Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Jun 10, 2011

Ajaran Taoisme


Aksara CinaTao atau Dao("Laluan").
Taoisme pada asasnya adalah satu aliran pemikiran dalam falsafah Cina. Pada masa yang sama ia juga dipraktikkan sebagai satu bentuk agama dalam masyarakat Cina. Dengan itu wujud apa yang dikatakan sebagai agama dao(Bahasa Cina: Daojiao 道教), yakni taoisme dari segi agama; dan juga mazhab dao(bahasa Cina: daojia 道家) ,yakni taoisme dari segi falsafah.
Dari segi etimologi Perkataan Taosime adalah berasal dari kata akar “Tao” yang diterjemahkan dari perkataan Bahasa Cina “Dao” (道) yang erti hurufiahnya bermaksud “jalan” atau “cara”. Walaupun begitu, makna budaya perkataan "Dao" sebenarnya sangat luas, khususnya dalam bidang falsafah.
Sejarah Taoisme bermula sejak adanya kitab Dao De Jing (abad ke-3 atau 4 S.M.),yang menjadi pegangan bagi Taosime. Seterusnys Taoisme telah dimantapkan oleh Zhang Daoling (abad ke-2 masihi), dan juga Shangching dan Lingbao pada abad ke-4 masihi.

inasti Han (206S.M. - 220 Masihi)

Pada awal Dinasti Han, Laozi disembahkan sebagai Tuhan, bersama-sama dengan Huang Di. Terdapat teks “Huang-Lao” terkandung dalam Huainanzi, yang mentafsirkan ajaran Tao merupakan pedoman ke arah keabadian (termasuk ubatan, pratikal seks dan juga kaedah nafas).
Laozi menerima penghargaan dari empayar sebagai pengaji ketuhanan berjaya. Pada masa itu, Yin Yang dan Wuxing (五行) dikaji tetapi belum lagi digolongkan dalam Taoisme.
Gelaran Daojia digunakan sejak Dinasti Han. Dalam rekod sejarah Sima Qian, ia merujuk “keabadian”; sebaliknya Liu Xiang merujuk Laozi dan Zhuangzi. Daojiao merupakan gelaran pengamalan Tao sebagai agama. Pada zaman moden, kedua-dua gelaran Daojia dan Daojiao saling membawa maksud yang sama. Ulasan Dao De Jing yang terawal dikarya olehHeshang Gong (“Tuan Tebing Sungai”).

Zaman Berkerajaan Tiga (220-265)

Pusat pengajian Xuanxue termasuk Wang Bi, mengfokuskan pengajian ajaran Laozi dan Zhuangzi.

Zaman Enam Dinasti (316-589)

Ge Hong juga dikenali sebagai Baopuzi (“Pemeluk konsep kesederhaan yang kuat”) adalah aktif pada abad ke-3 dan ke-4 dan beliau membawa kesan pengaruh yang besar pada Taoisme. Pada zaman ini, terdapat banyak karya yang utama dihasilkan termasuk Shangqing (“Kesucian Tertinggi”) (365-370) dan kitab Lingbao (“Kesucian Abadi”) terdapat di Maoshan

Dinasti Tang (618-907)

Pada zaman ini, Konfucianisme dan Buddhisme merupakan dua agama yang terpengaruh. Maharaja Xuanzong (685-762) membuat ulasan atas ketiga-tiga pegangan. Kemudiannya, ketiga-tiga agama dilaksanakan secara serentak oleh kerajaan.
Maharaja Tang Gaozong menklasifikasikan Dao De Jing sebagai karya klasik (Jing, 經) dan ia perlu dibelajari semasa menduduki peperiksaan kerajaan; dengan itulah “–jing “ termuncul dalam tajuk Dao De Jing.

Dinasti Song (960-1279)

Zaman ini terdapat beberapa maharaja dimana Maharaja Huizong merupakan maharaja yang terutama dalam galakan pengamalan Taoisme. Maharaja Huizong mengumpulkan kitab-kitab ajaran Tao dan menerbitkan Daozang.
Quanzhen dan Zhengyi merupakan pusat pengajian Taoisme yang diasaskan pada zaman ini. Kedua-dua pusat pengajian merupakan antara pusat-pusat yang masih wujud sehingga sekarang.

Zaman Nasionalis (1912 – 1949)

Pada zaman inilah merupakan permulaan keruntuhan Taoisme. Guomindang menekankan sains, kemodenan dan budaya kebaratan, termasuk Agama Kristian. Mereka menyingdirkan agama-agama yang popular sebagai reaksioner serta bersifat parasit, mereka merampas kuil-kuil serta tokong-tokong dan dijadikan sebagai bangunan awam dan mengadakan kawalan ke atas aktiviti pengamalan agama.

Negara China pada Zaman Moden (1949 – kini)

Pada peringkat awal selepas penubuhan Republik Rakyat China, parti pemerintah iaitu Parti Komunis China menahan amalan beragama. Banyak infrastruktur Taoisme dimusnahkan. Ramai sami dan pendeta dihantar untuk bekerja. Ini merupakan peristiwa pada zaman Revolusi Budaya pada 1966 sehingga 1976.
Pada tahun 1982Deng Xiaoping melonggarkan kawalan ke atas pegangan agama. Ramai pemimpin Komunis sedar akan Taoisme adalah penting dalam budaya orang China, oleh itu, banyak kuil serta tokong diperbaiki dan dibuka semula.
Taoisme merupakan antara lima agama yang diakui oleh Republik Rakyat China, dimana aktiviti-aktiviti dijalankan oleh Persatuan Taoisme China.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan