Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, November 09, 2012

Tok Guru Tok Wali pun sokong PAS, mung nok lawe gapo dio?


Saya bawakan kepada anda koleksi gambar Ulama' Pondok, dan sesetengahnya dikatakan sebagai Auliya' yang berada dalam perjuangan PAS. Apa lagi alasan dan tuduhan yang anda nak lemparkan kepada PAS ???
 


Mungkin kalau saya nyatakan Tuan Guru-tuan guru seperti Tuan Guru Haji Abdul Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dr. Haron Din, anda semua boleh katakan kepada saya, "Memanglah depa ni sokong PAS, depa ulama' politik." Anda sudah terlalu skeptikal terhadap mereka dengan mudah-mudah melabel mereka dengan pelbagai gelaran yang tidak baik. Ramai golongan UMNO dan golongan yang berada dalam bidang agama sendiri menggelarkan ulama'-ulama' yang menceburkan diri dalam bidang siasah politik dengan pelbagai gelaran seperti "ulama su'", "ulama' dunia", "ulama wahabi", "ulama' syiah", "ulama khawarij", "ulama syaitan" dan bermacam-macam gelaran yang tidak elok malah amat menyakitkan hati. Semua ulama' PAS dikatakan tak betul, sesat la, menyesatkan.


Ok. Kalau anda tak boleh terima sangat ulama'-ulama' sebegini, apa hujah anda untuk menentang dan memerangi PAS andai Tok-Tok Guru Pondok, Ulama' Thurath, Ulama' Tradisional dan beberapa insan yang digelar Auliya' atau Tok Wali pun berada di dalam saff perjuangan PAS di Malaysia? Anda boleh lawan ke keilmuan, kealiman serta kewarakan insan-insan sebegini?



Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik daripada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Saidina Jibril daripada Allah ‘azza wajalla yang berfirman: Maksudnya:

“Sesiapa menghinakan waliKu, maka sesungguhnya dia telah berani memerangi Aku, bahawa Aku murka bagi pihak wali-waliKu, sebagaimana garang singa yang ganas, dan tiada berdamping kepada Aku oleh hambaKu yang mukmin seperti dia berdamping dengan Aku dengan menunaikan perkara-perkara yang difardhukan dan diwajibkan di atasnya, dan sentiasalah hamba Aku yang mukmin itu berdamping kepada Aku dengan mengerjakan perkara-perkara yang sunat sehingga Aku kasihkan dia, maka apabila Aku telah kasihkan dia, jadilah Aku baginya pendengarannya, pandangannya dan tangan (kudratnya). Jika kiranya dia berdoa kepada Aku, nescaya Aku kabulkannya, dan jika kiranya dia memohon (sesuatu) kepada Aku, nescaya Aku berikan. Aku tiada teragak-agak terhadap apa yang Aku perbuat, Aku teragak-agak pada mengambil roh hamba Aku yang mukmin yang bencikan mati.”(Ditakhrijkan oleh Ibnu Abu Ad-Dunya).

Ini insan-insan istimewa yang menyokong dan mempertahankan perjuangan PAS menegakkan Islam di Malaysia:-

Al Alim Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Hafizahullah Pondok Sik
Tokoh ulama Tauhid Melayu , seluruh pelajar pondok Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid. Sering menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dan DS Anwar Ibrahim.


Allahyarham Al Arifbillah Pak Teh Mad Isa Mahang, Mursyid Tarekat Syatariah.
Sesetengah ulama' mengiktirafnya sebagai Wali Allah.

Syeikh Hassan Bangkok. Bekas mufti Bangkok bertarekat Syaziliah.

Tuan Guru Haji Abdul Rahim b Abdul Rahman Pendang

Tuan Guru Haji Abd Hamid bin Abd Rahman Al Jarumi

Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi. Antara permintaannya yang menyentuh
hati adalah ketika beliau sedang diziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
kerana beliau sakit agar Tuan Guru Nik Aziz sudi menjadi imam bagi solat
jenazahnya nanti. Allahurabbi...warak dan tawadhuknya. T_T

Tuan Guru Haji Ahmad b Haji Muhammad Nor Kuala Nerang (Tok Teh Mad)

Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai. Antara ulama' yang lantang memberi fatwa berkenaan kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya. Dikatakan "Golongan Wahabi tidak berani berdebat secara ilmiah jika ada Haji Omar Zuhdi."
Allahyarham Tuan Guru Haji Ali. Seorang Wali Allah dan ahli PAS seumur hidup. 
Antara kisah karamahnya:-
1. Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan.
2. Sebelum hari kematiannya, beliau ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya berada di sisinya ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut. Murid-muridnya dapat melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya.
3. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Beberapa orang muridnya telah menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini.

Pasar Jembal


KOTA BHARU, 23 Mei: Pasar Kota Jembal yang dahulunya dikenali Pasar Kedai Lalat akhirnya berjaya dibina setelah ianya dirancang sejak tahun 1990-an.
Dengan kos peruntukan keseluruhan termasuk pembelian tanah, Pasar Kota Jembal yang penuh lagenda itu bernilai RM3.2 juta, kesemua peniaga seramai 423 orang dapat berniaga dengan selesa.
pasar kota jembal
Bersesuaian dengan keturunan Raja Jembal, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk merasmikan pasar yang bakal menjadi tarikan pelancong itu.
Dengan diiringi 22 orang hulubalang simbolik pentadbiran kerajaan Kelantan ditadbir oleh seorang ulama sejak 22 tahun lalu, Tuan Guru menaiki kereta kuda bermula dari kediamannya di Pulau Melaka.
Pasar ini mula dibina pada 2 Disember 2010 dan ianya siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Pasar Kota Jembal penuh dengan sejarah

Ianya bukan hanya sebuah pasar, sebaliknya pembinaan sebuah tempat perniagaan di kawasan yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri sejak sekian lama khususnya sejak kegemilangan Raja Jembal.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu mendedahkan pasar berkenaan sebelum ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Sambungnya, di kawasan berkenaan diduduki oleh golongan ulama dan di situ juga tempat peniaga yang masyhur ketika itu antaranya kedai Cik Timah Nasi Dagang.
“Di sini juga terkumpulnya pengusaha mencari etak, udang yang merupakan kerja utama masyarakat di sini ketika itu,” ujarnya.
Sementara itu, Adun Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, berkata pasar berkenaan bakal menjadi tarikan pelancong.
Katanya, ini kerana pelancong luar termasuk dari negara barat telah datang ke pasar berkenaan untuk meninjau keunikkannya walaupun ianya belum dirasmikan lagi.
“Apa yang penting, saya cadangkan pihak bertanggungjawab perlu menyediakan sejarah Kota Jembal yang ada kaitan dengan Raja Jembal sebelum ini untuk didedahkan kepada umum.
“Saya yakin, sekiranya sejarah Kota Jembal diletakkan dalam satu galeri di sini, ianya akan dapat membantu masyarakat di negeri ini, jika tidak sejarah itu akan hilang begitu sahaja,” ujarnya.
Turut berucap pada majlis itu, Yang Dipertua MPKB_BRI, Fauzi Mat.
Turut hadir, isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anggota exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Wan Ubaidah Omar serta lain-lain pimpinan.
Walaupun pasar ini baru dirasmikan hari ini, namun ianya telah beroperasi sejak 24 Januari lalu. -harakahdaily

Maghi pakat serbu Kemudi Timur


Mohd Amir Sham Ramli
Pelbagai barangan elektrik yang menjadi pilihan ramai boleh didapati di Kemudi Timur.
KOTA BHARU-Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd (Kemudi Timur) sebuah syarikat jualan barangan elektrik terbesar di negeri ini mengembangkan sayap perniagaan dengan mewujudkan Samsung Digital Centre (SDC) yang kini beroperasi di Wisma Che Minah di Kubang Kerian.
Pengurus Besar, Mohd Amir Sham Ramli berkata, pembukaan premis tersebut berikutan sambutan yang menggalakkan dan juga kepercayaan dalam kalangan pengguna terhadap  kualiti produk dijual oleh syarikat.
Menurutnya,  bagi memenuhi permintaan pasaran semakin tinggi terhadap produk digital dan juga telefon pintar yang menjadi pilihan ramai , SDC iaitu kedai yang dimiliki 100 peratus oleh syarikat Kemudi Timur mewujudkan pusat berkenaan.
“Di sini, kami menawarkan pelbagai barangan termasuk produk digital keluaran terkini yang menjadi ‘kegilaan’ orang ramai dengan harga promosi yang pasti memberi kepuasan kepada para pengunjung,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya semalam.
Katanya, sebelum ini kedai Kemudi Timur berada di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan kini berpindah di Wisma Che Minah berdepan KFC Kubang Kerian.
“Oleh itu, orang ramai jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi cawangan di Kubang Kerian untuk mendapatkan pelbagai barangan tulen yang akan melengkapkan keperluan kehidupan keluarga anda termasuk kedai-kedai lain,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Amir Shah berkata, bagi memenuhi permintaan ramai, pihaknya  membuka cawangan baru di Jerteh yang dijangka beroperasi Disember ini dan satu lagi berhampiran Balai Polis Pasir Puteh diharap dapat berurus niaga awal tahun hadapan.
“Menerusi pembukaan cawangan terbaru ini ia akan memudahkan orang ramai untuk mendapatkan produk yang ditawarkan oleh syarikat kami di lokasi-lokasi berhampiran,” katanya.
Mohd Amir juga berterima kasih dengan sokongan daripada orang ramai yang membeli barangan di Kemudi Timur dan mengharapkan  kepercayaan daripada semua pihak ini bersama-sama membantu perniagaan barangan elektrik.
Selain memberi tumpuan kepada keuntungan jualan, pihak Kemudi Timur juga bercadang menjalankan perniagaan secara francais yang akan memberi peluang pekerjaan kepada golongan bumiputera menceburi bidang perniagaan tersebut.
Syarikat Kemudi Timur Enterprise ditubuhkan pada tahun 1997 dan diasaskan oleh Shabki Abdullah yang mulanya hanya bekerja sebagai jurujual barangan elektrik.
Dengan bermodalkan RM50,000 beliau mengambil alih perniagaan di tempat kerjanya di Taman Greenwood, Jalan Batu Cave Selangor dengan berstatus pemilik tunggal yang menjual semua jenis barangan elektrik dan elektronik.
Pada tahun 1999 Shabki mengambil keputusan membuka cawangan di negeri kelahiran beliau di Kota Baharu dan tahun 2002 Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd ditubuhkan dengan pemegang saham 100 peratus  milik bumiputera.
Sehingga kini terdapat 12 cawangan di Kelantan dan satu di Selangor dengan 120 kakitangan yang beribu pejabat di Jalan Sultan Yahya Petra.