Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Ogos 07, 2010

Penyakit-Penyakit Umat Dahulu

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 'Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu' Sahabat bertanya, 'Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?' Nabi s.a.w menjawab, 'Penyakit-penyakit itu ialah:(1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpunkan harta sebanyak mungkin (4) tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi(6) hasut-menghasut sehingga menjadi zalim-menzalimi.'

Hadis Riwayat Hakim

Umat dahulu banyak penyakit,
usah ikuti jalan mereka,
kerana mewah banyak berduit,
jikalau kita mahu bahagia.

Harta dihimpun berderet-deret,
biarlah hidup berpada-pada,
akhirnya hidup himpit-menghimpit,
dunia ini menuju fana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan