Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Rabu, Disember 15, 2010

Lagi Layanan Istimewa kepada McDonald Dungun


Restoran makanan segera McDonalds terus menerima layanan istimewa dari pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bilamana mendapat promosi percuma di laman web rasmi MPD.




Hasil tinjauan pada Sabtu 27 November, promosi ala iklan perniagaan itu diletakkan di laman utama web tersebut bersekali dengan promosi program kerajaan negeri Terengganu dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak MPD.

Restoran McDonalds seolah-olah menjadi satu aset penting dan polisi dalam pentadbiran MPD sehingga dipromosikan sedemikian rupa.Sepatutnya laman web rasmi pihak berkuasa tempatan bebas dari iklan yang berbentuk perniagaan syarikat tertentu.

Berbeza dengan laman web rasmi Majlis daerah Setiu (MDS) yang mempromosikan bangunan perkedaian milik MDS yang telah siap pembinaannya dan telah dibuka penawaran untuk disewa kepada peniaga.

Maka bertepatanlah pihak MDS telah mencapai taraf 5 bintang dalam Penilaian Laman Web Sektor Awam 2010 sebaris dengan laman web rasmi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,Majlis Perbandaran KemamanMajlis Daerah Marang dan juga Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Tidak pasti samada laman web rasmi MPD ada menerima atau tidak pencapaian taraf 5 bintang sepertimana pihak berkuasa yang lain.Mungkin pihak MPD terlepas pandang itu semua dikala sibuk terkejar-kejar untuk menyiapkan dengan segera pembinaan bangunan Restoran Mcdonalds seperti sepantas makanan segera yang dihidangkan di restoran tersebut.

Sepertimana yang terkandung dalam memorandum bantahan yang dihantar kepada Yang DiPertua MPD baru-baru ini adalah berkisar mengenai layanan istimewa dan mencurigakan yang diberikan kepada syarikat luar seperti McDonalds dan pada masa yang sama peniaga tempatan ditekan dan dibebankan dengan syarat-syarat yang tidak munasabah.

Pendedahan terdahulu :
Produk Yahudi diberi layanan istimewa Majlis Perbandaran Dungun."
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan