Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Selasa, Disember 21, 2010

Masjid Ns banyak daif,atap bocor,karpet basah


"Inilah nasib masjid-masjid di Negeri Sembilan ini. Ada yang mungkin nak kena roboh, ada yang diserang kelawar, ada yang pakai kanvas sebab atap bocor teruk, ada yang tak siap-siap projek pembinaan masjid setakat pecah tanah je. Yang ini pula karpetnya basah, bukannya di ceruk pedalaman tapi di tengah kota Kuala Pilah.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat. Adakah kampung-kampung dan kawasan Felda di Negeri Sembilan ini kawasan selamat?) 

TIDAK SELESA KARPET BASAH
Sinar Harian 21 Dis 2010
 
Kuala Pilah – Kebanyakan jemaah yang mahu menunaikan solat di masjid, di Pekan Kuala Pilah melahirkan rasa kecewa kerana sebahagian karpet masjid berkenaan basah sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan.
 
Keadaan itu berpunca daripada keadaan bumbung bocor dan setiap kali hujan, karpet bahagian jemaah perempuan dan lelaki sebelah kiri akan basah, sekali gus mengganggu jemaah bersolat.
 
Zainal Ahmad, 55, ketika ditemui berkata, masalah itu sudah berlarutan sehingga enam tahun dan masih tidak dibaiki sehingga kini.
“Saya prihatin dengan keselesaan kemudahan di masjid ini. Bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi ini untuk kebaikan dan keselesaan jemaah yang lain juga. 
“Ini kerana, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai disebabkan kedudukannya berhampiran jalan raya utama. Kadangkala ada juga jemaah yang datang dari Kuantan dan Kelantan bersolat, di sini,” katanya.  
Menurutnya, jika masalah itu dibiarkan, sudah pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan imej masjid berkenaan, sekali gus nama Daerah Kuala Pilah.  
“Baru-baru ini ada seorang jemaah berketurunan Arab menunaikan solat di sini. Dia memanggil saya dan menunjukkan punca bau busuk pada karpet bahagian perempuan yang basah.  
“Malu pun ada juga tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah ini dapat diatasi segera,” katanya. Zainal berkata, bukan tidak pernah mengadu kepada pihak berkenaan tetapi ia seolah-olah dipandang sepi.  
“Aktiviti sentiasa diadakan di masjid ini dan boleh dikatakan setiap hari. Jemaah yang hadir juga amat menggalakkan terutama jika ada ceramah selepas Maghrib.  “Sambutan daripada jemaah wanita tidak pernah mengecewakan.
Saya bimbang, jika masalah ini tidak diatasi segera, ia akan menyebabkan jemaah wanita akan berkurangan,” katanya.  
Dalam pada itu menurutnya, setiap kali solat Jumaat dan waktu hujan, kawasan karpet terbabit akan diletakkan tanda amaran supaya tidak bersolat di situ.  “Bukan sahaja dalam masjid tetapi di luar juga terkena tempias hujan sehingga lantai basah walaupun mempunyai bumbung.  
“Lantai yang licin boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, bimbang mereka terjatuh atau tergelincir,” katanya
 
Beberapa artikel nasib masjid-masjid di Negeri Sembilan di bawah ini : 
MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP
ADAKAH MASJID BONGEK NAK DIROBOH BUAT JALAN ?http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html  
MASJID CHEMBONG GUNA KANVAS, ATAP BOCOR
"
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan