Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Julai 24, 2011

Hilir & Daghak: جسكو ke Kelantan.


Sudut pandang kuasa beli rakyat Kelantan tidak dapat dinafikan amat penting dalam meningkatkan sosio-ekonomi negeri ini yang sejak kebelakangan ini dikatakan mundur oleh Pusat. Penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri lain khususnya Lembah Klang adalah merupakan suatu bentuk migrasi dalaman yang wujud secara aktif sejak akhir tahun 1997 akibat krisis kemelesatan ekonomi, pendidikan, pengangguran dan beberapa faktor lain. Dan akhir-akhir ini, walaupun ditinggalkan rakyatnya, Kota Bharu tetap ceria :) bersama dengan rakyat sejatinya dengan memperlihatkan satu bentuk menifestasi dalam aspek pembangunan selepas hampir 20 tahun Kerajaan PAS mengambil alih. Penonjolan aspek keislamikan telah menjadi aspek teras dalam setiap pembangunan yang hendak dilaksanakan baik dari Pusat, Negeri mahupun pihak swasta iaitu dengan menekankan elemen model negeri Islam di Kelantan.

Supermarket yang cukup nostalgik kepada Kelantanese yang lahir di era 80-an. ;)
Dan menyebut soal kuasa beli, kebanyakkan rakyat Kelantan yang lahir di sekitar era 80-an dan sebelum itu, dimana pada masa itu wujudnya pasaraya ‘generasi pertama’ atau nostalgik supermarket di Kelantan iaitu Chin Seng (bapa supamarkek kelantan), Hankiu Jaya@Naim Jaya, Mydin, Addin Ria?, Parkson Ria, Pantai Timur dan juga The Store, mereka tidak lagi berminat untuk membeli-belah di situ kerana wujudnya persekitaran yang serba moden di Kota Bharu dengan sekarang ini telah wujudnya pasaraya ’genarasi kedua’ di Kelantan iaitu Tesco, Parkson, Giant dan yang terbaru ialah Jusco. Sebut pasal pasaraya terkemuka di Malaysia, Kelantan dikatakan agak ketinggalan sedikit jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain khususnya dalam penerimaan syarikat-syarikat luar yang beroperasi di negara ini untuk membuat pelaburan di Kelantan. Ia disebabkan Kerajaan Negeri telah mengamalkan beberapa dasar dan syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat tertentu yang ingin membuka rangkaian baru di Kelantan dan bukan disebabkan Kelantan tiada sumber pelaburan atau lebih tepat dikatakan mundur.

Kelantan Islamic-Style: Apabila TESCO menjadi تيسكو.
Dan mengikut sejarahnya, Tesco atau secara literal di Kelantan menyebut Tisku (تيسكو). TESCO mula bertapak di Malaysia menerusi penubuhan TESCO Store Malaysia Berhad pada 9 November 2001 melalui pakatan strategik SIME DARBY BERHAD. Kini ia mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia .Ber-ibu pejabat di UK, TESCO merupakan peruncit ketiga terbesar di dunia dari segi hasil kutipan (selepas Wal-Mart dan Carrefour) dan kedua terbesar didunia dari segi catatan keuntungan (selepas Wal-Mart). Setelah hampir 8 tahun beroperasi di Malaysia barulah TESCO memilih Kota Bharu, Kelantan sebagai rangkaian baru yang strategik. Buktinya, setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut kutipan lebih RM1 juta sehari. Pun begitu, kemasukan TESCO di Kelantan telah dilengkapkan dengan beberapa prosedur dan syarat tertentu untuk dipatuhi bagi membolehkan TESCO bertapak di Kelantan. Antaranya, TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yang ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat dan merupakan TESCO yang pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal. Selain itu, TESCO Kelantan turut menyediakan tempat Solat yang cukup selesa kepada pekerja muslim. Dan apa yang menarik sekali ialah TESCO Kelantan merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan “Ta, ya, sin, kaf dan wau” dengan sebutan (تيسكو) TISKU. :)

Kelahiran bersama PARKSON & GIANT di KBTC.
PARKSON pula telah dibuka pada 15 Ogos 2009 di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) iaitu ‘mall’ yang terbesar di Kelantan. Ia merupakan rangkaian Parkson ke-34 di seluruh Malaysia. Ditubuhkan pada pada tahun 1987, Parkson Corporation Sdn Bhd – merupakan sebuah rangkaian terbesar di Malaysia. Dan setelah hampir dengan usia saya ;) , barulah PARKSON menjejakkan kaki mereka ke Kelantan. Parkson di KBTC dibina dengan keluasan 100,000 kaki persegi, berkapasiti 3 tingkat dan menjual lebih 350 barangan berjenama, contohnya wangi-wangian, kosmetik, tas tangan seperti Estee Lauder, Lancome, Kate Moss, Giorgio Armani, URS, Nichi, Tiffany, Alain Delon, GMV, Valentino Rudy, Oreef, Camel Active, Hush Puppies, Elle Paris. Walaupun ianya agak ‘hilir’ bagi rakyat Kelantan, sekurang-kurangnya ia memberi sedikit kelainan dan memberi pilihan kepada sesuatu yang baru bagi mereka-mereka yang mempunyai selera yang tinggi atau secara jujurnya di Kelantan menyebut ‘hilir/iaitu kontra kepada daghak’.. :) . Pun begitu. PARKSON turut mematuhi beberapa prosedur dan syarat-syarat tertentu sebelum lulus dan dibenarkan membuka rangkaian baru mereka di Kelantan seperti apa yang kita lihat hari ini. dan seperti biasa apa yang nak di highlight kan ialah perkataan Parkson dalam Rumi (Romanised Malay) ditukarkan kepada Old Malay (Jawi) menjadi Paqsin (ڤقسين). :)
Bersama-sama dengan PARKSON di KBTC ialah GIANT Hypermarket. GIANT ditubuhkan pada 1944 di Kuala Lumpur oleh Keluarga Teng sebagai peruncit kecil-kecilan dan berkembang pesat dengan penubuhan beberapa cawangan di seluruh Malaysia sehingga lewat 1999. Ia merupakan salah sebuah anak syarikat Dairy Farm International Holdings (DFI) yang berpangkalan di Hong Kong. Sehingga 2006, syarikat berkenaan telah beroperasi dengan 86 hypermarkets/supermarkets di seluruh Malaysia dan tidak terkecuali Kelantan. GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pemilik pasar raya besar Giant tersebut telah membuka cawangan pertamanya di Kota Bharu pada 2009 dengan mematuhi etika Islam di mana Iklan, garis panduan pakaian hendaklah mengikut syariah. Pengarah Pemasarannya, Ho Mun Hao, dipetik berkata “cawangan yang akan dibuka di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) itu memberi pengalaman baru kepada GCH Retail”. “ Ini adalah sebuah cawangan yang istimewa bagi Giant. Bagi cawangan ini kami menyediakan laluan membayar dan bilik mencuba pakaian yang berasingan untuk lelaki dan wanita. “Selain itu semua gambar bagi iklan dan risalah bagi cawangan ini juga akan dipastikan mengikut garis panduan ditetapkan terutama dari aspek etika berpakaian” . sila rujuk disini.

Jusco dengan perkataan semulajadinya :)

Kelantan-shock: adakah JUSCO bertukar menjadi جسكو...? :)
Dan yang terbaru akan tiba di Kelantan ialah JUSCO. ÆON CO. (M) BHD. (dahulunya kenali sebagai Jaya Jusco Stores Bhd) telah ditubuhkan pada 1984 hasil usaha sama dengan sebuah syarikat Jepun telah mempunyai lebih daripada 20 rangkaian seluruh Malaysia. Difahamkan ( ÆON) menyasarkan tempoh tiga tahun lagi untuk melengkapkan rangkaian pusat beli-belahnya Jusco meliputi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Menurut Pengarah Urusan ÆON, Nagahisa Oyama, pada masa ini, ÆON mempunyai rangkaian di seluruh negara tetapi tidak di Sabah, Sarawak, Pahang dan Kelantan. Oleh itu, bagi peluasan ke empat buah negeri itu, pihaknya sedang membuat perancangan teliti termasuk kajian tentang pasaran yang boleh diterokai sebelum menetapkan tempoh yang sesuai bagi pembukaan rangkaian gedung Jusco. Pada masa kini, Jusco masih belum mempunyai rangkaian pusat beli-belah di Pahang dan Kelantan begitu juga Sabah dan Sarawak. Jusco sememangnya mempunyai rancangan untuk membukanya tidak lama lagi. Usaha meneruskan pembukaan cawangan baru menjadi agenda utama, tapi ia mengambil masa untuk menubuhkannya kerana ia memerlukan perancangan rapi sebelum membuka cawangan lain di empat negeri berkenaan. Apapun, segala penerangan yang saya huraikan adalah picisan jika hendak dibandingkan dengan hakikat dan realiti di Kota Bharu itu sendiri dalam usaha untuk menjadikan Kelantan sebuah model negeri Islam di Malaysia. Dan adakah Jusco akan bertukar menjadi جسكو apabila tiba di Kelantan..? sama-sama kita nantikan… :)