Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Disember 05, 2010

Pembangunan Tanah Adat Pepatih utk Perumahan Rakyat


"Susah sangat ke nak bangunkan tanah Adat Perpatih di Negeri Sembilan? Kalau tanah adat di Rembau diambil kerajaan pada harga RM1.20 sekaki persegi untuk projek landasan keretapi berkembar, takkan tanah adat tidak boleh dibeli pada harga sama dan dibuat Projek Perumahan Rakyat khusus untuk rakyat Rembau.

Ini ialah WIN WIN SITUATION. Rakyat yang tanah adat terbiar dan tidak boleh dijual pada bukan waris perempuan akan dapat wang.


 Rakyat di daerah tersebut yang tidak ada rumah, akan dapat rumah pada harga yang murah. Kerajaan pula tak perlu nak keluar duit yang banyak untuk beli tanah pada harga pasaran seperti tanah hak milik bebas dan tanah industri.

Jadi kenapa yang susah sangat nak bangunkan tanah adat ni? Katakan seorang wanita ada tanah adat seluas 1 ekar. Tapi dia tiada anak perempuan, anak lelaki ada 8 orang. Wanita tadi duduk Kuala Lumpur dengan anak lelaki. Kerana kalau dia bangunkan tanah adat, anak-anak lelakinya takkan dapat apa-apa. Kalau dia mati pun, anak laki-lakinya tak dapat apa-apa.

Dia nak jual pula terlalu murah harga tanah adat, kerana hanya boleh dijual kepada saudara maranya yang perempuan sahaja yang dalam satu suku. Paling tinggi di Rembau tanah adat seekar mungkin RM 10,000. 
 


Kalau kerajaan beli tanah adat ini pada RM1.20 sekaki persegi, wanita tadi akan dapat RM52,272. Kemudian kalau dibuat Perumahan Rakyat, jika ada anak lelaki wanita tadi yang layak, dia akan diberi keutamaan.

Bukankah ini satu keuntungan untuk semua, terutama orang Melayu di Rembau, orang Melayu di Kuala Pilah, orang Melayu di Jelebu, orang Melayu di Pantai?
 
Kalau kerajaan lebih kreatif lagi tanah-tanah adat yang terbiar ini dibeli dan dibuat projek ladang rakyat, projek lot rumah banglo yang mana diberi keutamaan kepada orang Melayu di daerah tersebut.
 
PILIHANRAYA UMUM dah nak dekat. Kita tengok parti mana yang akan menjuarai isu tanah adat ini. Satu isu utama dan unik untuk orang Melayu di Negeri Sembilan sahaja.
  
(1 ekar = 43560 kaki persegi)
Dari www.mudah.my sebagai perbandingan
- Lot Banglo, 8960 kaki persegi, di  Pekan Rembau, RM 64000 ( RM7.15 sekaki persegi)
- Rumah Setingkat di Taman Rembau Utama, pajakan 99 tahun, 22 ka X 70 ka, RM 115,000 (RM24.70 sekaki persegi, jika utk bangunan RM50 sekaki persegi)
 
BERITA HARIAN
 
REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.
 
"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.
 
"Saya juga terpaksa menunda majlis perkahwinan anak saya yang dijadualkan tahun ini ke tahun depan. Siapa yang tidak runsing separuh daripada rumah yang didiami sejak berpuluh tahun lalu akan dirobohkan," katanya.
 "
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan