Saya bawakan kepada anda koleksi gambar Ulama' Pondok, dan sesetengahnya dikatakan sebagai Auliya' yang berada dalam perjuangan PAS. Apa lagi alasan dan tuduhan yang anda nak lemparkan kepada PAS ???
Mungkin kalau saya nyatakan Tuan Guru-tuan guru seperti Tuan Guru Haji Abdul Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dr. Haron Din, anda semua boleh katakan kepada saya, "Memanglah depa ni sokong PAS, depa ulama' politik." Anda sudah terlalu skeptikal terhadap mereka dengan mudah-mudah melabel mereka dengan pelbagai gelaran yang tidak baik. Ramai golongan UMNO dan golongan yang berada dalam bidang agama sendiri menggelarkan ulama'-ulama' yang menceburkan diri dalam bidang siasah politik dengan pelbagai gelaran seperti "ulama su'", "ulama' dunia", "ulama wahabi", "ulama' syiah", "ulama khawarij", "ulama syaitan" dan bermacam-macam gelaran yang tidak elok malah amat menyakitkan hati. Semua ulama' PAS dikatakan tak betul, sesat la, menyesatkan.
Ok. Kalau anda tak boleh terima sangat ulama'-ulama' sebegini, apa hujah anda untuk menentang dan memerangi PAS andai Tok-Tok Guru Pondok, Ulama' Thurath, Ulama' Tradisional dan beberapa insan yang digelar Auliya' atau Tok Wali pun berada di dalam saff perjuangan PAS di Malaysia? Anda boleh lawan ke keilmuan, kealiman serta kewarakan insan-insan sebegini?
Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik daripada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Saidina Jibril daripada Allah ‘azza wajalla yang berfirman: Maksudnya:
“Sesiapa menghinakan waliKu, maka sesungguhnya dia telah berani memerangi Aku, bahawa Aku murka bagi pihak wali-waliKu, sebagaimana garang singa yang ganas, dan tiada berdamping kepada Aku oleh hambaKu yang mukmin seperti dia berdamping dengan Aku dengan menunaikan perkara-perkara yang difardhukan dan diwajibkan di atasnya, dan sentiasalah hamba Aku yang mukmin itu berdamping kepada Aku dengan mengerjakan perkara-perkara yang sunat sehingga Aku kasihkan dia, maka apabila Aku telah kasihkan dia, jadilah Aku baginya pendengarannya, pandangannya dan tangan (kudratnya). Jika kiranya dia berdoa kepada Aku, nescaya Aku kabulkannya, dan jika kiranya dia memohon (sesuatu) kepada Aku, nescaya Aku berikan. Aku tiada teragak-agak terhadap apa yang Aku perbuat, Aku teragak-agak pada mengambil roh hamba Aku yang mukmin yang bencikan mati.”(Ditakhrijkan oleh Ibnu Abu Ad-Dunya).
Ini insan-insan istimewa yang menyokong dan mempertahankan perjuangan PAS menegakkan Islam di Malaysia:-
Allahyarham Al Arifbillah Pak Teh Mad Isa Mahang, Mursyid Tarekat Syatariah. Sesetengah ulama' mengiktirafnya sebagai Wali Allah. |
Syeikh Hassan Bangkok. Bekas mufti Bangkok bertarekat Syaziliah. |
Tuan Guru Haji Abdul Rahim b Abdul Rahman Pendang |
Tuan Guru Haji Abd Hamid bin Abd Rahman Al Jarumi |
Tuan Guru Haji Ahmad b Haji Muhammad Nor Kuala Nerang (Tok Teh Mad) |
Allahyarham Tuan Guru Haji Ali. Seorang Wali Allah dan ahli PAS seumur hidup. |
Antara kisah karamahnya:-
1. Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan.
2. Sebelum hari kematiannya, beliau ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya berada di sisinya ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut. Murid-muridnya dapat melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya.
3. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Beberapa orang muridnya telah menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini.
Lagi sambungan artikel sila klik :-
http://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/11/tok-guru-tok-wali-pun-sokong-pas-mung.html
http://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/11/tok-guru-tok-wali-pun-sokong-pas-mung.html
How to Play Slots at a Casino with Real Money
BalasPadamSlots have the potential to transform the 바카라 필승법 casino experience into a spectacle. In 바카라 게임 사이트 our video slot machine guide we will explain the steps to Types of Video Slots: Live dealers, 업소 사이트 Progressive jackpots, Mobile Slot Games: Slots, Blackjack, 원피스바카라 Video RTP: 99% 안전사이트 Rating: 4.9 · Review by Nicholas Crouch