Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Ogos 07, 2010

Golongan Anti Hadis

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a berkata: 'Rasulullah s.a.w bersabda. 'Hampir tiba suatu masa dimana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katil, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata: 'Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah(al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan'(Kemudian Nabi s.a.w melanjutkan sabdanya):'Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w samalah hukumnya dengan apayang diharamkan oleh Allah s.w.t.'

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Al-Quran ialah kalam ilahi,
pendoman hidup kekal abadi,
hadis junjungan jangan dinafi,
tempat kedua pendoman suci.

Ulama salaf jadi ikutan,
banyak mengarang berbagai 'sunan',
jadikan ia sebagai pegangan,
janganlah ia kita abaikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan