Sekarang ramai orang sibuk bercakap mengenai Chin Peng dan juga komunis. Ini disebabkan oleh cadangan daripada salah seorang daripada pemimpin parti Gerakan yang mencadangkan supaya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. Kebanyakannya dilihat seperti tidak setuju. Orang-orang tua ditemuramah tentang kejahatan dan kekejaman komunis. Pemimpin politik ada (UMNO) membantah cadangan itu, takut sejarah hitam kembali semula.
Benarkah komunis (PKM) adalah pengganas? Sejarah tak boleh dipandang sebelah pihak saja. Sejarah patut dikaji daripada sumber yang berlainan. Dan apa yang saya ingin jelaskan dan juga tegaskan, sejarah mengenai kemerdekaan negara ini telah dihitamkan. Cukuplah saya ditipu semasa saya masih belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu. Di dalam kepala kami ditanamkan bahawa UMNOlah yang bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan negara ini.
Mengenai Chin Peng, tidaklah dinafikan bahawa matlamat asalnya adalah salah, iaitu mahu menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu. Dan mengenai tuduhan mengenai Bintang Tiga itu juga pengganas, itulah sejarah yang telah diubah oleh British dan juga UMNO. Di dalam Parti Komunis Malaya (PKM), juga terdapat tentera yang terdiri daripada anak-anak Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan, menghalau British laknatullah daripada negara ini, dengan mengangkat senjata, iaitulah Rejimen Ke-10, pimpinan Abdullah CD dan Rashid Maidin.
Asalnya, Rejimen Ke-10 merupakan bekas daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BTM), dan lain-lain parti politik yang diharamkan oleh British pada 1948. Mereka tidak mempunyai pilihan atau "platform" yang lain untuk memperjuangkan kemerdekaan, selain daripada bergabung dengan komunis, berjuang secara gerila, mengangkat senjata, dan memerdekakan tanah air kita dengan darah.
Apa punca parti berhaluan kiri diharamkan oleh British? Semuanya gara-gara UMNO! UMNO yang menghasut British supaya diharamkan parti yang berhaluan kiri, dan menahan pemimpin-pemimpin mereka. UMNO takut sokongan yang diperoleh terhadap mereka berkurangan, kerana mereka bukan memperjuangkan kemerdekaan. UMNO hanya menukar slogan daripada "Hidup Melayu" kepada "Merdeka" pada 1950. Sedangkan yang melaungkan slogan "Merdeka" terlebih dahulu adalah PKMM.
Mereka tiada jalan lain untuk menghalau penjajah selain daripada berpakat dengan komunis. Tentang komunis berbuat kejam semasa tempoh 2 minggu selepas Jepun menyerah kalah, ada 2 sebab, pertama, ia dilakukan oleh segelintir Bintang Tiga yang agak radikal, mungkin mereka berdendam terhadap orang-orang yang menjadi talibarut penjajah. Dan yang kedua, ia dilakukan oleh satu lagi puak komunis, iaitu Kuomintang (Bintang Satu).
Kuomintang merupakan parti nasionalis komunis yang berasal daripada negara China, kemudian pengaruhnya dikembangkan hingga ke Tanah Melayu. Kadang-kadang Kuomintang ini menyamar menjadi Bintang Tiga, bertujuan supaya Bintang Tiga dimusuhi. Ramainya yang mati di tangan komunis dulu, perlu kita ingat bahawa zaman itu merupakan zaman perang, jadi tak dapat dielakkan kadang-kadang orang yang tidak bersalah pun akan dibunuh, kerana sesiapa saja yang disyaki menjadi talibarut British, biasanya akan diminta menyerah diri, ataupun mati.
Ramai orang Melayu pada ketika itu lebih rela menjadi barua kepada penjajah yang kafir, termasuk polis. Itulah sebabnya mengapa Balai polis Bukit Kepong diserang, polis-polis tersebut diminta menyerah diri, tetapi mereka enggan, jadi Bintang Tiga termasuk Rejimen Ke-10 terpaksa menyerang, untuk mendapatkan bekalan senjata dan peluru. Semua ini semata-mata mahu membebaskan Tanah Melayu dengan sepenuhnya daripada pengaruh British laknatullah. Tidak ada negara di dalam dunia ini memperoleh kemerdekaan melalui rundingan, kecuali Malaysia. Itu bukannya merdeka, kerana Malaysia masih lagi mengekalkan undang-undang yang digubal oleh British! Tunku Abdul Rahman menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh British, termasuk menghapuskan PKM! Inilah kemerdekaan dicapai dengan cara pondan.
Rundingan Baling pada 1955 diantara Tunku Abdul Rahman dan PKM gagal kerana, Tunku meminta PKM menyerah diri dan ditahan, atau mati. Jadi, PKM tidak boleh menerima syarat itu, dan memilih untuk terus berjuang. Kenapa Tunku membuat syarat sebegitu? Kerana British laknatullah mendesak! UMNO juga adalah warisan daripada British. UMNO meneruskan tradisi British, menggelapkan sejarah, dan mendabik dada seolah-olah dialah pejuang kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman asalnya adalah Pegawai Daerah yang berkhidmat untuk British, ikut budaya British, kuat minum arak, Dato' Onn pula, adalah Bekas MB Johor yang menjadi pencacai dan anjing suruhan kepada British, begitu juga Tun Abdul Razak, juga adalah D.O yang berkhidmat di bawah British, jadi dapat disimpulkan mengapa hanya UMNO saja tidak diharamkan pada 1948!!
Tugu melawan British tak dibuat, sebaliknya hanya membina tugu melawan komunis (tugu negara). Kesiannya pejuang dahulu yang dituduh pengkhianat kepada negara, hanya semata-mata bekerjasama dengan komunis, seperti Allahyarham Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Kamarulzaman Teh, Ibrahim Chik, Abdullah Che Dat (CD), Mat Amin, Mat Indera, Rashid Maidin, dan lain-lain. Ada anak-anak Melayu dan orang-orang Melayu mengenang mereka ini?!
Ada diantara mereka kecundang di tangan British kerana dikhianati oleh orang Melayu sendiri. Tak hairanlah kenapa orang Melayu ada yang dibunuh oleh komunis. Mat Indera contohnya, beliau adalah seorang pahlawan tulin, tinggi ilmu agamanya, tetapi dikhianati oleh orang sekampungnya yang merupakan pegawai Home Guard, iaitu Haji Misbah (laknatullah), dengan melatakkan serbuk pelali di dalam kopi yang diminum oleh Mat Indera, akhirnya, nyawa Mat Indera melayang di tali gantung.
Orang Melayu dulu banyak yang bodoh, lebih suka bekerjasama dengan penjajah, tetapi menentang bangsa sendiri yang memperjuangkan kemerdekaan. UMNO perjuangkan kemerdekaan? Perjuangkan kemerdekaan atau sekadar barua British? Nasib baiklah saya ni jenis yang suka membaca buku-buku yang berlainan, kalau tidak sampai ke mati saya ditipu oleh UMNO yang jahat ini, yang menggelapkan sejarah. Nauzubillah, jahatnya UMNO ini.... Pejuang yang sebenar pula terpaksa menetap di negara lain, kerana tidak dibenarkan pulang di tanah air sendiri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan