Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, Jun 09, 2011

Anak Malaysia

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menegaskan bahawa 'Anak Malaysia' tidak boleh diterima sebagai satu etnik dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.

Kenyataan ini berhubung permohonan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy yang mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bernama Shay Adora Ram sebagai 'Anak Malaysia'.

Saya setuju benar dengan kenyataan ini. Bangsa ciptaan Allah s.w.t. yang kita tak boleh tukar suka sama suka. Kita sekadar boleh kacuk untuk menjadi bangsa yang lebih dominan. Rakyat Amerika sendiri juga adalah hasil kacukan yang makan masa ratusan tahun.

Dulu bangsa Jepun rendah dan pendek, tapi mereka telah membuat revolusi untuk menukarnya selepas kekalahan dalam perang dunia kedua dengan menukar sistem permakanan.. Kalau dulu mereka makan nasi lebih banyak daripada ikan (lauk) tapi sekarang mereka makan lauk lebih banyak daripada nasi. Tapi kekuatan revolusi ini tak mampu mengatasi dengan hasil kacukan dengan bangsa lain.

Masyarakat Melayu juga begitu, dulu orang melayu macam setara (hampir sama rupa paras dan tinggi rendah) kerana mereka kahwin antara anak beranak atau sekampung. Tapi sekarang tidak lagi yang Perlis kahwin dengan yang Johor bercamnpur baur latar belakang keturunannya.

Lihat sahaja Najib yang nak kahwinkah anaknya dengan bangsa Kazakhstan. Itu nak kuatkan bangsa Melayu pasal itu dia guna duit rakyat.

Tun Dr Mahathir juga daripada bangsa kacukan tapi dia masih anggap dia Melayu tulen dan semangat Melayunya melebihi daripada orang lain.

Tak perlulah main isu bangsa.

Nasib baik perempuan tak boleh kahwin ramai, kalau tak nanti ada ADUN perempuan yang akan kahwin dengan Melayu, Cina India, Iban, Kadazan, Murut, dll


Wah ini benar-benar ANAK MALAYSIA.. warna kulitnya pun hampir sama dengan bendera Malaysia.

http://tin-buruk.blogspot.com/"
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan