Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Mei 27, 2012

Malaysian sedang dicaturkan







"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)

(At-Thaariq, 86:15-17)





Saya telah memberitahu anda semua tentang mereka yang cuba mencaturkan dan siapa yang menjadi buah-buah catur.Saya tidak memberitahu anda jangan sokong PAS atau UMNO,tidak.Saya tidak pernah memberitahu begitu.Saya hanya memberitahu cara yang betul untuk berjuang supaya tidak dicaturkan secara senyap.Caranya mesti betul,jika tidak,anda akan membuat kesilapan demi kesilapan sehingga anda dan tanahair anda akan dijual kepada musuh-musuh anda.

Tidak perlu saya mengatakan sokong PAS atau UMNO,kerana itu adalah perkara yang tidak bermanfaat langsung.Demokrasi sebenarnya adalah racun sebagaimana Sosialisme.Apa kata Sosialisme?Memiliknegarakan kekayaan.Kekayaan negara menjadi milik rakyat,dan segala kapitalisme akan dibunuh.Menarik bukan?Tiada lagi orang kaya sombong yang kumpul harta berbukit-bukit demi perut sendiri dan membiarkan rakyat marhaen miskin terlonta-lonta.Secara teori,kerajaan Sosialisme/Komunisme berhak menguruskan kekayaan negara untuk diagih-agihkan kepada rakyat secara adil dan saksama.Kerajaan dan syarikat swasta mempunyai plan bersama untuk program 'memiliknegarakan kekayaan' tadi.Sungguh bagus bunyinya.Namun secara praktikal,negara yang mengamalkan Sosialisme dan Komunisme lah yang paling huru hara,penuh keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia.Adakah Komunisme menjadi ideologi yang anda rasa 'mesra-rakyat' kini?Jika seseorang mengatakan kepada anda "kami akan mengagihkan kekayaan negara sama rata" namun mengacukan AK-47 ke arah anda,adakah anda merasa selamat dan mengikut kata-kata lelaki itu?

Ini adalah UTOPIA.Sebagaimana Sosialisme,demokrasi juga adalah utopia.Tiada sistem yang paling ideal dalam dunia ini selain sistem yang diciptakan oleh Pencipta manusia.Tuhan telah menawarkan sistem yang dicipta-Nya sendiri kepada manusia.Namun manusia tidak mahu.Manusia fikir dia lebih bijak dari Tuhannya sendiri.

Saya tidak mengatakan bahawa PAS salah atau UMNO adalah parti yang perlu anda undi.Atau UMNO adalah parti syaitan manakala PAS adalah parti maksum yang jika anda undi,anda akan dijamin masuk syurga.Tidak,saya tidak mengatakan begitu.Saya cuma memberitahu bahawa PAS dan UMNO perlu bertindak begini dan begitu supaya anda semua boleh berjuang dalam landasan yang betul.Jika anda tidak mahu bersatu,tidak mengapa.Berpecahlah,apa saya peduli jika Malaysia huru hara sekalipun saya boleh 'fly' ke mana-mana bahagian dunia hatta ke dalam 'secret vault' di dalam Vatican Chapel sekalipun ataupun berdiam di dalam 'red zone' di Bohemian Groove.Cuma yang saya fikirkan,ibu-ibu tua di kampung-kampung yang tidak tahu apa-apa,anak-anak kecil yang bermain lumpur di sawah bendang.Jika tanahair mereka itu yang satu-satunya tumpah darah mereka ini menjadi huru hara dan penuh keganasan,apakah yang boleh mereka lakukan?Kerajaan yang dipegang oleh Melayu jatuh ke tangan kerajaan campuran yang mana PAS hanya mendapat sebahagian kecil sahaja,adakah nasib mereka akan terbela?Dalam 5 atau 10 tahun mungkin nasib mereka akan terbela,kemudian anda akan lihat mereka akan menyertai saudara-saudara mereka di Singapura.

Saya boleh katakan PAS itu betul,jika mereka MEMIMPIN dalam Pakatan Rakyat.Mereka mencaturkan halatuju pembangkang dan menjadi jurucakap Islam kepada non-muslim.Mereka memberitahu apa yang boleh atau tidak dalam Islam,menjadi contoh dan asbab hidayat kepada non-muslim.Jika Bersih 2.0 dianjurkan oleh PAS dan isunya ialah tentang memperkasakan Islam dan Hukum Allah,maka saya menggalakkan semua muslim di Malaysia supaya sertai Bersih 2.0 ini.Pedulikan polis-polis yang menjadi hamba demokrasi itu.Lawan tetap lawan.Lawan untuk siapa?Lawan demi Allah Azza Wa Jalla.Yang menciptakan saya dan kamu.

Tetapi jika berhimpun hanya untuk 'membersihkan demokrasi',anda telah membuat satu pekerjaan yang gila.Demokrasi tidak akan pernah bersih selama-lamanya.Demokrasi adalah sistem yang cacat.Demokrasi adalah TONG TAHI.Anda berhimpun untuk membersihkan tong tahi dengan menggunakan air tahi yang baru.INI SALAH.Menuntut untuk satu pilihanraya yang bersih.INI SALAH.Pilihanraya tidak akan selamanya bersih.Pilihanraya adalah satu perkara yang subjektif.Jika Ambiga menjadi pengerusi SPR,beliau akan membuatkan pilihanraya itu mengikut objektif beliau,dan ini dianggap BERSIH hanya oleh beliau!

Pilihanraya mengikut siapa yang mengawalnya.Demokrasi dan pilihanraya tidak akan bersih.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Islam adalah agama yang sempurna.Islam mengajarkan sistem politik,ekonomi dan sistem sosial manusia.Islam membahaskan dari perkara sekecil-kecilnya seperti adab masuk tandas sehinggalah bagaimana mengurus sesebuah negara.Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan anak muridnya tentang sistem ekonomi seperti simpanan,insuran,pajak gadai dan sebagainya,namun Nabi Muhammad s.a.w memberikan panduan tentang urusan perbankan dan transaksi.Pernah dengar Mudharabah?Ar-Rahnu?Bank Islam?Ini semua ada garis panduannya yang diambil dari hadis-hadis nabi yang kebanyakan dari kita tidak pernah mendengarnya.Anda boleh merujuk kepada panel syariah dalam urusan perbankan Islam.Jesus tidak pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya tentang sistem politik,bagaimana menguruskan negara,namun Nabi Muhammad s.a.w telah memberi contoh panduan bagaimana menguruskan sistem politik dan kenegaraan.Undang-undang,kuasa mahkamah,kuasa eksekutif,sekuriti dan sebagaimana semuanya tercantum dalam satu ilmu fekah yang dipanggil Jinayah.Hukum Hudud,Qisas,Takzir dan lain-lain termasuk dalam fekah ini.Adakah kita pernah ambil peduli dengan semua ini?Di sebabkan Jesus tidak pernah mengajar sistem kenegaraan kepada pengikutnya maka penganut Kristian 'terpaksa' menurut sistem ciptaan manusia.Itulah demokrasi.Namun Islam mengajarkan sistemnya sendiri,yang datang terus dari Allah Azza Wa Jalla,namun yang orang Islam amalkan pada hari ini adalah demokrasi,ciptaan manusia yang ketiadaan sistem yang diwahyukan dari Tuhan.

Saya boleh katakan UMNO adalah betul jika mereka memimpin negara mengikut sistem Islam.Namun mereka mengikut sistem sekular.Oleh kerana ibu dan bapa mereka Islam,maka mereka masih mahu menyuburkan Islam.UMNO masih terpenjara dalam sistem penjajah.Mereka cuba menyuburkan Islam di dalam tong tahi.Namun orang-orang seperti Ambiga ada rancangan lain.Tuan kepada Ambiga menghendaki supaya demokrasi Malaysia perlu di'bersih'kan SEPENUHNYA.Dibersihkan dari apa?

DARI AGAMA ISLAM.

Patsies seperti Ambiga tidak tahu kenyataan sebenar.Rotary Club tidak pernah memberitahunya kenyataan sebenar.Mengapa?Kerana Rotary Club juga adalah anjing pencacai yang tidak tahu menahu kenyataan sebenar.Apa kenyataan sebenar itu?

Bahawa sistem Islam diajarkan sebagai taklimat khas dalam silibus next 33rd level Luciferian Illuminatus.

Orang yang mendapat 'initiation' ke peringkat 'over 33rd degree' dalam organisasi Luciferian yang mengawal jenama seperti Freemason,Lion Club atau Rotary adalah mereka yang diwajibkan belajar selok belok agama Islam.Siapa tidak boleh menafikan bahawa Islam adalah musuh nombor satu organisasi Kabbalis dan Luciferiancraft,yang menjadi anutan elit-elit dunia.Jika anda lahir sebagai seorang Islam,anda telahpun memiliki beberapa musuh seperti:syaitan,nafsu, orang kafir,munafik,Nasrani,Yahudi,Majusi,penyembah berhala,orang Islam yang dengki kepada anda dan juga ini,para penyembah syaitan yang kini menguasai hal ehwal dunia planet Bumi.

Mereka adalah orang-orang yang terkaya dalam dunia.Mereka makan di atas pinggan emas dan minum dalam gelas emas.Namun setiap hari mereka takutkan orang Islam mengamalkan sepenuhnya agama mereka.

Bagaimana saya tahu?Adakah saya salah seorang dari mereka?Sudah tentu tidak.Namun saya boleh 'access' ke tempat-tempat mereka melalui 'backdoor'.Tiada yang mustahil bagi Allah.Jika Dia menghendaki maka ia akan terjadi.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Orang yang memiliki pengetahuan rahsia akan menyedari perkara sebenar.Saya berada di kalangan elit yang mengawal anjing-anjing,hamba atau patsies seperti Ambiga ini dan saya tahu beberapa perkara.Cukup saya katakan,PKR tidak perlu,PAS perlu banyakkan dakwah kepada orang Islam dan ajak orang-orang seperti Ambiga atau Lim Guan Eng kepada agama Allah.Di akhirat nanti,jika Lim Guan Eng,Karpal Singh atau Ambiga menuding jari kepada anda kerana tidak pernah mengajak kepada Islam,apakah alasan anda di hadapan Allah nanti,padahal anda duduk semeja dengan mereka semasa di dunia?

UMNO PERLU BERTAUBAT DAN BELAJAR AGAMA.

Kita semua tinggal di dalam Bumi yang akan musnah suatu hari nanti.Selepas kita menjadi mayat,adalah satu kehidupan yang kita sendiripun tidak dapat membayangkan bagaimana.Hari ini ramai manusia tidak pentingkan agama dalam kehidupan.Bagi mereka cukup wang maka cukup makan.Bila kita menjadi mayat,apa jua pekerjaan kita yang hebat-hebat di dunia ini tidak berguna sedikit pun.Yang berguna adalah iman kita.Solat kita.Ini adalah 'generator' kepada kebahagiaan kita di akhirat nanti.Agama tidak perlukan anda.ANDA YANG MEMERLUKAN AGAMA.Biarpun tiada seorang pun yang beriman di atas muka bumi ini,ini tidak menurunkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat.Biar semua manusia masuk Islam sekalipun,ini tidak sesekali menaikkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat.Tidak sedikit pun memberi manfaat dan mudarat kepada Allah bahkan Allah lah yang memberi manfaat dan mudarat.


PAS dan UMNO perlu belajar seni perancangan musuh-musuh Islam.Jika anda-anda semua mahu berpecahbelah,silakan.Namun datanglah masjid untuk solat berjemaah bersama-sama.Rapatkan saf anda.Lambat laun Allah Yang Maha Pengasih akan menyatukan hati-hati anda.Anda semua adalah bersaudara.

Ingat,untuk menang di atas papan catur,anda perlu memiliki strategi sendiri.Kami telah tunjukkan beberapa langkah.Namun sampai satu tahap,anda tidak perlu mengikut langkah-langkah ini lagi.Tiada lagi strategi.Sampai satu tahap,anda akan menyedari hakikat sebenar.Hakikat bahawa anda tidak perlu lagi bermain.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Jumaat, Mei 25, 2012

Fakta Sidang DUN : Antara Lebuhraya Yang Akan Dibina & Lebuhraya Yang Ta...

Jom Ubah Johor


(Salahudin memimpin usaha PAS untuk membebaskan Johor dari kekangan BN)

KUALA LUMPUR: Johor kini bukan lagi Johor dulu di mana puluhan orang sahaja hadiri ceramah PAS.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jumlah ribuan hadirin dalam ceramah-ceramah PAS di kawasan-kawasan Melayu semakin menjadi perkara biasa di Johor.

Lebih memberansangkan, katanya, ialah apabila mereka yang hadir itu terdiri dari penduduk tempatan.

"Kecuali majlis-majlis khas yang besar di mana mungkin ahli-ahli PAS dari seluruh Johor hadir beramai-ramai, kehadiran adalah dari penduduk tempatan.

"Maknanya, kalau 1,000 yang hadir ceramah-ceramah kita, hampir semuanya adalah penduduk tempatan," kata Salahuddin.

Bagi beliau, apa yang berlaku itu membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu di negeri itu.

"Dulu, Umno bukan sahaja tak pandang langsung kita, malah memperlekehkan.

"Hari ini, ada pemimpin tertinggi Umno yang berucap menyatakan akan mempertahankan Johor (dari PR)," katanya.

Mengenai sambutan di kalangan masyarakat Cina pula, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Umno sendiri semakin merasai bahangnya.

"Tak manis kita sendiri yang membuat dakwaan tetapi ada yang menyatakan pengundi-pengundi Cina di Johor akan menyebabkan parti itu sakit teruk.

"Bekas Presiden MCA (Ling Liong Sik) sendiri menjangkakan BN (Barisan Nasional) mungkin akan kehilangan sejumlah sokongan di Johor.

"Saya yakin perkataan sejumlah yang digunakan oleh Liong Sik itu merujuk kepada masyarakat Cina," kata Salahuddin.

Sebab itulah, kata beliau, ada yang menumpukan kempen yang lebih agresif di kawasan-kawasan Melayu.

Pandangan Salahuddin itu diakui oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Saya selalu beritahu kawan-kawan bahawa dahulu memang benar pandangan yang menyatakan majlis ceramah (menjadi keutamaan) nombor lapan di Johor.

"Tetapi sekarang, ceramah mungkin sudah jadi nombor satu," katanya.

Mohamad memberitahu, baru-baru ini beliau ditugaskan berceramah di dua kawasan yang berdekatan di Johor pada malam yang sama.

"Kehadiran di kedua-dua kawasan itu berjumlah ribuan orang," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan Salahuddin bahawa hampir semua yang hadir adalah penduduk tempatan.

"Zaman orang PAS pergi beramai-ramai berpuluh-puluh batu semata-mata kerana hendak mendengar ceramah seperti tahun lapan puluhan dahulu sudah berlalu.

"Sekarang yang datang hampir semua orang tempatan dan saya berani kata sebahagian besarnya bukan ahli PAS pun," kata Mohamad lagi.

Bayi Lahir bersama Al-quran


LAGOS, Nigeria – Seorang bayi telah dilahirkan bersama al-Quran dari rahim ibunya. Kejadian itu telah memeranjatkan ibunya dan mendapat perhatian dari kalangan ulama. Akhirnya ibunya memeluk agama Islam.

Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.

Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.


Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.

Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

Sila lihat video di bawah.

http://silverheritage.blogspot.com/"
 

lEBUHRAYA rAKYAT kELANTAN









KOTA BHARU, 16 Mei: Selepas disisih sejak Rancangan Malaysia (RMK) Ke-5, akhirnya kerajaan Kelantan memutus membina sendiri lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu membabitkan kos awal sebanyak RM500 juta.

Dan pada 28 Mei ini akan mencatat satu sejarah baru negara apabila majlis pecah tanah pembinaan lebuhraya tersebut akan diadakan berhampiran Felcra Berangan Mek Nab, Machang.

Jajaran lebuhraya pertama di Kelantan itu akan melalui Hutan Lipur Bukit Bakau.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, projek sepanjang 33 kilometer tersebut dikendalikan Menta Contruction Sdn Bhd dan Konsortium Temokin Vila Jelas JV Sdn Bhd.

Katanya, projek berkenaan akan dimulakan di seksyen III dari Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai merupakan tanah milik kerajaan negeri.

(Gambar: Husam menunjukkan jajaran Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.)

“Projek itu dimulakan di seksyen III sebagai langkah untuk menjimatkan masa kerana ia tidak perlu melakukan pengambilan balik tanah rakyat.

“Manakala jajaran bertingkat dari Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu ditangguhkan sementara bagi menjimatkan kos,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Selain itu katanya, kos pembinaan dapat dikurangkan dengan memperkenalkan pendekatan gotong royong, di mana orang ramai yang berminat boleh menderma iaitu batu kuari, pasir dan sebagainya.

Kata Husam konsep gotong royong diperkenalkan bukan bererti kerajaan negeri tidak berkemampuan, sebaliknya bagi menanam semangat kerjasama di kalangan rakyat.

“Syarikat yang terbabit dengan aktiviti kuari di sepanjang lebuh raya akan juga memperolehi manfaat,” ujarnya.

Beliau berkata, sebelum ini orang ramai hanya terdedah menderma untuk pembinaan masjid dan madrasah sahaja, manakala derma bagi pembinaan jalan raya masih agak asing.

Beliau juga berharap syarikat yang terbabit dengan industri minyak di Kelantan juga dialu-alukan untuk menyumbang.

Katanya, projek lebuh raya berkenaan dijangka siap dalam tempoh lebih dua tahun selepas mengambil kira musim tengkujuh.

“Kerajaan negeri berhasrat menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir pada majlis pecah tanah kerana beliau pernah menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya itu dalam RMK-9,” ujarnya.

Husam juga memberitahu lebuh raya tersebut akan mempunyai laluan khas untuk binatang liar di sepanjang laluannya.

“Kerajaan negeri mengutamakan konsep mesra alam dan mengambil kira keperluan makhluk  lain,” tambahnya.

Katanya juga apabila ia siap sepenuhnya, Kelantan menjadi negeri pertama membina sendiri lebuh raya sendiri dengan kos yang lebih menjimatkan.

Sesiapa bangsa pun buleh jadik PM MALAYSIA


KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.

Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting.

“Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab dalam Islam semua bangsa adalah sama.

“Dan yang lebih penting seseorang pemimpin itu perlu mematuhi hukum Allah dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira bangsa,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Menerima Pakai dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya tidak termaktub dalam perlembagaan yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.

sumber"
 

Sabtu, Mei 05, 2012

Ada apa dengan Negri Cik Siti wan Kembang


Reaksi yang saya terima berikutan penyiaran beberapa makalah berdasarkan pengalaman saya di Kota Baru, Kelantan sejak tiga minggu lalu adalah amat memberangsangkan.
Cuma, seorang individu bernama “Zana Zanzaly” (mungkin nama samaran) yang ternyata terlalu obses dengan kontroversi novel “Interlok Edisi Murid”, lalu tampil memberikan komen bahawa catatan pengalaman itu “jauh lebih empok dan sangat elok daripada terkinja-kinja menyucuh karak Interlok”.
Individu itu – atau pasangannya yang mungkin juga warga India, Bangladesh atau Pakistan – turut berkata “Bohot acha hey mere dhost” yang entah apa makna dalam bahasa ibundanya.
Sementara itu, graduan Universiti Malaya, Mohd Sallehuddin, dari Johor melihat sisi positif pada pelbagai perkara mengenai Kelantan yang disajikan menerusi tulisan-tulisan saya.
“Saya lahir di Johor, namun pernah tinggal di Kota Baru. Saya mengakui kebenaran perkara-perkara yang dinyatakan dalam tulisan (makalah) itu,” katanya menerusi komen di Facebook.
Walaupun ramai belia Kelantan yang belajar di luar, hal ini tidak bermakna negeri itu “miskin” dengan pusat pengajian tinggi. Pelbagai kolej dan universiti membuka cawangan di sana. Semuanya nampak jelas di depan mata jika kita pergi untuk melihat sendiri realiti di negeri berkenaan.
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) berjaya merealisasikan impian menjadikan Kelantan sebagai “pusat penyebaran, perkembangan dan pembudayaan ilmu dan syiar Islam yang tersohor di peringkat kebangsaan dan antarabangsa”.
Terdapat juga Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat di Pulau Chondong yang mengkhusus dalam bidang pengajian al-Quran Wal-Qiraat, Bahasa Arab dan akademik. Maahad Tahfiz Saind pula berjaya melahirkan para hafiz yang pakar dalam bidang sains dan teknologi.
Tidak ketinggalan penubuhan Kolej Pondok Darul Naim di Pasir Tumbuh bagi lepasan sekolah pondok yang mahu melanjutkan pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
Bagi remaja yang meminati bidang pengajian teknologi, khususnya animasi, terdapat Darul Digital di KB Bazar. Namun, pasti sahaja segala maklumat kemajuan pendidikan ini kurang diketahui penduduk di negeri-negeri lain.
Apabila memperkatakan segala kejayaan dalam segala bidang di Kelantan, tidak dapat tidak, ketokohan dan kepimpinan Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) sebagai Menteri Besar tidak dapat dinafikan.
Rakyat didahulukan
Beliau ternyata “menyumbang” kepada rakyat; bukan sebaliknya. Antara yang paling nyata, Tok Guru masih tinggal di rumah sendiri di Kampung Pulau Melaka sejak menjadi Menteri Besar pada Oktober 1990. Elaun perumahan sebanyak RM3,000 yang diperuntukkan untuknya dikembalikan kepada kerajaan negeri untuk digunakan bagi projek kebajikan rakyat.
(Awas! Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir, pasti akan muncul politikus – “Badut Paul Lathic” – yang tiba-tiba membuat gimik mahu “mendermakan” peruntukan, elaun, dana itu dan dana ini kepada rakyat. Namun, rakyat pasti hanya tertawa dan bertepuk melihat aksi lucu badut-badut berkenaan.)
Berbalik pada sikap Tok Guru, tentu tidak ramai yang tahu bahawa 45 peratus daripada gaji bulanan beliau sebagai MB dipotong atas permintaan beliau sendiri; 40 peratus digunakan bagi parti dan 5 peratus untuk kerajaan negeri.
Cuba bayangkan jika ketua kerajaan di negeri-negeri lain sanggup berbuat demikian. Barulah benar omongan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.
Namun, tentulah terlalu drastik untuk mana-mana Menteri Besar, Ketua Menteri atau Yang Dipertua Negeri membuat pengumuman sedemikian pada masa sekarang. Akan tetapi, tidak salah untuk rakyat mengharapkan ia menjadi janji mana-mana pihak yang memegang tampuk kuasa kerajaan negeri di negeri-negeri lain selepas PRU-13.
Berapa kerapkah anda berpeluang bertemu MB/KM di negeri anda? Di Kelantan, nampaknya Tok Guru meluangkan masa sekitar sejam pada setiap Jumaat – selepas solat subuh – untuk bertemu orang ramai yang datang ke masjid di sebelah rumahnya.
Ramai ibu bapa yang datang dari jauh dan dekat untuk meminta Tok Guru melakukan upacara mencukur rambut dan membelah mulut bayi mereka. Suasana pasti seperti apa yang berlaku apabila Mahatma Gandhi dikerumuni orang ramai di India suatu masa dahulu!
“Saya beragama Hindu tetapi saya tetap mengatakan bahawa Tok Guru adalah contoh terbaik pemimpin yang benar-benar prihatin terhadap rakyat. Memang sukar mendapat seorang pemimpin sejati seperti beliau.
“Saya menyokong sesiapa sahaja yang layak, amanah dan ikhlas dalam berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik; kerana kita semua adalah rakyat Malaysia,” kata Katie Roa yang kini berada di London tetapi setia mengikuti perkembangan di Malaysia.
Tidak hairanlah Nawawee Mohammad sebagai seorang rakyat yang mempunyai hak mengundi pula membandingkan sikap Tok Guru dengan MB di negeri-negeri lain.
“Saya berasa amat bertuah dapat bertemu dan bersalam dengan Tok Guru kerana dalam hidup saya, hanya MB Kelantan yang pernah saya salam; manakala MB lain di negara ini, nak tengok muka mereka pun susah,” kata Nawawee yang suka membaca dan menulis sajak.
Seorang lagi individu yang memberi komen secara ikhlas ialah Subramaniam Govindaraju. Katanya, Tok Guru seorang individu dan pemimpin yang hebat serta wajar dicontohi oleh semua pemimpin lain di negara ini tanpa mengira perbezaan fahaman politik.
Penduduk Kelantan mewah
Aliran tunai paling besar juga dicatatkan di Kelantan dan hal ini adalah kerana penduduk membeli-belah menggunakan wang tunai; bukan kad kredit seperti di kebanyakan tempat lain.
Pasti ada pihak yang mengatakan penduduk Kelantan “miskin” kerana tidak memiliki rumah besar, kereta besar, barang kemas dan alat solek. Akan tetapi, kalaulah perkara itu benar, mengapa begitu banyak pasar raya dan perniagaan besar membuka cawangan di negeri berkenaan?
“Penduduk Kelantan mewah. Cuma tidak pandai bergaya seperti kebanyakan orang di pantai barat,” kata Izan Ali, seorang novelis yang turut kagum dengan begitu banyak pusat beli-belah dan perniagaan yang dimiliki orang Melayu di Kelantan.
Saya sendiri perhatikan bagaimana orang Kelantan suka berniaga dan mengusahakan perniagaan – kecil mahu pun besar. Sebutlah apa sahaja perniagaan yang halal dan beretika, saya percaya orang Kelantan – Melayu, Cina, India, Siam, Orang Asli – sudah dan mampu mengusahakannya.
Ravi Chandran, seorang doktor dari Kuala Lumpur turut mengirim reaksi dan menceritakan bahawa dia sudah dua tahun tinggal di Kelantan.
“Tempat ini sudah menjadi rumah kedua saya sekarang. Tidak ada apa-apa masalah seperti yang digembar-gemburkan pihak tertentu,” katanya yang kini menetap di Kampung Chicha, Kubang Kerian.
Demikianlah hebatnya realiti dan penduduk sebuah negeri yang selama ini dimomokkan sebagai “miskin” dan “mundur” oleh pihak tertentu yang terbukti hanya meludah ke langit.
Kalau ada sesiapa yang masih tidak percaya, silalah pergi untuk melihat, menikmati dan mengalami sendiri suasana sebenar di sana.
“Pakat maghi rame-rame jenguk Kelate,” kata Abdul Mutalib Awang, pemuda yang menjadi pemandu pelancong sepanjang saya di sana pada 11-14 Mac 2012.
Memang sesuai! Tambahan pula, tahun ini adalah Tahun Melawat Kelantan.
Uthaya Sankar SB bercadang melawat Georgetown, Pulau Pinang pada Mei 2012 untuk menulis artikel mengenai keadaan sebenar di sana.

Jumaat, Mac 30, 2012

Tok Bali bakal Bandar Baru kito


PASIR PUTEH, 30 Mac: Setelah menanti hampir 21 tahun, akhirnya hasrat kerajaan Kelantan untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan terkemuka bakal menjadi kenyataan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pada 19 Ogos 1991, beliau telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, untuk memohon bagi menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan baru di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pelabuhan Tok Bali dekat sini petang semalam.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah merasmikan projek yang diusahakan Eastcoast Terminal Sdn Bhd, yang bernilai RM3.2 billion itu. (Gambar atas)

Tuan Guru optimis Pelabuhan Tok Bali akan laris sebagaimana aktifnya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang kini muncul antara landasan yang tersibuk di negara ini selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

(Kiri: Tuan Guru melihat pelan pembangunan Tok Bali.)

Dari peruntukan bagi membina bandar baru Tok Bali di bawah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) yang melibatkan RM230 juta daripada kerajaan pusat dan RM3 billion pihak swasta.

Katanya, dengan adanya Pelabuhan Tok Bali, ianya akan menjadikan negeri ini bertambah maju.

“Dengan sifat rakyat Kelantan yang rajin, kreatif dan sebagainya, saya yakin pelabuhan ini akan bertambah maju,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata,  bandar yang berasaskan sumber laut tersebut akan menjadi sebuah satu penjana ekonomi kepada rakyat di sini.

"Setakat ini sebanyak RM100 juta sudah dibelanjakan bagi membina pusat pendaratan dan pengumpulan ikan, manakala RM71 juta lagi untuk membina Taman Perikanan Bersepadu.

"Bukan itu sahaja, antara projek-projek besar lain ialah pembinaan sebuah Universiti Maritim dan pembinaan kapa akan dibina melibatkan peruntukkan bernilai RM41 juta dan RM10 juta bagi infrastruktur pengeluaran ikan akuakultur dan RM3 juta untuk membina sebuah pusat membeli-belah di sini," katanya semasa menyampaikan ucapan.

Menurutnya yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, kesemua projek-projek berkenaan jika berjalan mengikut perancangan akan menjadikan bandar baru nelayan Tok Bali sebagai sebuah bandar termaju menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, pembinaan pelabuhan tersebut bertepatan dengan pembangunan pesat ekonomi di negara-negara timur jauh seperti China, Kemboja, Jepun, Korea, dan Vietnam.

Tambahnya, semoga dengan adanya pelabuhan itu iakan memberi kemudahan kepada kapal-kapal dagang dari Laut China Selatan untuk mempergiatkan lagi aktiviti import dan eksport bukan sahaja ke Malaysia bahkan ke seluruh dunia," katanya.