Menurutnya ianya akan menjimat perbelanjaan dan akan menyebabkan harga sayur akan menjadi murah. Kenapa murah?. Kerana permintaan akan menurun.
Aku sebenarnya terkejut sebab inilah antara idea paling bijak. Kalau seseorang boleh menghasilkan idea bijak, maka tentulah sekali dia adalah seorang yang bijak. Maka apabila menteri kita ini adalah seorang yang bijak, bagaimanakah pendedahan wikileaks yang kecoh satu dunia baru-baru ini mengatakan pemimpin Malaysia tidak bijak?. Dari mana wikileaks dapat idea mengatakan pemimpin kita tidak bijak?. Wikileaks kata dia dapat idea daripada perisik Singapura.
Persoalan yang paling besar ialah : Singapura pula mendapat idea dan sumber daripada mana?,
Aku ingat Singapura telah mendapat idea daripada ikan todak. Ini kerana, baru-baru ini ada satu kajian telah dibuat. Kajian ini merumuskan bahawa semasa Singapura dilanggar todak beberapa ratus tahun dahulu, rupa-rupanya negara tersebut telah menyimpan semua ikan-ikan todak yang telah ditangkap. Ini penting agar ‘Uncle' Singapura boleh menggunakan ikan-ikan todak tersebut untuk menikam belakang jiran-jiran termasuk
Malaysia sekiranya Malaysia selalu berleter macam minah leter.
Sebab itulah apabila pemimpin Singapura dan pemimpin Malaysia bertemu dan bermain Golf ataupun ketika memakan durian yang harganya beratus-ratus sebiji iaitu ketika zaman Pak Lah, tidak lama dahulu...kalau kita perhatikan secara betul-betul iaitu secara makrifat ataupun hakiki (iaitu abang kikilala).....kalau kita perhatikan secara fizikal atau mental (bukan sakit mental), maka penemuan yang kita akan dapati ialah pemimpin Singapura selalunya berada pada kedudukan yang sedikit terkebelakang daripada pemimpin Malaysia.
Ini dilakukan kerana - senang untuk Singapura mengambil beberapa ekor todak dalam poketnya dan terus menikam belakang Malaysia sekiranya Malaysia suka membuat bising dan membuat ancaman kepadanya. Ianya juga dilakukan kerana Singapura selalunya beranggapan pemimpin Malaysia tidaklah cerdik sangat kerana.....Oooo!, rupa-rupanya todak itulah yang menjadi batu api!. Celaka engko todak!, pandai-pandai maklumat palsu kat Singapura!. Nanti engko Todak!.....
Pun begitu, aku yakin pemimpin Malaysia tidaklah bodoh....samada bodoh banyak ataupun sikit. Kan Malaysia selalu mengadakan perjanjian pintar. Aku tak percaya orang yang bodoh boleh mengadakan perjanjian pintar. Beruk aku yang bernama Mat Yeh pun akan percaya sebagaimana aku percaya. Ini kerana aku bagi makan secukupnya 4 kali sehari siap kemudahan dobi ‘first class' lagi. Kalau dia masih tak percaya lagi kat aku, alamat aku hempuklah kepala dia dengan helmet tanduk aku ni.
Sebab itulah apabila ada pihak yang marah-marah, maki-hamun dan tidak bersetuju bila pemimpin Malaysia terlibat dalam perjanjian yang menyaksikan Malaysia menjual air mentah pada kadar 3 sen bagi seribu gelan sejak 1961 dan kononnya selepas air tersebut dirawat (setakat manakah rawatan yang telah diberikan?), dan apabila Singapura pula akan menjual kepada Malaysia pada kadar 50 sen bagi seribu gelen, aku dengan tegas berkata, ‘Tolong jangan marah!'. Kerana inilah yang dikatakan perjanjian strategic dan pintar wahai cik adik molek dan cek mek sekelian!.
Kah Kah Kah.
Sebab itulah aku amat yakin, bukat setakat George Bush, malah anak Bush, Yitzhak Rabin atau Benjamin Netanyahu akan sakit perot cirit-birit kalau memakan nasi yang berlaukkan ikan todak. Betapa berbisanya ikan todak dari Singapura. Idea perjanjian strategic dan pintar ini juga, aku yakin ikan todaklah yang merancangnya. Ikan Todaklah yang menyusun ‘modus operandi' nya. Tapi tolong jangan keliru dan buat-buat tak faham. Jangan jadi bodoh dalam hal ini. Kita bukan ditipu atau kena tipu. Inilah yang dikatakan perjanjian bijak dan pemimpin bijak!.
Oleh itu, sebagaimana pemimpin kita terdahulu yang bijak-bijak belaka, maka aku pun turut yakin, Menteri kita sekarang yang menyarankan agar rakyat menanam sayur sendiri untuk tujuan penjimatan dan mengurangkan harga dipasaran tempatan, pun juga bijak.
Menteri ini sebenarnya secara tersiratnya inginkan rakyat Malaysia menjadi bijak seperti mereka dan kreatif seperti Shohami Meor Hasan, Ana Rafali dan Altimate yang baru sahaja menghasilkan lagu.....jangan pandang-pandaaaang, jangan pegang-pegaaaang....duduk renggang-ranggaaaang, bertambah sayaaaaaang.....hehehe.
Bagaimana yang dikatakan bijak dan kreatif?. Untuk menjawab soalan ini, soalan yang lain perlu dikemukakan iaitu bagaimanakah sekiranya kita tinggal di flat ataupun apartment, tetapi kita diminta untuk menanam sayur-sayuran semata-mata untuk tujuan penjimatan?. Disinilah nilai-nilai bijak dan kreatif tadi akan digunakan.
Kita boleh menanam dibahagian ruang tamu rumah kita. Katalah kita mempunyai ruang tamu yang seluas 350 kaki. Maka apalah salahnya kita menggunakan sebahagian kecil ruang - mungkin hanya seluas 100 kaki untuk tujuan tanaman tersebut?. Untuk tujuan pencahayaan, bukankah kita sudah ada lampu rumah sendiri dan tidak memerlukan cahaya matahari?. Untuk tujuan pengudaraan, kan rumah kita mempunyai kipas samada kipas syiling ataupun kipas meja?. Untuk tujuan pembajaan, jangan risau. Kat Tesco banyak jual baja-baja didalam paket-paket kecil yang senang dibawa kemana-mana sebagaimana senangnya bekas seorang pemimpin negeri membawa berguni-guni duit keluar negara tidak lama dahulu. Haha.
Aku percaya tanam didalam ruang tamu sendiri lagi selamat. Bijak sungguh idea Menteri seorang ni, aku fikir. Mengapa lagi selamat?. Yalah, kat ruang tamu sendiri mana ada binatang buas?. Mana ada ulat menjalar yang akan memakan tanaman kita?.
Yang aku tahu, kalau adalah....nafsu buas ada..lah. Terutamanya bila menjelang MJ iaitu Malam Jumaat (tiada kaitan dengan produk wangian Malam Jumaat ye!). Yang aku tahu juga, kalau adalah......tangan menjalar ada..lah. Opps!. Kena bersangka baik. Tak baik bersangka tak baik. Orang bersangka tak baik menunjukkan orang tu tak baik. Kita kena bersangka baik walaupun Pak Lah telah menyerahkan 2 telaga minyak kita kepada Brunei dan telah menyebabkan kita akan kerugian ratus2 billion. Apa?. tak faham?. Kalau masih susah sangat nak faham, sila tanya wira dunia Tun Dr Mahadet yang menjadikan menghentam Pak Lah sebagai hobi barunya.
Menanam diruang tamu juga boleh mengeratkan hubungan sesame ahli keluarga. Jadi taklah memanjang tengok TV yang kadang-kadang kelihatan amat membazirkan masa dengan program yang entah apa-apa. Sebab itulah rakyat Malaysia semakin hari semakin ramai sakit mental.
Nasib baik ada cadangan daripada Menteri untuk menanam sayur-sayuran. Kalau tidak, pasti ruang 100 kaki tadi pasti akan dipenuhi oleh mainan2, bantal busuk yang penuh peta, tilan buruk dan macam-macam ada iklan ASTRO. Sama-samalah kita menyahut dan meraikan cadangan tersebut. Sekianlah arakian diberitakan.
Kah Kah Kah. Hahaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan