Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Januari 01, 2011

Imam Mahdi akan muncul di Asia Tenggara???

Menurut riwayat hadith yang sah, Imam Mahdi dikatakan akan muncul dari negara negara belahan sebelah timur, jadi ada kemungkinan bahawa negara Islam timur di rantau Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ini di diriwayatkan didalam hadith Rasullah SAW. iaitu:-

Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.(Ibnu Majah)

Sabda Nabi SAW:
Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.



Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”



Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al- Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali.(sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)

Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.



Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdi dari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha’if

Jadi Mengikut riwayat-riwayat yanbg sah diatas, Imam Mahdi berasal dari keturunan Sayyidina Hassan r.a. Tetapi di manakah keturunan Sayyidina Hassan r.a. masa ini berada?
Pada masa ini kita tidak tahu di mana sahaja keturunan dari Sayyidina Hassan r.a. berada. Mungkin sahaja di tanah arab dan mungkin juga di mana-mana pada masa ini. Mungkin artikel ini sangat berguna untuk kita merujuk jika benarnya suatu hari nanti tentera Imam mahdi ada yang terdiri dari rantau tanah Melayu.



Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Pontianak

Sayyid Abdul Rahman Al-Qadri ibni Sayyid Hussin ibni Sayyid Ahmad ibni Sayyid Hussein ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Salim ibni Sayyid Aqil ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Salim ibni Sayyid Ahmad ibni Sayyid Abdul Rahman ibni Sayyid Ali ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid HassanAl-Muallim ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Hassan ibni Sayyid Ali ibni Muhammad Fakeh Al-Maqdam ibni Ali ibni Muhammad Sahib Mirbath ibni ‘Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Al-Syeikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni ‘Isa Al-Rumi ibni Muhammad Al-Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni MuhammadBaqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Kelantan dan Pattani (Thailand) lama

Sultan Adiluddin ibni Nik Jamaluddin ibni Wan Abul Muzaffar ibni Sultan Abu Abdullah (Wan Bo) ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) ibni Jamaluddin Al-Husain (Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Amal Al-Faqih ibni Muhammad Syahib Mirbath ibni ‘Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Al-Syeikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni ‘Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni ‘Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW .


Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Kelantan moden

Long Baha ibni Wan Daim ibni Nik Mustapha (Po Rome) ibni Wan Abul Muzaffar ibni Sultan Abu Abdullah (Wan Bo) ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) ibni Jamaluddin al-Husain ( Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Amal Al-Faqi h ibni Muhammad Syahib Mirbath ibni ‘Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Al-Syeikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni ‘Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni ‘Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni ‘Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Champa

Sultan Abu Abdullah (Wan Bo) ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) ibni Jamaluddin Al-Husain ( Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Amal Al-Faqih ibni Muhammas Syahib Mirbath ibni ‘Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Al-Syeikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni ‘Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni ‘Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni ‘Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW .

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Maguindanao

“ Syarif Muhammad Kebungsuwan ibni Syarif Ali Zainal Abidin ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Ali ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Alawi Amal Al-Faqih ibni Sayyid Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW”.



Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Sulu

“ Sayyid Abu Bakar ibni Syarif Ali Zainal Abidin ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Ali ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Alwi ibni Sayid Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW “.

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Banten dan Cirebon

Syarif Hidayatullah ibni Abdullah (Umdatuddin) ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) ibni Jamaluddin Al-Hussein ( Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Amal Al-Faqih ibni Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW



Salasilah Tun Habib Abdul Majid, bapa kesultanan Pahang, Terengganu & Johor (serta Riau dan Selangor dari sebelah cundanya Tengku Mandak)

Tun Habib Abdul Majid ibni Maharaja Sri Diraja ibni Ali Zainal Abidin ibni Abdullah ibni Syeikh ibni Abdullah ibni Syeikh ibni Abdullah ibni Abu Bakar As-Syukran ibni Abdul Rahman As Saqaf ibni Muhammad Mauli Ad Dawilah ibni Ali ibni Alwi ibni Muhammad Faqih Al Muqaddam ibni Ali ibni Sayyid Muhammad Mirbath ibni Ali Khlaiq Khasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawiy ibni Ubaidillah ibni Ahmad al-Muhajir ibni Isa ar-Rumi ibni Muhammad an-Naqib ibni Ali al-Uraidhi ibni Jaafar Sadiq ibni Muhammad Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Sayyidina al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW
Wallahu a'lam..



Dari salasilah di atas tadi, dapatlah kita ketahui kesultanan Brunei adalah berasal dari keturunan Sayyidina Hassan r.a. Pada zaman dahulu, keturunan kesultanan Brunei ada yang merantau ke daerah-daerah lain Seperti di Sarawak, Sabah, Sambas dan juga Sulu (Selatan Filipina). Meraka memakai gelaran dari nama Pengiran dan sehingga kini, Pengiran-pengiran bukan sahaja berada di Brunei. Tetapi pengiran-pengiran juga terdapat di Sarawak, Sabah, Labuan.


Telah bersabda Rasulullah s.a.w,“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”(HR. Muslim dan Ahmad) 

1 ulasan: