Secara jujurnya saya berkata dari hati bahawa pangkat dan kekayaan hanyalah pinjaman sementara dari ALLAH taala. Kadang-kadang, perlu kita fikir, setiap tutur kata dan perbuatan kita, ada kalanya menyakitkan orang lain. Pesanan ini buat diri sendiri.
Semalam, stadium di Kota Bharu tidak lah sesesak sewaktu malam munajat sebelum pilihanraya tahun leas, tetapi masih mencuri perhatian rakyat jelata pelosok negeri. Ini kerana semalam diadakan solat hajat yang diimamkan sendiri oleh anakanda Tengku Ismail, yang sedang gering, iaitu Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Mahkota. Solat hajat itu dibuat bagi mendoakan supaya kesihatan Sultan Ismail bertambah baik.
Kagum dengan Tengku Mahkota, kerana sebelum ini pun saya ada mendengar kisah baginda selalu mengikut ceramah TGNA setiap pagi jumaat hanya dengan kain pelikat sahaja. Jarang sekali dapat mendengar kisah raja di zaman sekadang menjadi imam kepada rakyat jelata, saya melahirkan kekaguman saya buat Tuanku Tengku Mahkota. Semoga terus kekal sebagai raja yang disayangi, walaupun terlalu banyak isu-isu yang melanda kerabat sultan Kelantan kebelakangan ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.
“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.
“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri Kelantan menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.
“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut
Pemangku Raja Kelantan imamkan solat hajat.

KOTA BHARU: Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra, malam tadi mengimamkan solat hajat dan menyertai majlis bacaan Yassin yang disertai lebih 1,000 rakyat Kelantan yang diadakan secara terbuka dalam Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini.
Majlis anjuran Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kelantan, bertujuan mendoakan kesejahteraan kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang ketika ini sedang gering dalam rawatan di Singapura serta pentadbiran kerajaan dan rakyat Kelantan yang kini dipayungi Pemangku Raja
Terdahulu, ketibaan Tengku Muhammad Faris Petra kira-kira jam 7 malam, disambut Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Exco kerajaan negeri.
Solat hajat itu diadakan susulan majlis meraikan kepulangan Pemangku Raja dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa petang semalam, yang dianjurkan jawatankuasa berkenaan bagi melafazkan kesetiaan dan sokongan kepada baginda.
Pada majlis ringkas itu, Tengku Muhammad Faris Petra sempat melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan yang berhimpun menanti kepulangannya.
"Terima kasih, terima kasih semua kerana hadir," titahnya secara spontan sambil bersalaman dengan pelbagai lapisan rakyat, dan dianggarkan lebih 5,000 menyambut kepulangan baginda dari Kuala Lumpur.
Beliau bertitah demikian sejurus selesai mengaminkan doa selamat yang dibacakan Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.
Tengku Muhammad Faris turut berkenan menerima memorandum daripada Jawatankuasa Bertindak Rakyat Kelantan yang disertakan cenderahati berupa sebilah keris yang disampaikan Pengerusinya, Wan Mokhtar Wan Abdul Rahman.
Antara lain, memorandum itu menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pemangku Raja dalam pelbagai isu yang berbangkit di Kelantan sejak akhir-akhir ini.
Jawatankuasa itu turut memohon perhatian baginda terhadap enam perkara yang disenaraikan, termasuk membawa balik Sultan Kelantan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana hospital di Malaysia; membenarkan doktor, pembesar negeri serta rakyat menziarahi Tuanku Ismail dan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menyeleweng wang rakyat serta menyalahgunakan kuasa di Kelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan