Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Ogos 07, 2010

Ilmu Agama Akan Beransur Hilang

Daripada Abdullah bin Amir r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda 'Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu sekaligus dari(dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu bertanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.'

Hadis Riwayat Muslim

Ilmu agama beransur hilang,
para ulama kian berkurang,
ilmu dunia makin cemerlang,
jadi tumpuan semua orang.

Bekalkan diri ilmu akhirat,
untuk laksana amal ibadat,
tuntutlah ilmu sebelum diangkat,
negeri akhirat dapat selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan