Dari manakah perkataan Monotheisme (Mono-Theis) ini diambil? Monotheisme sebenarnya berasal dari perkataan Yunani. MONO bermaksud TUNGGAL manakala *THEOS bermaksud Tuhan. Takrifan kepada Monotheis iaitu kepercayaan bahawa Tuhan itu SATU dan berkuasa penuh atas segala-galanya. Maka siapa pula yang dikatakan Yunani? Yunani adalah satu bangsa yang menduduki Athens (Yunani-Macedonia-Rom) yang menurut para pengkaji genetik, Yunani berasal dari kata Ionia, keturunan Javan bin Yafits (Japhet) bin Noh a.s. yang menduduki tepi laut di pesisir Yunani Barat sehingga ke Timur [01] di laut Mediterranian.
Untuk menjelaskan Socrates ini tidaklah semudah yang disangka kerana melibatkan kajian-kajian terdahulu dan kini, termasuk apa yang dinyatakan oleh barat sendiri terhadap mereka. Fitnah yang melanda penganut Monoteisme ini mempunyai rentetan sejarah yang panjang yang mana bukan sahaja melanda para Nabi dan Rasul a.s. tetapi para nama-nama terkenal seperti Socrates, Alexander the Great dan yang seangkatan dengan mereka.
Penjelasan kami dalam bahagian ini penting yang bukan sahaja berusaha membersihkan nama para bintang Monoteisme ini malah lebih penting lagi ialah kenyataan benar dari langit bahawa sejak dari awal Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menurunkan fahaman Monoteisme ini kepada Adam a.s., Syith hingga Idris a.s. sehingga kepada Rasul yang pertama iaitu Noh a.s.. (Menurut para ahli sejarah Islam, Adam, Syith hingga Idris a.s. hanya bertaraf Nabi bukannya Rasul kerana mereka tiada kaum, dan kerasulan bermula pada zaman Noh a.s. kerana baginda punya kaum kerabat yang ramai berbanding para nabi sebelumnya).
Pemahaman halatuju tulisan ini dengan sendirinya akan membatalkan manusia Adam terawal bermula dari zaman batu yang kononnya berubah ke zaman-zaman lain yang lebih maju kemudiannya yang dikenali oleh ilmuan Atheis Darwinisme sebagai zaman besi dan gangsa.Harun Yahya (Adnan Oktar) dengan argumen saintifiknya telah membuktikan hal ini bahawa teori Darwinisme dan para ilmuan Atheis lainnya adalah bohong dan sengaja diada-adakan untuk bertujuan memalingkan manusia "beragama" kepada pemahaman Atheis "tanpa wujud Tuhan".
Maka demikian apa yang mereka lakukan keatas para bintang Monotheisme seperti Jesus a.s. yang mereka jadikan Tuhan, Socrates (Plato dll) sebagai pagan dan Alexander the Great sebagai Homosexual dan paganisme demi mengaburi mata manusia bahawa tiada istilah Monotheisme dalam dunia ini kecuali penyembahan berhala Dewa-dewi, zina-hedonisme dan bumi tercipta dengan sendirinya.
*NOTA 1: THEOS kata asalnya dalam bahasa Yunani ialah THEOU @ Thu @ Tu yang kalau diberi imbuhan "an" akan menjadi TUHAN (dalam bahasa Nusantara) yang mana imbuhan "an" itu berfungsi sebagai perbuatan hormat atau pengagungan kepada TU. Dalam bahasa Sulug klasik TUHAN bermaksud TUAN (lelaki yang dihormati atau diagungkan). Dalam bahasa Sulug terdapat kata U-TUH (sbt. Utu') yang bermaksud "Lelaki perkasa" (Kejantanan) yang dihormati dan istilah ini turut diguna dalam bahasa Malayu @ Melayu yang juga disebut Utuh (kukuh @ teguh). Dalam bahasa Inggeris "He" merujuk kepada Lelaki atau juga keperkasaan yang mana "He" juga diguna sebagai kata ganti nama kepada TUHAN.
SHIN-TO @ TU adalah anutan animisme bangsa Jepun klasik yang mengagungkan "Kelelakian @ Kejantanan" sebagai simbol keperkasaan dan kelangsungan zuriat sehingga membawa kepada mengkultuskan "Kemaluan lelaki" yang masih wujud hingga hari ini. SHIN-TO dalam bahasa China bermaksud "Jalan Dewa-Dewi" (Way of the gods) yang kemungkinan asalnya dari perkataan Monotheis, JALAN MENUJU KEPADA TUHAN bukan kepada tuhan-tuhan @ Dewa-Dewi yang lebih kepada paganisme. Dalam kajian bahasa China samada TO @ TU atau DO sebenarnya berasal dari kata TAO [02]. Maka sebab itu bangsa China hingga hari ini mengamalkan ajaran TAOISME yang kemungkinan mempunyai pertalian rapat dengan SHINTO @ SHINTAO dan TAO-SUG di kepulauan Sulu.
Dari kajian kami kemungkinan besar ajaran TAO berasal dari kepulauan Sulu (seluruh kepulauan Filipina hari ini) kerana orang China Purba menyebut orang Sulu sebagai TAO-PO (orang kepulauan). Terbukti hingga hari ini orang-orang Sulu menamakan bangsa mereka sebagai TAO @ TAU-SUG @ TAU-PU'. Dalam bahasa Kepulauan Timur Nusantara TAU bermaksud "Orang". Sebab itu orang Bugis di Sulawesi menamakan diri mereka sebagai TAU-UGi'. Tagalog, Visaya di Filipina turut menyebut TAU @ TAO yang merujuk kepada "orang". Maka bukanlah mustahil kalau dikatakan ilmu TAOISME dan SHINTO berasal dari kepulauan Sulu. Sekiranya dikaji secara lanjut bangsa yang menggunakan nama TAO @ TU @ TO @ THEOU hanyalah dari keturunan Yafits bin Noh a.s..
Oleh kerana Socrates menentang penyembahan patung dewa-dewi (gods) maka beliau telah dituduh sebagai Anti-Dewa oleh para musuhnya sehingga beliau dihukum mati dengan meminum racun. Setelah itu dakwaan Anti-Dewa kepada Socrates nampaknya bertukar "nada" kepada Anti-Tuhan pula yang disebut sebagai Athies.
Wal hal sikap Socrates bukanlah Anti-Tuhan tetapi sebenarnya beliau adalah anti penyembahan berhala Hellenistic. Namun, kesalahfahaman generasi kemudiannya terhadap istilah Clausa Prima (PENYEBAB PERTAMA yang tidak disebabkan lagi) yang dimaksudkan Socrates menjadikan beliau digelar Atheis. Clausa Prima tidak dapat dilihat dan tidak dapat digambarkan kerana tiada yang mampu dapat menggambarkan rupa-Nya.
Keyakinan tidak menyerupakan Tuhan oleh Socrates dan mengajak generasi muda Athens menjauhi penyembahan dewa-dewi menjadikan dia dituduh sebagai Atheis (tidak meyakini tuhan-tuhan berhala). Akhirnya falsafah Socrates hingga hari ini dianggap sebagai falsafah Atheis yang kemudian ditunggangi oleh aliran anti-Agama (Freemason) seperti Darwinisme, Marxisme-Sosialisme dan lain-lain sebagai inti perjuangan mereka menghapuskan "rasa berTuhan" di muka bumi.
Wal hal sikap Socrates bukanlah Anti-Tuhan tetapi sebenarnya beliau adalah anti penyembahan berhala Hellenistic. Namun, kesalahfahaman generasi kemudiannya terhadap istilah Clausa Prima (PENYEBAB PERTAMA yang tidak disebabkan lagi) yang dimaksudkan Socrates menjadikan beliau digelar Atheis. Clausa Prima tidak dapat dilihat dan tidak dapat digambarkan kerana tiada yang mampu dapat menggambarkan rupa-Nya.
Keyakinan tidak menyerupakan Tuhan oleh Socrates dan mengajak generasi muda Athens menjauhi penyembahan dewa-dewi menjadikan dia dituduh sebagai Atheis (tidak meyakini tuhan-tuhan berhala). Akhirnya falsafah Socrates hingga hari ini dianggap sebagai falsafah Atheis yang kemudian ditunggangi oleh aliran anti-Agama (Freemason) seperti Darwinisme, Marxisme-Sosialisme dan lain-lain sebagai inti perjuangan mereka menghapuskan "rasa berTuhan" di muka bumi.
MENELANJANG KEBOHONGAN ATHEIS
Kita sangat bersyukur kepada Allah swt kerana memunculkan manusia hebat seperti Harun Yahya, Syeikh Imran N. Hosein, Syeikh Ahmad Deedat dan lainnya yang berjaya menelanjangkan kebohongan para kufar terhadap konsep beragama (Monotheisme) serta kebohongan terhadap hakikat PENCIPTAAN yang dimanipulasi oleh Atheis berabad-abad lamanya sehingga hari ini. Para Mulhid (Atheis) ini sampai kiamat berkerja keras untuk memulhidkan umat yang meyakini Keesaan Tuhan.
Harun Yahya sendiri menyatakan, betapa hebat pun pendedahan terhadap kebohongan mereka akan hakikat Tuhan dan Penciptaan namun subjek "Manusia berasal dari beruk yang terhasil dari evolusi jutaan tahun sebelum zaman batu" masih juga diajarkan di sekolah-sekolah di seluruh Turki. Ini adalah satu cabaran buat Ummah untuk sama-sama turun tangan menghancurkan DOKTRIN FASAD yang sudah mereka tanamkan beratus-ratus tahun hinggakan sebahagian para ulama' Islam sendiri terperangkap dan masih gagal membebaskan diri dari kepompong kajian-kajian Atheis ini tanpa disedari.
Sebagai contoh, seorang ulama' Islam yang paling tersohor di Nusantara tanpa tandingan pada masa hayatnya iaitu Almarhum Prof. Dr. HAMKA (semoga Allah mengampuni segala dosanya dan menempatkan beliau bersama siddiqin) dalam bukunya SEJARAH UMAT ISLAM turut menukil kajian-kajian para Atheis terhadap penemuan tulang-tulang yang dikatakan bahawa Manusia Moden berasal dari hasil Evolusi berjuta-juta tahun dahulu.
Dalam hal ini kita bersangka baik dengan Almarhum Dr. HAMKA kerana ketika beliau menyusun buku SEJARAH UMAT ISLAM pada masa hayatnya, Harun Yahya masih belum menyebarkan kajian-kajian saintifiknya ke seluruh dunia bagi menyangkal kajian-kajian para Atheis Darwinisme yang dikatakan SAINTIFIK oleh para penganutnya itu. Sudah tentu kalau Dr. HAMKA terbaca kajian-kajian Harun Yahya pasti beliau turut menyangkal teori para Atheis tersebut.
PERSAMAAN ANTARA SOCRATES DAN LUQMAN AL-HAKIM
Sejarah Monotheisme Socrates tidak akan dapat ditemui secara terus dari tulisan-tulisan barat yang pola fikir mereka sarat dengan paganisme penyembahan berhala dan Atheisme. Ia hanya dapat ditemui sekiranya diteliti tulisan asal Socrates dan menimbangnya atas neraca Monotheisme.
Dalam hal ini kita sangat bergantung kepada para pengkaji Muslim kontemporari yang ikhlas seperti Muhammad Alexander (Wisno Sasongko, dari Indonesia) yang menulis sebuah buku yang menakjubkan bertajuk Alexander Adalah Zulkarnain (cetakan PTS, 2010). Buku ini walau pun dikritik keras oleh sebahagian pengkritik amatur namun fakta yang beliau kemukakan telah menggamit perhatian dari pihak pengkaji lain kerana bagi kami metodologi kajiannya sama dengan apa yang kami gunakan dalam kajian Sejarah Sulug.
Buku ini mendedah segala-galanya termasuk pembuktian beliau secara saintifik terhadap Alexander the Great adalah benar-benar Iskandar Zulkarnain sebagaimana yang terdapat dalam Al-Qur'an Al-Karim. Dalam bab ini rujukan utama kami menggunakan tulisan Wisno Sasongko di atas dan memberi sedikit interpretasi terhadap beberapa keterangan untuk disesuaikan dengan perbahasan asal kami iaitu fitnah terhadap Monotheisme dan Kenabian.
Berkenaan dengan identiti Luqman al-Hakim terdapat hadis daripada Imam As-Suyuthi yang dilaporkan daripada Jabir r.a. bahawa Luqman itu berkulit hitam. Tetapi menurut Albani, hadis ini hadis dhaif. Ada juga yang berkata Luqman adalah daripada keturunan bani Israel. Perbezaaan pendapat berkenaan asal usul Luqman menunjukkan wujud keraguan berkenaan identiti sebenar Luqman al-Hakim. Dr. Shalah Khalidy menyatakan di dalam bukunya yang berjudul Kisah-kisah Al-Qur'an: Pelajaran daripada Orang-orang Dahulu menyatakan,
- "Kita tidak tahu adakah dia orang Habsyi, orang Arab, ataupun daripada kalangan Bani Israel. Kita juga tidak tahu nama bapanya ataupun datuknya, sebagaimana kita tidak tahu bentuk tubuhnya yang sebenarnya, sifatnya, ataupun warna kulitnya".
Di dalam tafsir Al-Misbah, Prof. Dr. Quraish As-Shihab juga turut menyatakan identiti Luqman masih diperdebatkan. Maka menurut penulis ini (i.e. Wisno) bahawa tidaklah bersalahan sekiranya Socrates dicalonkan sebagai Luqman al-Hakim berdasarkan kreterianya yang mirip dengan apa yang dinyatakan dalam Al-Qur'an Al-Karim. Sebab itu mengapa Mohammad Hattaseorang mantan wakil Presiden di Indonesia telah menyatakan tentang Socrates dalam bukunya berjudul Alam Fikiran Yunani,
- "Dari pandangan etika yang rasional itu, Socrates sampai kepada sikap hidup yang penuh rasa keagamaan. Menurut keyakinannya, menderita oleh kezaliman lebih baik daripada berbuat zalim. Sikap ini diperlihatkannya dengan perkataan dan perbuatan, iaitu dalam pembelaannya di hadapan hakim. Socrates adalah orang yang percaya kepada Tuhan. Susunan alam ini teratur menurut wujud tertentu. Itu, katanya, adalah tanda perbuatan Tuhan. Kepada Tuhan dipercayakannya segala-galanya yang tidak dapat diduga oleh otak manusia". (Alam Fikiran Yunani, 1941/1980. h. 84)
- Pada tahun 399 SM, seorang yang berfahaman Monoteisme bernama Socrates (470-399 SM) dihukum mati dengan cara menelan racun. Ini kerana Socrates menyebarkan ajaran Tuhan adalah satu, iaitu yang menjadi penyebab pertama (causa prima) yang tidak disebabkan lagi.
- Socrates dituduh menyebarkan ajaran baru dan tidak menghormati dewa-dewa Athens Yunani. Beliau juga dianggap meracuni fikiran generasi muda Athens. Dua pertuduhan dikenakan ke atas Socrates: - Beliau menidakkan dewa-dewa yang diakui oleh negara dan mengemukakan dewa baru. - Beliau menyesatkan dan merosakkan fikiran generasi muda.
- Kesimpulan penulis (i.e. Wisno Sasongko), Socrates cendekiawan dari Athens adalah Luqman al-Hakim berasaskan hakikat ajaran Socrates sama dengan ajaran Luqman, iaitu Tuhan itu satu. Bagi membuktikannya, penulis menggunakan pendekatan linguistik dan persamaan peribadi antara Luqman dan Socrates. Berdasarkan Phaedo yang ditulis Plato (360 SM), Socrates dihukum mati dengan cara menelan racun. Berdasarkan fakta ini ada kemungkinan Allah menggunakan gelaran Socrates dalam Al-Qur'an dengan 'menelan' ataupun 'luqman'.
- Secara morfologi (ilm Sharf), nama 'luqman' (akar kata 'lqmn') berbeza dengan perkataan 'laqman' daripada 'laqima' ('lqm' tanpa huruf nun), 'luqoman' (beberapa suapan), 'luqmatu' (sesuap), 'laqimun' (yang menelan). Secara fonologi (ilm ashwat), perkataan 'luqman' hampir sama bunyinya dengan 'laqman' (menelan). Jadi ada kemungkinan pada mulanya orang Arab menyebut Socrates dengan sebutan 'orang yang mati dengan menelan racun' iaitu 'laqman' (daripada perkataan 'lqm'). Kemudian dengan peredaran masa, perkataan 'laqman' menjadi 'luqman', di mana huruf 'lqm' digabungkan dengan huruf 'n' atau nun. Perkataan 'menelan' (laqman) berbeza dengan 'minum' (syariba). Perkataan 'menelan' mengandungi makna 'dipaksa makan ataupun minum sesuatu berupa cecair ataupun pepejal melalui mulut' (terjadi bukan kerana dorongan diri sendiri).
- Hingga ke saat ini, sejak zaman Nabi Musa a.s. (1281 SM) hingga zaman Nabi Muhammad SAW (632 M), sejarah belum menemukan mana-mana cendekiawan yang dihukum mati dengan menelan racun kecuali Socrates dari Athens. Socrates adalah orang yang bijaksana dan pencari hikmah. Socrates adalah cendekiawan Athens. Fakta ini selaras dengan gelaran Luqman al-Hakim atau Luqman yang bijaksana.
SOCRATES ADALAH SEORANG NABI?
Kalau sebelum ini Buddha dikatakan adalah salah seorang Nabi yang menyampaikan hikmah keluhuran budi kepada kaumnya di India Utara maka Socrates juga dikatakan sebagai Nabi yang menyampaikan hikmah keluhuran budi pula pada kaumnya di Yunani. Apakah maksud hikmah?
- Menurut Imam Al-Raghib, maksud asal "hikmah" adalah melarang (sesuatu) bagi mendapatkan kebaikan yakni melarang atau mencegah sesuatu pekerjaan dari berlaku agar dengan demikian mendapat kebaikan darinya.
Buddha selalu mendapat isyarat-isyarat ghaib berupa suruhan samada dari mimpi atau dari pengalaman beliau ketika mencapai pencerahan, maka demikian pula yang berlaku kepada Socrates. Socrates sering didatangi suara ghaib yang mengandungi hikmah. Dalam terjemahanHenry Cary, 'prophectic voice', suara itu dikatakan mengingatkan Socrates apabila beliau hendak melakukan kesalahan. Sebaliknya suara itu membiarkan Socrates apabila perbuatan Socrates mengarah kepada kebajikan. Ini adalah tanda kenabian. Socrates berkata,
- "Aku sering didatangi oleh suatu pengaruh suara Ilahi dan kerohanian tertentu,... Peristiwa ini sudah terjadi padaku sejak aku masih kanak-kanak, semacam ada suara yang hadir dan yang selalu mencegahku daripada melakukan perkara yang hendak aku lakukan, namun tidak pernah mendorongku supaya melakukan sesuatu. Suara inilah yangmencegahku daripada masuk dalam bidang politik" [03].
Selama ini para Nabi yang kita ketahui hanya daripada keturunan Semitik bangsa Arab dan Israel sahaja. Padahal dalam Al-Qur'an, Allah SWT menyatakan terdapat rasul bagi setiap umat manusia.
- "Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya." (Al-Qur'an, Surah Yunus ayat 47).
- "Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah." (Al-Qur'an, Surah Ghafir ayat 78).
Socrates telah sampai kepada kepercayaan adanya Tuhan dan Keesaan Tuhan. Beliau memerhatikan kejadian Alam dan menyimpulkan ada keseimbangan dalam alam ini. Maka berdasarkan hukum kesimbangan itu, Socrates menetapkan adanya Tuhan. Secrates berkata"Adanya keseimbangan dalam alam dan pada peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam alam menunjukkan adanya 'akal yang mengatur'. Ia tidak lalai dan tidak tidur. Akal yang mengatur itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah". Lihat: Alexander Adalah Zulkarnain, m.s. 146.
FITNAH DI MASA HAYAT SOCRATES
Socrates juga adalah seorang yang warak dan hidup miskin yang hanya menghabiskan usianya mencari hikmah (pencerahan) kepada bijak pandai yang kemudian memberi nasihat pula kepada manusia. Nasihat-nasihat kebaikan dan keluhuran budi oleh Socrates kepada kaum Yunani Athens telah dianggap "menjejaskan keselamatan negara" pula oleh pihak pembesar negara yang berkepentingan politik sehingga pelbagai fitnah pun ditimpakan kepadanya,
- "...wahai orang Athens! Banyak permusuhan yang telah muncul melawanku, dan permusuhan itu begitu menyedihkan dan menjengkelkan, sehingga mewujudkan bermacam-macam fitnah daripada mereka dan termasuk di sekitar mereka yang digelar sebagai orang 'bijaksana'; kerana orang yang hadir dari semasa ke semasa membayangkan aku (sebagai) bijaksana dalam segala persoalan, berkenaan dengan apa yang aku jelaskan mengenai ketidaktahuan yang lain.
- Sesungguhnya hanya Tuhanlah yang bijaksana, wahai orang Athens! Dan bagi perkara ini dikatakan oleh Malaikat-Nya (His Oracle): "Hikmah ilmu kebijaksanaan yang dimiliki manusia [dibandingkan ilmu Tuhan] adalah kecil bahkan tidak ada;..."
- ...oleh itu, sampai hari ini dalam khidmatku kepada Tuhan, aku masih pergi berkelana mencari dan menanyakan pelbagai hal ini [mengenai kebijaksanaan/hikmah] baik itu kepada warga kota mahupun orang asing yang aku anggap mereka bijaksana, dan ketika dia tampak olehku tidak bijaksana maka aku lebih berpihak kepada Tuhan.
- Sebagai akibat dari pekerjaan ini, aku tidak memiliki perhatian pada jawatan negara atau pun keluargaku; bahkan aku dalam ketaatanku bagi berkhidmat kepada Tuhan, aku hidup dalam kemiskinan yang luar biasa"[04].
- "Socrates bersalah kerana merosakkan generasi muda dan tidak percaya pada dewa-dewa yang diakui oleh kota [Kota Athens], tetapi, sebagai gantinya, memperkenalkan ajaran-ajaran kerohanian baru [agama baru]" [05].
SOCRATES DI HUKUM MATI
Sekiranya kita membaca sejarah hidup Socrates dan menghayati ajaran-ajaran hikmah falsafah hidupnya kita pasti mendapati bahawa Socrates telah mengorbankan seluruh hidup dan masanya semata-mata untuk Tuhan yang penuh dengan kesedihan dan penderitaan demi membetulkan akhlak anak bangsanya. Hidup yang sarat dengan bakti dan pekerti luhur untuk disebarkan dan diamalkan oleh generasi mudanya sehingga beliau dihukum meminum racun. Apa yang lebih penting ajaran Socrates yang mengajak generasi muda Athens untuk berlepas diri dari menyembah dewa-dewa dan mengekalkan diri dalam ajaran Monotheisme (Hanif).
Berikut adalah penjelasan Socrates kita diadili di hadapan hakim,
- "Aku adalah orang yang diberikan oleh Tuhan untuk kota ini, kamu semua dapat tahu daripada kenyataan ini; pada masalah ini tidak seperti manusia biasa bagi melakukannya, di mana aku mengabaikan segala keperluanku sendiri, dan dapat bertahan mengabaikan keluargaku sendiri sepanjang tahun-tahun yang berlalu, dan aku secara terus-menerus lebih memerhatikan kepentingan kamu semua, mengunjungi kamu satu persatu secara peribadi, seperti seorang bapa, ataupun saudara tua, mengajak kamu supaya memerhatikan kebajikan (virtue).
- Dan seandainya aku memperoleh keuntungan daripada pengajaranku ini, dan telah menerima bayaran bagi ajakanku ini (dakwahku ini), maka tentu ada alasan-alasan atas tindakanku; tetapi sekarang kamu lihat sendiri penuduhku, yang tanpa mempunyai rasa malu memfitnahku dalam segala hal yang tidak aku lakukan, tidak memiliki rasa malu bagi menuntutku dengan hal ini, dan bagi membawa para saksi yang membuktikan aku pernah memeras ataupun meminta penghargaan. Dan aku berfikir aku membawa bukti kuat aku membicarakan kebenaran [tidak meminta bayaran atas dakwahku ini], iaitu, kemiskinanku?"
- "Kepadaku kemudian, wahai hakim-hakimku! Dan dalam memanggil kamu semua sebagai hakim, semoga aku menyebut kamu dengan benar - sesuatu yang menakjubkan baru sahaja terjadi padaku. Hingga saat ini, suara-suara kenabian (prophetic voice) daripada Tuhan yang menjagaku dalam setiap kesempatan yang terdahulu, bahkan masih terus aktif mencegahku bagi persoalan kecil, hingga mencegahku jika aku berbuat sesuatu yang salah; tetapi sekarang sejak sesuatu telah menimpaku yang kamu sendiri lihat [iaitu pergi ke pengadilan dan dijatuhi hukuman mati],
- ...namun suara daripada Tuhan [dalam teks yunani 'theou semeion' theou = Tuhan;semeion = tanda] ini tidak mencegahku sama sekali, baik ketika aku berangkat dari rumah pagi tadi, mahupun ketika aku berdiri di sini di tempat pengadilan, ataupun dalam penyampaianku ketika aku mahu mengatakan sesuatu dalam pembelaanku; namun dalam pembicaraan yang lain, suara Tuhan itu sering menghentikanku di tengah-tengah pembicaraanku. Walau bagaimanapun, kini, suara itu tidak pernah menentangku pada waktu apa pun, pada apa yang telah aku lakukan dan aku katakan. Apa yang kemudian dapat ku berikan pada masalah ini (diamnya suara Tuhan ini)? Aku akan memberitahu kamu semua: Apa yang menimpaku ini nampaknya adalah suatu berkat kebaikan."[06]
- "Dan apa yang menimpaku ini [hukuman mati] bukan kebetulan, tetapi sudah sangat jelas bagiku sekarang yang kematian itu baik bagiku, hingga disingkirkan daripada kesusahanku. Itulah sebab mengapa tanda Ilahi itu tidak datang mencegahku."[07]
- "Crito, aku berhutang seekor ayam kepada Aesculapius, jangan lupa membayarnya kembali"[08] Crito menjawab "Hutang itu akan dibayar, adakah pesan yang lain?" Socrates membalas "Tidak ada". Tidak lama sesudah itu pelayan penjara datang membuka kain yang menutup muka Socrates. Matanya terbuka dan tidak lagi bercahaya dan Crito menutupkan mulut dan matanya."
- Plato sebagai sahabat dan murid Socrates berkata "Inilah penghabisan hidup kawan kami, yang benar-benar dapat aku sebut sebagai orang yang paling bijak, paling adil, dan terbaik antara semua orang yang aku kenal sampai sekarang."[09]
LUQMAN AL-HAKIM DALAM AL-QUR'AN
Surah Luqman ayat 12-20:
- 12. Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu). Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
- 13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:"Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
- 14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
- 15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganku sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
- 16. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala yang tersembunyi.
- 17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."
- 18. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
- 19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
- 20. Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
Notakaki:
[01] Alexander Adalah Zulkarnain, Muhammad Alexander (Wisno Sasongko), m.s. 133. Terbitan PTS (Islamika) 2010.
[02] http://en.wikipedia.org/wiki/Shinto
[03] The Apology of Socrates, Plato (360 M), terjemahan oleh Henry Cary, M.A. no. 19.
[04] Ibid, no. 9.
[05] Ibid, no. 11.
[06] Ibid, no. 31.
[07] Ibid, no. 33.
[08] Inilah tradisi orang-orang mulia termasuk para Nabi dan Rasul yang mengekalkan hubungan mulia dengan sesama manusia (hablun minannas).
[09] Phaedo or The Immortality of the Soul, Plato (360 M), terjemahan oleh Henry Cary, M.A., no.153.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan