Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Join us here

Jumaat, Mac 09, 2012

Taruhan terbaru The Red Warrior

Kelantan berjaya mendapat khidmat penyerang muda Pahang , Azamuddin Akil untuk memperkukuhkan barisan serangan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Pemain yang diberi gelaran Alex ini dijangka akan bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha di barisan depan Kelantan untuk merobek gawang pasukan lawan nanti. Semoga kehadiran Alex ini dapat meringankan beban yang tergalas di bahu Norshahrul Idlan untuk menjaringkan gol. Selamat maju jaya kepada "Alex".

Tentera Amerika ramai bunuh diri

Penelitian para doktor tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, jumlah kes bunuh diri di Angkatan Darat AS melonjak 80 peratus setelah pencerobohan Iraq.

Menurut Jurnal Britain 'Injury Prevention' yang diterbitkan pada Khamis, (8/3) sebelum 2003 peratusan kes bunuh diri Angkatan Darat (AD) AS jauh di bawah masyarakat awam. Namun pada 2004 setahun selepas pencerobohan AS ke Iraq, angka bunuh diri itu terus naik tajam.

Pada 2008, lebih kurang 140 perajurit AD bunuh diri. Angka 2008 ini menunjukkan peningkatan 80 peratus dari tahun 2004, catat artikel dalam jurnal tersebut. Laporan lain jurnal itu juga mencatat peningkatan angka bunuh diri yang dilakukan oleh masyarakat awam.

Menurut jurnal tersebut, angka ini terus meningkat, belum pernah terjadi sebelumnya, selama 30 tahun catatan AD AS.

"Kenaikan 30 peratus kes bunuh diri tentera AS pada 2008, dijangka berkaitan dengan paska pencerobohan AS ke Iraq pada tahun 2003, di tambah operasi yang terus berlaku di Afghanistan," kata Jurnal itu.

Tentera yang melakukan bunuh diri, lebih dari satu perlima daripada mereka adalah mereka yang masih aktif berkhidmat. Mereka kemudian menderita beberapa jenis ganguan mental berat.

Apa yang disampaikan oleh jurnal 'Injury Prevention' ini ternyata terbukti dengan tiga kajian berbeza yang diterbitkan dalam American Journal of Public Health pada bulan Januari lalu. Menurut kajian tersebut, banyak anggota tentera AS dan veteran yang bertugas mengalami kemurungan atau post-traumatic stress disorder (PTSD), akibat situasi di zon perang.

Kajian ini mendedahkan hampir 600 veteran AS yang kembali dari Iraq atau Afghanistan, 14 peratus daripada mereka menderita PTSD dan 39 peratus menjadi bergantung pada minuman beralkohol.

Sila lawati www.halimislam.blogspot.com"
 
Jangan takut untuk berubah – Oki Sentiana

Dipetik Dari : Malaysia Tribune melayu

KOTA BHARU, 10 Mac: Hampir 3,000 masyarakat Kelantan termasuk pelancong menghadiri program ‘Bicara Selebriti’ anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre, malam tadi.

Kehadiran mereka bukan sahaja untuk mendengar kupasan dari ahli panel berhubung ‘hidayah’ di kalangan artis, bagaimanapun untuk melihat ‘Ustazah Ana’ watak Oki Sentiana Dewi dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.
Tiga anggota panel telah diundang pada program kali ke-4 itu iaitu peserta Akademi Al-Quran pertama, Sharifah Khasif Fadzilah, Selebriti Dakwah, Hafiz Firdaus Abdullah dan Oki Sentiana Dewi.
Kehadiran peminat Oki khususnya di kalangan wanita membuatkan keadaan agak kurang terkawal dipenghujung majlis apabila mereka ingin melihat Oki lebih dekat.
Bagaimanapun kepantasan anggota Unit Amal dapat mengawal keadaan sehingga Oki berjaya dibawa keluar dari tempat program selepas majlis penyampaian hadiah.
Oki dalam ucapannya mengingatkan anak remaja agar jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan kerana Allah sentiasa akan memberi kenikmatan yang amat berharga.
“Pengalaman diri saya yang sebelum ini tidak bertudung, akhirnya Allah permudahkan kerana ianya janji Allah untuk kita,” ujarnya.
Menurutnya, bukan sahaja rezekinya semakin bertambah, namun ibunya yang sakit sebelum itu, akhirnya diberi kesembuhan oleh Allah walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan.
Sementara itu, Kapten Hafiz pula berkata untuk menjadi seorang pendakwah bukan perlu lepasan Al-Azhar atau seumpamanya kerana tidak semua orang akan sampai ke peringkat itu.
Bagaimanapun, tambahnya menegur kesilapan orang lain dengan cara yang lunak juga adalah berdakwah.
“Sebagai umat Islam kita kena berada dalam kerangka dakwah, walaupun peranannya kecil, namun peranan itu wajib diteruskan,” ujarnya.
Majlis penuh ceria dengan kejayaan pengacara TV Hijrah, Amin Idris selaku moderator yang berjaya menghidupkan suasana.
Di akhir program, Oki berkesempatan membaca puisinya yang berjodol ‘Negeri Kelantan Seindah Namamu’ yang mempersembahkan keindahan dan ketenangan sepanjang dua hari beliau berada di negeri ini.
Hadir sama pada program itu ialah pengarah program, Ustaz Baihaqi Atiqullah dan Anggota Dewan Negara, Mumtaz Md Nawi. - HarakahDaily

Laporan Aljareera mengenai Royalti Minyak Klate Kito

Bagi yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak, tentu banyak pengalaman dengan anak-anak bukan?  Dalam keadaan apa sekali pun, asyik diajak kita untuk bermain.  Kadang-kadang tengah-tengah malam jam 2 atau 3 pagi pun diajaknya kita bermain jika dia terbangun pada waktu itu.  Memang seronok bermain dengan anak-anak.  Melihatnya tertawa sudah cukup membahagiakan hati kita, walaupun dalam keadaan kita penat sekali pun.  Itulah anak-anak...

Pernah atau tidak anda diajak bermain ketika anda sedang bersolat?  Tentu pernah kan?  Ia pengalaman yang biasa dialami oleh ibubapa.  Kadang-kadang dipanjatnya badan kita, dimasuknya celah kangkang kita, dijoloknya lubang hidung kita, ditariknya baju kita, dicabutnya kopiah kita, diduduknya atas riba kita dan macam-macam lagi.

Ada yang kadang-kadang tu, dia tak kacau kita, tapi dia bermain dengan sesuatu yang boleh membahayakannya.  Contohnya bermain dengan suis elektrik, ditarik-tarik baju pada penyangkut baju, dimainnya daun pintu, dimainnya depan bilik air yang lantainya agak lembab dan macam-macam lagi. Tentu hati kita tidak khusyuk jika mengetahui anak kita sedang terdedah dengan bahaya bukan?

Itulah antara pengalaman saya dengan anak-anak.  Saya sudah mempunyai 4 orang anak.  Masing-masing mereka dengan skill masing-masing 'berseronok' dengan abahnya ketika abahnya sedang solat.  Hendak buat macam mana, mereka masih anak-anak kecil.  Saya teruskan sahaja solat tapi dengan meraikan anak kecil dan berwaspada terhadap keselamatan mereka.  Saya percaya tuan/puan juga mempunyai pengalaman yang hampir serupa.

Seharusnya perasaan kasih sayang dan perasaan ingin melindungi anak-anak sentiasa ada dalam diri ibubapa walaupun ketika kita sedang bersolat.

Anak Panjat Badan Ketika Solat
 
Tulisan ini sebenarnya dihasilkan apabila saya dikongsikan dengan video ini oleh beberapa rakan.  Bagi saya, ia adalah contoh yang tidak sepatutnya dibuat oleh ibubapa yang sedang bersolat apabila anak kecil mereka datang bermain atau memanjat badan mereka:  
 
(*Tonton video di sini)

Tahniah buat si bapa di dalam video ini atas kesabaran beliau.  NAMUN, cara di atas boleh mengundang bahaya dan berikut adalah komen saya terhadap inti video di atas:

1.  Sebaik-baiknya si bapa di dalam video itu cuba untuk menurunkan anak kecilnya itu dengan berhati-hati.  Pergerakan di dalam solat untuk mengelakkan bahaya pada anak kecil dibenarkan.

2.  Di dalam video itu juga kelihatan si anak kecil itu memanjat tubuh bapa kesayangannya yang sedang sujud.  Dalam situasi ini, si bapa sebaik-baiknya jangan terus bangun.  Berikan sedikit masa buat anak kecilnya itu bermain sebentar di atas tubuh bapanya.  Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah sujud lama kerana cucunya duduk di atas belakang Baginda semasa Baginda sedang sujud.  Hadithnya saya akan berikan di bawah.

3.  Jika ingin bangun juga dari sujud kerana si anak kecil terlalu lama atau kerana si bapa mempunyai hajat lain selepas solat, maka sebaik-baiknya si bapa bangunlah perlahan-lahan dan menurunkan anak kecilnya ke lantai dengan selamat dan berhati-hati.  Perbuatan si bapa yang terus bangun boleh membahayakan si anak kecil itu.

4.  Saya berasa suspen apabila melihat si anak kecil berada di atas bahu si bapa dalam video di atas.  Dan semakin suspen apabila si bapa tidak berbuat apa-apa untuk mengurangkan risiko si anak kecilnya itu dari terjatuh.  Dan perasaan suspen itu semakin meningkat apabila si bapa dari keadaan berdiri turun untuk rukuk dan sujud dalam keadaan anak kecil beliau masih di atas bahunya tanpa dipegang.  Ini sangat-sangat bahaya!  Sebaik-baiknya si bapa itu ambil anaknya yang berada di atas bahu lalu turunkan ke bawah.  Jika tidak mahu turunkan ke bahu, bolehlah mendokong anak kecil itu.  Cara begitu lebih selamat.  Dan sekali lagi saya sebutkan, perbuatan-perbuatan begini tidak membatalkan solat kerana ia termasuk dalam hal dibenarkan iaitu untuk mengelakkan bahaya kepada si anak kecil tersebut.

*Saya terdorong untuk memberi komen di dalam blog ini tentang video di atas kerana saya membaca ramai memuji perbuatan si bapa yang terus 'khusyuk' tidak mempedulikan si anak kecilnya.  Saya risau perbuatan sebegini ditiru dan dijadikan contoh.  Sedangkan dalam Islam terdapat contoh dan tauladan yang lebih jitu, tulen dan terbaik untuk kita ikuti, iaitu contoh dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Bagaimana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam  Lakukan?
 
Berikut saya kongsikan beberapa hadith yang menceritakan bagaimana keadaan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam berinteraksi dengan situasi-situasi yang mendesak Baginda untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang asing dari pergerakan-pergerakan solat:

1.  Daripada Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma katanya:

"Bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pada waktu solat pernah juga menoleh ke kanan atau ke kiri, tetapi tidak sampai menoleh ke belakang."  (HR Ahmad)

2.  Imam Abu Daud meriwayatkan:

"Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ketika solat menoleh ke arah jalan di kaki bukit."  Katanya Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menoleh kerana memerhatikan seseorang yang berkuda yang ditugaskan untuk menjaga dan mengawal malam.  (HR Ahmad)

Daripada hadith 1 dan 2 di atas, dapat kita mengambil iktibar bahawa diperbolehkan buat kita untuk melihat ke kanan atau ke kiri bagi memerhatikan keselamatan anak kecil kesayangan kita.

3.  Daripada Abu Hurairah radhiAllahu `anhu katanya telah bersabda Nabi sallAllahu `alaihi wasallam:

"Bunuhlah dalam solat dua binatang hitam, yakni ular dan kala jengking."  (Hadith Hasan riwayat Ashabus Sunan)

Hadith 3 di atas ini dapat diambil pengajaran bahawa kita dibenarkan untuk melakukan perbuatan yang asing dari pergerakan solat bagi membunuh binatang yang boleh membawa mudharat kepada orang lain.

Dalam kes anak kecil, sekiranya anak kita kelihatan sedang bermain dengan benda yang berbahaya seperti seterika panas, suis elektrik atau lain-lain yang mempunyai risiko yang tinggi akan membahayakannya, maka kita dibenarkan untuk bergerak bagi menjauhkan anak kecil itu dari bahaya.

4.  Daripada `A'ishah radhiAllahu `anha katanya:

"Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam sedang solat di rumah dan pintu terkunci dari dalam, lalu saya datang dan meminta agar dibukakan pintu.  Baginda berjalan membuka pintu untuk aku lalu kembali menyambung solatnya."  Katanya, pintu ketika itu berada di arah qiblat.  (HR Abu Daud, Nasa'i, Tirmidzi dan Ahmad)

Lihat situasi dalam hadith ke-4 ini.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bergerak untuk membuka pintu, sedangkan risikonya tidaklah lebih tinggi dari situasi dalam hadith ke-3 di atas.  Ini menunjukkan bahawa pergerakan di dalam solat untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang terdapat padanya kepentingan adalah dibenarkan.  Tetapi dengan syarat, dada hendaklah jangan terpaling dari arah qiblat.  Dada seseorang yang sedang solat mesti sentiasa ke arah qiblat.

5.  Daripada Abu Qatadah katanya:

"Bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam solat, sedang cucunya Umamah puteri Zainab (iaitu anak perempuan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam) berada di atas belakangnya.  Apabila nabi sallAllahu `alaihi wasallam rukuk, diletakkan cucunya itu.  Dan apabila Baginda berdiri daripada sujud, diambilnya pula dan diletakkannya kembali di atas belakangnya semula."

Kata Amir:

"Saya tidak menanyakan solat apa yang dilakukan ketika itu."  Sebaliknya Ibnu Juraij berkata:  "Saya diberitahu oleh Zaid bin Abu I`tab daripada `Umar bin Sulaim, bahawa itu adalah solat Subuh."  (HR  Ahmad dan Nasa'i)

6.  Daripada Abdullah bin Syidad daripada ayahnya katanya:

"Pada suatu ketika Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam keluar untuk solat siang, Zuhur atau Asar.  Baginda membawa cucunya, Hasan dan Husein, lalu maju ke hadapan dan cucunya itu diletakkannya, kemudian mengangkat takbir (untuk solat).  Seterusnya, Baginda pun sujud dan sujud itu sangat lama sekali hingga aku terangkat kepalaku.  Rupa-rupanya aku lihat cucu Baginda itu berada di atas belakang Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, maka aku pun kembali sujud.

Setelah selesai solat, para jemaah di belakang bertanya:  "Ya Rasulullah, tadi sangat lama sekali anda sujud hingga kami sangka telah berlaku sesuatu atau mungkin wahyu sedang diturunkan."

Ujar Baginda sallAllahu `alaihi wasallam:  "Semua itu tidak berlaku melainkan ketika itu cucuku ini berada di atas belakangku dan aku tidak mahu mengganggunya hingga dia merasa puas bermain."  (HR Ahmad, Nasa'i dan Hakim)

Daripada hadith ke-5 dan ke-6 di atas, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah menunjukkan kepada kita akan akhlaq yang sangat mulia dan tinggi dengan kanak-kanak.  Betapa Baginda meraikan dan menyayangi anak-anak kecil.  Sehingga di dalam solat pun Baginda meraikan telatah mereka.

Nah, itulah antara apa yang sempat saya kongsikan dan respon bagi menunjukkan kepada para pembaca sekalian betapa Islam ini agama yang penuh dengan rahmat.  Turunnya Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam adalah untuk memberikan rahmat ke seluruh alam.  Dan apa yang ditunjukkan Nabi dalam semua kehidupannya wajar kita contohi semuanya supaya rahmat itu tersebar hingga Hari Kiamat.

Hadith-hadith di atas telah saya petik dari buku Pelik Tapi Benar Dalam Solat (gambar kulit muka buku) tulisan Ustadz Abdul Rahman Mohamed yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd.  Sejak saya miliki buku tersebut sekitar tahun 2006 atau 2007, saya lebih mudah faham kerana di dalamnya penuh dengan ilustrasi dan penerangan yang berdalilkan hadith Nabi.  Sebelum ini, hanya dengar melalui hadith dan ceramah umum sahaja tentang perihal pergerakan asing Nabi dalam solat, agak sukar hendak membayangkannya.  Jika kalian menjumpai buku ini, belilah!  Ia sangat bermanfaat dalam mengalih paradigma.

Ingat, pergerakan-pergerakan asing yang tidak ada kena mengena di dalam solat yang disebutkan di atas bukanlah untuk dilakukan sewenang-wenangnya.  Ia dilakukan apabila ada hajat dan kepentingan terutama jika melibatkan perkara yang merbahaya.  Dan fokus tulisan ini lebih kepada interaksi dengan anak-anak ketika kita sedang solat.

Semoga catitan ini bisa memberikan manfaat, mudah-mudahan.

Selamat menjadi ibubapa yang penyayang sebagaimana penyayangnya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam :)

ALLAHU A`LAM.

Sekadar berkongsi.

Shahmuzir Nordzahir
7 Mac 2012.
 
*SUMBER:  

Melindungi & Menyanyangi anak ketika solat

Daudsu terlibat kemalangan

Daudsu Kemalangan Jalan Raya
Mitsubishi Lancer Milik Daudsu Musnah - Foto : Daudsu
Tonggak Pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaludin terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 8 malam semalam.
Namun Daudsu dan keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk tetapi kereta Mitsubishi Lancer miliknya musnah dalam kemalangan itu dipercayai kerana merempuh pagar berdekatan dengan lapangan terbang tersebut.
Daudsu akan diberikan cuti oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) dan kemungkinan akan terlepas 2 aksi bersama Red Warriors pada 7 Mac menentang Navibank Saigon dalam saingan Piala AFC dan 10 Mac menentang Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA.

Read more: http://kelantanfa.com/#ixzz1oc8QYZbp

Rahsia Pertolongan cina dalam Kesultanan Melaka

Kita biasa mendengar pantun berikut. Tapi sebenarnya pantun ini bukanlah pantun orang bercinta, ianya ialah pantun bagaimana bangsa Cina atau kaum Cina yang menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan kerajaan Islam Melaka ketika Portugis menyerang Melaka ;

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa saya berikan
 
Ya , bukan orang Melayu sahaja yang mempertahankan Melaka dari serangan Portugis , malah kaum Cina di Melaka pada ketika itu, serta dibantu oleh kaum Cina dari tanah Jawa juga dari tanah besar China.
 
Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Pemerintah China Dinasti Ming amat marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas Maharaja China , apabila tentera Portugis tiba di China , mereka telah diserang, dibunuh dan dipenjara.
 
Pedagang China telah memboikot urusan dagang dengan Portugis di Melaka. Sementara itu orang Cina dari tanah Jawa telah datang membantu orang Melayu untuk menawan kembali Melaka dari Portugis.
 
Semasa kecil saya sering tertanya-tanya kenapa masjid-masjid lama di Rembau ini banyak bercirikan seni bina dari negara China. Kemudian ada pula nama tempat Lubuk China di Rembau. Kemudian saya tertanya lagi apa tujuan nenek moyang saya dari istana Pagaruyung di Sumatera datang ke Rembau, berkahwin dengan orang Asli. Kemudian tertanya lagi kenapa banyak batu nisan Acheh di Rembau ini.
 
Rupa-rupanya semua ini ada kaitan dengan sejarah mempertahankan kerajaan Islam Melaka pada ketika itu.
 
Kerajaan Uthmaniah di Turki telah menghantar perwakilan, tentera, meriam canggih, jurutera untuk membantu kerajaan Acheh di bawah Sultan Alauddin Riwayat Shah untuk menghalau Portugis dari Nusantara.
 
Dari Sumatera inilah orang Acheh, orang Minangkabau masuk melalui Sungai Linggi, seterusnya ke Sungai Rembau, Sungai Penajeh di satu arah dan Sungai Ujong di arah yang lain untuk bertapak, mengumpul kekuatan bersama orang Melayu, orang Asli, kaum Cina untuk menyusun strategi menawan kembali Melaka.
 
Lagi satu bab mengenai perang antara pahlawan Melayu dengan tentera penceroboh Portugis. Tolong buang dalam minda kita, minda anak-anak kita, bahawa pahlawan Melayu kita berperang menggunakan keris dan tombak melawan tentera penceroboh Portugis yang bersenjatakan senapang dan meriam.
 
Sebenarnya tentera Islam kerajaan Melaka menggunakan senapang dan meriam yang canggih untuk mempertahankan kota Melaka. Serangan awal Portugis , mereka kalah kerana dibedil teruk oleh meriam tentera Melaka.
 
Akhirnya Portugis terpaksa menukar strategi dan tipu helah untuk menawan Melaka.
 
Apabila Melaka ditawan, anak Afonso d'Alboquerque; menyebut dalam jurnalnya bahawa senapang dan meriam tentera Melaka jauh lebih hebat dari senjata yang dihasilkan oleh Portugis.
 
Agak-agaknya lah kan , ada tak pihak nak buat filem Pertempuran Kota Melaka sepertimana pertempuran Bukit Kepong yang saban hari disiarkan dalam tv?
 
Kalau tak mampu buat filem, buat siri animasi pun sudah cukup. Agar rakyat Malaysia tahu, bahawa semangat 1Malaysia telah lama wujud di Tanah Melayu apabila orang Melayu dan orang Cina bersama mempertahankan kerajaan Islam Melaka bersama orang Asli, orang Minangkabau, orang Acheh, orang Jawa.
  
Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com