Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Rabu, Disember 15, 2010

dirotan kerna pakaian tidak sopan




KHARTOUM (AFP) 
Jabatan kehakiman Sudan sedang menyiasat rakaman video yang tersebar di Internet yang menunjukkan seorang wanita muda dirotan dengan kejam oleh anggota polis berunifom, menurut laporan media, Isnin. 

"Satu siasatan dilancarkan terhadap kes merotan wanita muda tersebut seperti yang dilihat dalam sebuah laman web, dan perlaksanaan hukuman yang melanggari kod jenayah," kata badan kehakiman dalam satu kenyataan yang tersiar di media.

Sebuah video yang dimuatkan dalam Youtube dilaporkan menyiarkan beberapa lelaki berpakaian seragam polis Sudan sedang merotan seorang wanita yang dalam keadaan sedang sedang melutut, menangis dan mengerang kesakitan.

"Wanita ini dikenakan hukuman syariah, tetapi terdapat kesilapan dalam cara perlaksanaannya," kata Gabenor negeri Khartoum Abdul Rahman al-Khidir dari Parti Kongres Nasional.

"Pihak berkuasa sedang melakukan siasatan," katanya kepada Blue Nile, sebuah rangkaian TV swasta Sudan. "Kita tidak benarkan sesiapapun mempergunakan kes ini untuk tujuan politik ," ujarnya.

Beberapa seksyen Kod Jenayah 1991 Sudan yang dikuatkuasakan dua tahun selepas Presiden Omar al-Bashir memegang teraju pemerintahan, membenarkan hukuman rotan di atas kesalahan berperangai tidak sopan, perzinaan atau menjalankan perniagaan rumah pelacuran.

Pertubuhan Wanita Sudan telah meminta supaya pihak berkuasa menyiasat segera kes tersebut, kerana menganggapnya sebagai satu “penghinaan” kepada rakyat Sudan dan “mengaibkan” wanita. 

Tahun lepas, Lubna Hussein, seorang wartawan-aktivis, telah ke mahkamah bagi mencabar keputusan bahawa wanita yang berseluar dianggap "tidak sopan," satu dakwaan yang menyebabkan ramai wanita dirotan.


Hussein sendiri dikenakan denda 200 paun Sudan kerana memakai seluar, tetapi beliau tidak dirotan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan