Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, November 09, 2012

Tok Guru Tok Wali pun sokong PAS, mung nok lawe gapo dio?


Saya bawakan kepada anda koleksi gambar Ulama' Pondok, dan sesetengahnya dikatakan sebagai Auliya' yang berada dalam perjuangan PAS. Apa lagi alasan dan tuduhan yang anda nak lemparkan kepada PAS ???
 


Mungkin kalau saya nyatakan Tuan Guru-tuan guru seperti Tuan Guru Haji Abdul Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dr. Haron Din, anda semua boleh katakan kepada saya, "Memanglah depa ni sokong PAS, depa ulama' politik." Anda sudah terlalu skeptikal terhadap mereka dengan mudah-mudah melabel mereka dengan pelbagai gelaran yang tidak baik. Ramai golongan UMNO dan golongan yang berada dalam bidang agama sendiri menggelarkan ulama'-ulama' yang menceburkan diri dalam bidang siasah politik dengan pelbagai gelaran seperti "ulama su'", "ulama' dunia", "ulama wahabi", "ulama' syiah", "ulama khawarij", "ulama syaitan" dan bermacam-macam gelaran yang tidak elok malah amat menyakitkan hati. Semua ulama' PAS dikatakan tak betul, sesat la, menyesatkan.


Ok. Kalau anda tak boleh terima sangat ulama'-ulama' sebegini, apa hujah anda untuk menentang dan memerangi PAS andai Tok-Tok Guru Pondok, Ulama' Thurath, Ulama' Tradisional dan beberapa insan yang digelar Auliya' atau Tok Wali pun berada di dalam saff perjuangan PAS di Malaysia? Anda boleh lawan ke keilmuan, kealiman serta kewarakan insan-insan sebegini?



Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik daripada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Saidina Jibril daripada Allah ‘azza wajalla yang berfirman: Maksudnya:

“Sesiapa menghinakan waliKu, maka sesungguhnya dia telah berani memerangi Aku, bahawa Aku murka bagi pihak wali-waliKu, sebagaimana garang singa yang ganas, dan tiada berdamping kepada Aku oleh hambaKu yang mukmin seperti dia berdamping dengan Aku dengan menunaikan perkara-perkara yang difardhukan dan diwajibkan di atasnya, dan sentiasalah hamba Aku yang mukmin itu berdamping kepada Aku dengan mengerjakan perkara-perkara yang sunat sehingga Aku kasihkan dia, maka apabila Aku telah kasihkan dia, jadilah Aku baginya pendengarannya, pandangannya dan tangan (kudratnya). Jika kiranya dia berdoa kepada Aku, nescaya Aku kabulkannya, dan jika kiranya dia memohon (sesuatu) kepada Aku, nescaya Aku berikan. Aku tiada teragak-agak terhadap apa yang Aku perbuat, Aku teragak-agak pada mengambil roh hamba Aku yang mukmin yang bencikan mati.”(Ditakhrijkan oleh Ibnu Abu Ad-Dunya).

Ini insan-insan istimewa yang menyokong dan mempertahankan perjuangan PAS menegakkan Islam di Malaysia:-

Al Alim Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Hafizahullah Pondok Sik
Tokoh ulama Tauhid Melayu , seluruh pelajar pondok Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid. Sering menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dan DS Anwar Ibrahim.


Allahyarham Al Arifbillah Pak Teh Mad Isa Mahang, Mursyid Tarekat Syatariah.
Sesetengah ulama' mengiktirafnya sebagai Wali Allah.

Syeikh Hassan Bangkok. Bekas mufti Bangkok bertarekat Syaziliah.

Tuan Guru Haji Abdul Rahim b Abdul Rahman Pendang

Tuan Guru Haji Abd Hamid bin Abd Rahman Al Jarumi

Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi. Antara permintaannya yang menyentuh
hati adalah ketika beliau sedang diziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
kerana beliau sakit agar Tuan Guru Nik Aziz sudi menjadi imam bagi solat
jenazahnya nanti. Allahurabbi...warak dan tawadhuknya. T_T

Tuan Guru Haji Ahmad b Haji Muhammad Nor Kuala Nerang (Tok Teh Mad)

Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai. Antara ulama' yang lantang memberi fatwa berkenaan kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya. Dikatakan "Golongan Wahabi tidak berani berdebat secara ilmiah jika ada Haji Omar Zuhdi."
Allahyarham Tuan Guru Haji Ali. Seorang Wali Allah dan ahli PAS seumur hidup. 
Antara kisah karamahnya:-
1. Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan.
2. Sebelum hari kematiannya, beliau ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya berada di sisinya ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut. Murid-muridnya dapat melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya.
3. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Beberapa orang muridnya telah menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini.

Pasar Jembal


KOTA BHARU, 23 Mei: Pasar Kota Jembal yang dahulunya dikenali Pasar Kedai Lalat akhirnya berjaya dibina setelah ianya dirancang sejak tahun 1990-an.
Dengan kos peruntukan keseluruhan termasuk pembelian tanah, Pasar Kota Jembal yang penuh lagenda itu bernilai RM3.2 juta, kesemua peniaga seramai 423 orang dapat berniaga dengan selesa.
pasar kota jembal
Bersesuaian dengan keturunan Raja Jembal, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk merasmikan pasar yang bakal menjadi tarikan pelancong itu.
Dengan diiringi 22 orang hulubalang simbolik pentadbiran kerajaan Kelantan ditadbir oleh seorang ulama sejak 22 tahun lalu, Tuan Guru menaiki kereta kuda bermula dari kediamannya di Pulau Melaka.
Pasar ini mula dibina pada 2 Disember 2010 dan ianya siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Pasar Kota Jembal penuh dengan sejarah

Ianya bukan hanya sebuah pasar, sebaliknya pembinaan sebuah tempat perniagaan di kawasan yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri sejak sekian lama khususnya sejak kegemilangan Raja Jembal.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu mendedahkan pasar berkenaan sebelum ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Sambungnya, di kawasan berkenaan diduduki oleh golongan ulama dan di situ juga tempat peniaga yang masyhur ketika itu antaranya kedai Cik Timah Nasi Dagang.
“Di sini juga terkumpulnya pengusaha mencari etak, udang yang merupakan kerja utama masyarakat di sini ketika itu,” ujarnya.
Sementara itu, Adun Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, berkata pasar berkenaan bakal menjadi tarikan pelancong.
Katanya, ini kerana pelancong luar termasuk dari negara barat telah datang ke pasar berkenaan untuk meninjau keunikkannya walaupun ianya belum dirasmikan lagi.
“Apa yang penting, saya cadangkan pihak bertanggungjawab perlu menyediakan sejarah Kota Jembal yang ada kaitan dengan Raja Jembal sebelum ini untuk didedahkan kepada umum.
“Saya yakin, sekiranya sejarah Kota Jembal diletakkan dalam satu galeri di sini, ianya akan dapat membantu masyarakat di negeri ini, jika tidak sejarah itu akan hilang begitu sahaja,” ujarnya.
Turut berucap pada majlis itu, Yang Dipertua MPKB_BRI, Fauzi Mat.
Turut hadir, isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anggota exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Wan Ubaidah Omar serta lain-lain pimpinan.
Walaupun pasar ini baru dirasmikan hari ini, namun ianya telah beroperasi sejak 24 Januari lalu. -harakahdaily

Maghi pakat serbu Kemudi Timur


Mohd Amir Sham Ramli
Pelbagai barangan elektrik yang menjadi pilihan ramai boleh didapati di Kemudi Timur.
KOTA BHARU-Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd (Kemudi Timur) sebuah syarikat jualan barangan elektrik terbesar di negeri ini mengembangkan sayap perniagaan dengan mewujudkan Samsung Digital Centre (SDC) yang kini beroperasi di Wisma Che Minah di Kubang Kerian.
Pengurus Besar, Mohd Amir Sham Ramli berkata, pembukaan premis tersebut berikutan sambutan yang menggalakkan dan juga kepercayaan dalam kalangan pengguna terhadap  kualiti produk dijual oleh syarikat.
Menurutnya,  bagi memenuhi permintaan pasaran semakin tinggi terhadap produk digital dan juga telefon pintar yang menjadi pilihan ramai , SDC iaitu kedai yang dimiliki 100 peratus oleh syarikat Kemudi Timur mewujudkan pusat berkenaan.
“Di sini, kami menawarkan pelbagai barangan termasuk produk digital keluaran terkini yang menjadi ‘kegilaan’ orang ramai dengan harga promosi yang pasti memberi kepuasan kepada para pengunjung,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya semalam.
Katanya, sebelum ini kedai Kemudi Timur berada di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan kini berpindah di Wisma Che Minah berdepan KFC Kubang Kerian.
“Oleh itu, orang ramai jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi cawangan di Kubang Kerian untuk mendapatkan pelbagai barangan tulen yang akan melengkapkan keperluan kehidupan keluarga anda termasuk kedai-kedai lain,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Amir Shah berkata, bagi memenuhi permintaan ramai, pihaknya  membuka cawangan baru di Jerteh yang dijangka beroperasi Disember ini dan satu lagi berhampiran Balai Polis Pasir Puteh diharap dapat berurus niaga awal tahun hadapan.
“Menerusi pembukaan cawangan terbaru ini ia akan memudahkan orang ramai untuk mendapatkan produk yang ditawarkan oleh syarikat kami di lokasi-lokasi berhampiran,” katanya.
Mohd Amir juga berterima kasih dengan sokongan daripada orang ramai yang membeli barangan di Kemudi Timur dan mengharapkan  kepercayaan daripada semua pihak ini bersama-sama membantu perniagaan barangan elektrik.
Selain memberi tumpuan kepada keuntungan jualan, pihak Kemudi Timur juga bercadang menjalankan perniagaan secara francais yang akan memberi peluang pekerjaan kepada golongan bumiputera menceburi bidang perniagaan tersebut.
Syarikat Kemudi Timur Enterprise ditubuhkan pada tahun 1997 dan diasaskan oleh Shabki Abdullah yang mulanya hanya bekerja sebagai jurujual barangan elektrik.
Dengan bermodalkan RM50,000 beliau mengambil alih perniagaan di tempat kerjanya di Taman Greenwood, Jalan Batu Cave Selangor dengan berstatus pemilik tunggal yang menjual semua jenis barangan elektrik dan elektronik.
Pada tahun 1999 Shabki mengambil keputusan membuka cawangan di negeri kelahiran beliau di Kota Baharu dan tahun 2002 Kemudi Timur Elektronik Sdn Bhd ditubuhkan dengan pemegang saham 100 peratus  milik bumiputera.
Sehingga kini terdapat 12 cawangan di Kelantan dan satu di Selangor dengan 120 kakitangan yang beribu pejabat di Jalan Sultan Yahya Petra.

Sabtu, November 03, 2012

Rakyat teruja memasuki Istana Negeri Kubang Kerian

Rakyat teruja masuki Istana Negeri

Siti Nor Afeeqah (kanan) bersama rakan-rakan kagum melihat replika rumah Rasulullah yang dibawa ke Ekspo Maik 2012.


KOTA BHARU- Penganjuran Ekspo Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang menjadikan Istana Negeri, Kubang Kerian sebagai lokasi ternyata dinanti-nantikan rakyat negeri ini.

Seorang pengunjung, Siti Nor Afeeqah Md Azhar, 20, berkata, dia mungkin tidak berpeluang menjejak kaki ke istana jika bukan kerana Ekspo Maik yang diadakan di lokasi itu.

“Memang teruja. Saya tidak pernah masuk ke istana, dan peluang ini saya gunakan sebaiknya,” katanya ketika ditemui semasa melawat gerai pameran di Dewan Jubli Perak istana itu, di sini, semalam.

Mengulas mengenai pameran kesenian Islam yang diadakan yang menjadi sebahagian pengisian ekspo itu, Siti Nor Afeeqah berkata, dia mengharapkan program seperti itu diteruskan pada masa akan datang.

Seorang lagi pengunjung, Zakaria Mamat, 50, dia sanggup datang dari Machang semata-mata untuk melihat dengan lebih dekat artifak-artifak seperti rumah dan pedang Rasulullah dan para sahabat selain menjejak kaki ke istana.

Menurutnya, kunjungan itu adalah pertama baginya dan keterujaan lebih terserlah apabila diadakan di istana yang menjadi impian sebahagian rakyat untuk melihatnya secara lebih dekat.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan membuka pintu Istana Negeri, Kubang Kerian kepada seluruh rakyat bagi memeriahkan Ekspo Maik 2012 yang berlangsung di pekarangan istana selama 35 hari bermula kelmarin hingga 6 Disember depan.

Ekspo sempena sambutan 100 tahun penubuhan Maik dengan tema “Seabad Mendaulatkan Islam” itu dijangka menarik perhatian 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti program bersama personaliti TV Al-Hijrah, konsert Mahabbah, pelancaran program Ikhwan Maik, demonstrasi penulisan khat, ceramah motivasi remaja, program bual bicara bersama tokoh agama dan demonstrasi masakan oleh chef terkenal negara.

Pintu gerbang moden di bukit bunga



CIQ Bukit Bunga pintu gerbang moden
CIQ Bukit Bunga yang lebih moden dan kondusif sedia perkhidmatan cekap dan selesa.
JELI – Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) Bukit Bunga merupakan pintu gerbang moden untuk rakyat dua negara dalam membangunkan sosio ekonomi setempat.

Penduduk, Zahari Jaafar, 53, berkata, CIQ mula beroperasi awal tahun lalu itu memberi banyak kemudahan dan keselesaan buat penduduk di dua negara berjiran, khususnya di kawasan Buketa, Selatan Thai dan Bukit Bunga.

Menurutnya, dahulu, orang ramai perlu naiki perahu tambang untuk ke seberang, sehingga sanggup bahayakan keselamatan kerana tiada laluan lain lebih cepat.

“Kini penduduk tempatan boleh menarik nafas lega kerana mampu berulang alik dengan lebih mudah bagi menjalankan aktiviti harian seperti berniaga.

“CIQ ini lebih besar serta selesa, perkhidmatan juga lebih cekap jadi kita tidak perlu beratur atau bersesak-sesak ketika waktu puncak,” katanya.
Tambahnya, pintu gerbang moden itu juga mempengaruhi pembangunan pesat sosioekonomi masyarakat setempat yang bergantung kepada aktiviti perniagaan.

Zahari berkata, malah ada yang menjadikan laluan setiap hari kerana masih mempunyai saudara mara yang menetap di Buketa.

“Memang banyak manfaat penduduk dapat, berbanding dahulu rakyat kena bersyukur dengan kemudahan yang diusahakan untuk mereka,” katanya.

sumber

Jumaat, November 02, 2012

Projek Lembah Sireh-kelantan dapat 46 juta


(Sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan)

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah memperolehi pulangan sejumlah RM46 juta dari projek Pembangunan Lembah Sireh yang mula beroperasi 2007.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, berkata pulangan itu termasuk RM3 juta untuk projek kos rendah dan bantuan kepada petani di Lembah Sireh.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas selepas mesyuarat exco, di Bilik Mesyuarat MMK, di Kota Darulnaim, di sini baru-baru ini.

Sidang media itu khusus untuk menjawab tomahan pihak tertentu terhadap kelewatan projek pembangunan Lembah Sireh sehingga membuat laporan SPRM.

Katanya,  peruntukkan itu tidak termasuk yang diperolehi oleh MPKB setiap bulan yang dianggarkan RM906,000 setahun untuk bayaran cukai pintu.

“Walaupun projek ini belum lagi berjaya sepenuhnya namun imbuhan telah diperolehi kerajaan negeri bukan sahaja modal tidak pernah dikeluarkan untuk projek pembangunan ini,”ujarnya.

Katanya lagi projek pembangunan Lembah Sireh dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama pihak swasta, malah kerajaan negeri tidak mengeluarkan wang walau satu sen pun untuk pembangunan itu.

Bagaimanapun kerajaan negeri menyediakan tanah dalam bentuk pajakan seluas 717 ekar dari 1,000 ekar mengikut perjanjian asal bagi memperolehi beberapa pulangan dalam bentuk seperti masjid, stadium tertutup seperti perjanjian pada tahun 2003.

“Apabila hanya sejumlah 717 ekar sahaja diperuntukkan, pulangan pada kerajaan negeri tidak akan diperolehi sebagaimana yang dijanjikan.

“Kerana kekurangan itu, terutama disebelah Zon B, iaitu dari Istana Kota Lama ke Kampung Cina, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah 150 ekar kepada syarikat terbabit,”ujar Ahmad (gambar).

Bagaimanapun,  kerana projek tebatan banjir  seluas 100 ekar tanah di situ pula tidak dapat dilaksanakan projek pembangunan mengikut yang dirancangkan.

Ahmad seterusnya memberitahu, kelulusan projek pembangunan EIA pula diluluskan pada tahun 2006 dan seterusnya mendapat kelulusan pula dari pihak MPKB.

Kerana itu, menurutnya pada tahun 2007 Pasaraya Tesco mula didirikan.

“Lagipun kerajaan negeri mempunyai masa yang panjang lagi untuk menyiapkan projek itu yang bermula pada tahun 2007 hingga 2019,”ujarnya.

Ahmad seterusnya memberitahu, selain kerajaan negeri tidak mengeluarkan wang, pada masa yang sama kerajaan negeri telah berjaya menyelamatkan wang sejumlah RM500 hingga RM600 juta untuk kos tebatan banjir sebenar di situ.

Katanya, kebiasaannya kos untuk 2 kilometer sebanyak RM262 juta peruntukkan yang diperlukan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, bagaimanapun beranggapan laporan Ombak ke SPRM supaya menyiasat kelewatan pembinaan itu perkara biasa dan kerajaan negeri mengalu-alukannya.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri berharap semua urusan siasatan perlu diserahkan pada SPRM sendiri dan tidak perlu dicampuri oleh pihak luar.

Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh SPRM tanpa sebarang kenyataan tidak puas hati sehingga menganggap badan itu berat sebalah dan sebagainya.

Beliau turut mendedahkan empat perkara yang disyorkan oleh SPRM kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri berhubung projek itu,  membuat penilaian terhadap sumbangan syarikat yang bekerjasama dengan kerajaan negeri dan penilaiannya hendaklah berdasarkan nilaian tanah semasa dan kemudahan yang disediakan.

Keduanya, kata Takiyuddin lagi setiap projek usahasama perlu dikaji dengan teliti oleh pakar dan agensi kerajaan negeri dilantik untuk mengurus dan memantau dan perlaksanaan projek.

“Pihak UPEN perlu mengambil tindakan segera untuk memastikan syarikat menyerahkan bon jaminan pelaksanaan sebagaimana dalam perjanjian.

“Ketiganya kerajaan negeri perlu meneliti setiap terma dalam perjanjian usahasama dengan terperinci supaya kepentingan kerajaan negeri dan rakyat terjamin,”ujarnya lagi.

Sambungnya, kaedah yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam setiap projek pembangunan adalah saluran biasa mengikut undang-undang.

Sambungnya, mendakwa kegagalan projek itu suatu penyelewengan adalah suatu perkara yang tidak betul.

Malah, katanya tiada penyelewengan dalam projek Lembah Sireh ini seperti yang dihebohkan oleh pihak tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu.

Takiyuddin seterusnya memberitahu, jumlah keseluruhan projek yang dipersetujui untuk projek pembangunan 716.8 ekar, bagaimanapun syarikat hanya menebusguna tanah berkenaan sebanyak 230 ekar.

“Sehingga kini hanya lima peratus sahaja projek pembangunan telah dilaksanakan dikeluasan terbabit yang diberi milik melalui pajakan,”ujarnya.

Naiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu


Pelan Pembesaran Lapangan Terbang KB
Landasan panjang semasa KB Airport
Kota Bharu airport akan dinaik taraf untuk menampung kod 4C penuh operasi pesawat. Kerja-kerja utama akan termasuk menaik taraf infrastruktur di airside. Kerja di atas lanjutan landasan akan bermula pada Oktober ke-3 2010. Semua kerja dijangka siap menjelang September 2011. Apabila siap, panjang landasan akan menjadi 2400 meter (2.4 kilometer). Ini adalah cadangan pembangunan.
Daripada AIC Malaysia:
 MAKLUMAT PENERBANGAN WILAYAH KUALA LUMPUR 
Kota Bharu / SULTAN ISMAIL PETRA AIRPORT 
PENAIKTARAFAN Lapangan Terbang Kota Bharu
1. PENGENALAN 
1.1 Lapangan Terbang Kota Bharu akan dinaik taraf untuk menampung operasi pesawat Kod 4C penuh. Kerja-kerja utama termasuk menaik taraf infrastruktur di airside. Semua kerja-kerja yang dijadualkan 
siap pada September 2011.
2. TUJUAN 
2.1 Tujuan Pekeliling ini Maklumat Penerbangan (AIC) adalah untuk menyediakan maklumat terlebih dahulu dan nasihat mengenai skop kerja-kerja yang berkaitan dengan Lapangan Terbang Kota Bharu menaik taraf program. AIC ini akan diikuti oleh beberapa Tambahan AIP yang akan memberikan butir-butir kerja-kerja menaik taraf, pengenalan kemudahan baru dan semakan kepada prosedur yang sedia ada.
3. PERGERAKAN PESAWAT KAWASAN DAN KEMUDAHAN SAMPINGAN 
3.1 Panjang landasan sedia ada 1981m x 45m akan diperluaskan dari Landasan Ambang 28 sebanyak 491 meter. Apabila siap panjang landasan akan menjadi 2400m x 45m. Landasan Akhir Keselamatan Kawasan (RESA) 90m x 90m disediakan di landasan kedua-duanya berakhir.
3.2 taxiway selari separa baru akan diperkenalkan untuk menyambung Apron Parking Ambang Runway 28 dan, dalam usaha untuk meningkatkan pergerakan pesawat, taxiway menghubungkan akan disediakan pada 2000 meter dari Ambang Runway 10.
3.3 VDGS yang sedia ada di Bay 1, 2 dan 3 akan disusun semula untuk memenuhi keperluan jarak pemisahan Kod C pesawat.
3.4 Satu apron baru untuk operasi helikopter akan disediakan.
3.5 Stesen kajicuaca yang sedia ada akan dipindahkan ke tapak baru.
3.6 Airport saliran sistem, pagar keselamatan dan airside jalan perimeter bagi kawasan dilanjutkan akan disediakan.
4. PELAYARAN AIDS DAN VISUAL AIDS
4.1 Aerodrome baru Ground Lampu (AGL) akan disediakan untuk landasan panjang, taxiway baru selari dan menghubungkan taxiway.
4.2 Pendekatan Mudah Sistem Lampu untuk Runway 28 akan dipindahkan pada kedudukan baru untuk landasan panjang.
PAPI 4.3 untuk Runway 28 akan dipindahkan ke kedudukan yang baru. Lampu ambang Baru dan tanda-tanda untuk Runway 28 juga akan disediakan.
4.4 Localizer ILS sedia ada akan dipindahkan pada kedudukan baru untuk landasan panjang. Detail downtime Localizer ILS akan disiarkan dalam Tambahan AIP.
5. STRUKTUR DAN PROSEDUR ruang udara
5.1 menaik taraf Lapangan Terbang Kota Bharu menggabungkan semakan prosedur sedia ada ruang udara, ketibaan dan berlepas selaras dengan landasan panjang. SIDS dan 
Bintang akan diperkenalkan untuk meningkatkan aliran trafik. Bukan ketepatan pendekatan dan prosedur pendaratan akan disediakan termasuk prosedur RNAV. Laluan udara akan diselaraskan dengan carta yang berkaitan disemak.
DATO 'Azharuddin Abdul Rahman. 
Ketua Pengarah 
Jabatan Penerbangan Awam 
Malaysia.

Ahad, Oktober 28, 2012

Dabong menerajui perubahan, membangun bersama islam dibawah kepemimpinan ulama


KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.


Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.

Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).

Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan dibangunkan tidak lama lagi.

Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan.

Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.

“Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya agak terhad.

“Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri Stong,” katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian pejabat baru KPK.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.

Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.

“Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.

“Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat,” katanya.

Bandar Baru Chiku membawa rahmat ke kawasan pendalaman


bandar chiku
Peneroka Felda merebut peluang berniaga walaupun dengan hanya membina gerai di tepi jalan masuk ke Bandar Chiku.
GUA MUSANG - Sebuah bandar baru yang dikenali Bandar Chiku dikatakan membawa rahmat kepada  peneroka Tanah Rancangan Felda Chiku 3, dekat di sini, berikutan menyediakan pelbagai projek pembangunan dan kemudahan untuk mereka.

Malah, peneroka berpeluang menjalankan perniagaan, sama ada di bangunan yang dibina sendiri atau gerai kecil yang dibina di sepanjang jalan masuk ke bandar terbabit.

Peneroka, Zulkifli Yaacob, 58, berkata, jika dulu peneroka terpaksa pergi ke Bandar Gua Musang yang terletak hampir 50 Kilometer dari rumah untuk membeli pelbagai barang keperluan, kini mereka boleh membeli-belah di Bandar Chiku.

"Adanya Bandar Baru Chiku  memudahkan saya membeli barang keperluan.

"Selain mempunyai banyak  kemudahan di Bandar Chiku kami juga dapat berniaga, sekali gus  menambahkan pendapatan keluarga tanpa bergantung sepenuhnya dengan hasil ladang,”katanya.

Sementara Alwi Yusoff, 57, berkata, sejak kebelakangan ini orang luar juga berniaga di bandar itu.

"Kebanyakan peneroka yang pada mulanya hanya membuka gerai kecil, kini melangkah lebih maju dengan membina bangunan kedai bagi memperbesarkan perniagaannya.

“Kita sama-sama bersyukur di atas kewujudan Bandar Chiku yang memberi faedah bukan sahaja kepada peneroka, juga kepada generasi kedua Felda yang mempunyai wawasan dalam perniagaan,” katanya.

Ahad, September 16, 2012

PEMBUNUHAN TAK DIREKODKAN SEJARAH



Segenting Kra menghala kebawah dinamakan sebagai the Malay states. Peta ini dipetik dari buku,”Through the Buffer State,A Record Of Recent Travel Through Borneo, Siam and cambodia by Surgeon Major MacGregor, MD, Indian Medical Service,Published by FV White, London,1896.

Peta wilayah Nagara Kedah sebelum tahun 1821 dahulu.
Mangsa-mangsa pembunuhan tentera Kerajaan Raja Rama II Chakri Sokho Thai yang menjajah negeri Siam.
1) Pembunuhan Raja Ranong, Paduka Seri Sultan Tunku Anjang Johan ibni Sultan Mukammad Jiwa Nai Nal Adilin. Makam baginda terletak diPulau Eduan, Myanmar bersama Makam Laksamana Tok Wahab.
Salasilah Kedah dalam Royal Ark yang ditutup bukti, ditulis seperti berikut:
-H.H. Tunku Anjang ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-’Adilan Mu’azzam Shah, Tunku Sri Maharaja di-Raja Segara, of Laut (s/o Che’ Puan). Granted Tongkah, Trang, Kupa and Rundung (Ranong lah !!). Settled in Padang, in Pariaman, Sumatra .
a)Kalau Trang dalam wilayah Siam, kenapa pula dia perlu pergi ke Padang di Sumatera?
b)‘son of che puan’ yang dimaksudkan ialah Nang Che Puan, bergelar Phumintharaja sewaktu memerentah sebagai Raja Perempuan Ayuthia.

Majid Laem Nao di Ranong untuk segelintir umat Islam yang masih berada disana.
2) Pembunuhan Raja Satun, Paduka Seri Sultan Tunku Bisnu dan putranya,Ku Meh. Baginda berdua telah di tangkap di Istana Wang Mai Pekan Satun lalu di campak dalam laut hidup-hidup berdekatan Pulau Pho Kheag (Phukhet).
3) Pembunuhan Sultan Langkat Samudera Pasai yang di gelar Tok Pasai. Makam baginda Tok Pasai terletak di Jeti Kuala Kedah.
4) Pembunuhan Raja Legeh (Yala) Paduka Seri Sultan Tunku Long Taha ibni Tunku Long Putera. Makam baginda terletak di Kota Serjanna, Alor Ganu daerah Kubang Pasu Kedah. Ayahanda baginda, Tengku Long Putera Laksemana Datu turut juga dibunuh. Lihat gambar makam dibawah.
Salasilah Kedah dalam Royal Ark tertulis seperti berikut:
-Y.A.M. Tunku Long Putra Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-’Adilan Mu’azzam Shah (s/o Che’ Puan). Granted Tanah in fief, but later settled in Jambi, in Sumatra .
a)Kenapa harus baginda ke Jambi sedangkan negeri Legeh adalah negeri Kelantan hari ini dan istananya hanya terletak di Kok Lanas sahaja.
5) Pembunuhan Raja Bang Nara Narathiwat, Paduka Seri Sultan Tunku Nong Chik Makam di Kota Serjanna, Alor Ganu Daerah Kubang Pasu, Kedah.
6) Pembunuhan Tunku Ahmad Parsi (dan isteri) ibni Sultan Tunku Nong Chik dari Bangnara Narathiwat di Kota Naga Daerah Kubang Pasu Kedah Makam.
7) Pembunuhan Raja Surattani, Koya Fai Megat Iskandar ibni Syarif Yang Di Pertuan. Makam baginda terletak di dalam Kota Meang Kuang, Mukim Wang Tepus, Daerah Kubang Pasu, Kedah.
8) Pembunuhan Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Raja Maha Besar Benua Siam Kedah di dalam Istana Ayut’ia Kota Meang Kuang, Mukim Wang Tepus Daerah Kubang Pasu Kedah. Makam baginda terletak di Makam Di Raja Siam Islam, Kampung Tualang, Mukim Tualang. Kedah.
9) Pembunuhan Raja LegorKoya Ngah Megat Terawis di dalam Istana Kota Meang Kuang Mukim Wang Tepus Kedah. Baginda dimakamkan di Makam Di Raja Siam Islam, Kampung Tualang Mukim Tualang, Kedah.
10) Pembunuhan Pemaisuri Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Makam ‘Keramat Tok Jame’ atau Permaisuri Tengku Suria Marin. Baginda adalah Puteri kepada Sultan Langkat Samudera Pasai. Makam baginda permaisuri terletak di Kampung Padang, Alor Rambai Kota Meang Kuang, Kedah.
Salasilah Langkat dalam Royal Ark, tercatat seperti berikut:
17xx – 17xx Y.A.M. Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar, Raja of Langkat. He had issue four sons:
1) Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat – see below.
2) Y.M. Raja Wan Jabar. Wakil of Selesai. He had issue:
a) Y.M. Sutan Muhammad Shaikh. Wakil of Satabat.
3) Y.M. Raja Shahdan. Wakil of Pungai.
4) Y.M. Raja Indra Bongsu. Wakil of Kota Dalam. m. several wives, including a daughter of the Orang-Kaya Asim, of Pangalan Bulu. He had issue, five sons and several daughters, including:
a) Y.M. Tengku Wan Johor (half-brother of Sultan Ahmad). m. (first) (div.) Y.M. Raja Wan Perak, daughter of H.H. Sultan ‘Amal ud-din I Panglima Mangedar ‘Alam Shah ibni al-Marhum Tengku Panglima Gandar Wahid, Sultan of Deli.
b) Y.A.M. Raja Ahmad ibni al-Marhum Raja Indra Bongsu, Raja of Langkat (s/o the Pangalan Bulu lady) – see below.
c) Y.M. Tengku Wan Supan (half-brother of Sultan Ahmad).
d) Y.M. Tengku Wan Shah (half-brother of Sultan Ahmad).
e) Y.M. Tengku Wan Desan (half-brother of Sultan Ahmad).
a) Y.M. Raja Wan Chandradevi. m. (div.) Y.A.M. Raja Nobat Shah ibni al-Marhum Raja Hitam, Raja Kejuruan Jipura Bilan Jentera Malai , son of Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat – see below.
5) Y.M. Tengku Marim. 
6) Y.M. Tengku Pandei, of Kejuruan Tindal.
………………………………………………………
11) Pembunuhan Raja Tenasirim Makam Koya Nai Cau Abu Megat Manja diKampung Kubang Lintah langgar, Kedah.
12) Pembunuhan Putera Raja Jammu PataniRadin Megat Tam Tunggal. Makam baginda terletak di Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah.
13) Pembunuhan Raja Jammu Patani Makam di Kampung Pagar Air Mukim Limbong, Kedah.
14) Pembunuhan Laksemana Dato’ Derga Makam di Kampung Pagar Air Mukim Limbong, Kedah.
15) Pembunuhan Laksemana Dato’ Maha Raja Lela, Kedah dan makamnya di Kampung Pagar Air, Kedah.
16) Pembunuhan Dato’ Khazi Shiekh Abdul Khadir . Makamnya di Kota Meang Kuang, Kedah.
17) Pembunuhan Mahsuri, isteri Wan Darus cucu kepada Paduka Seri Sultan Bisnu, Raja Satun di Pulau Langkawi (Setelah dibunuh, mereka pun menulis cerita Mahsuri. Hairan ye, kenapa waris Mahsuri melarikan diri ke Phuket, sedangkan mereka boleh terus menetap di Pulau Langkawi, melawati dan menjaga makam dsbnya. Sebenarnya, tentera Burma yang menyerang Langkawi bukannya tentera thai yang menjajah siam. Mereka ini seagama dan telah pun berpakat dan membentuk perikatan. Phuket masih lagi dibawah Wilayah Kedah ketika itu menanti serangan thai dari siam Bangkok. Maksud Pho-kheag ialah ‘bapa Islam’(kadang-kadang dieja ‘kheak’). dimana Rajanya beragama Islam.Ini juga adalah taktik ‘ethnic cleansing’ yang menjadi amalan ketika itu menyebabkan mereka takut dan melarikan diri dari Pulau Lagenda itu).

Masjid Koh Kaew di Phuket hari ini.
18) Pembunuhan Raja Riau Manila, Koya Ali @ Paduka Seri Sultan Tunku Ali Mindanau Ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putera, Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah. Makam baginda di Kampung Kubang Besar, Mukim Tualang, Kedah.
19) Pembunuhan Puteri Tunku Dayang Ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putra, Perdana Menteri Benua Siam Kedah dan suaminya, Radin Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal. Baginda adalah cucu kepada Paduka Seri Sultan Idris Jammu Patani. Makam baginda terletak di Kampung Pulau Keramat, Mukim Lesong, Kedah.
20) Pembunuhan Raja Jammu Patani, Paduka Seri Sultan Idris Ibni Sultan Salahuddin dari keturunan Pateh Siam Baginda adalah putera kepada Paduka Seri Sultan Madzafar Syah, Raja Jammu Patani dan juga Permaisurinya Puteri Majapahit. Baginda dimakamkan di Makam di Raja Patani, Kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang, Kedah.
21) Pembunuhan Raja Perlis (Kayang) yang pertama Nai Ta @ Syed Mohammad Hatta Ibni Sultan Kemboja Pho Chan Mudzafar Syah III. Makam baginda berada di Alor Keladi Langgar, Mukim Langgar Kedah.
22) Pembunuhan Raja Chang Mai, Koya Shuib @ Megat Shuib. Makam baginda terletak di Kampung Alor Raja, Langgar Kedah.
Kebanyakkan mereka kembali untuk majlis perkahwinan dan serangan besar sememangnya berlaku di Kota Kuala Kedah sewaktu sambutan perkahwinan anak pembesar Kedah ketika itu. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah kononnya berada di Kuala Muda meyaksikan rakyat mengorek terusan padahal dia sudah mengetahui serangan thai dari negeri Siam pada tarikh tersebut. Keberadaan di Kuala Muda turut membuktikan bahawa dia Raja daerah, bukannya Sultan Kedah.
Walaupun kita tahu bahawa kawasan ini berada di bawah negara jiran, tujuan kami senaraikan disini adalah supaya kita lebih prihatin bahawa kawasan ini dulunya pernah bernaung dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Penduduk di wilayah ini bertutur bahasa Thai tetapi masih boleh lagi bertutur dalam bahasa Kedah atau Bahasa Melayu Patani (hampir loghat Kelantan) malah Kg. Kedah pun masih ada hingga kini. Penggunaan bahasa Siam Kedah walau bagaimana pun sudah lupus. Sekiranya saudara/i berada disana, makanan di kedai-kedai Muslim yang mempamerkan kalimah syahadah pada kaunter bayaran masih banyak dan mudah untuk kita bercakap dalam loghat Kedah atau Patani.
Menurut Dr. Ibrahim Bakar Langkawi, dalam bukunya “Sejarah Matawang Kedah Dan Perlis”,ms 22, terbitan Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah,
“Kawasan Pantai barat Semenanjong Tanah Melayu ini adalah kawasan penduduk orang-orang Melayu penutur dialek utara atau lazimnya dikenali juga sebagai dialek Kedah. Kawasan ini bermula dari sekitar Segenting Semenanjong Tanah Melayu (dikenali sebagai Segenting Kra), iaitu dalam kawasan selatan negeri Burma dan Thailand sekarang, mengunjur keselatan, hingga ke kawasan Lembah Kerian dalam negeri perak, Malaysia. Di lihat dari sudut etnologi, semua penduduk yang mengamalkan dialek pertuturan yang sama ini, yang juga mempunyai tata budaya yang sama, bolehlah dikatakan sebagai orang Kedah”.
Sempadan negara moden seperti sekarang ini hanya wujud dalam tahun1909/10 sahaja. Tidak dapat di nafikan memang berlaku konspirasi sejarah selepas Peperangan Kedah Siam dalam tahun Musuh Bisik 1821 dimana penjajah Inggeris turut terlibat membahagikan kawasan Se Genting Kra kepada dua.