Pernah pada satu hari disebabkan kesempitan hidup dan tiada duit, lima anak saya hanya makan betik sehari semalam, hinggalah jiran menghulurkan sumbangan barangan keperluan rumah. Sekarang, kami hanya makan ala kadar hanya untuk menggalas perut
******************
LIMA BERADIK HIDUP DAIF
Berita Harian 27 Mei 2010
Ibu meninggal, bapa terlantar hidap penyakit misteri
JOHOR BAHRU: “Pernah pada satu hari disebabkan kesempitan hidup dan tiada duit, lima anak saya hanya makan betik sehari semalam, hinggalah jiran menghulurkan sumbangan barangan keperluan rumah. Sekarang, kami hanya makan ala kadar hanya untuk menggalas perut, "kata Osman Ahmad, 46, yang terlantar akibat sakit misteri di rumahnya di Kampung Tengah, Majidee, di sini.
Ketika ditemui Berita Harian di rumah mereka, Osman yang bertaraf pemastautin tetap (PR) mengalirkan air mata mengenangkan nasib dua anaknya, Mohd Azri, 14 dan Izati, 13, manakala dua lagi anaknya, Noriah, 15, dan Mohd Faiz, 11, lebih baik kerana mendapat bantuan jiran untuk menyekolahkan mereka. Di rumah sewa yang berkeluasan tidak sampai 500 meter persegi itu, semua keperluan keluarga Osman ditanggung anak sulungnya, Mohd Ali, 29, yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dengan gaji hanya RM600 sebulan.
Lebih menyedihkan, Osman yang kematian isteri, Rohani Omar sejak 10 tahun lalu tidak pernah mendapat bantuan daripada sebarang agensi serta jabatan kerajaan dan hanya mengharapkan bantuan dan sumbangan daripada jiran sekampung.
Osman berkata, beliau mula terlantar dan tidak mampu bergerak sejak lebih tiga tahun lalu. Pada mulanya dia cuba mendapatkan rawatan hospital tetapi kemudian dibenarkan pulang, selepas pihak hospital gagal mengesan penyakit.
“Mulanya saya hanya sakit perut dan panas badan, tetapi selepas beberapa bulan berulang alik mendapatkan rawatan di hospital, mereka gagal mengesan penyakit, saya pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, saya langsung tidak boleh bergerak.
“Setahun kemudian, semua sendi di seluruh badan mula membengkak dan ada yang berair, diri sendiri pun saya tidak mampu untuk menguruskannya, bagaimana pula hendak memastikan anak ke sekolah. Merekalah yang menjaga saya," katanya di sini, semalam.
Osman berkata, berikutan keadaan dirinya, yang terlantar, ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap keluarganya selepas beliau membenarkan anak keduanya, Noriah, untuk bekerja sebagai pembantu membuat kuih di kampung berkenaan.
“Orang itu berjanji akan menyekolahkan Noriah dan gaji anak saya akan diserahkan kepada saya dengan tujuan membantu membeli barang keperluan harian...tetapi ia tidak berlaku, malah, anak saya kini langsung tidak mahu bercakap dengan saya dan adiknya.
“Dia hanya pulang ke rumah pada sebelah malam, dan keluar semula tanpa mandi atau bercakap dengan sesiapa. Saya merayu anak saya dikembalikan kepada saya. Saya akan mencari jalan untuk menyekolahkannya," katanya.
Izati pula ketika ditanya sama ada mahu pergi ke sekolah, berkata tiada siapa yang mahu menjaga ayah dan adiknya, sekiranya, beliau pergi ke sekolah.
“Saya hanya bersekolah setakat Darjah Enam, kini, saya menguruskan ayah dan adik di rumah. Jika saya ke sekolah, siapa yang hendak tengokkan mereka," katanya.
Bagi Mohd Ali pula yang langsung tidak pernah ke sekolah mengakui mengharapkan ada pihak yang sudi membantu keluarganya untuk menyekolahkan adiknya.
“Dengan gaji sebulan RM600, saya menanggung semua keperluan di rumah ini, termasuk duit sewa rumah sebanyak RM250. Memanglah tidak cukup, tapi kami cuba untuk hidup. Harapan saya, ada pihak ikhlas membantu ayah mendapatkan rawatan sewajarnya serta adik dapat semula ke sekolah, " katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Osman, berkata beliau terkejut apabila mendapat maklumat masih ada keluarga yang tidak mendapatkan bantuan daripada kerajaan.
“Ini tidak sepatutnya terjadi. Saya tidak tahu mana silapnya. Memang benar Osman bukan warga negara ini dan hanya mempunyai taraf PR tetapi semua lima anaknya lahir di sini, mempunyai sijil lahir dan warga Malaysia.
“Mereka layak mendapat bantuan dan pembelaan sepenuhnya. Buat permulaan, saya sudah menyerahkan kerusi roda kepada Osman bagi membantunya bergerak dan tumpuan selepas ini adalah untuk menyekolahkan anaknya," katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Limaberadikhidupdaif/Article

Tiada ulasan:
Catat Ulasan