Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Isnin, Februari 06, 2012

Misteri nama sebuah negara

Sebenarnya niat asal aku di tukangkarut.com ini,ingin menyampaikan berita-berita yang menarik yang tidak bersangkut paut dengan politik.Tetapi apakan daya,untuk artikel kali ini “terpaksa aku langgar” prinsip aku sendiri.Sebab apa?..sebab aku rasa artikel ini patut dan wajib aku tulis untuk membuka mata semua demi negara yang tercinta ini,supaya kebenaran dapat di tegakkan.Supaya semua rakyat tahu yang kita ini sebenarnya telah ditipu dan diperbodoh-bodohkan!.Kenapa aku cakap “Supaya semua rakyat tahu yang kita ini sebenarnya telah ditipu dan diperbodoh-bodohkan!?”.Cuba korang ingat balik,ataupun buka buku teks sejarah Malaysia sek. menengah

APA YANG TERTULIS DAN DIAJAR……

1.Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan nama Malaysia,selapas kemasukkan serawak dan sabah.
2.Pada tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia.Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana “konfrontasi Indonesia”).
3.Tanah Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957.
4.Malaysia antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).
5.31 Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.
6.16 September 1963 Tarikh rasmi 1Malaysia.

APA YANG  TERTULIS “TETAPI” TIDAK DIAJAR….                                                                           Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis, nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Menurut kajian yang dijalankan perpandukan beberapa bukti dibawah…
BUKTI PERTAMA.DOKUMEN Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)Artikel kajian tentang negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY  Harvard University. Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR AMERIKA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.Malangnya dokumen rahsia Amerika Syarikat mengenai penubuhan negara Malaysia ini telah dibuang di dalam website rasmi arkib Amerika Syarikat setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.Artikel itu bertajuk”Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001.”
Malaysia:A Study in Direct and Indirect Rule.(terbitan 1937)
BUKTI KEDUA.Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.
BUKTI KETIGA.satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Julai 1929tentang mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”
keratan akhbar utusan malaysia Julai 2009
BUKTI KEEMPAT.
Muka depan dan halaman Ripley’s tahun 1929
buku Ripley’s edisi tahun 1929, cetakan tahun 1943, yang menulis tentang  nama “Malaysia”               ms 59:…this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China,,,,                                                    ms 119: ..is a native of MALAYSIA…                                                                                                        MS 121: …the man eating clams of MALAYSIA…
 BUKTI KELIMA.Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesiadan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul ‘The Pirates of Malaysia’.
Kulit depan Novel the pirates or Malaysia.

BUKTI KEENAM.Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran).
BUKTI KETUJUH. Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.
Peta tahun 1914 .klik untuk besarkan gambar
BUKTI KELAPANGeorge Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini.

BUKTI KESEMBILAN.Jules Sébastien César Dumont d’Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d’Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.

TEORI.
Sebenarnya nama Malaysia ini telah wujud lama.Dikatakan Malaysia adalah salah-satu darirancangan masa panjang Freemason.Pertubuhan rahsia dajjal yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan mengawal sosial politik sesebuah negara.Selapas kejatuhan empayar teakhir umat Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah pada 3 Mac 1924(terbukti perbuatan Freemason),Islam di asia tenggara baru sahaja mula berkembang.
Markas pertama freemasons di Pulau pinang 1927
 Ada juga yang mengatakan Malaysia tidak berperang untuk mendapatkan kemerdekaan kerana telah dirancang oleh Freemason.Supaya rakyat tidak menganggap British sebagai musuh dan sekaligus menjadikan British sebagai ‘Role Model” dalam mentabir urusan negara.Freemason berasal dari Eropah,dan hampir kesemua kerabat diraja Britain dan ahli politik Britain adalah Freemason.
Dato Onn Jaafar: pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau nama yang  telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak di Inggeriskan.

Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:               “Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasukikebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendakdidatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“
Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi.Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman.
Mereka Yang Menentang Penubuhan Malaysia 
Lim Chin Siong                                                                                                                                                       Said Zahari                                                                                                                                                             gabungan Putera AMCJA                                                                                                                                           Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy                                                                                            Presiden Indonesia Soekarno

FAKTA
Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :
Akhir diingatkan bahawasanya tukangkarut.com menyiarkan artikel ini bukan untuk tujuan politik,tetapi lebih daripada menyampaikan maklumat..

Ahad, Februari 05, 2012

Tengkolok Raja2 Melayu

"Sekali bernama Destar
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya."

Siti Zainon, Pakaian Cara Melayu,UKM 2006)

Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.
Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang.Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.

Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.Sejarah pemakaian tanjak di Perak pula dikatakan berasal dari sejarah lagenda kedatangan Sultan Muzaffar untuk ditabalkan di negeri Perak.Mahkota raja yang dipakainya dibuang ke laut kerana perjanjian dengan penjaga laut untuk terus mudik ke negeri Perak. Pakaian kepala kemudiannya direka untuk mengantikan mahkota raja dan dipanggil tengkolok raja.
 
 Pada zaman kini,pemaikaian tengkolok masih lagi digunakan oleh Raja-Raja Melayu.Setiap Sultan memakai tengkolok yang berlainan mengikut identiti negeri.Tengkolok atau destar merupakan pakaian hulu rasmi bagi Raja-Raja Melayu.


Pakaian Hulu Yang Dipertuan Agong : Tengkolok  Dendam Tak Sudah.


Tengkolok ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Hari Pertabalan dan hari-hari kebesaran negara yang lain.Tengkolok ini berwarna hitam bersulamkan benang emas.Soleknya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal dari negeri Sembilan.Di bahagian hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat dari emas putih. Di tengah-tengah bintang terletak lambang kerajaan Malaysia.

Pakaian Hulu Raja Perlis Indera Kayangan : Tengkolok Dendam Tak Sudah.


Tengkolok Dendam Tak Sudah ini merupakan pakaian rasmi KDYMM Raja Perlis.Warna natarnya kuning muda,manakala lipatannya sebanyak lima takuk bernama lipatan daun palas.Di tengah-tengahnya dipasang lambang rasmi negeri Perlis.

Pakaian Hulu Sultan Kedah Darul Aman : Tengkolok Dendam Tak Sudah.


Tengkolok KDYMM Sultan Kedah ini merupakan ikatan baru yang berasaskan ikatan Dendam Tak Sudah.Ikatan ini dicipta setelah terjalin perkahwinan diraja antara Kedah dan Negeri Sembilan.Tengkolok dari songket berwarna hitam ini merupakan pakaian rasmi baginda.Daun lambaian kasihnya menghala ke kanan manakala pucuk destar yang melambangkan kuasa raja terletak di sebelah kiri,yang menunjukkan pemaikainya adalah raja pemerintah.


Pakaian Hulu Sultan Perak Darul Ridzuan : Tengkolok Ayam Patah Kepak.


Tengkolok DYMM Paduka Seri Sultan Perak dibuat daripada songket putih bersulamkan benang perak yang diberi nama Ayam Patah Kepak.Tengkolok ini adalah pakaian hulu khusus bagi DYMM Sultan Perak.Di negeri Perak,pewaris takhtanya mempunyai warna destar yang berlainan mengikut pangkat.Warna putih khas untuk Sultan Perak,warna kuning untuk DYTM Raja Muda dan warna hitam untuk DYAM Raja Di Hilir.


Pakaian Hulu Sultan Selangor Darul Ehsan : Tengkolok Setanjak Balung Raja.


Tengkolok DYMM Sultan Selangor yang diperbuat daripada kain songket berwarna kuning ini adalah pakaian hulu rasmi Sultan Selangor.Ia dinamakan Destar Setanjak Balung Raja.Ia dipakai oleh Tuanku Sultan dalam majlis rasmi negeri seperti Hari Pertabalan dan juga hari keputeraan.Reka bentuk tengkolok ini diambil daripada Tengkolok Balung Ayam dari negeri Perak setelah terjalin perkahwinan diraja antara negeri Selangor dan Perak.


Pakaian Hulu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan : Tengkolok Dendam Tak Sudah.


Tengkolok DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Di Negeri Sembilan istilah destar disebut sebagai deta sahaja. Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakaian hulu rasmi D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang dipanggil “tunas kasih” harus diletak tepat di atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula dihalakan ke arah kanan. Cara ini menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah negeri.

Pakaian Hulu Sultan Pahang : Tengkolok Sekelungsung 
Bunga. 
 
Tengkolok KDYMM Sultan Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis destar yang pernah dipakai oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Tengkolok ’Sekelunsung Bunga’ yang diperbuat daripada kain songket yang warna natarnya biru kundang bersulam kencana ini adalah pakaian hulu rasmi yang dipakai D.Y.M.M Sultan Pahang pada masa sekarang. Walaupun bentuk destar ini agak ringkas dengan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah kelungsung bunga, seperti terdapat perbezaan di antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan destar yang dipakai oleh orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil ’sula’. 


  
Pakaian Hulu Sultan Kelantan : Tengkolok Ketam Budu.






 
Tengkolok KDYMM Sultan Negeri Kelantan Darul Naim Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh D.Y.M.M Sultan dan pembesar di Negeri Kelantan, perbezaannya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk di bahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Ikat kepala ini dapat dikenali dengan mudah kerana ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pemakai, tidak seperti jenis-jenis destar lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia. 

 
Pakaian Hulu Sultan Terengganu : Tengkolok Belalai Gajah.







Tengkolok KDYMM Sultan Negeri Terengganu Darul Iman Destar Belalai Gajah adalah pakaian rasmi bagi D.Y.M.M. Sultan Terengganu. Destar ini diperbuat daripada kain songket bunga penuh warna kuning.
Daun pada bahagian atas depan destar ini dibentuk secara menggulung ke atas, seakan-akan seekor gajah sedang melambung belalainya. Bahagian bawahnya pula terdapat tiga takuk lipatan dan pucuk destar yang disebut sula diletakkan pada sebelah kanan, melambangkan pemakainya adalah seorang raja.