Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Jun 25, 2011

Bantah pencerobohan Ruang Udara Negeri Johor

Kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa terdapat 2,508 pencerobohan pesawat Tentera Udara Singapura sejak tahun 2008. Pihak Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah membuat cerapan terhadap pesawat negara jiran yang mencurigakan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan isu ini secara bertulis di Parlimen. Pada tahun 2008 terdapat 985 pencerobohan dikesan, 1,286 pencerobohan tahun 2009, 218 pencerobohan tahun 2010 dan sehingga Mei 2011 sudah 19 pencerobohan telah dikesan

Pada bulan Mac 2006 pesawat tanpa pemandu (UAV) dipercayai milik tentera udara Singapura telah menceroboh ruang udara Johor di Gelang Patah. UAV Singapura telah menggunakan teknologi pengintipan Israil dan teknologi ini juga telah digunakan untuk memantau pergerakan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Rakyat Malaysia khususnya Johor sangat curiga terhadap pengunaan UAV ini.

Sebelum ini Malaysia dan Singapura pernah mempunyai perjanjian penggunaan ruang udara bagi membenarkan jet pejuang tentera udara Singapura yang berpengkalan di Paya Lebar menggunakan ruang udara Johor Selatan. Malangnya terdapat jet pejuang Singapura telah melepasi ruang yang dibenarkan. Akhirnya perjanjian ini dibatalkan pada 18 September 1998. Perjanjian semula hampir dimetrai pada tahun 2004 tetapi mendapat bantahan rakyat Malaysia. Sehingga kini tiada sebarang perjanjian yang membenarkan ruang udara Johor digunakan oleh pihak Singapura.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sangat kesal terhadap pencerobohan ruang udara Negeri Johor dan beranggapan bahawa Singapura seolah-olah tidak menghormati Malaysia sebagai negara berdaulat. Sebagai negara berjiran dan rakyat kedua-dua negara sering berulang-alik maka pihak Kerajaan Singapura wajib menjelaskan kepada rakyat Malaysia apakah justifikasi pencerobohan ini berlaku. Kerajaan Malaysia juga harus bertegas dan memberi tempoh waktu tertentu untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Kerajaan Negeri Johor pula hendaklah lebih proaktif mendesak kerajaan Singapura meghentikan pencerobohan dengan segera. Sidang Dewan Undangan Negeri Johor yang sedang bersidang sekarang seharusnya diambil kesempatan untuk mengemukakan usul tergempar mengutuk pencerobohan ruang udara Johor dan mendesak dihentikan pencerobohan serta merta. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mewakili rakyat Negeri Johor mahukan rantau ini bebas daripada sebarang persengketaan. Kita mahu hidup aman, makmur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.


Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan