1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :
- Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
- Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
- `Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
- Wati (Persetubuhan)
- Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)
- Azali
- Muhaimin
- Suyuti (Orang Asyut)
- Bukhari (Orang Bukhara)
- Ghazali (Orang Ghazal)
- Nawawi (Orang Nawa)
- Misri atau Masri (Orang Mesir)
- Baihaqi (Orang Baihaq)
- Tirmizi (Orang Tirmiz)
- Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
- Ghulam `Ali (Hamba `Ali)
- Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
- Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.
- Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
- Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.
- Zaleha – sepatutnya Zulaikha
- ‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
- Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.
- Muti`ah (yang taat)
- Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)
- Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
- Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)
- Syamsul Bahri (matahari lautan)
- Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
- Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
- Rafidhi (Syiah pelampau)
- Atan (keldai betina)
- Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
- Jamalullail (keindahan malam)
- Zainab - makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi
- Mu`awiyah - makna baik : pembela / pejuang
- Fairuz
- Sirin (manis –bahasa Farsi)
- Rustam
- Sarfaraz (mulia)
- Sibawaih (wangian epal)
- Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
- Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
- Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
- Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
- Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’
- Syukri (Kesyukuranku)
- Fathi (Kemenanganku)
- Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
- Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
- Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri
- Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.
- Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.
- Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.
- Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.
(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ] dan ayat:هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ] 22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:
- Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah
- Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s
Tiada ulasan:
Catat Ulasan