Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Ogos 06, 2011

Kelantan’s Mosque: Masjid Nuraini Pasir Hor…


Masjid Nuraini juga dikenali sebagai Masjid Cahaya Mataku terletak di Pasir Hor, Kubang Kerian. Ianya mengambil masa kira-kira 10-15 minit dari pusat Bandar Kota Bharu dan lokasi masjid ini agak terselindung didalam kejiranan Pasir Hor. Masjid ini boleh menampung sehingga 1200 jemaah pada satu-satu masa dan kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM2 juta. Masjid ini telah dirasmikan pada 24 October 2009, oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia, Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat and dibiayai sepenuhnya oleh Tengku Ahmad Rithauddeen, dan Masjid ini dinamakan bersempena dengan nama isterinya.
Keunikan Masjid Nuraini ini adalah ianya merupakan 100% ukiran kayu pada setiap penjuru masjid dibuat khas dari Bali, Indonesia. Ukirannya sangat indah, dan mendamaikan serta memberikan ketenangan kepada jemaah yang bersolat di masjid ini. Dinding-dinding kayu diukir dengan ayat-ayat al-Quran dan di alaskan cermin dibelakangnya menambahkan lagi keunikan masjid ini. Pada malam Jumaat, akan diadakan kuliah agama dari Ustaz Hussin bin Noor, pesara pensyarah Bahasa Arab dari Universiti Malaya. Ada kitab-kitab tertentu yang digunakan dan biasanya jemaah masjid akan bawa kitab tersebut. Kepada mereka-mereka yang lalu di sekitar Kubang Kerian atau Kota Bharu, singgah-singgahlah ke Masjid Nuraini untuk menikmatikan kekhusyukan beribadat di masjid ala Bali ini. Sama-sama kita imarahkan rumah Allah. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan