Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Ogos 07, 2010

Bahaya Kemewahan

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. 'Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a dan tiada di atas badannya kecuali sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab bin Umair di Mekah dahulu(kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai Muhajirin yang terpaksa meninggalkan harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhamad s.a.w bersabda,'Bagaimana keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi diwaktu pagi dengan satu pakaian dan pergi diwaktu petang dengan pakaian lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelanbu Kaabah?' Maka jawab sahabat 'Wahai Rasulullah tentulah diwaktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalh ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki' Lalu Nabi s.a.w bersabda, 'Tidak! keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik pada keadaan kamu di hari itu.'

Hadis Riwayat Tirmizi

Cubalah lihat para sahabat,
cubalah lihat pada dirimu,
banyak bersabar rajin beribadat,
semua cukup makan dijamu.

Walaupun hidup susah melarat,
ibadat kurang suka mengadu,
di sisi Tuhan selalu taat,
bekal akhirat kurang ditumpu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan