Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, Jun 02, 2011

Jadual Perlawanan pasukan kebangsaan terkini

Perlawanan Persahabatan Malaysia
------------------------------------------

- Hong Kong vs Malaysia, 3 Jun 2011 di Hong Kong. New

- Olimpik Cambodia (Kemboja) vs Olimpik Malaysia, 7 Jun 2011 di Phnom Penh, Cambodia.

- Olimpik Qatar vs Olimpik Malaysia, 13 Jun 2011 di Doha, Qatar.

- Malaysia vs Myanmar, 18 Jun 2011 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

- Malaysia XI vs Arsenal FC, 13 Julai 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Malaysia XI vs Liverpool FC, 16 Julai 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Malaysia XI vs Chelsea FC, 21 Julai 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. 


Perlawanan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 (Asia)
--------------------------------------------------------------

- Malaysia vs Chinese Taipei (Taiwan), 29 Jun 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Chinese Taipei (Taiwan) vs Malaysia, 3 Julai 2011 di Chinese Taipei.


Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 (Asia)
-------------------------------------------------------------

-Olimpik Lebanon (Lubnan) vs Olimpik Malaysia, 19 Jun 2011 di Lebanon.

- Olimpik Malaysia vs Olimpik Lebanon (Lubnan), 23 Jun 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.


Semoga seluruh rakyat menyokong pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa. Saya berharap agar pasukan kebangsaan memenangi semua perlawanan diatas. Saya berdoa agar Allah memberikan kemudahan kepada pasukan kebangsaan memenangi semua perlawanan ini

Karnival Walkathon D'Raja Kelantan 2011-Walk With Me-MV


Karnival Walkathon D'Raja Kelantan 2011 - Walk With Me (MV)
Karnival Walkathon D’Raja Kelantan 2011 merupakan satu program amal anjuran Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi. Penganjuran karnival ‘Walkathon’ ini adalah lahir dari idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad V sendiri.   Oleh itu, tagline Walk With Me – MV” tercipta!

“M” merujuk kepada Muhammad dan “V” merupakan angka lima, iaitu “ME-MV” ialah KDYMM Al-Sultan Muhammad V.
Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk mendekatkan KDYMM        Al-Sultan Muhammad V dengan seluruh rakyat negeri Kelantan Darul Naim, di mana KDYMM Sultan Muhammad V sendiri turut menyertai acara Walkathon dan mencemar duli berjalan kaus bersama-sama rakyat jelata.
Karnival ini akan dianjurkan pada 3hb, 4hb, dan 5hb Jun 2011.  Acara walkathon ini juga dijangka dapat memecahkan rekod “Malaysia Book of Records”, bagi kategori peserta walkathon teramai atau “unity walk.”
Antara aktiviti menarik yang dirancang pihak penganjur sepanjang karnival ini berlangsung ialah Aero-Modelling, Karnival Jualan & Pameran, Karnival Kesihatan, Persembahan Kebudayaan, Pameran Batik, Permainan “Inflatable” dan Konsert.
Like Facebook Rasmi Karnival : https://www.facebook.com/WalkWithM5

Masjid Istana Diraja menjadi pusat perpaduan kerabat Diraja Selangor

Sultan Selangor turut mengalu-alukan waris dan kerabat Diraja Selangor serta warga kerja istana menggunakan kemudahan di Masjid Istana Diraja bagi mengadakan majlis keagamaan seperti kenduri kesyukuran, doa selamat, pengurusan jenazah dan majlis akad nikah.

"Beta difahamkan ada kerabat yang akan mendirikan rumahtangga dan ada juga yang ingin berkahwin lebih daripada satu. Bagaimanapun, beta ingatkan kepada mereka yang hendak kahwin lebih daripada satu perlulah mengikuti Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003," titah baginda, membuatkan hadirin tertawa.

Sultan Selangor bertitah fungsi Masjid Istana Diraja adalah sama dengan masjid lain dan boleh digunakan tetamu yang menghadiri majlis atau istiadat di Istana Alam Shah.
Namun, solat Jumaat tidak dilakukan di Masjid Istana Diraja berikutan lokasinya yang terlalu hampir dengan Masjid Diraja Sultan Suleiman, yang dibina lebih 100 tahun lalu, titah baginda.

Sultan Sharafuddin sekali lagi mengingatkan bahawa setiap majlis ilmu yang diadakan di masjid itu sama ada ceramah, syarahan, kursus atau seminar mestilah bebas daripada unsur politik.

Baginda menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memantau setiap aktiviti majlis ilmu agar para jemaah dapat meningkatkan pengetahuan khusus kepada perkara berfaedah dan bermanfaat.

"Masjid Istana Diraja ini menjadi sebahagian daripada Istana Alam Shah, justeru beta menitahkan supaya ia dijaga dan dipelihara sebaik-baiknya sama seperti penjagaan ke atas istana," titah baginda.

Pembinaan Masjid Istana Diraja seluas 2,159.9 meter persegi di atas tapak Balai Musolla dan Balai Nobat, Istana Alam Shah, mengambil masa dua tahun bermula Januari 2009 dan siap dibina pada Mei lalu.

Selain mempunyai ruang untuk majlis akad nikah dan perkahwinan, masjid tiga tingkat yang mempunyai reka bentuk bercirikan masjid-masjid lama di Kaherah, Mesir, turut mengeluarkan Watikah Perakuan Nikah yang akan disahkan oleh Imam dilantik Sultan Selangor selaku jurunikah bertauliah.

Masjid Istana Diraja mempunyai satu menara setinggi kira-kira 36 meter dan empat buah pintu gerbang, dengan pintu gerbang utamanya menghadap Istana Alam Shah yang dihiasi dengan jubin-jubin seni tangan dari Turki, yang dipilih sendiri Sultan Selangor.

Masjid itu direka bentuk sebagai masjid terbuka dengan ruangan dalam bangunan kebanyakannya tidak berdinding bagi menambahkan pengudaraan sekaligus mengurangkan penggunaan alat pendingin hawa. - BERNAMA

Umar tinggalkan contoh kepimpinan saksama

Umar juga pemimpin yang membuktikan idea baru boleh melakar sejarah dengan syarat dilaksanakan sepenuh hati. Beliau juga memperkenalkan subsidi untuk kesejahteraan sosial serta memberitahu rakyat di bawah pemerintahannya mereka dan orang Arab sama.

Dia juga yang pertama menjadikan pengadilan sebagai badan bebas untuk menjamin keadilan hak setiap orang selain membuat peraturan tegas supaya dipatuhi pegawainya. Jika tidak, mereka bakal berdepan tindakan kerana setiap yang melanggar peraturan perlu mene-rima kesannya.

Sebagai pemimpin rakyat, kisah Umar yang membuat kawalan malam untuk melihat lebih dekat kehidupan rakyat sehingga kini menjadi kisah bualan. Malah, itulah contoh sentiasa diulang untuk membuktikan kebijaksanaan serta keprihatinan beliau.

Pastinya semua tahu kisah Amirul Mukminin yang mengambil sendiri gandum dari stor simpanan, memasak dan menyuapkan ke mulut anak kecil yang menangis kelaparan. Itulah jiwa pemimpin yang tidak akan rasa senang jika rakyatnya berdepan dengan masalah.

Membaca buku Umar bin Al-Khattab The Conqueror akan mencambah minat untuk mengenali pemimpin ini dengan lebih dekat dan mendalami daya pemikiran beliau.
Buku setebal 503 halaman boleh menjadi rujukan semua yang mungkin sedang mencari idola untuk dicontohi.

Penulisan gaya novel memudahkan pembaca menyelami serta merasai sendiri pengalaman seolah mereka turut serta mengembara bersama pemimpin agung ini.

Karnival Halal Kelantan 2011 berjaya

KOTA BHARU 30 Mei - Karnival Halal Kelantan 2011 yang berakhir hari ini, berjaya mencapai sasaran apabila menarik kedatangan lebih 50,000 pengunjung.Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh berkata, dengan kejayaan itu pihaknya bercadang menganjurkan karnival lebih besar pada tahun hadapan dengan melibatkan peserta dari negara ASEAN, sekiranya mempunyai dana dan penaja mencukupi.

Beliau berkata, pelbagai program menarik telah diadakan sepanjang karnival tiga hari itu dan mendapat sambutan luar jangkaan daripada pengunjung.Antara program yang mendapat sambutan ramai ialah uji bakat program Adik-Adikku Musim Ketiga, rakaman Forum Perdana Ehwal Islam dan persembahan dikir barat.

Katanya, sebanyak 80 gerai pameran dan jualan produk serta perkhidmatan telah diadakan sepanjang karnival berkenaan yang perasmiannya telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra."Rata-rata pengunjung yang ditemui menyatakan bahawa program ini amat berfaedah, berinformasi dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, terutama bagi mengisi masa lapang cuti sekolah.

"Selain itu, para usahawan juga sangat berpuas hati dengan hasil jualan mereka dan merasakan pelaburan menyewa gerai tidak sia-sia," katanya di sini, hari ini.Karnival halal itu anjuran bersama JHEAIK dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Che Mohd. Rahim seterusnya mengucapkan penghargaan kepada penganjur dan media, terutama akhbar Kosmo! yang telah banyak membantu mempromosikan karnival tersebut sejak sebulan lalu.