Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Julai 23, 2010

Bukti Cinta Allah Kepada Hambanya

Ada 2 cinta hakiki dan tidak pernah luntur iaitu cinta Allah kepada hambanya dan cinta ibu bapa terhadap anaknya. Namun keduanya memiliki nilai yang berbeza.Cinta Allah adalah cinta yg tidak terbatas hakikat dan besarnya tidak boleh disamakan dengan kasih sayang sesiapapun. Allah berfirman yang bermaksud "Rahmat(kasih sayang) meliputi segala sesuatu". Untuk memberikan gambaran kepada umat tentang kasih sayang Allah. Rasulullah mengibaratkan kalau kasih sayang Allah itu berjumlah  100, maka yang 99 disimpan dan 1 bahagian lagi dibahagi-bahagikan. Yang 1 bahagian itu boleh mencukupi seluruh keperluan makhluk. Hal ini menunjukan betapa luasnya cinta Allah

Bukti cinta Allah pertama

Bukti cinta Allah yang pertama adalah diturunkan Al-Quran. Allah swt tidak membiarkan kita kebingungan dalam menjalani hidup. Allah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk hidup, agar kita dapat meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ada tiga petunjuk penting yang diberikan Al-Quran iaitu:
  1. pertunjuk aqidah yang tersimpul dalam keimanan dan keesaan Allah dan kepercayaan akan berlakunya hari pembalasan.
  2. pertunjuk mengenai akhlak yang murni dengan jalan menerangkan norma keagamaan dan moral yang baik mengikut kehidupan peribadi dan sosial
  3. pertunjuk tentang syariat dan hukum iaitu dengan menerangkan dasar-dasar hukum hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia
Bukti cinta Allah kedua

Allah mengutuskan para Rasul secara fitrah kepada manusia kerana setiap manusia memerlukan tauladan yang boleh dijadikan panduan. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang". Allah tidak membiarkan manusia jalan bersendirian. Allah mengurniakan 'teman terbaik' yang akan menemani manusia ke jalan kebahagian, mengenalkan manusia kepada tuhannya sekaligus menjadi model manusia yang sesuai dengan kehendak Allah. Kita yang hidup tidak sezaman dengan Rasulullah dapat membuka warisannya berupa hadis dan sunnah. Didalamnya terdapat penjelasan yang terperinci tentang semua ajaran Allah. Ajaran yang berisi tentang pertunjuk menjalin hubungan dengan Allah dan dengan manusia. Didalamnya juga kita mendapat gambaran tentang peribadi mulia Rasulullah sebagai taudalan yang baik.

Bukti cinta Allah ketiga

Allah menjadikan semua yang ada dibumi dan dilangit untuk memenuhi keperluan manusia. Allah tidak mencipta alam semesta tanpa maksud. Segala potensi yang ada didalam dan permukaan bumi dihamparkan untuk mengambil manfaatnya untuk manusia. Tidak ada satu pun makhluk di alam ini bermanfaat. Allah telah mencipta alam ini dengan sangat sempurna, sehigga manusia dapat hidup didalamnya dalam keadaan nyaman.

Bukti cinta Allah keempat

Luasnya ampunan Allah, sebanyak mana pun dosa manusia, Allah pasti akan mengampunkannya, asalkan manusia itu betul-betul bertaubat. Tangan Allah terbuka setiap saat bagi orang yang mahu bertaubat. Allah akan mengampuni semua dosa manusia sekalipun dosa manusia sebesar isi bumi. Kecuali dosa mensyirikkan Allah sahaja tidak akan diampunkan.

Bukti cinta Allah kelima

Setiap makhluk diberi rezeki agar mereka dapat hidup dan beribadah kepada Allah. Tidak ada satu pun makhluk yang tidak diberi rezeki, termasuk manusia. Firman Allah yang bermaksud "Katakanlah wahai Muhamad: sesungguhnya tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakinya diantara hamba-hambanya dan menyepitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki". Setiap kita telah diberi rezeki dan yang perlu kita lakukan ikhtihar menjemput rezeki itu. Allah memberi kasih sayangnya yang tidak terbatas agar kita bersyukur dan syukur yang paling utama ialah mengabdikan diri kepada Allah dengan tidak menyekutukannya dengan apapun. Bersyukurlah dengan segala apa yang kita ada sekarang kerana kita akan menyesal jika tidak memanfaatkan dengan sebaiknya apabila Allah mengambilnya dari kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan