*Keratan Akhbar Sinar Harian bertarikh 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H. Baca selanjutnya di sini.
Setelah pendedahan yang dibuat oleh ambo 4 bulan lalu berkenaan tiada salah laku & penyelewengan berlaku dalam pengurusan projek Bazar Tok Guru, hari ini Pengarah SPRM tampil untuk memberi kenyataan yang sama. (rujuk Sinar Harian bertarikh 1 Ogos). Dengan berakhirnya kemelut ini, maka peniaga-peniaga di Bazaar Tok Guru dan juga pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) masing-masing sudah boleh melupakan isu yang memalit arang terhadap nama baik Kerajaan Negeri. Dan tidak lupa, semoga Ayoh Aziz kito diberikan kesihatan untuk terus memimpin Kelate. Insya-allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan