Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Oktober 16, 2010

Zina : Fenomena Merosakkan Keturunan

Image Hosted by ImageShack.us"Bismillah walhamdulillah ... dalam tak sedar, gejala zina dan kelahiran anak luar nikah bertambah-tambah jadinya. Siang tadi, khutbah jumaat yang disampaikan oleh khatib begitu mengesankan. Saya sendiri takut ,kerana kita banyak didedahkan dan terdedah kepada simptom-simptom yang tidak sihat baik di sekeliling kita, mahupun media elektronik, majalah dsb. Unsur-unsur lucah, seks dan yang seumpama dengannya, begitu banyak dan mudah untuk diperolehi.




Kalau statistik anak luar nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan pendaftaran negara menyatakan setiap tahun jumlah anak luar nikah meningkat, maka apa lagi nak diperkatakan. Sah-sahlah gejala zina masa kini semakin dibudayakan dan sekiranya tiada usaha pembanterasan tahap maksimum, " is nothing impossible " bala Allah yang begitu dahsyat akan turun tanpa kita sangka-sangka. Nauzubillah min zalik.

Sehingga 2009 bermula tahun 2005, angka anak luar nikah mencecah 74 000 lebih . Malang sungguh nasib anak tersebut atas perbuatan ibu dan lelaki yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya ia bukan sahaja merosakkan nasab keturunan, bahkan ia boleh menganggu psikologi anak tersebut. Oleh sebab itu, banyak perkara yg perlu diambil kira. Kerana zina berlaku bukan secara tiba-tiba pada kebiasaannya. Ianya bermula dengan perkara yang dianggap sebagai kecil kemudian sampailah ia kepada kemuncak melakukan perbuatan terkutuk itu, iaitu zina. Perkara yang dianggap ringan yang saya maksudkan, antaranya ialah, bermula dengan budaya berdating, couple sesama bukan mahram....kemudian bersalaman tangan , ber-SMS, MMS, facebook, dan akhirnya semua itu mendatangkan ransangan yang akhirnya gejolak nafsu sampai kepada kemuncaknya. Gambar-gambar yang dikongsi bersama untuk dilihat rakan-rakan facebook, mestilah yang sesuai dan diyakini tidak mendatangkan fitnah. Apatah lagi gambar-gambar yang tidak menutup aurat baik perempuan mahupun lelaki.



Perkahwinan adalah jalan terbaik ..... disamping memelihara diri daripada menjebakkan diri ke lorong perzinaan. " Islam agama yang mudah "



Oleh sebab itu , semua pihak khususnya keluarga, disarankan agar tidak memberatkan urusan perkahwinan dengan perkara-perkara yang tidak menjadi suatu kewajipan. Yang sudah pasti, keturunan yang diperolehi hasil dari perkahwinan yang sah tidak mencelarukan hubungan nasab keturunan seseorang yang menjadi tonggak dan asas utama mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni



Maka kita semua mesti menutup pintu-pintu yang dapat menjerumuskan diri kepada gejala zina yang suatu masa nanti ..... fenomena zina bukanlah satu fenomena lagi, tapi ianya menjadi tabiat dan aktiviti harian yang dijadualkan tanpa sebarang sekatan bahkan di buat di jalanan. Bersama mencegah kemungkaran diri sendiri, masyarakat dan negara.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan