Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Isnin, Mac 01, 2010

Ali bin Abi Talib Mutiara Ilmu Islam

maklumat peribadi

Saidina Ali Abi Talib (bahasa Arab: علي بن أبي طالب‎) ialah khalifah keempat Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah.

Kehidupan awal

Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.
Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.

Saidina Ali di Madinah

Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.
Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali hanya menerima Saidina Abu Bakar beberapa waktu selepas Saidina Abu Bakar dilantik. Hal ini masih samar-samar. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.

Menjadi khalifah ke-4

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Pentadbiran Saidina Ali

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.
Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217)
Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.
Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.
Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

Uthman Affan Pengumpul Al-Quran

maklumat peribadi
Uthman bin Affan (Arab: عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

Biografi

Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.

Perkembangan Islam semasa Pemerintahan Saidina Uthman

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Umar melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan Al Quran yang dimulakan oleh Saidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam).

Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman

Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, dia mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeza. Saidina Uthman Radhiallahu An'hu juga telah dijanjikan syurga.

Pandangan Syiah mengenai Saidina Uthman

Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah jajahan Islam.

Umar Al-Khattab Reformasis Dunia Islam

Maklumat peribadi

Saidina Umar ibni al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Quraisy. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Kehidupan awal

Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

Memeluk Islam

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.

Saidina Umar di Madinah

Saidina umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w..
Pada tahun 625, anak perempuan Saidina Umar iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 masihi. Saidina Umar dikatakan amat sedih dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "Sesiapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudiannya membaca beberapa keping ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam.
Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Pemerintahan Saidina Umar

Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

Wafatnya Saidina Umar

Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.
Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya..

abu bakar sahabat sejati

maklumat peribadi

Abu Bakar as-Siddiq (bahasa Arab: أبو بكر الصديق‎ Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah


Kehidupan awal

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.

Menjadi khalifah pertama

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.

Peperangan Islam-Riddah

Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

Ekspedisi ke Utara

Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

Pengumpulan al-Quran

Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.

Kewafatan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

Sumbangan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

Sabtu, Februari 27, 2010

barang sunah Rasulullah真主使者的圣行的文章

Barang-barang Sunnah Rasulullah adalah seperti jubah, serban, kopiah, minyak attar, sugi, celak, capal. Setiap satu barang yang dipakai akan mendapat 100 pahala mati syahid. Sekarang ni nak dapat satu pahal mati syahid pun payah. Tapi zaman sekarang ni kalau pakai semua bendas sunah depan khalayak ramai, semestinya orang akan nampak pelik dan hairan. Kalau tak percaya kawe cabar cubalah buat. Itulah pelik zaman sekarang, pakai barang sunnah pun orang tengok mesti pelik. Hatta, ada juga kes kena tahan sebab pakai barangan sunah di khalayak ramai(ianya berlaku disebuah negara islam).
Foto contoh barang-barang Sunnah

  • Jubah





  • Serban




  • Kopiah






  • Minyak Attar






  • Sugi

  • Celak




  • Capal



Jumaat, Februari 12, 2010

Empayar Khulafah Ar-rasyiddin哈里发拉希德

632: Kematian Muhammad. kematian anaknya, Fatima . Abu Bakr menjadi caliph ketiga. Battles of Zu Qissa. Battles of Zu Abraq. Battle of Buzakha. Battle of Zafar. Battle of Naqra. Kempen terhadap Bani Tamim dan Mosailima.

633: Kempen di Bahrain, Oman, Yemen, dan Hadramaut. menyerang di Iraq.Battle of Kazima, Battle of Mazar, Battle of Walaja, Battle of Ullais, Battle of Hira, Battle of Al-Anbar, Battle of Ein-ul-Tamr, Battle of Daumat-ul-Jandal, Battle of Firaz.

634: Battle of Bosra, Battle of Damascus, Battle of Ajnadin. Kematian Abu Bakr. Umar ibn al-Khattab menjadi khalifah kedua. Battle of Namaraq, Battle of Saqatia.
635: Battle of Bridge, Battle of Buwaib, menakluk Damascus, Battle of Fahl.
636: Battle of Yarmuk, Battle of al-Qādisiyyah, menakluk Madain.
637: menakluk Syria, menakluk Jerusalem, Battle of Jalula.
638: menakluk Jazirah.
639: menakluk Khuzistan. mara ke Egypt. Plague of Emmaus.
640: Battle of Babylon di Egypt.
641: Battle of Nihawand; menakluk Alexandria di Egypt.
642: menakluk Egypt.
643: menakluk Azarbaijan dan Tabaristan (Mazandaran).
644: menakluk Fars, Kerman, Sistan, Mekran and Kharan. pembunuhan Umar. Uthman ibn Affan menjadi khalifah ketiga.
646: kempen di Khurasan, Armenia dan Asia Minor.
647: kempen di North Africa. menakluk pulau Cyprus.
648: kempen menentang Byzantines.
650: konfik pertama antara Arab dan Turks. Khazars dikalahkan tentera Arab dipimpin Abd ar-Rahman ibn Rabiah diluar bandar Khazar di Balanjar.
652: ketidaksenangan semasa pemerintahan Uthman.
655: Angkatan laut Masts melawan Byzantines.
656: Uthman terbunuh. Ali ibn Abi Talib menjadi khalifah keempat. Battle of the Camel.
657: Ali memindahkan pusat pentadbiran dari Medina ke Kufa. Battle of Siffin.
658: Battle of Nahrawan.
659: Muawiyah I menakluk Egypt.
660: Ali mengambil kembali Hijaz dan Yemen dari Muawiyah. Muawiyah I mengisytihar dirinya sebagai caliph di Damascus.
661: Ali dibunuh oleh Kharijites.

Isnin, Februari 01, 2010

Konflik penduduk Chenchnya dan Persekutuan Russia



Maklumat
Flag of Chechen Republic since 2004.svg
Bendera Chechnya
Coat of arms of Chechnya.svg
Jata Chechnya

Peta Chechnya



 


IA bukanlah kejadian pengeboman berani mati pertama di Rusia. Serangan bom di Lapangan Terbang Domodedov, Moscow minggu lalu sehingga mengorbankan 35 orang awam dan mencederakan ramai yang lain hakikatnya adalah satu lagi siri pengeboman dalam sejarah Rusia yang tidak pernah lari dengan isu hak kebebasan dengan militan Chechen itu.
Walaupun ia didakwa dilakukan oleh kumpulan militan dari wilayah Caucasus Utara yang dikerah untuk mengebom ibu negara berkenaan, pihak berkuasa kini turut memburu tiga suspek dari Chechnya yang dipercayai menyediakan pengebom berani mati.
Rusia telah berdepan dengan ancaman kumpulan militan dengan beberapa siri serangan dan pengeboman yang berlaku sejak jatuhnya Kesatuan Soviet.
Kejatuhan Soviet membangkitkan sekelompok pemberontak Chechnya yang menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah.
Mereka mengumumkan parlimen baru dan mengisytiharkan kemerdekaan mereka sebagai Republik Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara.
Pengisytiharan tersebut menyebabkan konflik bersenjata di mana kedua-dua belah-belah pihak di antara Chechnya yang merupakan sebuah wilayah di bawah Rusia. Chechnya merupakan wilayah paling ramai warga Islam di Rusia.
Dalam kejadian minggu lalu itu, Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengarahkan kerajaannya menyiasat punca serangan bom di Lapangan Terbang Domodedov termasuk meneliti sama ada ia berpunca daripada kegagalan pihak keselamatan pengangkutan melakukan tugas mereka.
Beliau berkata, pejabat peguam negara dan jawatankuasa penyiasatan Rusia perlu menyiasat pihak bertanggungjawab yang membenarkan pengebom berani mati terlibat berada di kawasan lapangan terbang tanpa dikesan.
“Kita perlu lakukan segala yang mungkin supaya pihak yang mendalangi serangan dikenal pasti, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka perlu dihapuskan,” katanya dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen sambil menggesa semakan kesemua rekod penerbangan.
PENINDASAN hak warga Islam di Chechnya dikatakan menjadi faktor kebangkitan pejuang-pejuang Chechen.



Perdana Menteri, Vladimir Putin pula berjanji pengebom yang menyebabkan 35 orang terkorban di lapangan terbang paling sibuk di Rusia itu akan menerima hukuman setimpal.
Kronologi pengeboman Rusia
Tahun 1999 mencatat sejarah hitam buat Rusia apabila pengeboman bersiri dekat apartmen di Buinaksk, Dagestan membunuh 61 orang. Pengeboman tiga buah apartmen lain di Moscow pula membunuh 215 orang dan sembilan yang lain tercedera pada bulan September.
Walaupun pada 2 September, komander militan Ibn Al-Khattab mengumumkan mujahidin Dagestan akan melakukan siri serangan ke beberapa tempat di Rusia, dia menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Ekoran kejadian itu, Rusia telah melancarkan Perang Chechen Kedua.
Tahun 1999 turut menyaksikan beberapa siri pengeboman lain antaranya letupan di sebuah pasar di Vlasdikavkaz membunuh 64 orang yang berlaku pada bulan Mac.
Tahun 2002 pula, kira-kira 800 penonton dan para pelakon muzikal Nord Ost dijadikan tebusan. Seramai 129 orang dibunuh selepas polis menyerbu bangunan teater di Moscow pada bulan Oktober.
Kejadian itu juga didakwa dilakukan militan Chechnya yang diketuai oleh Movsar Barayev. Mereka menahan tebusan dan mahukan tentera Rusia berundur dari Chechnya dan menamatkan Perang Chechnya Kedua.
Barayev membuat satu kenyataan kepada media dengan mengatakan mereka sanggup mati di atas tindakan mereka itu. Kenyataan yang diperoleh pihak media antaranya menyebut bahawa Rusia mengambil hak orang Chechnya dan mereka mahu menuntut semula hak itu.
“Allah telah memberikan kami hak kebebasan dan hak menentukan haluan hidup kami. Rusia telah membanjiri tanah kami dengan darah anak-anak kami.
“Penduduk dunia tidak mempedulikan orang yang tidak bersalah yang mati di Chechnya, para sheikh, wanita, kanak-kanak dan golongan yang lemah,” kata Barayev.
Menurutnya lagi, mereka memilih untuk mati dengan berperang demi kemerdekaan Chechnya dengan membawa bersama ratusan nyawa manusia berdosa Rusia.
“Sekiranya kami mati, akan ada ramai lagi yang akan mengikut langkah kami yang sanggup mengorbankan nyawa mereka di jalan Allah. Para pejuang kami telah mati tetapi orang mengatakan para pejuang ini sebagai pengganas dan penjenayah.
SEBUAH masjid di Grozny bermandi limpahan cahaya bunga api sempena sambutan Maulidurrasul.



“Hakikatnya Rusia adalah penjenayah sebenar,” katanya.
Sasar stesen Metro
Pada tahun 2004, stesen kereta api Metro di Moscow menyaksikan satu letupan yang membunuh 40 orang awam. Putin menuduh militan Chechen di atas kejadian itu, tetapi ketua pemberontak Chechen mengaku tidak terbabit.
Tetapi, kumpulan pengganas Chechen yang tidak dikenali mengaku bertanggungjawab ke atas letupan itu. Mereka memanggil diri mereka sebagai Gazoton Murdash dan diarahkan oleh Lom-Ali.
Menurut kenyataan itu, kumpulan tersebut melancarkan serangan sebagai simbol ulang tahun keempat pembunuhan orang awam Chechen oleh askar Rusia di Grozny dalam pembunuhan beramai-ramai.
Bulan November tahun 2009 menyaksikan satu lagi pengeboman di dalam sebuah tren ekspres yang bergerak antara stesen Moscow dan St. Petersburg membunuh 27 orang dan lebih 100 yang lain cedera.
Kejadian membabitkan stesen kereta api Moscow berlaku lagi Mac tahun lalu membabitkan pengebom berani mati wanita pada waktu puncak di stesen tren yang padat di Moscow. Kejadian itu membunuh sekurang-kurangnya 39 orang dan mencederakan ramai penumpang lain.
Pada bulan Oktober pula, seramai empat orang militan Chechen menyerbu bangunan Parlimen Chechnya. Mereka menahan tebusan, menembak mati dua orang polis dan seorang orang awam sebelum empat pejuang tersebut dibunuh oleh anggota-anggota pihak berkuasa.
Peristiwa itu memberi tamparan hebat kepada Rusia yang sebelum ini mendakwa Chechnya sudah kembali stabil selepas kejatuhan Soviet Union.
Konflik tanpa kesudahan
Penindasan agama yang dialami rakyat Chechnya, pembangunan ekonomi yang tidak seimbang, eksploitasi dan kesengsaraan hidup menjadi punca serangan militan. Dan yang pasti ia tidak akan berakhir selagi kerajaan Rusia tidak bertolak ansur terhadap hak yang dituntut mereka.
PEMBUNUHAN Aslan pada tahun 2005 membangkitkan lagi kemarahan penduduk Chechnya.



Demikian pendapat pensyarah politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff.
Katanya kesengsaraan Chechen telah dipadamkan dalam laporan media-media Barat yang menggambarkan mereka sebagai pengganas semata-mata.
“Media Barat sentiasa melaporkan serangan-serangan yang dilakukan militan Chechen tetapi punca serangan itu tidak pernah dilaporkan secara telus dan tidak pernah dibincangkan.
“Oleh itu, selagi mereka tidak memperoleh keadilan yang dituntut, peperangan ini tidak akan menemui penghujungnya,” katanya yang menganggap dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang tidak adil menjadi punca meletusnya peperangan agama dunia.
Menurut beliau, amalan double-standard yang diamalkan oleh kuasa dunia menyebabkan kebangkitan kumpulan militan daripada satu generasi ke satu generasi lain.
“Kerajaan Rusia mungkin telah membunuh ketua militan Chechen, tetapi ia hanya membangkitkan semangat pejuangnya yang lain. Konflik ini ini tidak akan berakhir kerana pemikiran mereka diwariskan kepada setiap generasi.
“Saya percaya serangan-serangan yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk membunuh orang awam sewenang-wenangnya tetapi mereka mahu membuktikan bahawa mereka juga mampu bangkit demi menuntut hak mereka serta keadilan sebagai orang Islam di bumi Rusia,” katanya.

Sabtu, Januari 30, 2010

28 Kata-kata Rasullulah yang belum jadi kenyataan

-wilayah arab akan hijau dan dialiri sungai-sungai
-fitnah bagaikan malam yang gelam gelita
-kemunculan imam Mahdi
-bumi yang akan mengeluakn isi dari dalam kandungannya
-sungai Euphat yang akan mengeluarkan gunung emas
-tanda-tanda hari kiamat
1 keluanya asap
2keluarnya dajjal
3keluarnya binatang
4terbitnya matahari dari arah barat
5turunnya Isa ibn Maryam
6keluarnya yakjuj & makjuj
7 terjadi tiga kali gerhana
8 api yang keluar dari wilayah yaman
-muslimin membunuh yahudi
-ucapan binatang buas, cemeti dan tali-2 selipar
-islam akan asing sebagaimana permulaannya
-kehancuran kaabah
-tenggelamnya pasukan tentera ke dalam tanah
-kemunculan seseorang dari Qahthaan
-berkuasanya Al Jahjah
-keinginan seseorang untuk mati
-ramainya org keluar dari islam
-ketiadaan imam untuk solat berjemaah
-solat tanpa keimanan
-berpindahnya penduduk madinah
-kota terakhir diantara kota-2 islam yg hancur
-hembusan angin dari arah yaman
-haji tidak dikerjakan lagi
-terhapusnya syariat allah dari muka bumi
-tercabutnya Lafzhul Jalallah menjelang kiamat
-kemurtadan kaum wanita suku daus
-jumlah bangsa rom menjelang kiamat
-manusia bersetubuh umpama keldai
-banyaknya kematian

Selasa, Januari 05, 2010

Tengku Faris Petra Imamkan Solat Hajat



Secara jujurnya saya berkata dari hati bahawa pangkat dan kekayaan hanyalah pinjaman sementara dari ALLAH taala. Kadang-kadang, perlu kita fikir, setiap tutur kata dan perbuatan kita, ada kalanya menyakitkan orang lain. Pesanan ini buat diri sendiri.




Semalam, stadium di Kota Bharu tidak lah sesesak sewaktu malam munajat sebelum pilihanraya tahun leas, tetapi masih mencuri perhatian rakyat jelata pelosok negeri. Ini kerana semalam diadakan solat hajat yang diimamkan sendiri oleh anakanda Tengku Ismail, yang sedang gering, iaitu Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Mahkota. Solat hajat itu dibuat bagi mendoakan supaya kesihatan Sultan Ismail bertambah baik.



Kagum dengan Tengku Mahkota, kerana sebelum ini pun saya ada mendengar kisah baginda selalu mengikut ceramah TGNA setiap pagi jumaat hanya dengan kain pelikat sahaja. Jarang sekali dapat mendengar kisah raja di zaman sekadang menjadi imam kepada rakyat jelata, saya melahirkan kekaguman saya buat Tuanku Tengku Mahkota. Semoga terus kekal sebagai raja yang disayangi, walaupun terlalu banyak isu-isu yang melanda kerabat sultan Kelantan kebelakangan ini.



Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.



“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.



“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri Kelantan menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.



“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut
 
 
Pemangku Raja Kelantan imamkan solat hajat.


Secara jujurnya saya berkata dari hati bahawa pangkat dan kekayaan hanyalah pinjaman sementara dari ALLAH taala. Kadang-kadang, perlu kita fikir, setiap tutur kata dan perbuatan kita, ada kalanya menyakitkan orang lain. Pesanan ini buat diri sendiri.



Semalam, stadium di Kota Bharu tidak lah sesesak sewaktu malam munajat sebelum pilihanraya tahun leas, tetapi masih mencuri perhatian rakyat jelata pelosok negeri. Ini kerana semalam diadakan solat hajat yang diimamkan sendiri oleh anakanda Tengku Ismail, yang sedang gering, iaitu Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Mahkota. Solat hajat itu dibuat bagi mendoakan supaya kesihatan Sultan Ismail bertambah baik.



Kagum dengan Tengku Mahkota, kerana sebelum ini pun saya ada mendengar kisah baginda selalu mengikut ceramah TGNA setiap pagi jumaat hanya dengan kain pelikat sahaja. Jarang sekali dapat mendengar kisah raja di zaman sekadang menjadi imam kepada rakyat jelata, saya melahirkan kekaguman saya buat Tuanku Tengku Mahkota. Semoga terus kekal sebagai raja yang disayangi, walaupun terlalu banyak isu-isu yang melanda kerabat sultan Kelantan kebelakangan ini.



Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.



“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.



“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri Kelantan menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.



“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut







KOTA BHARU: Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra, malam tadi mengimamkan solat hajat dan menyertai majlis bacaan Yassin yang disertai lebih 1,000 rakyat Kelantan yang diadakan secara terbuka dalam Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini.






Majlis anjuran Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kelantan, bertujuan mendoakan kesejahteraan kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang ketika ini sedang gering dalam rawatan di Singapura serta pentadbiran kerajaan dan rakyat Kelantan yang kini dipayungi Pemangku Raja






Terdahulu, ketibaan Tengku Muhammad Faris Petra kira-kira jam 7 malam, disambut Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Exco kerajaan negeri.






Solat hajat itu diadakan susulan majlis meraikan kepulangan Pemangku Raja dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa petang semalam, yang dianjurkan jawatankuasa berkenaan bagi melafazkan kesetiaan dan sokongan kepada baginda.






Pada majlis ringkas itu, Tengku Muhammad Faris Petra sempat melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan yang berhimpun menanti kepulangannya.






"Terima kasih, terima kasih semua kerana hadir," titahnya secara spontan sambil bersalaman dengan pelbagai lapisan rakyat, dan dianggarkan lebih 5,000 menyambut kepulangan baginda dari Kuala Lumpur.






Beliau bertitah demikian sejurus selesai mengaminkan doa selamat yang dibacakan Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.






Tengku Muhammad Faris turut berkenan menerima memorandum daripada Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kelantan yang disertakan cenderahati berupa sebilah keris yang disampaikan Pengerusinya, Wan Mokhtar Wan Abdul Rahman.






Antara lain, memorandum itu menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pemangku Raja dalam pelbagai isu yang berbangkit di Kelantan sejak akhir-akhir ini.




Jawatankuasa itu turut memohon perhatian baginda terhadap enam perkara yang disenaraikan, termasuk membawa balik Sultan Kelantan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana hospital di Malaysia; membenarkan doktor, pembesar negeri serta rakyat menziarahi Tuanku Ismail dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menyeleweng wang rakyat serta menyalahgunakan kuasa di Kelantan