Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Jun 10, 2011

Ajaran Confucius


Confucius (Bahasa Cina: Kong Fuzi, Kong Fu Tze, 孔夫子, atau Kongzi, 孔子; (551 - 479 SM)) merupakan seorang ahli fikir serta ahli falsafah sosial yang termasyhur di China.
Falsafah Confucius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai-nilai ajarannya terkenal di China, berbanding ultrakeundangan dan Taoisme, sewaktu zaman dinasti Han. Digunakan sejak masa itu sebagai faham ortodoks maharaja, fikiran Confucius telah diperkembangkan menjadi sebuah sistem falsafah yang luas dan lengkap, dan yang kini digelarkan Konfusianisme. Falsafah ini diperkenalkan kepada Eropah oleh Jesuit Matteo Ricci yang merupakan orang yang pertama untuk memberikan nama Latin kepada beliau.
Analeks merupakan sebuah koleksi ringkas mengenai siri perbincangan dengan pengikut-pengikutnya, dan disusun selepas kematian Confucius. Ia mengandungi gambaran keseluruhan ajarannya.

Kehidupan peribadi

Meninjau usia 15 ku teringin belajar; (十五向學)

Meninjau usia 30 ku terdiri teguh; (三十而立)

Meninjau usia 40 ku terhilang keraguan; (四十而不惑)

Meninjau usia 50 ku tererti takdir; (五十而知天命)

Meninjau usia 60 ku terdengar nasihat; (六十而耳順)

Meninjau usia 70 ku termampu kehendak hatiku tanpa terlewati batasan (七十而從心欲,不踰矩)
— [1]
Confucius dilahirkan di Zhou (sekarang: Wilayah Shandong) yang terletaknya di negeri Lu pada Zaman Chunqiu (春秋時代) China. Ayahandanya yang merupakan seorang komander negeri Lu meninggal dunia sewaktu Confucius berumur tiga tahun. Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidak berkaya-raya. mati ayahandanya tertinggal mereka dalam kemiskinan. Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
Confucius sanggup menjalankan pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.
Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah komplot penggulingan kuasa. Confucius mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta dahulu. Beliau mengadakan penegasan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya.
Selepas beberapa tahun, ajara$nnya serta teorinya disebarkan luas ke seluruh China oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang memanfaatkannya.
Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan. Cara pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehingga beliau dilantik menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri. Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496B.C untuk mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu.
Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan mati 3 tahun kemudiannya di Lu – 479 S.M.
Selepas beliau mati, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan satu taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong.
Walaupun Confucius telah mati tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China. Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects), dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta ajarannya yang semakin hilang.

Tokong Confucius di Malaysia

Tokong Confucius yang pertama di Malaysia terletak di sebuah sekolah yang bernama Confucius Chung Hwa School di Pulau Pinang.Sekolah ini diasaskan oleh Duta Besar Dinasti Qingke kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20. Pada masa itu, orang orang TIONG HUA di Pulau Pinang akan membawa anak-anak mereka ke tokong untuk memberi penghormatan kepada Confucius sebelum memulakan persekolahan awal mereka.
Di Melaka, sebuah bangunan yang dinamakan Bangunan Confucius juga didirikan untuk memperingati jasa Confucius dan para pengikutnya yang handal dalam bidang akademik. Setiap tahun, istiadat diadakan untuk memberi penghormatan kepada Confucius pada hari jadi Confucius iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar Cina (28 September 551 BCE).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan