Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Disember 24, 2010

Adakah Adat Pepatih punca rumah makcik nie terbiar, reput ?

Inilah dilema di Negeri Sembilan. Ada anak 7 orang semua dah berkahwin , tetapi ibu tinggal sendirian di rumah yang semakin reput. Rumah yang didirikan atas tanah Adat Perpatih hanya boleh diturunkan ke anak perempuan. Kalau anak perempuan tadi tidak ada anak perempuan pula, maka bila anak perempuan dia meninggal dunia, rumah tadi akan diwariskan ke sepupu perempuan. Berbelit-belitkan? Adakah apa yang dialami makcik di bawah ini berpunca dari Adat Perpatih? Saya pun tak pasti. Tapi kampung saya di Rembau banyak rumah tinggal.

Artikel saya sebelum ini Rembau boleh jadi daerah Hantu, perlu diselamatkan dihttp://waghih.blogspot.com/2010/10/rembau-boleh-jadi-daerah-hantu-perlu.html
************************* 
KEDIAMAN SEMAKIN REPUT  
Sinar Harian 24 Dis 2010
 
Tanjung Ipoh, Kuala Pilah  – Seorang warga emas yang tinggal di kampung Tengah Ulu di sini, hidup sendirian di rumah usang, setelah semua tujuh orang anaknya mendirikan rumah tangga.
 
Difahamkan, rumah itu sudah berusia lebih 40 tahun dan hampir separuh dinding rumah itu sudah rosak dan berlubang akibat dimakan anai-anai.
 
Awi Ahmad, 73, berkata, masalah menjadi semakin teruk apabila anai-anai itu sudah mula merebak hingga mereputkan dinding dan dia terpaksa menadah air menggunakan bekas setiap kali hujan kerana bumbung rumahnya bocor.
 
“Saya juga mengalami masalah penglihatan akibat tergelincir di atas tikar getah yang licin kerana dimasuki air hujan. Keadaan ini menyukarkan saya bergerak untuk membersihkan sarang anai-anai yang semakin besar di dinding rumah.
“Saya tidak menyalahkan anak-anak kerana tidak membantu saya. Mereka ada keluarga sendiri yang perlu ditanggung. Biarlah saya hidup susah tetapi tidak mahu melihat anak cucu mati kelaparan dan mereka berhak menerima kehidupan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di rumahnya.  
Awi, yang lebih dikenali sebagai bidan Dewi Ahmad berkata, dia ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan dan jumlah itu cukup untuk menanggung perbelanjaannya.  
Selain itu, katanya, dia memperoleh pendapatan hasil mengurut orang dan juga aktif mencari akar kayu untuk mengubati pelbagai penyakit, namun keadaan kesihatan tidak mengizinkannya ke hutan lagi.  “Pada 2009, saya ada membuat permohonan kepada pihak berkaitan untuk membaiki bumbung dan baik pulih rumah.  
“Namun, sehingga kini, saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas positif. Saya berharap proses permohonan itu dapat dipercepatkan,” katanya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan