Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, Jun 10, 2010

kekuatan islam伊斯兰教的力量

Islam itu sebenarnya kuat

1) Umat Islam bersama-sama Solat Subuh berjemaah di Masjid. Nampak memang senang tapi sebenarnya itulah benda yang paling payah kita nak buat. Solat lain pun kita payah nak berjemaah di masjid apatah lagi Subuh. Tapi itulah keyataan yang dikatakan oleh Rasulullah. Satu cara yang kawe rasa umat Islam semuanya sembahyang Subuh berjemaah di Masjid ialah dengan bakar rumah pemuda-pemuda yang tidak berjemaah ke Masjid. Cara ini sebenarnya pernah dilakukan zaman Rasulullah dan Zaman Khulafah Ar-rashidin, tapi semua ini lenyap zaman ini. Kalau siapa berani marah atau memberontak cara ini dilaksanakan kawe peduli apa. Apa nak jadi, jadilah asalkan Solat Subuh secara Berjemaah di Masjid terlaksana.

2) Umat Islam kenalah bersatu(semua negara Islam wajib bersatu). Tapi nampaknya macam tidak menjadi kenyataan sebab negara di dunia ni sekarang semuanya Negara Bangsa(http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara_bangsa). Masing-masing bangsa membawa hala tuju yang lain(menjaga kepentingan sesuatu bangsa. Sehingga ada bangsa dalam agama Islam tertindas(seperti Palestin) Negara-arab lain tidak membantu apa-apa(kerana sudah terikat Perjanjian Damai Dengan Israel). Cara pemerintahan(kalau semua negara Islam Bersatu) yang terbaik ialah kembali kepada pemerintahan Khalifah yang berlandaskan Hukum Allah.Sekarang, cara pemerintahan negara Islam(hampir kesemuanya) mengikut cara Barat. Pelik tapi benar, setahu kawe cara pemerintahan Islamlah yang terbaik sebab semuanya datang dari Allah.

Hidup Islam Di Muka Buminya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan