Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, September 04, 2010

Islam di China(2)

Islam di China(1)

Sejarah Kemerdekaan Digelapkan

Sekarang ramai orang sibuk bercakap mengenai Chin Peng dan juga komunis. Ini disebabkan oleh cadangan daripada salah seorang daripada pemimpin parti Gerakan yang mencadangkan supaya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. Kebanyakannya dilihat seperti tidak setuju. Orang-orang tua ditemuramah tentang kejahatan dan kekejaman komunis. Pemimpin politik ada (UMNO) membantah cadangan itu, takut sejarah hitam kembali semula.






Benarkah komunis (PKM) adalah pengganas? Sejarah tak boleh dipandang sebelah pihak saja. Sejarah patut dikaji daripada sumber yang berlainan. Dan apa yang saya ingin jelaskan dan juga tegaskan, sejarah mengenai kemerdekaan negara ini telah dihitamkan. Cukuplah saya ditipu semasa saya masih belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu. Di dalam kepala kami ditanamkan bahawa UMNOlah yang bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan negara ini.





Mengenai Chin Peng, tidaklah dinafikan bahawa matlamat asalnya adalah salah, iaitu mahu menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu. Dan mengenai tuduhan mengenai Bintang Tiga itu juga pengganas, itulah sejarah yang telah diubah oleh British dan juga UMNO. Di dalam Parti Komunis Malaya (PKM), juga terdapat tentera yang terdiri daripada anak-anak Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan, menghalau British laknatullah daripada negara ini, dengan mengangkat senjata, iaitulah Rejimen Ke-10, pimpinan Abdullah CD dan Rashid Maidin.





Asalnya, Rejimen Ke-10 merupakan bekas daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BTM), dan lain-lain parti politik yang diharamkan oleh British pada 1948. Mereka tidak mempunyai pilihan atau "platform" yang lain untuk memperjuangkan kemerdekaan, selain daripada bergabung dengan komunis, berjuang secara gerila, mengangkat senjata, dan memerdekakan tanah air kita dengan darah.





Apa punca parti berhaluan kiri diharamkan oleh British? Semuanya gara-gara UMNO! UMNO yang menghasut British supaya diharamkan parti yang berhaluan kiri, dan menahan pemimpin-pemimpin mereka. UMNO takut sokongan yang diperoleh terhadap mereka berkurangan, kerana mereka bukan memperjuangkan kemerdekaan. UMNO hanya menukar slogan daripada "Hidup Melayu" kepada "Merdeka" pada 1950. Sedangkan yang melaungkan slogan "Merdeka" terlebih dahulu adalah PKMM.





Mereka tiada jalan lain untuk menghalau penjajah selain daripada berpakat dengan komunis. Tentang komunis berbuat kejam semasa tempoh 2 minggu selepas Jepun menyerah kalah, ada 2 sebab, pertama, ia dilakukan oleh segelintir Bintang Tiga yang agak radikal, mungkin mereka berdendam terhadap orang-orang yang menjadi talibarut penjajah. Dan yang kedua, ia dilakukan oleh satu lagi puak komunis, iaitu Kuomintang (Bintang Satu).





Kuomintang merupakan parti nasionalis komunis yang berasal daripada negara China, kemudian pengaruhnya dikembangkan hingga ke Tanah Melayu. Kadang-kadang Kuomintang ini menyamar menjadi Bintang Tiga, bertujuan supaya Bintang Tiga dimusuhi. Ramainya yang mati di tangan komunis dulu, perlu kita ingat bahawa zaman itu merupakan zaman perang, jadi tak dapat dielakkan kadang-kadang orang yang tidak bersalah pun akan dibunuh, kerana sesiapa saja yang disyaki menjadi talibarut British, biasanya akan diminta menyerah diri, ataupun mati.





Ramai orang Melayu pada ketika itu lebih rela menjadi barua kepada penjajah yang kafir, termasuk polis. Itulah sebabnya mengapa Balai polis Bukit Kepong diserang, polis-polis tersebut diminta menyerah diri, tetapi mereka enggan, jadi Bintang Tiga termasuk Rejimen Ke-10 terpaksa menyerang, untuk mendapatkan bekalan senjata dan peluru. Semua ini semata-mata mahu membebaskan Tanah Melayu dengan sepenuhnya daripada pengaruh British laknatullah. Tidak ada negara di dalam dunia ini memperoleh kemerdekaan melalui rundingan, kecuali Malaysia. Itu bukannya merdeka, kerana Malaysia masih lagi mengekalkan undang-undang yang digubal oleh British! Tunku Abdul Rahman menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh British, termasuk menghapuskan PKM! Inilah kemerdekaan dicapai dengan cara pondan.





Rundingan Baling pada 1955 diantara Tunku Abdul Rahman dan PKM gagal kerana, Tunku meminta PKM menyerah diri dan ditahan, atau mati. Jadi, PKM tidak boleh menerima syarat itu, dan memilih untuk terus berjuang. Kenapa Tunku membuat syarat sebegitu? Kerana British laknatullah mendesak! UMNO juga adalah warisan daripada British. UMNO meneruskan tradisi British, menggelapkan sejarah, dan mendabik dada seolah-olah dialah pejuang kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman asalnya adalah Pegawai Daerah yang berkhidmat untuk British, ikut budaya British, kuat minum arak, Dato' Onn pula, adalah Bekas MB Johor yang menjadi pencacai dan anjing suruhan kepada British, begitu juga Tun Abdul Razak, juga adalah D.O yang berkhidmat di bawah British, jadi dapat disimpulkan mengapa hanya UMNO saja tidak diharamkan pada 1948!!





Tugu melawan British tak dibuat, sebaliknya hanya membina tugu melawan komunis (tugu negara). Kesiannya pejuang dahulu yang dituduh pengkhianat kepada negara, hanya semata-mata bekerjasama dengan komunis, seperti Allahyarham Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Kamarulzaman Teh, Ibrahim Chik, Abdullah Che Dat (CD), Mat Amin, Mat Indera, Rashid Maidin, dan lain-lain. Ada anak-anak Melayu dan orang-orang Melayu mengenang mereka ini?!





Ada diantara mereka kecundang di tangan British kerana dikhianati oleh orang Melayu sendiri. Tak hairanlah kenapa orang Melayu ada yang dibunuh oleh komunis. Mat Indera contohnya, beliau adalah seorang pahlawan tulin, tinggi ilmu agamanya, tetapi dikhianati oleh orang sekampungnya yang merupakan pegawai Home Guard, iaitu Haji Misbah (laknatullah), dengan melatakkan serbuk pelali di dalam kopi yang diminum oleh Mat Indera, akhirnya, nyawa Mat Indera melayang di tali gantung.





Orang Melayu dulu banyak yang bodoh, lebih suka bekerjasama dengan penjajah, tetapi menentang bangsa sendiri yang memperjuangkan kemerdekaan. UMNO perjuangkan kemerdekaan? Perjuangkan kemerdekaan atau sekadar barua British? Nasib baiklah saya ni jenis yang suka membaca buku-buku yang berlainan, kalau tidak sampai ke mati saya ditipu oleh UMNO yang jahat ini, yang menggelapkan sejarah. Nauzubillah, jahatnya UMNO ini.... Pejuang yang sebenar pula terpaksa menetap di negara lain, kerana tidak dibenarkan pulang di tanah air sendiri..

Kisah Aurangzeb-Wali Maharaja Mongol Yang dihitamkan sejarahnya

Kali ini ditulis tentang Aurangzeb. Namanya yang sengaja di hitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam . Sejak kecil lagi aku mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar disekolah-sekolah rendah. Kata mereka ia adalah tokoh yang dikejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Malah diwaktu itu aku menjadi seorang ribuan orang yang menyanjungi Akhbar, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mogul di India.




Akhbar tidak patut disanjung seperti yang dicatitkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat timbang rasa, lembut dan pemaafnya tidak kena pada tempat. Malah ia adalahpenguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan mengadakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir didalam negaranya. Dan kemungkaran terbesar yang dibuat Akbar ialah mencipta agama Din ilahi, iaitu agama paduan antara Hindu, Budha, Kristian dan Islam. Ia juga terlalu memberi muka kepada-kepada penentang islam dengan menarik semula pembayaran ijazah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.



Sebaliknya, AurangZeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Ia juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Ia juga mujahid yang tidak teragak-agak mengangkat senjata bila keadaan memerlukan. Sembahyang dan puasanya banyak. Ia mengharamkan kembali peminuman arak, nyayian-nyayian, tarian-tarian, gundek-gundek yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mogul. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah dibuktikan dengan beberapa peristiwa.



Satu ketika, peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mogul dengan satu kaum Hindu di dalam negara India. Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh telah menggunakan sihir. Senjata yang mereka gunak tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah bertukar kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh. Ternyata tentera Islam tidak dapat mengatasi sihir yang dilakukan oleh tentera musuh. Berita ini telah diberitahu kepada Auragzeb. Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, ini akan memusnahkan kerajaan Mogul yang Islam dan ini sudah tentu akan membahayakan semua penganut Islam di India. Tetapi bagaimana caranya. Bagaimana dan apakah yang harus dibuat untuk menghadapi tentera musuh yang menggunakan kekuatan sihir ini?



Aurangzeb adalah yang sangat soleh. Ia adalah seseorang sufi yang yakin dengan bantuan Allah dalam menghadapi apa juga keadaan. Dikumpulnya semua tentera Islam dan tiap-tiap senjata yang hendak dibawa bertempur digantungnya sehelai kain yang bertulis. Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tiada siapa yang dibenarnya membuka kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendindingnya. Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah. Mereka pun berjaya. Bila tamat perang, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada pada senjat, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan yang ada pada kain itu hanya perkataa: Bismillah!



Satu tindakan yang berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik. Segala bentuk hiburan selain daripada zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras. Tentunya menimbulkan kejutan yang amat sangat dikalangan pemuzik-pemuzik negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati pemerintah-pemerintah sebelumnya. Namun bagi Aurangzeb yang tegas berpegang pada syariat, segala bentuk yang haram tetap haram walau disukai ramai. Malah pada muzik membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta masyuk yang diharamkan oleh Islam. Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW:



“Tidak ada ketaatan kepada makhluk (manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik (Allah).”



Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dikalangan pemuzik-pemuzik dam mereka yang bersimpati dengannya. Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu. Untuk bangun menetang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menengakkan hokum Allah. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan demontrasi besar-besaran. Untuk itu mereka telah membuat sesuatu keranda yang besar untuk dibawakan dalam perarakan. Dalam keranda itu mereka isikan segala alat-alat muzik milik mereka. Tentu keranda itu sangat besar memamndangkan alat-alat muzik kepunyaan pemuzik-pemuzik didalam negara India ketika itu sungguh banyPada hari yang ditetapkan, beraraklah mereka beramai-ramai. Sambil berarak meraka menangis tersedu-sedu. Tangisan ini bergema diseluruh negara menghasilkan satu suasana yang sangat pilu dan dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya tangisan itu adalah untuk mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik-pemuzik. Keranda besar itu turut di usung beramai-ramai sehinggalah perarakan itu melalui hadapan rumah Aurangzeb. Mendengar suara tangisan yang mendayu-dayu itu, Aurangzeb pun bertanya, “apakah yang sedang berlaku?”



Orang pun memberi penjelasan bahawa itulah perarakan ahli-ahli muzik. Aurangzeb pun berkata, “kata kan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah mereka kebumikan kerana aku dan rakyatku tidak tahan lagi bau bangkainya!”



Jawapan ini sangat tepat dan tegas. Ahli-ahli muzik yang mengharap simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, raja yang soleh itu pua kerana telah menyelamatkan rakyatnya dari dosa dan balasan neraka di akhirat nanti. Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya dipadang Mahyar nanti terhadap apa yang dilakukan pada rakyat-rakyatnya. Biarlah pahit kerana pahit itu selalunya ubat.



Dalam hidupnya ia selalu menangis, iaitu apabila mendengar nasihat dari alim-ulama. Ia sangat serius bila mendengar tarbiah daripada ulama-ulama tasuf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat. Walaupun istana kerajaan Mogul indah dan mewah, Aurangzeb hanya ada disitu bila menjalankan tugas-tugas rasmi. Rumahnya yang sebenar ialah rumah kecil yang sederhana.



Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun. Iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. dalam menegakkan satu kerajaan yang kukuh ia tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hokum-hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya. Baginya pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan saudaranya ialah ialah siapa sahaja yang kuat berpegang pada hokum Allah. Dalam masa pemerintahannya juga, ia terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah terdahulu. Dengan tegasnya ia menukar nama kota Benares kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai khutbah putih dengan menaranya menjulang tinggi kelangit. Berkah melimpah-limpah semasa pemerintahannya bila hasil pendapatan negara meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintahan Akbar.



Inilah antara usaha kecilku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman. Kita telah dirancuni oleh sejarah tulisan para orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah jehan. Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mengecualikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Sedangkan pada kita Aurangzeb yang dituduh kejam itulah sebenarnya mujahid yang bertaqwa. Memanglah dia keras tetapi Islam adakalanya memerlukan orang-orang keras untuk ditegakkan. Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Syaidina Umar Al Farouk yang terkenal tegas itu. Dan mereka berdua inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati kehendak Allah melalui firman-Nya:



“Muhammad Rasulullah dan orang-orang besertanya, sangat keras dengan orang-orang kafir dan amat berkasih-sayang sesama mereka(umat Islam).”



Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh Aurangzeb dengan kata-katanya, “kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta pada agama semata-mata!”

Konflik Xinjiang Uyghur dan Republik Rakyat China



Sejarah mencatat tarikh Xinjiang untuk milenium SM 2. Banyak kerajaan dikawal beberapa daerah ini, termasukXiongnuHanGöktürksTangTurki Uighur, dan Mongol. wilayah tersebut ditawan oleh Dinasti Qing pada 1759, yang bernama daerah Xinjiang, yang bermaksud "sempadan baru"). Xinjiang kini menjadi sebahagian daripada Republik Rakyat China, yang telah jadi sejak tahun ditubuhkan pada tahun 1949.







































Sejarah











Kisah Pergolakan
Memiliki ciri fizikal masyarakat Afghanistan, etnik Uighur di Xinjiang, China, sering berdepan dengan konflik antara agama di wilayah yang digelar laluan emas itu. Rusuhan terbaru yang mengorbankan 156 adalah buktinya.

IA bermula dengan satu demonstrasi aman tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri. Segala-galanya tercetus selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu. 
Video-video yang disiarkan di Internet menunjukkan seorang wanita etnik Uighur beragama Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Cina Han. Berikutan itu, negara kuasa besar Asia, China sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa.

Di sekitar jalan di Urumqi yang terletak kira-kira 3,219 kilometer dari barat Beijing, kenderaan-kenderaan dibakar dan dimusnahkan. 
Kota yang terletak di wilayah Xinjiang dengan populasi seramai dua juta orang itu sekali lagi menyaksikan tragedi pertumpahan darah ekoran ketegangan antara etnik. 

Sebelum ini, Urumqi sering menjadi contoh keharmonian antara etnik oleh masyarakat China. Malangnya, insiden keganasan pada Ahad lalu secara tidak langsung menoktahkan keamanan yang dikecapi selama ini.

Lontaran batu berterbangan memecahkan tingkap-tingkap bangunan manakala mayat-mayat bergelimpangan di jalan raya, sekali gus mengingatkan warga China terhadap peristiwa hitam di Dataran Tiananmen pada tahun 1989 yang mengakibat banyak kematian selepas pihak berkuasa menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.

"Lindungi Xinjiang!," jerit ribuan pegawai pencegah rusuhan dan polis bersenjata sewaktu mereka dikerah ke tempat kejadian untuk menenangkan keadaan.
Setakat ini, seramai 156 orang telah terkorban. Rata-ratanya terdiri daripada etnik Cina Han manakala lebih 828 yang lain cedera. Siasatan awal mengesahkan sebanyak 261 buah kenderaan telah dibakar melibatkan 190 buah bas, 10 buah teksi dan dua kereta peronda polis. 

Turut musnah ialah 203 buah kedai dan 14 buah kediaman. Lebih daripada 1,400 orang suspek juga telah ditahan oleh pihak polis.
Angka kematian ini sekali gus melakar sejarah keganasan etnik terburuk di China sejak berakhirnya Revolusi Budaya 1966-1976.
Keganasan ini sebenarnya mungkin boleh dielakkan jika pihak berkuasa tidak bertindak keras terhadap peserta-peserta protes.
"Kemarahan ini sudah lama terpendam. Pada awalnya, ia hanya satu perhimpunan aman. Ribuan orang menjerit: 'Hentikan diskriminasi etnik! Kami perlukan penjelasan!' Ramai yang sudah letih menderita dalam senyap," kata Dilxat Raxit, jurucakap untuk Kongres Uighur Sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Kongres yang diadakan di Sweden ini dihadiri oleh golongan pejuang hak etnik Uighur yang dibuang negara.
Di sebalik protes tersebut, ada pihak beranggapan rusuhan itu berlaku atas sebab lain. Antaranya, termasuk faktor perbezaan status ekonomi, budaya dan agama yang timbul sejak berdekad lalu.

Tahun ini merupakan tahun ke-60 kemasukan pasukan tentera China ke wilayah Xinjiang. Tindakan yang disifatkan oleh kerajaan Beijing sebagai 'kebebasan secara aman' ini telah menyuntik kemajuan dan pembangunan ekonomi kepada wilayah serba daif ini. Bagi China, wilayah Xinjiang merupakan laluan emas ke Asia Tengah.
Namun, majoriti penduduk berbangsa Uighur yang berjumlah lapan juta orang itu berpendapat ia bukan satu perkembangan positif. Mereka mendakwa dipinggirkan secara sistematik berikutan 'penghijrahan' orang Cina Han yang dilihat telah mengeksploitasi sumber-sumber gas asli, pertanian dan minyak di Xinjiang.
Xinjiang yang diambil alih oleh Empayar China pada abad ke-19 ini memiliki populasi berjumlah 19 juta orang. Sekitar tahun 1949, hanya enam peratus daripada keseluruhan penduduk Xinjiang adalah masyarakat Cina Han. 
Hari ini, bilangan kelompok masyarakat ini telah meningkat kepada 41 peratus. Sebanyak 45 peratus pula terdiri daripada etnik Uighur. Memiliki ciri-ciri fizikal orang Afghanistan, sebilangan besar warga Uighur yang berasal dari puak Turkic ini juga beragama Islam.
Kumpulan tentera Uighur yang telah dibuang negara, mendesak agar sebuah wilayah bebas, Turkestan Timur ditubuhkan.
Lantas, tidak hairanlah apabila kerajaan China terus menuduh golongan 'terbuang' ini sebagai dalang di sebalik serangan pengganas bersiri terhadap orang-orang awam Cina sejak tahun 1990-an.

Dalam serangan pengganas pada 11 September 2001, AS bukan satu-satunya yang menerima impak besar. Malah, China juga menerima penangannya.
Menyifatkan diri mangsa keganasan antarabangsa, China mengklasifikasikan pergerakan puak pemisah Uighur sebagai kumpulan al-Qaeda versi China.
China mendakwa kumpulan militan Uighur seperti Parti Islam Turkestan dan Pergerakan Islam Turkestan Timur telah menerima latihan ketenteraan daripada kumpulan Taliban di Pakistan. Kedua-dua kumpulan militan ini telah disenarai hitam sebagai pengganas oleh Washington.
Bimbang akan keganasan yang bakal berlaku sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing pada tahun lalu, pihak berkuasa China telah bertindak menyerbu kem latihan kendalian Pergerakan Islam Turkistan.

Sejak Xinjiang diambil alih oleh Parti Komunis pada tahun 1949, Presiden Mao Zedong pada ketika itu berhasrat untuk mengasingkan umat Islam berdasarkan latar belakang etnik dan bukan identiti sebagai Islam. Sepanjang Revolusi Budaya, identiti umat Islam terus terdedah kepada serangan bertalu-talu daripada kerajaan China.
Pada tahun 1966, poster-poster yang ditampal di sekitar Peking (kini Beijing) secara terbuka mendesak ajaran agama Islam dihapuskan. Umat Islam juga diharamkan mempelajari bahasa penulisan Arab.
Perubahan ini cukup kritikal kerana ia menambahkan jurang umat Islam daripada bahasa Arab yang juga bahasa al-Quran dan aspirasi Islam.
Ketika polisi Mao diperkenalkan, bilangan populasi umat Islam di negara komunis itu telah berkurangan sehingga 10 juta orang. Berdasarkan statistik populasi yang dikeluarkan pada tahun 1936, bilangan umat Islam di China dianggarkan berjumlah 48,104,240 orang.
Penghapusan sekitar 38 juta orang umat Islam yang begitu drastik tidak pernah dijelaskan oleh kerajaan Kuomingtang pada ketika itu. Walaupun begitu, rayuan sejumlah sami Tibet atau pejuang-pejuang demokrasi di Dataran Tiannamen telah mengurangkan penghapusan umat Islam China secara beramai-ramai.

China berkali-kali menabur janji manis dari aspek kebebasan kepada warga Uighur. Namun, ia hadir dengan syarat tertentu. 
Imam-imam diwajibkan memperoleh lesen daripada kerajaan negeri. Penjawat awam termasuk guru pula diharam keras daripada bersembahyang di masjid ketika cuti sakit. Lebih teruk lagi, tiada sesiapa yang berusia 18 tahun ke bawah dibenar mempelajari sebarang ajaran agama Islam.

Konflik penduduk Patani dan Kerajaan Thai


Kronologi Peristiwa Penting :

28 April 2004- Kampung Krisek ( Kre Se ), Pattani, sekitar 106 orang remaja dan pemuda Muslim menjadi sasaran bedilan peluru. Mereka dituduh melakukan serangan ke atas pos-pos keamanan pihak keselamatan Thai menggunakan senjata tajam

24 Oktober 2004 (bulan Ramadhan)- Tragedi Tak Bai, 85 orang terbunuh akibat sesak nafas kerana ditindan beramai-ramai di dalam trak askar.

2008 – Shukri, iaitu seorang penjaga masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat dibunuh.

30 Januari 2009- Imam Awang Karim ditembak ketika menaiki tangga masjid untuk melaungkan azan solat jumaat. Arwah pernah ditangkap dan dipenjarakan diatas tuduhan-tuduhan palsu tetapi dibebaskan setelah berjaya dibuktikan tidak bersalah.

1 Jun 2009- 11 orang jemaah yang sedang solat Isyak di Masjid Al-Furqan, Narathiwat dibunuh secara kejam.

2009 – Ismail b. Che Lah (62 tahun), imam yang telah ditembak di hadapan kedainya.

24 Disember 2009- Manaf @ Mat Romin (44 tahun) dibunuh semasa dalam perjalanan ke masjid Hidayatul Muslimin, Narathiwat untuk mengimami solat Jumaat. Arwah meninggalkan seorang janda, Ayusah bt Lokman (38 tahun) dan 5 orang anak.

29 Disember 2009- Talib,48 tahun dari Kampung Slow, Mkm Resak, Narathiwat ditembak selepas solat isyak di hadapan rumahnya. Arwah meninggalkan seorang janda dan tiga orang anak yang masih bersekolah.

10 Februari 2010- Fauzee Y'Tok,39 tahun dari daerah Thanto,Yala diserang secara mengejut ketika sedang memandu keretanya. Dia ditembak di leher menyebabkan kenderaannya kemalangan.

24 Januari 2010- Haji Kosim b. Haji Mat Sum, imam yang juga guru qiraat ditembak di hadapan rumahnya di Kampung Latoh, daerah Kolam, Wilayah Pattani semasa hendak menghadiri kenduri arwah seorang bilal yang ditembak 2 hari sebelumnya. Arwah meninggalkan seorang janda yang sarat mengandung dan 5 orang anak kecil.

15 Februari 2010- Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun) dari Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat. ditembak ketika sedang menorah getah. Pada petang hari yang sama juga Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) telah di tembak semasa mengumpulkan getah beku. Sebelum ini suami Bardatee Laboor telah dibunuh menyebabkan dua orang anaknya yang berumur 3 tahun dan 14 bulan menjadi yatim piatu.

5 April 2010- 6 orang pelajar dan seorang tukang masak Resroran Warisan ditangkap atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengeboman semenjak tahun 2004 sehingga kini. Tuduhan tersebut masih belum ada sebarang apa-apa bukti.

19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung di Kg Slow, Narathiwat selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun).Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).

30 Mei 2010 - Sulaiman Naesa (25 tahun) telah mati ketika dalam tahanan di Kem Ingkhayutabarihan M.Bothong D.Nongcik W.Pattani. Arwah didakwa telah membunuh diri namun bukti-bukti jelas menunjukkan yang arwah telah diseksa sehingga mati.

6 Jun 2010 - Daramae Da’kek (51 tahun) telah ditembak di bahagian leher ketika menaiki motosikal sewaktu pulang dari menziarahi anaknya di Maahad Tarbiyatulwatan Melayu Bangkok, Daerah Meang Jala. Arwah merupakan seorang guru di Ma’had Al Falah Al Islami, juga bekas guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala. Arwah meninggal dunia sewaktu menjalani pembedahan akibat pendarahan serius. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 7 orang anak.

mengapa mereka berjuang?

# Pertama, Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar disekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya, Menara menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk. Selatan Thailand terdiri dari 5 buah negeri yang besar iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla dan Setun. Majoriti penduduk di wilayah ini adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam. Secara etnik atau budaya, warga dikelima-lima buah negeri ini lebih dekat kepada Melayu daripada Siam ( Thailand ). Oleh sebab itu mereka lebih selesa berbahasa melayu.

# Kedua, Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan diajar disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani. Bagi pemerintah, Pattani bukan negeri Melayu, tetapi sebahagian daripada Thailand.

# Ketiga, Umat Islam dipaksa berbicara bahasa Siam. mereka tidak dibenarkan menggunakan bahasa Melayu.

# Keempat, nama mereka terpaksa ditukar menjadi nama Siam jika ingin bekerja di pejabat-pejabat kerajaan termasuk di Selatan Thailand sendiri. Nama seperti Ahmad, Yusuf, Abdul Kadir dan yang berunsur Islam dilarang jika ingin bekerja dengan kerajaan.

Kelima yakni yang terakhir, Siam bukan sahaja menjajah, tetapi mereka juga berusaha mem'Buddha'kan orang-orang Melayu di Pattani. Di sinilah letaknya titik temu perjuangan masyarakat Pattani dengan umat Islam seluruh dunia

Jumaat, September 03, 2010

Debat Kewujudan Allah

Nukilan di sini dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.




Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.



Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.



Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.



“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.



Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.



Membantu guru



Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.



“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.



“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku…Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.



“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.



Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)



Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.



“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.



“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.



“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.



“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.



“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.



“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…,” Abu Hanifah berhujah.



“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!,” sahut Dahri.



“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.



Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”



Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”



Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnya atau di bawahkah…?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.



“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!”



“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” soal Dahri lagi.



“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.



“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya….?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.



Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.



Tidak terfikir



Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya…” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”



“Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”



Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.



“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.



“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.



“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:



“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”



Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.



Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.



Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.

Air Mata Keinsafan

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna....
Aku sangat mengagumi pejuangan beliau....
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub....
Tapi ya Allah....aku malu ya Allah untuk menyatakkan....
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan al-Banna?Nama Syed Qutub?
Masih tersisakah pejuangan sepertinya untuk diri ini....
Malunya aku ya Allah dengan pemintaan ini....
Aku tidak layak memikir tentangnya....
Wanita yang bagaimanakah yang Kau pilih untuk mereka....?
Wanita yang bagaimanakah yang Kau pilih untuk melahirkan mereka....?
Sepertinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau....
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidup semata-mata untuk Allah
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita
Aku  ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan al-Banna
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah....
Sungguh hina diri ini....Sungguh kotor diri ini....
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka....
Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
Namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah
dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi....
Ya Allah....Pimpinlah daku....janganlah kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dalam lumpur dosa-dosa hina....
Ampunilah aku ya Allah....
Astaghfirullahalazim....
Astaghfirullahalazim....

Astaghfirullahalazim....

Jumaat, Ogos 27, 2010

Sejarah Nagara Kedah

Di Malaysia hari ini, masyarakat Siam dianggap sebagai berasal dari Thailand. Mereka juga dilihat sebagai beragama Buddha dan mengamalkan budaya dan cara hidup orang orang Melayu tempatan. Dari aspek sejarah pula, orang-orang siam ini dianggap sebagai penjajah yang pernah menakluki negeri-negeri melayu disatu ketika dahulu. Asal-usul mereka dikatakan bermula dari Luang Phrabang dari puak Sukuthai. Maklumat-makumat ini mempunyai asas akan tetapi ia menceritakan tentang orang-orang thai, bukan orang-orang siam.




Pada hari ini orang Siam banyak terdapat di Kedah, Perlis dan Kelantan. Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Siam selain berbahasa Melayu, sepertimana di Selangor dimana orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Jawa. Telah menjadi lumrah dan kebiasaan di Kedah untuk orang-orang kampungnya bertutur dalam bahasa Siam sewaktu keramaian seperti kenduri, qurban dsbya. Bertutur dalam bahasa Siam tidak membuat mereka kurang kemelayuannya, seperti juga orang Jawa di Selangor.



Terdapat tiga perkara yang ingin saya kemukakan kepada pembaca sekalian iaitu,

Tahukah anda,

- bahasa siam tidak sama dengan bahasa thai?

- bahawa nama-nama tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam?

- raja-raja kita mengamalkan adat siam?



Pengkajian saya mendapati bahawa orang siam ini lebih kepada rumpun Melayu walaupun selama ini mereka di letakkan dibawah rumpun Mon khmer, sama dengan orang-orang Thai, orang Kambodia, orang Burma, orang Laos dsbnya. Agak menghairankan pula apabila orang Melayu Islam di Kambodia dikenali sebagai orang Melayu Champa, sedangkan mereka ini adalah juga dari keturunan Siam islam. Orang Melayu tidak boleh dikategorikan sebagai berada di Malaysia sahaja kerana pada zaman dahulu, Malaysia tidak ujud begitu juga sempadan yang ada sekarang dan bangsa melayu dari pelbagai keturunan bebas bergerak melalu perdagangan kerana melayu adalah ‘sea fairing nations’.



Seterusnya, banyak maklumat mengenai Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri adalah diperintah oleh raja-raja Siam Islam, yang merupakan rumpun Melayu. Sekiranya kita menolak orang-orang Siam dari rumpun Melayu, bermakna kita menolak zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga. Selain itu adat orang Siam dalam kehidupan seharian masih lagi digunakan masyarakat melayu Malaysia hari ini seperti membasuh kaki sebelum tidor, hantar sirih pinang sewaktu meminang, pakaian kuning untuk raja-raja adalah juga merupakan adat siam.



Pemerintahan raja berpelembagaan seperti diamalkan di Malaysia dimana raja-raja negeri bergilir menjadi Yang Di Pertuan Agong, bukan lah perkara baru. Ia telah diamalkan di Kerajaan Benua Islam Siam, Dinasti Ayuthia semenjak tahun 1350 lagi. Oleh itu dari 33 orang raja yang memerintah Ayuthia, hanya 3 sahaja makam raja yang terdapat di Ayuthia, Thailand hari ini. Mana perginya makam 30 orang raja-raja yang memerintah Ayuthia dahulu? Jawapannya mudah sahaja, makam mereka berada di nusantara kerana mereka memerintah Ayuthia dari kawasan masing-masing seperti Melaka, Pattani, Acheh, dll.



Negara Thailand hari ini asalnya adalah negara siam islam. Mereka adalah puak kafir tantera sukuthai yang menawan Ayuthia siam islam dalam tahun 1767. Mereka kemudian memperkenalkan “Dasar Rathinayok” untuk meng thai kan bangsa siam islam.Pada masa inilah, ramai orang-orang Melayu Siam di Kedah, Patani, Kelantan menderita dan di bunuh atas alasan menentang dasar itu, kerana waktu itu kita belum lagi merdeka dan menantu Chulalongkorn, Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan di Kedah turut menguatkuasakan arahan ini.



Penulisan Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud dalam Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 membuktikan segalanya,



“Pibul telah mengubal Dasar Siam Rathaniyom atau dasar adat resam Siam(bermaksud thai disini). Di bawah dasar ini, kesemua penduduk di negara itu tanpa mengira kaum dan agama dikehendaki memakai pakaian potongan Eropah, bertopi, makan dengan sudu dan menggunakan meja sebagai tempat makan. Bagi memastikan dasar itu berjaya, Pibul Songgram terlebih dahulu telah bertindak menghapuskan penentang-penentangnya yang dianggap boleh menggagalkan rancangannya. Operasi menangkap musuh-musuh politiknya telah dijalankan pada awal Januari 1940 atas alasan untuk membersihkan anasir-anasir yang terlibat dalam komplot untuk menggulingnya. Antara mereka yang ditahan termasuklah Putera Chainat, bapa saudara Raja Ananda Mahidol, Kolonel Phraya Song dan Leftenan-Jeneral Phraya Thephusdin. Pibul memulakan rancangannya dengan mengumumkan tujuh dikri atau arahan bersifat perundangan dalam tahun 1939. Ketujuh-tujuh dikri itu adalah mengenai cara untuk menanamkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat negara itu. Sejajar dengan semangat itu nama negara itu telah ditukar daripada “Siam” kepada Thailand “.



Seperkara yang tidak disebut diatas ialah mengenai penggunaan bahasa. Bahasa Siam tidak lagi boleh dituturkan. Hanya bahasa thai saja boleh digunakan di Thailand, diajar di sekolah-sekolah dan pada hari ini bahasa siam tidak lagi digunakan, malah pupus di Patani pun. Ini tidak berlaku di negeri Kedah, Kelantan dan Perlis.



Dibawah ini saya bentangkan beberapa contoh perkataan untuk makluman pembaca semua:-



MELAYU -SIAM -THAI



Kasut -kasut -keak

Masalah -susah -lam bak

Air kopi – nam kopi -nam cha

Jambam – jaman -suam

Datuk – tok wan -na

Pelita – peta -telat

Salah – salah -jot

Kereta – kayta -rot



Seterusnya pula kita lihat makna-makna yang lain yang berkaitan,



NAMA- MAKSUD (bukan makna)

Merong Maha Wangsa-Naga Pembesar bangsaHarimau

Jit ra- henti rehat

Pen dang- senapang bunyi

Sik- empat

Na mi – muka beruang

Chang loon-gajah jatuh (gajah duduk)

Gu run – gerun, ngeri

Ta jar-Pengkalan gergasi

Kok bah-pulau gila

Kok diang – pulau merah

Che nang – nama puteri

A rau – kami

Per lis-bedak

Kang gar – betis patah

To biar – heboh maklumkan

Kam par- langkah hutan

Be ruas – puak kaya

Leng gong- turun duit

Gang ga -persisiran perniagaan

Kang sar – tepi harimau/tentera/laksamana

Ban ting -Kampung Cik

Jug ra – pindah/berangkat

Lukut – lombong bijih

Te reh (di Muar, Johor) – Istana Lama(Istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir)

Se rem ban – beli rumah kampong

Se lan gor – teduhan tumbuhan/pokok hutan

Mu ar – topi/mahkota raja siam

Si ga pu ra – empat laksemana taring bertempat, empat laksemana yg garang

ini ialah,

1-Sultan Nai Hisbu Muadzam Syah, Song Tham Ayuthia.

2-Putra Santubong, Sultan Hassan, Raja Borneo.

3-Putra Rhiau, Sultan Pagoh,Shaari Riayat Syah Johor.

4-Putra penggiran, Sultan mustapha Kecil Bongsu, Sultan Berunai



Hang Tu ah – Laksemana berani (jadi) ketua

Hang Je bat – Laksemana rajin puasa

Hang Le Kir – Laksemana jadi terkenal/masyhur

Hang Le Kiau – Laksemana yang bertaring/garang

Hang Kas tu ri – Laksemana jaga ehwal perkapalan

Nu san ta ra – tunas pendek tunggu merebak((syiar islam)

Sa kai – rasa miang

Ma la ka – mari lah niaga

Ma la yu – mari lah duduk

Ma ni la – mari lah sini

Ke dah – surat kuasa

Mi nang ka bau – kaya(anak)perempuan ringan kerja

Rem bau – rumah pekerja

U lu lan gat – masyhur ikat tambatan kapal/perahu

A yu thia – tempat semayam raja

Raja Man da li ka – raja kami baik terkenal niaga

Se ri Lang ka – Laksemana itu, cucu beta.

(Titah Sultan Zahiruddin Babur Syah kepada rakyatnya, perihal cucunya Sultan Mahmud Syah yang pernah bersemayam di Pulau Sri Langka).

Fi li fi na – Abang Ali, Abang Beta.

(Berkata Tuanku Nai Long Ismail,Raja Filipina berkenaan abang nya Tuanku Nai Long Ena yang menjadi Raja Riau Lingga bergelar Paduka Seri Sultan Ali. Mereka berdua adalah anakanda Sultan Mad Zaffar Syah III, yang menjadi Raja Kuala Kangsar).



Dari mana pula kita hendak memastikan bahawa raja-raja kita mengamalkan adat siam sedangkan selama ini pembaca termasuk saya sebelum pada ini tidak mengetahui perkara ini. Untuk itu kita perlu melihat sebuah manuskrip lama yang di bukukan bertajuk Undang-Undang Kedah, terjemahan Maryam Salim, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. Ia merupakan sebuah teks penulisan jawi perlembagaan Nagara Kedah dahulu (bukan negeri Kedah yang kecil seperti hari ni). Manuskrip ini baru dipulangkan oleh Inggeris sekitar tahun 2003/2004 setelah dirampas di Kota Beruas sewaktu mereka menyerang dan membakar istana raja siam islam disana. Inilah sikap penjajah yang cuba menutup kebesaran dan kemaraan agama islam di nusantara ketika itu. Manuskrip ini ditulis berperingkat-peringkat dan pada penghujung manuskrip di tulis seperti berikut,



“Tamat al kalam bilkhair wassalam, hijratun nabi sallah alaihi wasalam,dua ratus dua puluh tahun, pada bulan Rabiulawal, pada hari Selasa, zaman Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir duduk diatas takhta kerajaan di negeri Acheh Darussalam yang mashyur dibawah angin…….”



Sekiranya manuskrip ini telah mula ditulis sejak tahun 220 hijrah (800 M) lagi, ini bermakna Acheh ketika itu sudah mempunyai raja yang beragama islam bernama Sayyidina Ali. Ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, bersemayam di Bukit Tereh, Muar Johor. Sultan Sayyidina Jamalul Alam ini pula ialah anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa yang berkerajaan di Kuala Muda, Merbok Kedah. Istana Merong Mahawangsa terletak di Bukit Choras, Kulim Kedah (dikatakan sebagai kuil hindu). Permaisuri Merong Mahawangsa, Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri (keturunan Bani Hasyim) digelar Tok Soh. Makam dan Kg Tok Soh masih ada hingga kini.



Seperkara lagi ialah, jika manuskrip ini memperkatakan tentang undang-undang Kedah, mengapa pula ia ditulis di Acheh. Berdasarkan kepada salsilah diatas (cucu,anak dan datuk) membuktikan jajahan Nagara Kedah Islam ketika itu sedang membesar dan ia termasuk juga Acheh, semenanjung tanah melayu (disebut Melaka) dan Ligor.



“Hikayat Merong Maha Wangsa and The History of Kedah or Kedah Annals described Langkasuka as covering the Isthmus (se genting ke ra) from sea to sea, from the port of Pattani to Kedah, with Gunung Jerai as the centre of the kingdom.” :

Zulkifli Mohamad, “Evanescent Kingdoms, Everlasting Spirit,Seeking Langkasuka”,ms6.



Inggeris sewaktu menjajah negara kita, telah cuba menghilangkan bukti sejarah dengan membina loji air di dua kawasan ini iaitu di Bukit Choras dan Bukit Tereh sekaligus memusnahkan tinggalan istana disitu. Saki-baki tinggalan kota istana masih lagi terdapat di dua bukit ini. Malangnya, sejarah kita dah pun tertulis seperti yang kita ketahui hari ini, berversi barat. Manuskrip Undang-Undang Kedah ini samada kita setuju atau tidak membuktikan islam telah sampai ke Semenanjong Tanah Melayu dan Acheh (dalam Nagara Kedah) jauh lebih awal dari Melaka.



Petikan seterusnya,



“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”.(ms 36)

Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut.



Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,

“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri. Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam.”



Mengikut manuskrip ini lagi, Maharaja Siam ini disebut Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia (diikuti nama mereka), sementara raja-raja daerah disebut Paduka Seri Sultan (diikuti nama mereka). Ini jelas kekal sehingga kehari ini.



“ Pada tarikh seribu enam puluh tahun, tahun Zai, pada tujuh belas hari bulan Jamadilakhir, hari jumaat, bahawa pada ketika itu maka adalah dititah Syah Alam yang Maha Mulia terjunjung keatas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan Datuk Besar di Hulu alaihi rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit”, m.s.1.



Lagi bukti berkenaan Paduka Seri Sultan yang menjadi menteri,



“Maka adat ini daripada raja-raja duhulu sampai pada Marhum Naga turun pada Datuk Besar , turun pada Datuk Seri Tuan Tuha, turun kepada Datuk Maharaja Encik Yusuf dikurnia Paduka Marhum Kimbang akan Datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurniai kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Tamat/” (m.s 40)



Marhum Naga ialah Almarhum Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III. Dalam sejarah Thailand baginda dikenali sebagai Rama Tibodi II. Di Melaka, baginda bergelar Parameswara Melaka (1424-1448).



Ayahanda baginda, Tunku Mohammad Chan memakai gelaran Sultan Mohammad Johan Syah III dan bergelar Tok Temong di Beruas (Perak). Baginda pernah menjadi Raja Kota Beruas

(1388 – 1395). Sejarah Kedah ditulis dengan nama Sultan Rijaluddin Muhammad Syah sebagai satu nama sedangkan nama Muhammad Syah adalah nama ayahanda baginda !!



Seterusnya ayat, ‘…Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit’, membuktikan bahawa Perdana Menteri Kedah menetap di Anak Bukit dan bergelar Datuk Seri Bongsu. Gelaran ini diberikan kerana Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin yang berkahwin dengan adinda bongsu Syarif Yang Di Pertuan. Pada hari ini, Istana di anak bukit adalah tempat bersemayamnya Sultan Negeri Kedah.



(Jika anak cucu Perdana Menteri kepada Maharaja menjadi Sultan Kedah, kemana perginya pulak keturunan Maharaja Siam (Syarif Yang Di Pertuan) Islam pada hari ini?)



Seterusnya,



“Hijrat Al Nabi sallallahu alaihi wasallam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan / Rabbiulawal, hari Isnin, zaman hidirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang”. ms 17.



Datuk besar di hulu ialah memanda menteri yang menjadi paduka raja kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, Maharaja Benua Islam Siam yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi.



“Itulah asal nakhoda dalam negeri Melaka dengan titah Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia, ialah mengatakam segala hukum itu tatkala pada zaman negeri Melaka.”(ms98)



Di muka surat yang sama,



“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Di pertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di negeri Melaka pada Hijrah Nabi sallahahu alaihi wasalam seribu enam puluh tujuh.”



Kita lihat pula perjanjian Raja Pulau Pinang Paduka Seri Sultan Abdullah, dengan Inggeris pada kali pertama dalam tahun1786 yang mana baginda tidak dibayar satu sen pun oleh Inggeris. Paduka Seri Sultan menyerang Inggeris dalan tahun 1791 tetapi tewas. Inggeris enggan membuat bayaran kerana mereka tahu Paduka Seri Sultan Abdullah tidak ada kuasa untuk mewakili Pulau Pinang, setakat raja daerah sahaja, bergelar Paduka Seri Sultan. Perjanjian kedua pada 20 April 1791 terpaksa dibuat kerana Inggeris telah pun mendudukki Pulau Pinang semenjak 11 Ogos 1786. Perjanjian kali kedua (1) ini mempunyai 9 syarat, dimana 3 syarat membuktikan kewujudan Maharaja Besar Benua Siam iaitu,



Fasal kedua, menyebut,

Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah bersetuju tidak akan menghalang atau mengenakan cukai keatas apa-apa bekalan yang dibeli di Kedah bagi keperluan Pulau Pinang dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur.



Fasal kelima,

Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membenarkan mana-mana kuasa Eropah yang lain mendudukki mana-mana tempat di Kedah.



Fasal kesembilan,

Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membekalkan apa-apa barangan keperluan kepada mereka yang bermusuh dengan Syarikat hindia Timur.



Berdasarkan kepada beberapa contoh yang diberikan diatas, pengkaji dan persatuan sejarah tempatan tidak seharusnya menafikan kewujudan Maharaja Benua Islam Siam ini. Mereka juga tidak sepatutnya berdolak dalih lagi. Jangan sekali-kali menggunakan perkataan titah dan Syah Alam Yang Maha Mulia kepada Paduka Seri mana-mana raja daerah yang memerintah ketika itu kerana adalagi kuasa yang lebih besar yang mereka bernaung dibawahnya.



Baginda Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Nagara Kedah, Maharaja Besar Siam, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak mendapat apa-apa bayaran kerana fasal satu mengatakan Syarikat Hindia Timur akan membayar 6 ribu ringgit Sepanyol kepada Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang. Perjanjian ini pula dimansuhkan dalam tahun 1800. Pada tahun 1821(tahun musuh bisik), Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Permaisuri baginda Puteri Sultan Langkat Pasai dan 4 orang putera baginda telah dibunuh tentera Buddha thai, Raja Rama Chakri I di istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman, Jitra Kedah.



PS : Maklumat terbaru mengatakan bahawa Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak pernah menandatangani perjanjian dengan Inggeris atau mewakilkan sesiapa pun untuk pergi menendatangani perjanjian itu. Nampak gayanya macam ada konspirasi antara Paduka Seri Sultan Abdullah dengan Inggeris.



(1) Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987, ms63,64

Fadhilat Surah Yassin

Assalamualaikum..




Saya nak berkongsi sedikit sebanyak mengenai Kelebihan Surah Yasin..



1. Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin” dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali. (HR. Al-Tarmizi)



2. Daripada Abi Hurairah r.a.,bersabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan diampun keesokannya. Dan sesiapa yang membaca “Haamim Al-Dukhan” nescaya akan diampunkan baginya keesokannya.” (HR. Ibnu Katsir)



3. Daripada Abdullah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT, maka akan diberi keampunan baginya.” (HR. Ibnu Katsir)



4. Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata: “Al Baqarah adalah rangka. Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. Dan surah Yaasiin adalah jantung hati Al-Quran.”



5. Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia” (HR. Ibnu Katsir, Abu Daud dan Al-Nasa’i)



6. Sesetengah ulama’ berkata tentang Yaasiin bahawa antara keistimewaan surah Yaasiin ialah apabila dibaca tiada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaan Yaasiin ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya. (HR. Ibnu Katsir)



7. Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi SAW telah bersabda: “Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku.” (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir)



8. Daripada Safuan: Adalah alim ulama’ berkata: ” Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat, maka diringankan Allah baginya Sakratulmaut.” (HR. Ahmad dan Ibnu Katsir)



Selamat Beramal

Fadhilat Surah Al-Kahfi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...




Menonton berita di tv membuatkan saya terfikir, betapa banyaknya bencana dan kekacauan yang berlaku diseluruh dunia kini... komplot perang, penindasan, ribut salji, taufan, kebuluran, gempa bumi, pembunuhan, rogol, rasuah, zina, tanah runtuh, bangunan runtuh, kemalangan dijalan raya, udara dan laut, banjir, pengkhianatan......terlalu banyak masa untuk menulis semuanya...



Dan akal saya yang daif ilmu ini terfikir, betapa dunia sudah terlalu dekat dengan ajalnya... dunia sudah tiada keseimbangan, sudah terlalu tua untuk menampung bebanan... kiamat sudah terlalu hampir...mungkin... wallahua'lam.



Firman Allah dalam surah Muhammad:



"Tiadalah yang mereka nanti, selain dari saat yang akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba. Sesungguhnya tanda-tandanya telah datang, kesedaran mereka tiada berguna."



Jauh di sudut hati saya memohon ampun dari pemilik Hari Perhitungan ini, dan semoga saya bukan salah seorang yang akan merasai dahsyatnya ia... dan semoga saya dilindungiNya dari huru-hara yang dibawa oleh Yajuj wa ma'juj serta fitnah dajjal.



Disini saya sertakan juga fadhilat Surah al-Kahfi. Semoga dimudahkan Allah untuk beramal dengannya.







Surah al-Kahfi (bererti gua) adalah surah yang ke 18 di dalam al-Quran. Ia mengandungi 110 ayat. Ia dinamakan al-Kahfi kerana dari ayat 9-26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah SWT selama lebih 300 tahun, demi iman mereka yang amat teguh atas dasar tauhid.



Terdapat beberapa hadis Rasulullah saw yang menyatakan berbagai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah al-Kahfi.



Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Baihaqi dari Abi said Al-Khudri yang bermaksud:



“ Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah”



Imam Ahmad berkata, dari Abi Darda’, daripada Nabi saw, baginda bersabda:



“ Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal.”(HR muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tarmizi daripada Qatadah)



Iman ahmad berkata, daripada Abi darda’, Nabi saw bersabda:



“ Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (HR Muslim dan An-Nasai)



Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi saw baginda bersabda:



“Sesiapa membaca dari surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)



Daripada Umar beliau berkata, Nabi saw telah bersabda:



“Sesiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya dari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat.” (HR Ibnu Katsir)



wallahua'lam...

Fadhilat Surah al-Fatihah

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:




"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"



Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:



"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan



"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."



Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.



Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.



Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.



Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.



Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:



"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."



Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:



"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"



Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':



"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."



Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.



Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.



Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.



Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.



Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.



Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:



"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".



Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:



"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".



Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)



Sabda Nabi Muhammad s.a.w."



"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:



Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.



Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.



Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:



"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."



Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.



Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:



"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

Fadhilat Surah al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”




Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)



Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)



Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”



Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”



Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.



Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:



Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya



Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Fadhilat Surah al-Mulk

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.




Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:



“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”



Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”



Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”

Perang Badar: Perang Penentu

Pertempuran Badar (bahasa Arab: غزوة بدر), berjuang tarikh 17 Mac 624 AD (17 Ramadhan 2 AH dalam kalendar Islam) daerah Hijaz Saudi barat (saat ini Arab Saudi), adalah pertempuran kunci dalam hari-hari awal Islam dan titik balik dalam perjuangan Muhammad dengan lawan-lawannya di antara [1] Quraish di Mekah. Pertempuran telah diwariskan dalam sejarah Islam sebagai kemenangan disebabkan campur tangan ilahi, atau dengan sumber sekular ke jenius Muhammad. Ini adalah salah satu dari sedikit pertempuran yang secara khusus disebut dalam Quran. Sebahagian besar pengetahuan kontemporari dari pertempuran di Badar berasal dari akaun Islam tradisional, baik hadis dan biografi Nabi Muhammad, yang ditulis beberapa dekad selepas pertempuran itu.




Sebelum pertempuran, Muslim dan Mekah telah berjuang beberapa pertempuran kecil akhir tahun 623 dan awal 624, sebagai ghazawāt Muslim telah menjadi lebih kerap. Badar, tetapi adalah penglibatan berskala besar pertama antara dua kekuatan. Maju ke kedudukan defensif yang kuat, kekuatan Muhammad baik-disiplin melanggar garis Mekah, mengorbankan beberapa pemimpin penting Quraisy termasuk antagonist utama Muhammad, 'Amr bin Hisyam. Untuk Muslim awal pertempuran merupakan bukti pertama bahawa mereka akhirnya boleh mengalahkan musuh-musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu adalah salah satu kota terkaya dan terkuat di Arabia tangkas tentera tiga kali lebih besar daripada kaum muslimin. Kemenangan Muslim suku-bangsa lain juga menunjukkan bahawa suatu kekuatan baru telah bangkit di Arabia dan menguatkan kedudukan Muhammad sebagai pemimpin masyarakat sering marah-marah di Madinah.