Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Oktober 15, 2011

Arked MPKB dalam kenangan


Setelah hampir 50 tahun beroperasi, akhirnya pada 1 Julai 2011, Arked MPKB (Pasar Lama MPKB) secara rasminya melabuhkan tirai bagi memberi laluan untuk projek pembangunan semula bangunan yang berusia hampir setengah abad dek kerana terlalu uzur dan berisiko untuk terus digunakan. Sejumlah 300 peniaga-peniaga telah ditawarkan untuk berpindah ke Bazar Tok Guru dan kata sepakat akhirnya dapat dicapai setelah berlaku kemelut berpanjangan diantara pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Pemaju Sensa Timur & Persatuan Peniaga Arked MPKB. Walaubagaimanapun, Pengerusi Persatuan Arked MPKB, Ab. Salim telah pun memohon maaf di atas khilafnya yang dikatakan telah memburukkan nama baik Kerajaan Kelantan dengan dakwaan yang tidak berasas. Difahamkan hampir kesemua peniaga telah berpindah ke Bazaar Tok Guru pada minggu pertama bulan Julai 2011 dan pelbagai program bakal diadakan bagi mengadakan promosi untuk Bazaar baru ini antaranya Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan (14 – 23 Julai 2011) di tapak pembangunan Hotel Madinaturraudhah & Galeri Tamadun Islam di Dewan Jubli Perak MPKB.
Sedikit Info tentang Arked MPKB (Pasar Lama MPKB) atau dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar, ia telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kelantan, Almarhum Tuanku Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan & Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim pada 25hb Zulkaedah 1385 bersamaan dengan 17hb Mac 1966. Di bawah pasar ini terdapat hampir 50 buah gerai makan dan dibahagian atas pula mengandungi hampir 300 unit kedai yang kesemuanya telah uzur dimamah usia. Syarikat Pemaju terkenal di Kelantan, Sensa Simur Sdn. Bhd telah diberikan hak untuk membangunkan semula kawasan pasar yang dijangka bermula akhir tahun ini menjadikan ia suatu tranformasi baru yang bakal berubah wajah Bandar Kota Bharu. Terima kasih kepada Dato’ Annuar Tan Abdullah, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang bertungkus lumus menguruskan perpindahan para peniaga Arked MPKB ke Bazaar Tok Guru. Semoga para peniaga di Bazaar Tok Guru dapat berniaga dengan lebih selesa dan selamat di Bazaar yang cantik lagi menawan. :)
Arked MPKB dari Jalan Ismail
Arked MPKB dari Jalan Ismail
Arked MPKB
Arked MPKB ke arah Menara Telekomunikasi.
Arked MPKB di Jalan Temenggong.
Arked MPKB
Arked MPKB
Arked MPKB: Kini Tinggal Kenangan.
Arked MPKB
Arked MPKB: Gerai Makan Kak Pah antara gerai tersohor di dalam pasar.
Gerai Makan Mee Sup Mat Zin Champa
Arked MPKB : Selamat Jalan !
Arked MPKB : Keadaan luar dari kelaziman.
Kucing juga terpaksa berpindah :)
Dan dia juga. :)
...
Tazkirah ini diletakkan sewaktu kerajaan PAS mula dibentuk.
...
...
Plak perasmian suatu ketika dahulu.
Mengunjung untuk kali terakhir
Kebanyakan mereka telah mengosongkan kedai masing2.
Arked MPKB : Tiba masa mengucap selamat tinggal.
Arked MPKB : Sehingga berjumpa lagi di versi berlainan :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan