Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, April 02, 2010

Belajar dari Empayar Banu Umayyah

Kerajaan Bani Ummaiyyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn); Parsi امویان (Omaviyân), Turki, Emevi) ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka memeluk Islam.
Asal nama kerajaan Bani Umaiyyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.

Pemerintahan Ummaiyyah
Rencana utama: Proses Penubuhan Kerajaan Bani Umaiyyah

Masjid Ummaiyyah antara seni bina agung Kerajaan Ummaiyyah. Di dalamnya terdapat makam Nabi Yahaya a.s.
Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketiga Islam, Saidina Uthman Affan. Pada tahun 35 Hijriah,kota Madinah yang menjadi ibu kota negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan. Akibatnya, Khalifah Uthman bin Affan dibunuh oleh pemberontak. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi khalifah yang baru.
Memandangkan pembunuh Saidina Uthman belum dihukum oleh Saidina Ali , Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun 657.Beliau tidak mengiktiraf Saidina Ali menjadi khalifah kerana Muawiyah telah menuduh Saidina Ali terlibat dalam pakatan membunuh Khalifah Uthman.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rundingan ini dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil. Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali dibunuh pada tahun 661, anak Saidina Ali iaitu Saidina Hassan telah menjadi khalifah namun baginda telah mengambil keputusan untuk memberi jawatan khalifah kepada Muawiyah sebagai khalifah seluruh empayar Islam atas harapan Muawiyah dapat menyatukan umat Islam pada masa itu kerana Saidina Hassan tidak sanggup untuk melihat perpecahan umat Islam terus berlaku dihadapan matanya.Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik.

Empayar kekuasaan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India.
Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.

Kronologi Kerajaan Bani Ummaiyyah
661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M- Penaklukan Multan.
716M- Serangan ke atas Constantinople.
717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Khalifah Ummaiyyah di Damsyik
Muawiyah I ibni Abu Sufyan, 661-680
Yazid I ibni Muawiyah, 680-683
Muawiyah II ibni Yazid, 683-684
Marwan I ibni Hakam, 684-685
Abd al-Malik ibni Marwan, 685-705
al-Walid I ibni Abd al-Malik, 705-715
Sulaiman ibni Abd al-Malik, 715-717
Umar ibni Abd al-Aziz, 717-720
Yazid II ibni Abd al-Malik, 720-724
Hisham ibni Abd al-Malik, 724-743
al-Walid II ibni Yazid II, 743-744
Yazid III ibni al-Walid, 744
Ibrahim ibni al-Walid, 744
Marwan II ibni Muhammad, 744-750

Khalifah di Cordoba
Abd ar-Rahman I, 756-788
Hisham I, 788-796
al-Hakam I, 796-822
Abd ar-Rahman II, 822-852
Muhammad I, 852-886
al-Mundhir, 886-888
Abdallah ibni Muhammad, 888-912
Abd ar-Rahman III, 912-961
Al-Hakam II, 961-976
Hisham II, 976-1008
Mohammed II, 1008-1009
Sulaiman, 1009-1010
Hisham II, menaiki takhta semula, 1010-1012
Sulaiman, menaiki takhta semula, 1012-1017
Abd ar-Rahman IV, 1021-1022
Abd ar-Rahman V, 1022-1023
Muhammad III, 1023-1024
Hisham III, 1027-1031

Sahabat Rasulullah s.a.w.
Ini adalah sebahagian daripada Sahabat Rasulullah s.a.w. daripada Bani Ummaiyyah:
Marwan ibni Al-Hakam
Muawiyah ibni Abu Sufyan
Abu Sufyan ibni Harb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan