumahnya tidak mendapat respons positif daripada semua pihak yang dirujuknya.
 
"Dua tahun lalu, saya bersama suami mengambil inisiatif untuk memasang sendiri lampu jalan ini dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
 
"Kos keseluruhan termasuk kerja pemasangan lampu jalan sahaja mencecah RM1,000," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.
 
Syarifah berkata, permohonan bagi kerja pemasangan lampu itu dibuat berikutan lorong kediaman rumahnya bersama lima lagi jiran yang lain tiada kemudahan lampu jalan.
"Kawasan kediaman kami pada waktu malam sangat gelap, ditambah dengan kawasan berhampiran yang dipenuhi belukar.  "Apatah lagi rumah saya terletak di hujung jalan dan paling hampir dengan kawasan belukar," katanya.  
Menurutnya, kejadian kecurian dan rompakan juga telah beberapa kali berlaku di sini berikutan kawasan yang gelap serta kawasan belukar memudahkan perompak melarikan diri.  "Ada juga rakan tidak menjumpai lorong kediaman kami disebabkan kawasan yang gelap.  "Walaupun lampu pagar rumah dinyalakan tetapi cahayanya tidak begitu terang," katanya.  Syarifah berkata, lampu jalan yang dipasangnya itu tidak dinyalakan dengan kerap kerana khuatir dengan bil yang tinggi perlu dibayar setiap bulan.  
"Saya memohon agar pihak berkenaan dapat membantu penduduk di Lorong Bahagian 2, Kampung Paya bagi menyelesaikan masalah lampu jalan ini," katanya.
 "
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan