Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Jun 24, 2011

Garis Masa Republik Rakyat China(1952)


Peristiwa

Pertempuran Segitiga Bukit : Satu pasukan daripada infantrymen Cina dalam kedudukan defensif pada Segitiga Hill.

Kelahiran

  • MAC 25 - Jung Chang , Cina dilahirkan penulis dan ahli sejarah
  • 13 Mei - Wang Xiaobo , penulis Cina yang menjadi terkenal selepas kematiannya (d. 1997)



Garis Masa Republik Rakyat China(1951)


Peristiwa

Kelahiran

  • 30 Oktober - Liu Xiaoqing , pelakon Cina dan ahli perniagaan.

Garis Masa Republik Rakyat China(1950)


Peristiwa

Pertempuran Sungai Ch'ongch'on : Cina pasukan sekumpulan kedudukan PBB.

sunting ]Kelahiran

sunting ]Kematian

Garis Masa Republik Rakyat China(1940)



Peristiwa


Mao Zedong mengisytiharkan penubuhanRepublik Rakyat China , 1 OKT 1949

Kematian

Belanda haram sembelih ikut cara Islam



THE HAGUE 23 Jun – Ahli-ahli Parlimen Belanda sudah bersiap sedia untuk meluluskan rang undang-undang bagi mengharamkan penyembelihan haiwan cara Islam dan Yahudi.

Bagaimanapun dalam kompromi saat-saat akhir semalam, anggota dewan bersetuju membuat pindaan bagi mengecualikan pertubuhan-pertubuhan agama daripada pengharaman itu, jika mereka dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka tanpa menggunakan kejutan elektrik, tidak menyebabkan kesakitan tambahan.

Ahli-ahli Parlimen berhaluan tengah daripada beberapa parti mencapai kompromi itu sejurus sebelum perbahasan terakhir mengenai rang undang-undang tersebut, kerana khuatir sokongan mereka terhadap pengharaman itu boleh menyebabkan mereka kehilangan sokongan daripada pengundi Islam dan Yahudi.

Seperti di kebanyakan negara Barat, undang-undang Belanda menetapkan penyembelih haiwan mesti menggunakan kejutan elektrik, bagi memastikannya tidak sedar, sebelum binatang itu boleh disembelih, untuk mengurangkan kesakitan dan rasa takut.

Namun pengecualian diberikan selama ini untuk haiwan yang disembelih cara Islam dan Yahudi yang menghendaki haiwan itu berada dalam keadaan sedar.

Pemimpin Parti bagi Haiwan, Marianne Thieme yang mengemukakan rang undang-undang itu yakin pengharaman itu akan diluluskan.

Beliau tidak fikir penyembelih Yahudi dan Islam akan dapat membuktikan kaedah penyembelihan mereka menyebabkan kurang kesakitan berbanding jika haiwan dikenakan kejutan elektrik terlebih dahulu.

“Menjadi andaian semata-mata bahawa penyembelihan tanpa kejutan elektrik boleh dibuktikan lebih mesra haiwan berbanding penyembelihan dengan kejutan elektrik, tetapi pindaan ini memberi peluang kepada pertubuhan-pertubuhan agama untuk mencari dan mengemukakan bukti itu,” kata Thieme.

Bagaimanapun kompromi itu tidak meredakan kemarahan kumpulan-kumpulan Islam dan Yahudi yang menyifatkan pengharaman yang diusulkan sebagai serangan ke atas kebebasan beragama.

“Ini cara gila untuk menggubal undang-undang, bahawa kami perlu membuktikan apa yang sudah lama kami yakini,” kata Ronnie Eisenmann daripada Komuniti Yahudi Amsterdam.

Wakil-wakil pertubuhan Islam pula berkata, jika penyembelihan cara Islam diharamkan oleh kerajaan Belanda, penduduk Islam akan terpaksa membeli daging halal dari negara jiran seperti Belgium dan Jerman. – Agensi

http://anakharimau.blogspot.com/ 

Malaysia 2:1 Lubnan


 PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan menewaskan Lubnan 2-1 bersama  penyokong  di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan menewaskan Lubnan 2-1 bersama penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Samir terima kekalahan tapi tetap anggap Lubnan kurang nasib baik

ONG Kim Swee menyuarakan rasa yakin skuad Olimpik negara mampu membuat kejutan di pusingan ketiga nanti selepas menyaksikan anak didiknya itu menewaskan Lubnan 2-1, malam tadi.

“Kita sedar pusingan ketiga nanti memang sukar, tetapi jika corak permainan sama dan disiplin tinggi dipamerkan, kita mampu membuat kejutan,” kata jurulatih skuad Harimau Muda itu pada sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebaik tamat pusingan kedua kelayakan.
“Walaupun terpaksa bertahan dengan hanya 10 pemain sepanjang 40 minit terakhir, pemain menunjukkan semangat tinggi untuk menang dan sepanjang tempoh itu juga saya tetap yakin kita mampu layak.

Yahudi Seru Robohkan Masjid Muhammad Al-Fateh

Syaikh Ikrimah Shabri, ketua pentadbiran Islam tertinggi di Jerusalem, mengutuk keras seruan dari kelompok-kelompok fanatik Yahudi untuk menghancurkan masjid Muhammad Al-Fatih di Jerusalem yang diduduki.
Dia mengatakan dalam sebuah pernyataan Selasa lalu (21/6) bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) tidak menghormati agama, sehingga tidak peduli untuk melakukan aksi membakar atau menghancurkan masjid.
Dia juga menuduh IOA bertanggung jawab atas segala kerosakan yang dilakukan terhadap tempat suci umat beragama, menunjukkan bahawa Islam menghormati semua tempat ibadah dari semua agama.
Sumber-sumber Palestin mengatakan Israel Land Fund, yang mendanai kegiatan pemukiman Yahudi fanatik telah menghasut IOA untuk menghancurkan masjid di Ras Al-Amoud yang terletak di dekat pemakaman Yahudi dengan dalih bangunan masjid tersebut ilegal.(fq/pic)