Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Julai 16, 2011

Skandal Seks bekas MB dibongkar pula


"Pendedahan Scandal Sex Pemimpin UMNO ini sewajarnya dinafikan segera, jangan biarkan ianya berlalu begitu saja yang membuatkan rakyat terus tertanya-tanya adakah ianya fitnah atau kisah nyata..

Pendedahan ini bukanlah oleh WikiLeaks tetapi oleh MALAYSIALEAKS..

PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?

TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis."  
Ketika itu, Pak Lah meresetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.

Murut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.

Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.

Menurut satu sumber, Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.

Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.

Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.
Seterusnya dan sumber artikel sila lihat di SINI 

Haramkah demokrasi



"Johor Bahru 14 Julai 2011 Sheikh Ahmed Tijani ulama yang menetap di Amerika Syarikat kelahiran di Accra, Ghana dihebahkan pakar undang-undang dan prinsip Islam merangkumi bidang Perbandingan Agama, Astronomi, Sains Spiritual dan Penyembuhan, Puisi Ketuhanan dan Rukyah, Penulisan Lagu dan Nyanyian serta Seni Halus dan Kebudayaan.

Beliau menyuarakan pandangan ketika ditemui selepas syarahan umum bertajuk 'Kuasa Penyembuhan Al-Quran Yang Menakjubkan' di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dekat sini semalam. Katanya pihak yang merasakan ‘suara permasalahan’ mereka tidak didengari, maka keutamaan adalah mendengar ‘suara’ Allah dan pesanan Rasulullah SAW.

“Dengan nama Allah dan Rasulullah SAW, saya rayu umat Islam di negara Islam yang paling indah di dunia ini agar jangan keluar berarak di jalan raya menuntut apa sekalipun. Sebaliknya sebarang permintaan perlu melalui cara bijaksana seperti mana diperintahkan Allah.

“Jumpa ketua dan beritahu masalah untuk dibincang, inilah yang diperlukan. Tetapi kalau membelakangi pemerintah, sama dengan meninggalkan Allah, Rasulullah SAW, al-Quran dan hadis. Keluar ke jalanan dipengaruhi dan dipandu oleh syaitan,” katanya.

Hujah kita begini:
Membaca kenyataan sebilangan pihak tertentu, bahawa kononnya demonstrasi adalah amalan yang bercanggah dengan Islam, terlintas di pemikiranku, sebuah buku tulisan Ustaz Rasul Dahri tentang demonstrasi yang bertajuk “demonstrasi adalah maksiat bukan jihad”


Didalam ulasan beliau, banyak mengkaitkan demosntrasi dengan tindakan golongan Khawarij yang telah melakukan pemberontakan terhadap khalifah ketika itu. Dengan alasan yang demikian, beliau mengistinbatkan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang maksiat kerana melawan kerajaan ketika itu.


Melihat kepada perbahasan ini, aku sebagai seorang yang tidaklah mempunyai ilmu yang banyak, tetapi, walaubagaimanapun, penilaian yang dapat dilakukan adalah, tafsiran dan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri itu menggambarkan bahawa dia tidak berpegang kaedah ;


الحكم على شئ فرع عن تصوره

Maksudnya;
“Hukum atas sesuatu adalah furuk (cawangan) dari gambarannya”
Ustaz Rasul Dahri meletakan sesuatu hukum, tanpa melihat kepada keadaan sesuatu benda yang hendak dihukumkan. Ekoran dari itu, hukum yang dijatuhkan itu menjadi ‘berat sebelah’ dan bersikap zalim.


Bertambah zalim lagi, buku ‘Demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan beliau disebarkan di Malaysia. Ini kerana, suasana dan bentuk demonstrasi yang diadakan di zaman Khawarij dan di Malaysia adalah dua bentuk dan maqasid yang berbeza.


HAKIKAT DEMONSTRASI

Demonstrasi adalah satu kalimah inggeris yang diambil dari kalimah demonstration. Mengikut terjemahan melayu, Demonstrasi dimaksudkan dengan ‘perhimpunan tunjuk perasaan’.


Didalam Kamus Dewan Bahasa, Demonstrasi mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.


Melihat kepada dua makna tersebut, makna yang kedua adalah yang paling tepat dalam perbahasan kita ini.


Di dalam Bahasa Arab, Demonstrasi dipanggil dengan MUZHAHARAH. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kepada dua bentuk, iaitu (1) demonstrasi liar dan (2) demonstrasi aman.


Demonstrasi liar adalah demonstrasi yang bersifat sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Demonstrasi ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.


Adapun Demonstrasi aman iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.


ISLAM DAN DEMONSTRASI

Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan didalam Islam.


Demonstrasi liar adalah sesuatu tindakan yang diharamkan didalam Islam, maka tafsiran dan qiasan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri terhadap demonstrasi seperti demonstrasi yang di lakukan oleh Khawarij, maka itu adalah demonstrasi mengikut tafsiran yang pertama.


Adapun Demonstrasi aman, maka itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;


a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.

b. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.

c. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.


Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak, seperti yang didakwa oleh Ustaz Rasul Dahri itu.


Sekiranya, cara non muslim sahaja menggunakan demonstrasi menjadi hujjah atas larangan berdemonstrasi, maka perlu difahami bahawa tidak semua perkara yang datang dari orang yang bukan Islam adalah di tolak, bahkan ada perkara yang datang dari bukan islam, di terima dan dibenarkan diamalkan didalam Islam, tetapi kebenaran tersebut, hendaklah berdasarkan kepada ketiadaan percanggahannya dengan nas-nas yang qatii dan yang lebih jelas.


Antara dalil mengatakan, tidak semua cara non muslim mesti di tolak adalah seperti berikut;


a. Sirah menjelaskan, ketika berlaku peperangan ahzab, Rasulullah SAW telah meminta pandangan dari kalangan sahabat supaya menyatakan pandangan-pandangan mereka. Lalu telah memberi pandangan oleh Salman Al-Farisi dengan menggali parit dengan alasan, taktik peperangan itu diamalkan oleh golongan Majusi (golongan yang menyembah Api) di Farsi ketika itu. Mendengar pandangan tersebut, Rasulullah menerimanya.

b. Di dalam sirah juga jelas menyatakan penerimaan Rasulullah SAW menjadikan golongan kuffar quraish yang ditawan dalam peperangan Badar, supaya menjadi guru-guru yang mengajar kepada anak-anak orang Islam di kala itu.


Dengan hujjah-hujjah ini, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa Islam tidak melarang melakukan demonstrasi yang aman, tetapi Islam melarang demonstrasi liar.


PERSOALAN YANG TIMBUL

Membaca buku ‘demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan Ustaz Rasul Dahri itu, terlintas di pemikiran ini, apakah yang diingini oleh Ustaz Rasul Dahri. Ini kerana, buku itu disebarkan di negara ini.


Apakah Ustaz Rasul menganggap bahawa Malaysia pimpinan UMNO dan BN ini adalah kerajaan Islam seperti kerajaan Islam dibawah kepimpinan Saidina Osman?


Sekiranya itulah sangkaan Ustaz Rasul, maka jelas Ustaz Rasul telah tersasar dari jalan yang lurus, ini kerana, kerajaan Islam Hadhari Malaysia bukanlah kerajaan Islam mengikut metod dan bentuk kerajaan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin, bahkan ianya adalah kerajaan secular yang sesat dan menyesatkan.


Pembuktian ini jelas dari sandaran kerajaan bukanlah kepada al-quran dan al-hadis, tetapi sandarannya adalah perlembagaan persekutuan yang ditubukan oleh suruhanjaya red yang bernama lord red.


Adapun mengikut metod kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Rasulullah SAW, bahawa didalam perlembagaan Madinah itu ada tersebut;


انكم مهما اختلفتم فيه من شيء فان مرده الى الله عز و جل والى محمد – صلى الله عليه و سلم

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu, apabila kamu berbeza-beza padanya daripada sesuatu perkara, maka sesungguhnya, tempat kembalinya adalah kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w”(Lihat “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (3/232) : Al-Hafiz Abi Fida’ Ismail bin Kathir : Dar At-Taqwa : tanpa tarikh)


Wallahu a’lam.

Bahan Rujukan

1. Al-Fatawa : Dr Atiyyah Saqqar
2. Al-Fatawa Al-Maasirah : Dr Yusuf Al-Qaradhari
3. Al-Bidayah wa An-Nihayah : Imam Ibnu Kathir.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Demonstrasi adalah maksiat, bukan jihad : Ustaz Rasul bin Dahri.
6. Utusan Malaysia.
"

Ketua polis mana rompak duit makan tahanan bersih??




Benarkan tahanan bersih diberikan makan RM25 sepinggan? Makanan tak sedap mana, kuah karinya cair RM25. Kalau makanan disediakan untuk 2000 orang ini tak termasuk mana-mana polis buat keluar makanan untuk kaum kerabatnya. Jumlahnya adalah RM50 ribu.

Ketua polis mana yang dapat tander ini?

Adakah benar tahanan yang diberikan angka adalah 1667 orang? Sedangkan proses untuk memberikan kad pengenalan kepada tahanan untuk membebaskan bermula daripada petang sehingga 10 malam? Berapa lama dan ini menunjukkan angka yang dijangkakan adalah lebih daripada itu.

Aku letaklah harga makanan pada hari itu RM5 sepinggan. RM20 dari di rompak oleh polis. Main rompak-rompak ini memang kerja polis.

Kita cabar pihak polis mendedahkan pembelanjaan secara terperinci. Jangan nak tipu rakyat RM25 sepinggan. Makan nasi Arab lauk kambing pun RM17 sepinggan itu pun rasa nak pecah perut pasal banyak!!

Dahlah kirta dicota oeh pihak polis, duit kita pun polis rompak!!

Stadium berharga 87juta bukan milik kelantan


The Red Warriors

Saat para penyokong The Red Warriors berhimpun bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dijanjikan sebuah stadium ...
Kami masih ingat berita ini:
Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.

"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.

Perdana Menteri berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1 hari ini, yang turut dihadiri beberapa pemain skuad Kijang itu.

Dan hari ini pula...
BANDAR TUN ABDUL RAZAK, 7 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis mengumumkan bahawa pasukan bola sepak Felda United bakal memiliki stadium sendiri yang akan dibina di bandar ini yang sebelum ini dikenali Bandar Pusat Jengka.

Perdana Menteri, yang memberikan perhatian khusus kepada pembangunan Felda, berkata stadium itu akan dibina dengan kos RM87.9 juta.

"Pembinaan stadium ini dengan kos RM87.9 juta adalah sebahagian daripada peruntukan RM250 juta bagi projek pembangunan bersepadu di Bandar Tun Abdul Razak ini," katanya ketika berucap merasmikan Hari Peneroka 2011 di sini hari ini.

Pasukan Felda United kini beraksi dalam Liga Super dan tidak mempunyai stadium khusus sebagai gelanggang sendiri.

Najib, yang sentiasa mengikuti perkembangan Felda United dalam perlawanan-perlawanannya dalam liga tempatan, berharap pasukan itu akan mendapat sokongan padu daripada warga peneroka khususnya yang tinggal di sekitar wilayah Jengka dan Mempaga.

"Walaupun Felda United kena belasah dengan jaringan gol yang besar 6-2 kepada Terengganu malam tadi (dalam Liga Super), itu tidak menjadi masalah. Saya harap dengan adanya stadium sendiri ia mampu melonjakkan nama Felda United di masa depan," katanya.

Stadium berkenaan dijangka siap dibina dalam tempoh tiga tahun.

-- BERNAMA
dan paling  kita juga tidak lupa...Felda baru sahaja pinjam  RM6 bilion dari tabung KWSP...
"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata KWSP meluluskan pinjaman sebanyak RM6.5 bilion kepada FELDA dan daripada jumlah itu sebanyak RM3.5 bilion sudah dibelanjakan."

Bilangan Pelancong ke Kelantan meningkat 10.7% pada 2010



The Star melaporkan pada 14 Januari 2010, N37, bilangan kedatangan pelancong ke Kelantan meingkat 10.7% berbanding tahun 2009.

Speanjang pemerintahan PAS Kelantan dari 1990, fitnah yang biasa dilayangkan oleh UMNO adalah Kelantan negeri mundur dan bangkrap.

Nampaknya fitnah tersebut semakin hari semakin hilang kesannya. Masakan negeri yang mundur dan terkebalakang mampu menaikkan kadar kemasukan pelancong sehingga begitu banyak.

Laporan ini memetik kenyataan Pengarah Pelancongan Malaysia Kelantan, Zurina Abdul Samad yang mengesahkan kenaikan kadar pelancong ke Kelantan ini.

Laporan ini jelas satu tamparan hebat kepada UMNO dan Najib Tun Razak kerana ia membuktikan Kelantan mampu memberi sumbangan besar kepada kenaikan ekonomi negara dan industri pelancongan TANPA melanggar batas-batas syarak.

UMNO/Najib kena jawab, mengapa mahu membina hub hiburan semata-mata mahu menarik pelancong. Adakah Najib mahu menjadikan Malaysia seperti Thailand atau Macau yang terkenal dengan industri hiburan serta seks mereka?

Pasca Perang Dunia Kedua masih digunapakai PDRM

" Adakah PDRM tidak pernah membuat penyelidikan dan penilaian dalam melaksanakan tugas atau apa2 assigment ? Walaupun ketua polis negara silih berganti tapi malangnya ' modul kerja ' yang lama ( out of date ) terus diguna pakai. Apa yang orang kampung dan orang felda buat untuk mepertahankan imej negara ?

Inilah ciri2 pemerintahan kuku besi. Lihat  Sadam Hussin , Gaddafi , Ben Zainal Abedin . Mereka apa peduli dengan kritikan dan pemulauan masyarakt dunia.

Yang penting mereka mahu terus berkuasa kerana kekuasaan itu menjanjikan kekayaan dan kemewahan hidup.
Apa pun inilah petanda bahwa umno semakin menghampiri saat kejatuhannya.Ya , kekerasan itu dapat mengekalkan kekuasaan tetapi hanya buat seketika saja.

Pemuda Pas:Dimana UMNO dan Perkasa



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Kedah yang telah mengharamkan operasi pusat-pusat hiburan seperti - karaoke, pub, disko, dan persembahan terbuka di bulan Ramadhan.  Bagi DPPM, tindakan ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menegah sebarang perbuatan mungkar atau mengundang kemungkaran dilakukan terutama di bulan Ramadhan.

Dalam kenyataan Menteri Besar Kedah (gambar kanan), pusat rekreasi seperti snooker, billiard, cuber cafe, dan bowling dibenarkan termasuk persembahan budaya dan agama masyarakat bukan Islam.  Dalam hal ini, DPPM mempersoalkan mengapa MCA harus melenting dan menentang larangan ini.  Larangan ini sebenarnya bukanlah menyanggah hak asasi manusia khususnya masyarakat bukan Islam, tetapi adalah sebagai langkah mendidik masyarakat untuk mengelakkan diri mereka dari tercebur ke gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.  Pemimpin MCA harus melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat.  Apakah nilai positif yang ingin diambil dengan berleluasanya pusat-pusat hiburan, pub, disko dan kelab-kelab malam selain untuk menambahkan gejala sosial seperti perzinaan, pelacuran, dadah, gangster, pergaulan bebas sehingga membawa kepada kes pembuangan anak.  Gejala sosial tidak mengira warna kulit, bangsa atau keturunan.  Adakah MCA bangga dengan meningkatnya gejala sosial dan jenayah hasil dari pusat-pusat hiburan pada hari ini.

Selain itu, nilai hak asasi manusia ada batasnya.  Segala perkara yang baik dan menjurus kepada kebaikan bolehlah diteruskan.  Tetapi, perkara yang boleh memudaratkan atau membawa keburukan tidak boleh dibiarkan.  Hiburan dibenarkan tetapi ada batasnya.  DPPM menganggap semua agama dan bangsa tidak boleh menerima hiburan yang boleh membaa implikasi buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 

Sebagai ingatan, larangan ini hanya berkuatkuasa di bulan Ramadhan, iaitu bulan suci umat Islam.  Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan amal ibadat.  Seharusnya MCA menghormati bulan suci umat Islam ini.

Di dalam isu ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak PERKASA dan UMNO sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama dan bertindak menyelar PAS yang dikatakan bersekongkol dengan BERSIH 2.0 yang dipengerusikan oleh Ambiga yang dikatakan membela orang murtad sedangkan mereka lupa Ambiga bertindak atas undang-undang yang diluluskan oleh UMNO/BN sendiri.

Ini adalah akibat apabila UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka, MCA masih "terkapai-kapai" dalam hendak memahami Islam.  Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata.  Islam hanya dibibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama.  Ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

Akhirnya, DPPM menggesa UMNO agar menasihati MCA untuk menghormati amalan agama umat Islam.  Jangan hanya kerana memenuhi kehendak politik sempit UMNO tidak berani menegur rakan komponennya.  UMNO perlu jelaskan apakah nilai Islam sebenar serta larangan dalam Islam, jika benar UMNO memperjuangkan agama Islam di negara ini.

*Kenyataan media oleh Mohd Firdaus Jaafar (gambar kanan) selaku Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia. 

Sabtu, Jun 25, 2011

Kaligrafi bijak China kuno

Ada begitu banyak hikmat dalam Filsafat Cina. Beberapanya telah ada selama lebih dari seribu tahun. Selain mengajar kita pelajaran kehidupan, Filsafat Cina digunakan di Kaligrafi Cina.Masyarakat Tionghoa cinta untuk menampilkan gulungan Kaligrafi sebagai hiasan di dinding. Sayangnya, Kaligrafi Cina secara perlahan menjadi seni yang menghilang. Profesional kaligrafi menjadi sulit ditemukan. Jika Anda tahu kaligrafi profesional, pastikan Anda memintanya bantuan untuk menulis beberapa kata Kaligrafi. Harganya pun sangat mahal. Berikut adalah beberapa Filsafat Cina yang digunakan dalam Kaligrafi (Dalam huruf Cina tentu saja, bukan Romawi). 

Filsafat Bijak Cina kuno untuk Kaligrafi 

  1. Sebuah perjalanan seribu mil harus dimulai dengan satu langkah.
  2. Sebuah percakapan tunggal di meja dengan orang bijak bernilai studi satu bulan buku.
  3. Janganlah takut tumbuh perlahan tapi takut hanya berdiri diam.
  4. Lebih baik menyalakan lilin daripada mengeluh tentang kegelapan.
  5. Dia yang menanyakan pertanyaan yang bodoh selama satu menit tetapi ia yang tidak tetap bodoh selamanya.
  6. Jika saya menyimpan dahan hijau di hati saya, burung bernyanyi akan datang.
  7. Jika Anda sabar dalam satu saat marah, engkau akan luput seratus hari kesedihan.
  8. Perjalanan adalah imbalan.
  9. Ada banyak jalan ke puncak gunung, tetapi melihat selalu sama.
  10. Dengan waktu dan kesabaran, daun murbei menjadi satin. Dengan waktu dan kesabaran daun murbei menjadi gaun sutra.
  11. Di belakang setiap orang yang cakap, selalu ada orang hebat lainnya.
  12. Jika kekuatan Anda kecil, jangan membawa beban berat. Jika kata-kata Anda yang tidak berharga, tidak memberikan nasihat.
  13. Pria menjadi tua, mutiara tumbuh kuning, tidak ada obat untuk itu.
  14. Dia yang mengorbankan hati nuraninya untuk ambisi membakar gambar untuk mendapatkan abu.
  15. Dia yang tidak setuju dengan musuhnya dikendalikan oleh mereka.
  16. Anda tidak dapat mencegah burung kesedihan dari terbang di atas kepala Anda, tetapi Anda dapat mencegah mereka dari membangun sarang di rambut Anda.
  17. Seorang bijak membuat keputusan sendiri, orang bodoh mengikuti opini publik.
  18. Deep keraguan, kebijaksanaan mendalam. Kecil keraguan, kebijaksanaan sedikit.
  19. Untuk percaya di dalam mimpi seseorang adalah untuk menghabiskan seluruh kehidupan seseorang tertidur.
  20. Beri seseorang ikan dan anda memberinya makan untuk satu hari. Ajarkan seseorang untuk ikan dan anda memberinya makan untuk seumur hidup.
  21. Dalam sarang yang rusak ada beberapa telur utuh.
  22. Orangtua yang takut untuk meletakkan kaki mereka turun biasanya memiliki anak yang menginjak kaki mereka.
  23. Sebuah berlian dengan cacat adalah lebih baik daripada batu umum yang sempurna.
  24. Sebuah keberuntungan besar tergantung pada keberuntungan, satu kecil di ketekunan.
  25. Kebiasaan adalah jaring laba-laba pada awalnya, kabel pada akhirnya.
  26. duri Sebuah membela mawar, hanya merugikan orang-orang yang akan mencuri bunga tersebut.
  27. Surga telah jalan, tapi tidak ada perjalanan itu. Neraka memiliki gerbang tidak tetapi orang akan menggali ke sana.
  28. Carilah sesuatu sampai Anda menemukannya dan Anda tidak akan kehilangan tenaga kerja Anda.
  29. Dia yang lembut treads pergi jauh.
  30. Orang yang mengejar balas dendam harus menggali dua kuburan.
  31. Jika kita tidak mengubah arah kita, kita cenderung berakhir di mana kita tuju.
  32. Saya mendengar dan saya lupa. Saya melihat dan saya ingat. Saya lakukan dan saya mengerti.
  33. Jangan cemas harapan yang belum tiba, jangan sia-sia menyesali apa yang sudah lalu.
  34. Satu sukacita menebarkan seratus kesedihan.
  35. Belajar adalah harta yang akan mengikuti pemiliknya mana-mana.
  36. Manusia yang menunggu bebek panggang untuk terbang ke mulut harus menunggu waktu yang sangat, sangat lama.
  37. Obat hanya bisa menyembuhkan penyakit dapat disembuhkan, dan kemudian tidak selalu.
  38. Tinta pucat lebih baik daripada memori terbaik.
  39. Dengan teman-teman benar. . . bahkan minum air bersama-sama adalah cukup manis.
  40. Great jiwa memiliki kehendak, yang lemah hanya memiliki keinginan.

Bantah pencerobohan Ruang Udara Negeri Johor

Kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa terdapat 2,508 pencerobohan pesawat Tentera Udara Singapura sejak tahun 2008. Pihak Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah membuat cerapan terhadap pesawat negara jiran yang mencurigakan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan isu ini secara bertulis di Parlimen. Pada tahun 2008 terdapat 985 pencerobohan dikesan, 1,286 pencerobohan tahun 2009, 218 pencerobohan tahun 2010 dan sehingga Mei 2011 sudah 19 pencerobohan telah dikesan

Pada bulan Mac 2006 pesawat tanpa pemandu (UAV) dipercayai milik tentera udara Singapura telah menceroboh ruang udara Johor di Gelang Patah. UAV Singapura telah menggunakan teknologi pengintipan Israil dan teknologi ini juga telah digunakan untuk memantau pergerakan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Rakyat Malaysia khususnya Johor sangat curiga terhadap pengunaan UAV ini.

Sebelum ini Malaysia dan Singapura pernah mempunyai perjanjian penggunaan ruang udara bagi membenarkan jet pejuang tentera udara Singapura yang berpengkalan di Paya Lebar menggunakan ruang udara Johor Selatan. Malangnya terdapat jet pejuang Singapura telah melepasi ruang yang dibenarkan. Akhirnya perjanjian ini dibatalkan pada 18 September 1998. Perjanjian semula hampir dimetrai pada tahun 2004 tetapi mendapat bantahan rakyat Malaysia. Sehingga kini tiada sebarang perjanjian yang membenarkan ruang udara Johor digunakan oleh pihak Singapura.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sangat kesal terhadap pencerobohan ruang udara Negeri Johor dan beranggapan bahawa Singapura seolah-olah tidak menghormati Malaysia sebagai negara berdaulat. Sebagai negara berjiran dan rakyat kedua-dua negara sering berulang-alik maka pihak Kerajaan Singapura wajib menjelaskan kepada rakyat Malaysia apakah justifikasi pencerobohan ini berlaku. Kerajaan Malaysia juga harus bertegas dan memberi tempoh waktu tertentu untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Kerajaan Negeri Johor pula hendaklah lebih proaktif mendesak kerajaan Singapura meghentikan pencerobohan dengan segera. Sidang Dewan Undangan Negeri Johor yang sedang bersidang sekarang seharusnya diambil kesempatan untuk mengemukakan usul tergempar mengutuk pencerobohan ruang udara Johor dan mendesak dihentikan pencerobohan serta merta. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mewakili rakyat Negeri Johor mahukan rantau ini bebas daripada sebarang persengketaan. Kita mahu hidup aman, makmur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.


Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
 

Garis Masa Republik Rakyat China(2009)


Peristiwa

[ sunting ]Januari

  • 1 Januari - Tongyong pinyin tidak lagi akan rasmi di Republik China , disebabkan oleh Kementerian Pelajaran kelulusan daripada ROC itu Hanyu pinyin pada tahun 2008. [1] [2]
  • 2 Januari - The penandaan sempadan dengan penanda secara rasmi selesai antara China dan Vietnam , yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Luar Vu Dung Menteri di sebelah Vietnam dan rakan sejawatannya dari China itu, Wu Dawei, di sebelah China. [3]
  • 5 Jan - ketat penguatkuasaan internet penapis kata kunci di China diperkenalkan, yang membawa kepada protes besar-besaran dalam talian terhadap penapisan internet oleh Cinanetizens . [4] [5]
  • 7 Jan - Kementerian IT China isu-isu yang pertama 3G rangkaian TD-SCDMA untuk China Mobile .
  • 9 Januari - berjaga-jaga Seluruh Negara di seluruh China mengenai banyak besar-besaran, palsu renminbi 100 yuan nota [6] ; Nota palsu berkenaan dikatakan daripada apa yang dipanggil "high quality", dan tidak dapat dikesan menggunakan telanjang mata, tetapi kebanyakan nota palsu menanggung nombor siri bermula dengan "HD90 ..." [7]
  • 13 Jan - Pembebasan Rakyat Tentera Laut diiringi sebuah kapal saudagar Taiwan dan tiga kapal lain di Teluk Aden berhampiran Somalia . [8]
  • 15 Januari - China mengatasi Jerman untuk menjadi ekonomi ketiga terbesar [9] , berdasarkan disemak 2007 KDNK angka. Pegawai China diterbitkan angka yang disemak semula bagi tahun kewangan 2007 di mana pertumbuhan berlaku pada 13 peratus daripada 11.9 peratus (angka sementara). Keluaran Dalam Negara Kasar China domestik berjumlah AS $ 3400000000000 manakala Jerman KDNK berjumlah USD $ 3300000000000 bagi tahun 2007. Berdasarkan angka ini, pada tahun 2007 China mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak tahun 1994 apabila KDNK berkembang sebanyak 13.1 peratus. [10]
  • 15 Jan - Seorang pegawai kerajaan Taiwan dan pembantu ahli perundangan yang telah ditangkap di Taipei kerana didakwa bocor rahsia negara kepada China. Maklumat yang didakwa bocor termasuk maklumat mengenai proses yang diambil semasa peralihan kuasa di antara Chen Shui-bian dan Ma Ying-jeou . [11] [12]
  • 25 Jan - 2009 Xinjiang gempa bumi

[ sunting ]Februari

[ sunting ]Mac

[ sunting ]April

[ sunting ]Mei

[ sunting ]Jun

[ sunting ]Julai

Presiden Barack Obama alamat sesi pembukaan dialog pertama AS-China Strategik dan Ekonomi di Ronald Reagan dan Bangunan Perdagangan Antarabangsa Pusat di Washington, Isnin Julai 27, 2009.Mendengar di sebelah kiri adalah Cina Naib Perdana Wang Qishan , pusat, dan Cina Negeri Konselar Dai Bingguo , kiri.

[ sunting ]Ogos

[ sunting ]September

[ sunting ]Oktober

[ sunting ]November

Presiden Obama dan Hu mesyuarat pada 17 November.

[ sunting ]Disember

26 Disember: perkhidmatan kereta api paling komersil di dunia, yang Wuhan-Guangzhou High Speed ​​Keretapi , dibuka

[ sunting ]Sukan

[ sunting ]Kelahiran

  • 27 Mei - Lin Bing , panda gergasi perempuan
  • 5 Ogos - Yun Zi , panda gergasi lelaki

[ sunting ]Kematian